Yang kita bincangkan ialah ISU bukannya ORANG. Berikan saja pendapat anda terhadap isu yang kita bincangkan, bukannya terhadap orang yang memberi pandangan. Jika kita bincangkan hal orang yang memberi pandangan - maka isu yang dibincangkan tidak akan selesai. Ha ha ha.
Benarlah kata Saidina Ali (krm wajhah) - dengar apa yang dikata, bukan siapa yang berkata.
Faham tak murid-murid.
Sesekali kita ni terlajak kan. Syaawal nanti minta maaflah berkoyan-koyan kan.
Tetapi jika dalam politik dan kepimpinan - sebelum bincang isu, orang nak analisa siapa yang cakap tu. Jika kaki malaun mana, jangan nak ajak orang pi masjid. Ha ha ha. Buat gelak dek orang aja...
ISUnya ialah bagaimana nak cari wang untuk program perjumpaan tahunan akan datang setiap tahun. Itu aja. Saya cetuskan idea awal - tubuh koperasi 50 orang, seorang RM 500, buat projek serai, untung RM 10,000 setahun, maka kita perhabiskan untuk makan setiap tahun.
Jika nak melabur ke nak niaga ke - itu hal masing-masing. Buatlah sendiri, kat luar itu ada PNB le, ada Unit Trust le, ada Bank Rakyat le, ada lintah le, ada keli le, ada ketam nipah le, dan 1001 hantu raya lagi. Ha ha.
TARIKH TUTUP JOINT KOPERASI PADA 15HB JUN 2009. Jangan lupa emelkan persetujuan anda. Yang sudah setuju - Mansor, Basir, Hayati, Hasnah Mohamad, Rohana Hashim, Md Jadi, Rohaya, Maznah, Norsir, Karim, Zaini Samani, Mokhtar, Yahaya Ghani, Maria, Mohd Han, Dr Majezan (banyak sangat syarat tambahan yang dia nak ikut), Sharifah Nuri, Mastura, Mat Aris Bakar, Aziz Mat Yasin, Adam, Sahara, Norhizan, Jamaliah Jamiaan, Datin Saudah dan Ali - 26 0rang.
Pandai-pandailah ajak yang lain. Jika tak cukup, idea suami isteri kena jadi ahli perlu dibuat. Jika tak cukup juga, kita talkinkan aja idea ini. Ha ha.
Jika semua aktif dalam blog ini, mesyuarat kat blog pun dah ok. ha ha. Jika tak reti komen, talipon saja kat Maznah tu - 016-2632809, gerenti dia boleh bagi tusyen khas, sambil promote Alphalipidnya. Wahai Abdullah Wahid, Abdullah Bachik, Marhamah, Mokhtar, Johari Mohamad, Rani - bila lagi engkau nak menyelam di lautan maya ni ha????