BILA KAWAN JADI BOS

Sebelum saya berangkat ke Kota Bharu jumaat lalu, saya menerima emel Sahara. Terkejut saya bahawa dia pernah bertugas sepejabat dengan kawan Munshinya sendiri, malah jadi bos pula kepada dia. Tak punya haru. Inilah istimewanya orang perempuan, boleh kerja dengan sesiapa pun. Kalau geng lelaki, rasanya dah minta pindah kerja ke tempat lain. Bacalah emelnya yang penuh pelbagai rahsia lagi:

Salam Sdr Ali

Disini ada beberapa catitan untuk renungan bersama kawan yang lain.

Kenangan bersama Norlida Baba dan Norhizan Md Top.

Saya pernah berkerja satu kementerian dengan mereka . Banyak kenangan silam dapat diimbau kerana adanya kesempatan waktu-waktu terluang terutama waktu rehat tengahari hari jumaat. Ida dan suaminyalah yang rekmen beli rumah di Sunway asalnya.

Dengan Izan ada juga kesempatan tapi kurang sebab dia sambung belajar di UITM Shah Alam dan jumpa sekali lagi dia dah di tukar ke ICU JPM. Saya juga ada call dia

Kalau yang belum tau Reduan tu adik ipar Ida. Cuba tengok betul-betul gambarnnya pada renunion kan muka serupa. Kalau siapa tak cam alamat dah lebih tua dari usia yg dah tua sekarang ni. Gurau aje .

Tahun 1991 saya bertugas di Institut Lembah Pantai KL ( sebelah UM). Walaupun cita-cita nak maksud maktab tapi tak berjaya ( jadi cikgu). Akhirnya kerja juga di tempat cikgu , alhamdullillah. Di sini saya banyak jumpa kawan mushi junior dan senior, termasuk Pn Ramlah Jantan ( Cikgu Geogrofi) yang bertugas di sini tetapi tapi dia dah tak ingat saya ketika di Munshi dulu.

Kenangan dengan Hanim

Hanim kawan lama dulu, kini dan selamanya, insyallah. Saya berkawan dengannya sejak di tkn 1 semasa di Tun Tijah ( Durian Daun) . Cikgu Jaafar tu cikgu kami ajar matematik. Jangan lupa Hayati Harun pun sama di Tun Tijah. Tkn 4 dan 5 terputus kerana saya masuk Munshi dan Hanim kekal di Tun Tijah. Jumpa balik di Munshi dan kami sambung semula kawan. Saya Pernah jadi cikgu sementara di Muar yg di rekmen olehya dan tinggal bersama dengan keluarga beliau. Terima kasih jasa keluarga Hanim tak terbalas rasanya Persahabatan terputus dan bersambung semula 3 atau 4 tahun sebelum kawin. Akhirnya kami mendirikan rumah tangga selang seminggu. Sejak itu pershabatan terus terjalin sehingga sekarang kerana duduk pun dekat( 2 km) saja.

Sebumbung pula dengan Y.Bhg Dato’ Kamaludin di Kem Belia dan Sukan

Bertemu semula dengan dengannya setelah Kementerian saya mengambil alih JPM di Jln Dato’ Onn. Beliau maklumkan kerja di KDN blok sebelah. Sebagai kawan rasanya adalah sekali saya kepejabatnya. Tapi perangainya tak sombong spt di sekolah. Satu hari dia telefon saya beritau akan tukar ke KBS. Ya Allah, malunya saya sebab saya juga akan berurusan kerja dngnya secara langsung. Bila dia datang saya buat kerja di admin, jadi saya kena bantulah dia, sebab pertama dia bos dan yang kedua kerana kawan. Tapi saya kata denganya waktu pejabat dia bos, itu perlu saya hormati. Tapi saya tabik senang berurusannya dgnnya. Jadi pada Roy perkara ini juga saya dpt rasakan. Apa pun saya ucapkan taniah pd Dato’ keluar KBS naik pangkat dan terus berjaya. Syabas dan saya bersyukur dengan apa yg tuhan kurniakan

Sekian coretan sempena Hari Jumaat yg mulia ini. Tapi jgn lupakan sedekahkan Al fatihah kepada kedua ibubapa kita sama hidup atau sudah pergi guru-guru, kawan kita. Nak comfirm dgn Ana dan Roy Betul ke Asah Johar juga telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah juga untuknya. Mastura kalau ada gambarnya tlg masuk blog.

Sekian jumpa lagi jika ada kesempatan waktu. Insyallah

Sahara Tawil

(Gambar: Datuk Kamaludin dan isteri)

KERANA ROHANA SEJARAH TERCIPTA


Dari kanan: Tuan rumah reunion Rohana Hashim, Hidayah, Norlida dan Sahara. Kerana dikau Rohana sejarah tercipta. Aku tukang panggil je. Ha ha.

KAWAN KETAT BERJUMPA KEMBALI


Punyalah kawan ketat kat Munshi 78, tetapi tak kenal pada 1 Februari 2009. Mastura(kanan) dan Hidayah berpelukan selepas 31 tahun berpisah. Kerana Rohana mereka berjumpa kembali.

AKU, SUHDI, RASHID AHMAD, MAT ARIS PADA 1 FEBRUARI

"Tuan Zakaria (terlindung), perkenalkan ini Lft Kolenal Rashid Ahmad (berdiri kanan sekali), kawan kita dari 6 Sastera 2. Kau bukan nak ingat pun. Tu fasal lambat masuk U". Ha ha. Yang mendongak Mat Aris. Aku, Mat Aris dan Rashid ambil kertas Sejarah Islam. Majoriti student Munshi ambil kertas Sejarah Dunia.

ISI BORANG .....AKSI 1 FEBRUARI


Dari kiri: Zakaria Osman, Suhdi Abdullah dan ASP Adam sedang sama-sama mengisi borang permohonan kebenaran bermadu. Ha ha ha. Kalau berani cubalah....

DATUK K DAN HJ RAZAK - AKSI 1 FEBRUARI


Ada ingat lagi ka? Tanya Datuk Kamaludin Said, 6 Sastera 2 (berdiri) kepada Hj Razak Lajis (6Sains).

3 MAK DARA PADA 1 FEBRUARI

Dari kanan: Hayati Harun, Rohana Mat Dali dan Norlida Baba. Semuanya geng 6 Sastera 2. Zakaria tak kenal langsung walaupun dia dikenali sebagai pemerhati PBB di Munshi dahulu.

ZAINI, SUHDI DAN MAT ARIS - AKSI 1 FEBRUARI

Terkejut Mat Aris memerhatikan Suhdi yang memeluk kegembiraan akan Zaini Samani dari belakang. Sepatutnya peluk dari depan. Sunnah mana lak ni, detik hati Mat Aris.

SAHARA DAN NORLIDA PADA 1 FEBRUARI

Sahara (kiri) dan Norlida. Seorang sedih seorang gembira. Kedua-duanya 6 Sastera 2.

Norlida berkahwin dengan abangnya Raduan 6 Sains. Maka kena panggil Kak Ida. He he.

AZIZ MAT YASSIN SUDAH DIKESAN

Berdasarkan info Hayati Harun, saya sms ke nombor talipon yang dikatakan milik Aziz Mat Yassin, dari 6 Sastera 2. Langsung tak berjawab beberapa hari. Akhirnya saya sms dengan menyeru nama "Wahai Aziz yang manis senyumnya, responlah jika engkau bernama Aziz". Ha ha.

Ya, beberapa minit nombor lain pula yang menjawab sms saya. Kali ini Aziz menjawab dan terus mengaku sesungguhnya ia terlalu mengingat diri saya. Rupa-rupanya nombor telepon yang dibagi oleh Hayati ialah nombor isteri Aziz.

Kini, Aziz tinggal dan mengajar di German. Opps Jasin le. Ditemberangkannya saya dengan mengatakan dia tinggal di German. Tak patut kau Aziz.

Aziz, orangnya coll sahaja di asrama. Hitam manis dan sentiasa senyum. Sesekali guraunnya dengan kekawan lain, boleh tahan juga.

Dia belum menatap blog kerana terlalu sibuk katanya. Entah apa kerja sampingan yang dibuatnya tak tahulah.

Ini nombor talipon Aziz 012-242 4149. Jangan orang tak ingat kau sudahlah Aziz oi.

Saya sedang mengingat seorang sahabat lagi yang tinggal di Merlimau. Susah betul nak recall namanya. Alamak. Berasal dari Sek Men Ab Rahman Yaakob. Siapa yang tahu?

(Gambar tu dihantar oleh Aziz melalui talipon sahaja)

RADUAN 6 SAINS


Emel Sahara Tawil kali ini panjang sekali dan amat berinfo sekaligus membongkar rahsia beberapa orang sahabat kita. Rahsia pertama berkaitan dengan Redzuan Mohamad.

Ejaan Redzuan dalam IC ialah Raduan. Raduan Mohamad bekas pelajar 6 Sains tinggal seasrama dengan saya. Rakan senda guraunya di malam hari ketika studi di kelas ialah Adam dan Bashir. Jawatannya dalam asrama putera ialah Bendahari. Maka setiap bulan, beliau akan mengutip yuran makan dari penghuni asrama. Baru saya teringat apabila beliau meng'sms' ke saya akan info tersebut.

Raduan juga Ketua Rumah Sukan Tun Perak. Fasal tulah badannya slim sehingga sekarang. Ha ha.

Sejak meninggalkan Munshi tak pernah berjumpa sehinggalah pada 1 Februari lalu di rumah Rohana Hashim.

Selepas meninggalkan Munshi, beliau menyertai pasukan Polis sehingga sekarang. Raduan pernah bertugas di Selayang, Klang, Shah Alam dan kini di Subang Jaya. Kini dah berpangkat ASP macam Adam juga.

Rahsia hebat yang Sahara sebut dalam emelnya ialah hal abangnya Raduan berkahwin dengan Norlida Baba 6 Sastera 2. Maka, beliau kena panggil Norlida "Kak Norlida" le. He he. Apa boleh buat.

Untunglah kau Raduan, kawan dah jadi saudara!!

Terima kasih Sahara kerana info ini. Nak harap depa cerita, takkan diceritakannya. Ha ha.

No Tel Raduan: 017-362 0913

ZOL JUMPA JOHARI MOHAMAD 6 SAINS

Zulkaply Mohd Yunus sudah berjumpa kawan lamanya dari 6 Sains. Baca emelnya di sini:

Assalamualaikum,

Apa khabar? Wah, boleh tahan juga projek serai! Ajaklah kawan-kawan join business. Aku ada tanah kebun yang boleh diusahakan. Tak adalah luas sangat.

Semalam aku terima panggilan telefon dari Saudara Johari Mohamad, bekas Naib Pengerusi Asrama Putera dan Pelajar 6 Atas Sains 1 1978. Dia ajak aku jumpa di Pekan Tangkak, sebab semalam aku berada di rumah isteri di Kolej Matrikulasi Johor. Sebelum sampai Pekan Tangkak kira-kira 2 km keretanya rosak. Jadi aku dipanggil ke sana (jalan arah ke Smpg Bekoh/Nyalas). Sementara tunggu foreman sampai, kami berbual lama. Banyaklah cerita lama keluar.

Sebelah petang, aku ke rumahnya di Nyalas.
Wow! sungguh hebat rupanya kawan kita ni, dah buka business Nursury pokok bunga/anak pokok disebelah rumah barunya. Rumah barunya pula boleh tahan besar dan cantiknya.

Kalau nak tahu lebih lanjut kawan kita ni, hubungi beliau no. tel 019-4733 757.


Wassalam

Hj Zolkaply Bin Yunus
Tel: 012-3099 439

Bertambahlah geng Razak Lajis dan Darussalam lagi. Rumah Johari tu hanya sebelah kampong saya sahaja. Ha ha punyalah dekat, sekadar 15 minit berkereta. Makin ramai orang berpisah yang bakal dihimpunkan dalam reunion terbesar yang akan kita laksanakan satu hari nanti. Wooo.

LAGI KESAH MOHAMAD DAUD

Sesungguhnya cikgu Mohamad Daud itu lagenda kepada Munshi 78. Selepas Shamsudin Yusof dan Hayati Harun menghimbau cerita penampar maut Mohamad Daud, kali ini Mastura Bachik pula yang teringat beberapa babak menarik hal guru ini. Bacalah emel Mastura:

Salam Ali, Shamsudin, Dayah, Roy dan lain2.

Bukan Shamsudin je kena tempeling dek cikgu Daud. Aku, Hidayah, Ida, Roy dan yang lain semua kecut perut kalau dia mengajar.

Dia berbulu sungguh dengan bebudak bertudung. Pernah sekali apabila Hidayah senyap, Mohamad Daud menengkingnya dan bertanya "kenapa tunduk?". Hidayah menjawab "saya demam'''.

Aku suka tulis Bismillah kat kertas jawapan peperiksaan dan dia marah kat aku dan berkata "ilmu baru sejengkal" dan dia menyuruh aku membaca sifat 20 dan doa qunut pula .

Antara budak perempuan yg mula pakai tudung ialah Hidayah dan Hanim. Hanim manis sekali pakai tudung ikat belakang dan jahit sendiri. Sampai sekarang dia pandai menjahit. Dia pernah bagi free satu tudung kat aku. Bahagianya aku dapat pakai tudung free tu.

Mastura

Demikianlah sebahagian cerita daripada emel Mastura. Ada banyak lagi ceritanya dalam emel itu tetapi perlu huraian lanjut dari Mastura. Harap Mastura ceritakan lagi ya.

JUMPA KAWAN DI MINA

Rohana Hashim tuan rumah reunion 1 Februari 2009, Ahad lalu, sudah terkena penyakit "nostalgia". Kini beliau terkenang kesah rakan SeMunshi yang seMaktab dengannya dan peristiwa terjumpa dengan kawan Munshi 78. Ada sikit cerita ala filem P.Ramlee le.

Ikuti emelnya:

Salam Bro Ali,(Meminjam kata Rohaya..)

Ingat lagi tak kawan kita si Jamaliah Yusuf?

Beberapa tahun dulu dia ada datang ke rumah saya. Sampai petang kami berbual, macam-macam cerita. Dia sama maktab dengan saya Bertugas di KL. Tak silap rumahnya di Tmn Melati. Masa tu isu Anwar Ibrahim sedang hangat. Dia suruh sampaikan pesanan pada u lebih kurang begini bunyinya "Wahai En Ali, sekarang ni aku lebih PAS dari awak tau". He he faham-faham sendirilah maknanya.

Saya nak cerita seorang lagi kawan kita bernama Jamaliah juga tapi lupa binti apa. Alahai Ray, takkan u tak ingat adik angkat Kak On tu. Pada tahun 2003 saya mengerjakan Haji. Semasa di Mina, suatu pagi yang indah saya nak ke tandas membawa towel dan berus gigi.Sedang saya menunggu giliran ada suara memanggil nama saya.Dalam hati saya berkata malaikat mana pulak yang memanggil saya. Saya mencari-cari suara itu. Bila saya terpandang dia, terus saya tahu itu kawan lama saya, sebab dia tak banyak berubah. Hairan, dia boleh cam saya walaupn saya banyak berubah fizikal. Kuasa tuhan, di Malaya terus terputus hubungan, tetapi tuhan jumpakan kami di tanah suci...........

Bro Ali,

Ada banyak cerita lagi nak masukkan dalam blog ini untuk ingatan kawan-kawan yang banyak terlupa. Saya pun banyak terlupakan kawan-kawan kecuali ada peristiwa yang tak boleh dilupakan. Macam cerita Mad Daud...he he.

Saya sedang menjejak Fauziah Hashim. Dia pun sama Maktab dengan saya tapi dia junior saya. Faham2lah di minggu orentasi saya buat2 tak kenal kat dia. Kesian dia, jahatnya saya...Rumah maknya dekat taman perumahan saya tapi tak tahu rumahnya yang mana satu. Ray, tolong cari Fauziah ye..

Setakat ini untuk hari ini, jumpa lagi.

Rohana Hashim

Demikianlah coretan Rohana. Ray itu nama panggilan Rohaya Rahmat. Bahasa Mat Salon katakan. Manakala nama Jamaliah Yusof tu masih saya ingat kerana beliau tu lantang juga suaranya di kelas dan dilihat "sikit moden". Ha ha. Nama Fauziah Hashim pun amat saya ingat kerana ada satu cerita lawak yang dia ceritakan kepada saya yang saya masih ingat sehingga sekarang. Woooo



ASAH JOHAR PUN DAH MENINGGAL

Asah Johar dari 6 Sastera 1, rakan sekelas saya yang berasal dari Sungai Baru telah meninggal pada tahun lalu.

Beliau yang bertugas di Jabatan Imigresen dikatakan mengidap sakit dalam perut.

Yang saya tahu Suhdi dan Juwita yang sempat hadir majlis pengebumiannya.

Oleh kerana kami sekelas, banyaklah peristiwa dan kenangan yang terakam.

Al fatihah untuk beliau.

Maka, sahabat-sahabat Munshi yang telah meninggalkan kita ialah Rohani Nadimin, Mohd Yasin Mohamad, Tajuddin Othman dan Asah Johar. Antara mereka, arwah Tajuddin yang kerap saya jumpa selepas tamat di Munshi.

MOHD YASSIN MOHAMMAD MENINGGAL 2005

Selepas gambar reunion 2002 terpapar dalam blog ini, Khamis lalu, Hayati memberitahu saya bahwa Mohd Yasin Mohamad dari 6 Sastera 2, seorang sahabat yang pendiam, telah meninggal dunia pada 2005 lalu.

Hayati dan arwah Mohd Yasin sama jabatan di Kastam Melaka. Arwah meninggal kerana komplikasi buah pinggang. Tak siapa pun beritahu saya sehinggalah pada hari Khamis lalu.

Selepas merenung gambar sahabat-sahabat kita, barulah kita terpanggil untuk melapurkan berita yang sepatutnya diberitau kepada sahabat yang lain. Moga blog ini menjadi penghubung antara kita.

Marilah kita berdoa kepada Allah swt agar roh beliau di masukkan dalam golongan assolihin. Al Fatihah untuknya. Amin.

CUTI BERBLOG 3 HARI

Esok Jumaat 6 Februari ke Kota Bharu sehingga Ahad 8 Februari

Apa hal.

Ini hal. Klik di sini.

Jumpa minggu hadapan.

ROHANA SUDAH LAMA DIAMPUN

Emel kedua yang saya terima hari inilah dari adik junior 6 Rendah, Hajjah Zaini Kamarudin. Rupa-rupanya kes deraan oleh Rohana dan Rohaya "dah tutup kes" sejak hari terakhir minggu suaikenal tu. Kira 0-0 kata Zaini. Baca emel beliau selanjutnya.

Salam abang Ali,

Termangu seketika saya bila membaca sedutan blog yang kak Rohana ‘bertaubat’... ha..ha. Wahai kakak-kakak ku.. takkan sampai nak bertaubat kot... Coretan saya tu cuma untuk mengimbau kisah-kisah zaman persekolahan dulu... kisah yang tetap segar dalam kotak ingatan kami, tak sedikitpun menjadi dendam kesumat. Lagipun kan kita dah bermaaf-maafan semasa majlis tamat suaikenal dulu... kira sejak tempoh tu dah jadi 0 : 0 je laa kan.. Jangan risau kalau kita jumpa pun kami tak kan balas balik... kan senior2 semua kira abang2 dan kakak2 kami... so kami yang dikira adik2 ni x berkira sangat laa, asalkan mereka semua tetap mengingati kami.

Macamane pun saya memang respeks suara kak rohana dan kak rohaya.. memang ’power’ masa tu, sampaikan adik-adik yang lain kat tingkat bawah pun kecut hati bila dengar suara dia orang. Agaknya sekarang boleh lagi x buat macam tu.. .. ha.. ha. Jangan ‘pocah anak tokak’ pulak nanti.

Oh ya.. terkejut saya bila dapat tahu Y.B. Datuk Mat Sirat tu kami punya senior.. Saya pernah melihat Datuk Mat Sirat semasa bertugas di Majlis Perasmian Kempen Bumi Hijau di Bukit Katil anjuran Jabatan Pertanian tahun lepas. Saya cuma berkata dengan rakan sekerja saya yang Y.B. ni macam biasa tengok.. ada ke Y.B. ni ‘abang senior’ aku? Kawan saya kata pergi la tanya... ooo.. segan lee.. saya cuma berani perhati dari jauh saja. Rupa-rupanya betul la yang abang ‘Datuk Mat Sirat’ tu kami punya abang senior. Jangan marah Datuk bukan saya dah tak kenal cuma nampak lain sikit... sebab saiz tu dah berubah.. dan agak cerah lagi...

Semoga berjumpa di lain waktu.. salam hormat dari saya.

Zaini.

RAHSIA PENAMPAR MAUT MOHAMAD DAUD

Sebentar tadi saya terima dua emel lagi. Pertama emel dari Hayati Harun yang sekaligus membuktikan betapa saya begitu tidak perasan student perempuan di Tingkatan 6 Sastera 2. Banyak cerita lucu Hayati yang masih terbayang dan terngiang-ngiang dalam ingatannya. Eloklah diceritakan dalam blog khas kita ini sebelum ingatan kita diambil oleh Allah swt. Mohon dijauhkan Allah...

Assalammualaikum wm wb Ali,

Alhamdulillah, sebab awak buat blog ni lah saya belajar cara2 nak email dengan sukarela. Kalau tidak saya buat derk dan jadi pantang larang kalau kawan2 suruh saya email.

Bercerita tentang kisah Shamsuddin, sebab dia kena tampar dgn Cikgu Mat Daud lah saya, Sawiah, Lelee, Rohana Md Dali dan Saripah Nuri terus bertegur sapa dengan dia masa balik sekolah pada hari kejadian tu. Lepas tu kami berlima terus jadi kawan baik Sham. Kami berlima ni memang satu kepala, suka ketawa, lepak bawah pokok dekat tepi pagar sekolah pada waktu rehat. Lelee selalu bawa nasi bungkus saiz bantal bayi untuk kami makan bersama.

Aktiviti wajib kalau dah keluar biasiswa, masa balik sekolah kami draw duit di Bank Rakyat, makan mee goreng dan ABC kat tepi panggung Lido. Lepas tu shopping sikit2 kat Emporium Melaka atau shopping centre kat stesen bas. Sampaikan ada yang nasihatkan Lelee jangan ikut sangat group saya kerana nampak asyik enjoy walaupun periksa nak dekat. Group saya ni sebenarnya keturunan baik2, tak kacau orang. Cuma adalah sekali tu kami terkacau secara sengaja kawan sekolah dan saya sebut sebagai Tragedi Kad Hariraya Jahlelawati. Ingat nak seronok2 pekena diorang, tapi mereka dapat trace siapa yang empunya angkara. Bila bersemuka, kami tak mengaku, terpaksalah kami menegakkan benang yang basah. Harap mereka maafkan kesilapan kami.

Berbalik pada kisah saya selepas SMMA, saya, Lelee, Rohana masuk UM, Saripah masuk USM, cuma Sawiah saja masuk kolej jururawat. Lelee jadi guru di Muar, Saripah di LHDN Kuala Lumpur, Rohana di Kastam Ayer Keroh dan dijangka akan bertukar ke Kuala Lumpur pada bulan Mac ni. Dan saya masih disini dan mungkin akan tetap disini kerana................... suami saya dah bersara, nak pi mana lagi.

Sekian sahaja. Wasallam.

Betul tak kata saya dalam posting sebelum ini, penampar cikgu Mohamad Daud tu ada rahsianya. Rupa-rupanya jika tiada tragedi tu, maka Hayati, Sawiah, Leele, Rohana Mat Dali dan Saripah Nuri tak akan rapat antara satu sama lain. He he.

Empat nama yang diceritakan oleh Hayati diatas, kini mula saya ingat secara perlahan-lahan. Bak kata orang "macam pernah dengar aja". Malangnya saya tak dapat bayangkan muka mereka lagi. Kalau jumpa mampus tak kenal.

REUNION TAHUN 2000


Ini ialah gambar mini reunion pada 30 April 2000 di rumah arwah Tajuddin/Juwita di Kampong Kemuning, Tampin. Itulah jasa besar arwah Tajuddin Othman sebelum beliau meninggalkan kita selama-lamanya pada dua tahun lalu. Ramai juga sahabat seMunshi yang hadir di majlis pengebumiannya. Antaranya ialah Suhdi, Shamsudin, Darussalam, Yaakob, Zakaria 6 Sains, Maria, Salmiah dan beberapa orang lagi yang saya tak ingat dah.

Saudara Suhdilah yang banyak menolong Juwita selepas tiadanya arwah Tajuddin dalam menguruskan pelbagai kes berkaitan dengan diri arwah itu.

Hidayah dan Rohana Hashim ada sesekali menziarahi Juwita.

Semalam petang dilaporkan Zakaria Osman berbual panjang dengan Juwita ketika Juwita menghanta anaknya temuduga kerja di Melaka.

Setiap kali bulan Ramadhan, ingatan saya terlalu kuat kepada arwah Tajuddin. Entah mengapa. Ya Allah perkenankan doa kami semoga sahabatku ini diampunkan dosanya, diberi kenikmatan hidup dalam alam barzakh dan dimasukkan ke dalam jannahmu.

Kepada anda semua bacalah Alfatihah untuknya. Amin.

(Klik Gambar untuk lebih jelas lagi: Berdiri dari kiri: Arwah Tajuddin, Ali Maidin, Razak Lajis, Shamsudin Yusof, Darussalam Budin, Mohd Amin Rohani, Yaakob Othman, Suhdi Abdullah dan Mohd Yasin Mohammad. Duduk dari kiri: Hayati Harun, Norsiah Wahab, Juwita Hassan dan Rohana Hashim)

EMEL DARI ROHAYA LAGI

Selepas saya update blog ni, terima satu emel luahan hati Rohaya. Macamana dia pandai bersilat lidah dulu di Munshi, macam itulah juga emelnya hari ini. Baru saya tahu macam-macam gelaran kat bebudak pompuan asrama puteri tu hari ini. He he he. Baca emel Rohaya:

Assalamualaikum.........

Buat semua rakan seperjuangan di Munshi 78 (6 rendah dan atas) diiringi doa semoga semuanya dalam sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Semenjak dah ada blog munshi 78 setiap pagi dah jadi rutin untuk saya mencari cerita menarik dari Bro. Ali kita. Kalau kita fikirkan bukan mudah hendak mendapat sahabat seperti ini.

Bersyukur aje la mudah2an usia persahabatan kita kekal hingga keakhir hayat.....amin. Walau bagaimana pun ingin saya mengingatkan Bro. Ali kalau nak makan nasi briyani di restoran Yusof Haslam dengan En. Mazlan kita jgn lupa jemput saya kt sebelah ofis ni. Hahahah............

Di blog ini juga ingin saya menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas segala perbuatan saya yang mungkin melukakan dan menjadi kenangan pahit dihati junior saya semasa minggu orientasi 78 yang lalu. Begitu juga kepada semua rakan seperjuangan saya yang lain saya mohon maaf sekiranya disepanjang kita berkawan ada yang terkasar harap maafkan lah saya ya.

Semua sahabat-sahabat saya yang saya rindui terutama Rohana(Ana Cemas), Mastura Burn, Ida Nan, Hayati, Hanem (sory x bls sms), Ana melaka pindah dll sila hubungi saya .............Terima kasih Y.Bhg. Dato Md Aris Bakar yang telah call saya tmphari. Kepada yg dah bergelar Dato-datok tu sponser2 la tmpat special utk sesi pertemuan munshi 78........sebahagian dari amal jariah……………

Selamat menjalankan tugas harian moga hidup sentiasa diberkati dan dirahmati Allah...amin.

STK

Wasallam

Rohaya Rahmat

RAZAK LAJIS 6 SAINS

8 tahun lalu, ketika mini reunion di rumah arwah Tajuddin/Juwita di kampong Kemuning, Tampin, sahabat kita Razak, kini Hj Razak Lajis turut hadir. Program reunion pada Ahad lalu pun beliau hadir juga. Walaupun tak ramai pelajar sains, beliau tetap komited hadir.

Kami berdua sama-sama tinggal di asrama. Maka banyak le pengalaman yang sama di asrama. Pengalaman makan, studi di kelas, perangai penghuni asrama serta gurau senda dengan rakan lain yang sama. Hanya tak berkongsi gosip yang sama. Ha ha.

Ketika di Munshi, tubuh Hj Razak begitu sasa nampaknya. Memang layak jadi pemain ragbi!

Tak silap saya Tuan Hj kita ni masuk UPM selepas Munshi. Tolong betulkan jika salah ye. Tak sempat tanya habis-habis ketika berbual dulu.

Beliau bertugas di Syarikat Air Melaka Berhad sejak mula sehingga sekarang. Istiqamah betul. Yang hebatnya kerja di bandar Melaka tetapi rumah di Taman Perwira, Jalan Sikamat, Seremban. Berulang setiap hari dan terus menguntungkan PLUS.

No teleponnya 019-629 0131. Teleponlah beliau untuk dapatkan air percuma!!!

(Gambar: Hj Razak bersama isteri Hajjah Rosnani Hj Harun)

SUHDI DAH BERBLOG

Orang macam usia kita ini memang tak mesra IT. Setakat guna word dan excell sudah kira hebatlah tu. Sebagai permulaan, masing-masing kenalah ada emel sendiri. Hantarlah emel kepada saya untuk dijadikan database bagi memudahkan perhubungan antara kita dengan pantas dan percuma.

Anak-anak kita boleh tunjukkan cara membuat emel dalam tempoh 5 minit sahaja. Setakat ini Hayati, Mastura, Rohana, Zolkaply dan Suhdi sudah ada emel. Hanim tengah mencari masa yang sesuai untuk mendapat tusyen dari anak-anaknya. Ha ha.

Suhdi sudah naik darjah. Ketika orang lain masih meraba nak buat emel, beliau sudah ada blog peribadinya sendiri. Satu kemajuan. Suhdi kenalah update satu hari satu cerita. Banyak cerita kelakar Suhdi fasal dia berkawan dengan geng tua-tua di koperasi kat Tampin tu. Teringat saya akan adanya orang tua-tua dalam koperasi tidak menyebut "cash book' tetapi "kissbook". Ha ha.

Klik di sini untuk menjengah blog Suhdi
. Yaahooo.

PENANGAN CIKGU MAT DAUD

Rohana dalam emelnya semalam mengatakan bahawa beliau takkan melupakan tindakan Cikgu Mohamad Daud yang menahan biasiswanya selama dua bulan sehingga tak dapat shopping kat bandar Melaka. Shopping kita selaku student ialah menghirup cendul kat Jalan Hang Tuah sahaja. Selepas itu dia dok selalu berselisih dengan cikgu Mohamad Daud semasa belajar di MPM. Kira gianlah tak dapat membalas dendam agaknya...

Pada jam 2 tadi, Shamsudin menalipon dan bercakap panjang dengan saya. Kesah dia lagi tragis kerana dia dilempang oleh cikgu ini di dalam kelas atas alasan rambut beliau yang kononnya panjang. Bukan lempang perlahan oi, tapi dengan kuat. Sampai ke mati Shamsudin terasa sakitnya. Ha ha.

Yang syoknya Shamsudin pernah bertemu dua kali dengan cikgu Mohamad Daud selepas keluar Munshi. Kali pertama di bank yang Shamsudin sendiri menjadi pengurusnya. Apabila Shamsudin melihat cikgu ini memasuki bank, beliau pun segera menghampiri cikgu berkenaan. Adakah Shamsudin akan membalas dendam semula?

Ha ha, Shamsudin hanya sekadar bertanya adakah cikgu masih kenal dengan dia yang pernah dilempang olehnya ketika di Sekolah Munshi dulu? Memang Mohamad Daud tak kenal....Ha ha. Shamsudin hanya mengingatkan peristiwa itu sahaja. Nasib baik Shamsudin tak membalasnya. Kira-kira Shamsudin tu wali juga le....

Wahai Rohana dan Sham... maafkanlah sahaja. Anggap sahaja dia berniat baik yang kita tak tahu. Bukan mudah nak dapat makam memaafkan orang ni. He he. Kalau kita tak selalu memaafkan anak isteri kita setiap hari, hancus bib. He he.

Cerita saya dengan cikgu ini di lain kalilah. Bagi suspen sikit. Mungkin ada yang tahu agaknya. Teka... akan saya belanja cendul. Ha ha.

NORLIDA BABA 6 SASTERA 2

Yang saya tak sangka hendak datang pada program reunion Ahad lalu ialah Norlida Baba dari 6 Sastera 2. Rasanya Sahara Tawil yang mengajaknya. Kalau Hayati tak perkenalkan dia, mampus saya tak tahu siapa mak cik comel ini. He he.

Norlida bertugas di RTM, Angkasapuri, KL. Ramai sunggh kekawan saya di RTM ini. Antaranya Munshi Abdullah lepasan UKM dan Puan Zawiyah (sekelas ketika 6 Rendah di Jitra).

Sekarang beliau tinggal di Seri Kembangan, Kuala Lmpur.

No Tel Norlida 012-3155 824

(Gambar: Norlida bersama suaminya En Sooanan Mohamad - orang jawa ke?)

HANIM DAN MAZLAN DAH RESPON

Petang semalam Hanim Esa dari 6 Sastera 2 dah respon terhadap blog ini. Tunggu kemunculan berita panas dari beliau. Katanya beliau di KL. No telepon beliau 013-2592 577.

Manakala Mazlan Sg Baru masih di KL tetapi pejabatnya kini di Bangunan Sime Darby, Jalan Raja Laut. No teleponnya 019-2238 389. Jika senang nanti, saya belanja hangpa berdua makan biryani di Jalan Tunku Ab Rahman, Kuala Lumpur. Yang lain dengar aje le.

Dengan ini saya, Rohaya Rahmat dan Mazlan hanya dijarakkan oleh perjalanan kereta yang tak sampai 10 minit pun jika tak jem. Alangkah dekat tetapi langsung tak boleh bersua muka untuk makan muruku bersama. Wooo.

Manakala itu Rohana Hashim pula setaman perumahan dengan Adam dan Rashidah Rashid di Taman Tuanku Jaafar, Seremban. Rohana lupa menjemput Rashidah ke program tempohari. Jika Rashidah tahu hal ini, saya harap Adam tolong mengawasi Rohana supaya tidak dicekik oleh Rashidah. Padan muka kau nanti Rohana oi.

HAYATI HARUN ORI MUNSHI

Majoriti pelajar Tingkatan Enam Munshi datang dari luar Sekolah Munshi. Hanya beberapa orang sahaja yang betul-betul lepasan SPM di Sekolah Menengah Munshi.

Mengikut empunya cerita Zakaria Osman, antara pelajar ori dari Munshi ialah beliau sendiri, Hayati Harun dan Sahara Tawil. Mungkin ada lagi tetapi Zakaria tak beritau. Patutlah Zakaria begitu eksyen di kelas kerana dia perasan bahawa dialah paling senior di Munshi tu. Ha ha. Ada berita sahih melapurkan bahwa ramai pelajar perempuan yang dipikatnya tetapi pelajar perempuan tak menerimanya kerana rasa tak setanding dengan kehebatan Zakaria. Ha ha.

Semalam, langit pun tersenyum apabila Hayati Harun menghantar emel kali pertama dalam sejarah hidupnya. Emelnya disertakan sekali gambar beliau dengan suaminya tersayang. Lihatlah gambar sebelah itu, kan ibarat Sultan Melaka dengan permaisuri. Ha ha.


Saya turunkan emel beliau yang merakamkan rasa terkilan apabila datang ke majlis reunion tanpa suami tempohari hari:


Assalammualaikum wm.wb Ali,

Setelah saya baca blog munshi78 dan lihat gambar2 rakan yang datang berpasangan, terasa pula saya bersendirian rupanya pada hari tu. dahlah sesat barat masa nak pergi kat rumah Rohana. walaupun ditemani adik sebagai pemandu, tak sama rasanya jika bersama pemandu peribadi(suami).Nak kata apa, kebetulan suami ada urusan lain.

Jadi tak nak menghampakan sesiapa yang tak mengenali suami idaman saya dulu, kini dan selamanya,(Datuk Md Sirat senyum lebar agaknya!) saya sertakan gambar saya dengan suami, yang mana ikut macam cerita penglipurlara, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, tidur sama lena. Kata orang tua, pasangan sebegini murah rezeki (Alhamdulillah!!).

Bezakan dengan rakan kita yang lain yang berdiri, sahih ada tinggi rendahnya. Saya tak tau pula Ali macamana, ada perbezaan ke? Lagi satu Li, Rohana Md Dali ada hari tu, yang bergambar ramai, duduk paling kiri bersebelahan isteri awak tu.

Kisah saya selepas keluar SMMA akan saya cerita lain kali, jika ada masa Insyaallah. Untuk pengetahuan kawan2, no. tel Md Amin Rohani 0122229607, (MRSM Jasin), Aziz Md Yassin 0122643784 (sekolah kat Jasin).

Sekarang Hayati bertugas di Akademi Kastam Melaka sebagai Penolong Pengarah. Selepas belajar di UM, beliau terus joint Kastam dan ditempatkan ke Bahagian Air Cargo, Airport. Cerita lanjut kenalah beliau sendiri hikayatkan. Oh ya, Rohana Mat Dali pun bertugas di Pejabat Kastam, Melaka juga.

Saya sendiri langsung tak ingat akan kewujudan beliau di Tingkatan Enam dulu sehinggalah bertemu di rumah Tajuddin/Juwita 7 tahun lalu. Alahai. Jika tak ada insiden manis atau pahit, kita memang tak ingat akan kesahnya kekawan kita kan, macam kenakalan Rohaya tu. He he.

No Tel Hayati 012-6830041

ROHANA HASHIM BERTAUBAT

Selepas saya paparkan emel Hajjah Zaini, pelajar Tkt 6 Rendah 78, Rohana pun memberi responnya. Beliau bertaubat dan memohon maaf dari Zaini. Ha ha. Bacalah emel dia:

Salam Ali,

Saya dah baca emel dari junior kita. Ketawa saya seorang. Saya terkenang saat minggu orentasi di Munsyi. Semasa saya di ting 6 rendah teruk saya dikerjakan senior. Antara sebab ialah rupa saya hampir sama dgn Kak Aei...Kedua sebab saya melawan sekali...Bila saya senior saya balas dendam(Kononnya..he he!).

Tahun 1989 saya ke Maktab Perguruan Ppuan Melayu Melaka,teruk juga saya dikerjakan oleh Kak Dong(Zawiyah). Tahun depan tu saya dera junior.Di akhir m.orentasi saya demam teruk. Junior kata padan muka saya...he he.Wahai Dek Zaini,ia dah jadi kenangan manis,kan? Walau apa pun maafkan saya ye...

Saya nak cerita dengan kwn2,semasa saya di MPPM,saya menyewa rmh. Peristiwa yang tak boleh saya lupakan ialah setiap kali saya dlm pjlnan ke kuliah saya selalu berjumpa dgn cikgu" kesayangan" ali...Md.Daud. Rupanyadia mngajar di Mcca Girl High School,kan se jalan tu. Ingat tak Roy,rambutnya ada "atap". Kalau jumpa dia pepagi buta tu kira sue le. Dia pernah tahan biasiswa saya hampir 2 bulan.Kwn2 lain dah pi shopping saya kekeringan.

Setakat ini unt hari ini. Kita jumpa lgdi lain cerita. Saya demam ni. Dah telan panadol dan nak tidur...assalammualaikum..

Rohana bte Hashim (012-6976897).

Saya ketawa kerana Rohana sudah minta maaf secara terbuka dan tambah ketawa lagi kerana beliau dah pandai dan rajin beremel. Macam tu le guru abad 21. So, Hajjah Zaini, janganlah menghalang Rohana di pintu syurga nanti kerana kes deraan tahun 78 tu ya. Ha ha.

Kesah cikgu Mat Daud yang Rohana sebutkan tu akan saya cerita kemudian. Kesah dailog 2 jam di kantin. Jeng jeng....

ROHAYA DAN ROHANA SENIOR PENYAKAT

"Penyakat" itu bahasa orang utara. Petang ini saya terima emel dari adik junior kita dari Tingkatan Enam Bawah 78. Ya, Zaini Kamarudin, kini Hajjah Zaini. Beliau masih terasa "manisnya" deraan oleh si Penyakat Rohaya dan Rohana. "Jahat" betul kau berdua ya, menyakat Zaini sehingga kini beliau terkenang-kenang. Hayatilah cerita dari e-melnya:

Salam bang Ali,

Maaf dipohon kerana saya tumpang melihat blog munshiabdullah78 untuk sahabat2 6 atas 78.. Sabtu lepas saya dapat sms dari sahabat baik saya wahid razak dari penang maklumkan mengenai blog tersebut. Jadi saya cube2 untuk melihatnya. Rasa-rasanya ada juga topic mengumpat kami budak2 6 rendah sains 78. Mungkin abang2 dan kakak2 senior dah x ingat saya lagi.. saya Zaini Kamarudin bekas pelajar 6 rendah sains tahun 78 dulu. Kami budak2 kelas 6 rendah sains dulu rasanya tentu abg2 & kakak2 tahu kami ni kurang aktif dan segan untuk bercampur dengan senior. Tetapi kenangan kena buli dek senior tetap dalam kenangan ha.. ha.. lebih-lebih lagi kat asrama puteri kerana saya freshie pertama yang masuk asrama puteri.. Lunyai kena keje dek kak rohaya dan kak rohana kat tingkat 3. Kecut mecut bila dengar suara dia orang tu.

Macamane pun terasa rindu dengan suasana tersebut. Sekarang dah tua2 ni terasa lucu pun ada, anak-anak saya pun ketawa gelihati bila saya ceritakan kisah saya kena buli seperti kena joget cak kun cak (bila lori gendang cina lalu nak pergi jelutung) untuk dapatkan tandatangan dia orang.. Cerita untuk dapatkan tandatangan ni.. di sekolah pula yang suka buli tu abang Zaini Samani sebab nama kami kan sama, jadi dia selalu tanya kenapa nama saya ‘Zaini’.. sampai saya takut nak mintak tandatangan dia. Jangan marah abang zaini, itu cuma kenangan lama (jangan simpan dalam hati), He.. he. Nasib baik ada abg Abdullah Wahid tolong dapatkan tandatangan kawan2nya.. lega sikit.

Seronok + terharu + gembira tak terhingga rasanya abang2 dan kakak2 senior ada juga blog untuk melepaskan rindu mengenang kembali zaman persekolahan dulu. Saya sendiripun kurang mengingati senior2 ni.. Apa khabar kak rohaya, dulu (waktu baru lepas persekolahan) ada juga dia dan wahid datang ke kampong saya di Sungai Petai, Alor Gajah. Saya juga masih ingat kak rohana, kak mastura, kak nyarose, kak Jan, tapi abang2 senior saya kurang ingat al maklum lah kami dulu takut & segan nak tegur abang2 senior.

Akhir kata tahniah kepada abang ali kerana berjaya menyambung hubungan silatulrahim antara rakan-rakan semua. Semoga usaha murni abang itu memberi nafas baru kepada kami yang terasa terpinggir dari rakan-rakan lama.

Sekian, salam rindu dan ceria untuk semua.

Demikianlah emel dari Zaini yang menghimbau kenangan lama.Saya ingat sekali nama Zaini ini tetapi mungkin tak kenal jika terjumpa. Yang lelaki pun tak kenal, jika sudah 30 tahun tak berjumpa, inikan pula yang perempuan.

Bak kata Aziz Desa, Yang jauh kita dekat-dekatkan. Yang dekat kita mesra-mesrakan. Alangkah indahnya jika perjumpaan bekas pelajar Munshi 78 nanti, juga melibatkan adik-adik junior kita. Yaahoooo

ALAHAI ROHAYA

Sebentar tadi Rohaya Rahmat menalipon dan juga ada mengemel kepada saya. Merendah diri betul dia. Alahai. Emelnya:

Assalamualaikum

Saudara Ali masihkah tuan ingat pada saya. Saya begitu terharu baca emel dari kawan2 lama yang semuanya berjawatan besar…..saya sebenarnya amat segan untuk menonjolkan diri kpd kawan2 lain sbb saya adalah org yang begitu kecil……….Kawan kita YB la, datuk La Pengurus la………..dan lain2…walau apapun saya bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang. Sebenarnya nak cerita panjang tapi masa x izinkan……….jika nak hubungi saya emel rohaya@crc.gov.my -

Wassallam.

Rohaya Rahmat,Tingkat 3, Bangunan Dermatology, Pusat Penyelidikan Klinikal, Jalan Pahang Hospital Kuala Lumpur.

HP: 0166468714

Sesungguhnya antara kita tak pernah hairan dengan apa yang ada di dunia ini. Nilai persahabatan antara kita terlalu tinggi untuk dibandingkan dengan pangkat dan kedudukan yang ada pada diri kita sekarang. Dan pada sisi Allah, hanya takwa sahaja yang dinilai.

Sedap juga kita menghayati sajak Pak Lah:

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah Nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana dia Rabbi
Dialah teman
Dialah Wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi.

GAMBAR KETIKA REUNION 1 FEBRUARI 2009





SIAPA YANG TAK HADIR TEKALAH SIAPAKAH PENGANTIN LAMA DI SINI.....

Klik di gambar untuk lebih jelas lagi.

Akan diberitahu siapa mereka dalam posting masing-masing




















Sorry, gambar Adam dan Zakaria terlesap lak. MMS sahaja gambar anda ke hp saya tu.

YB MAT SIRAT

Karektor pelajar aliran sains lebih kurang sama di mana-mana. Pengalaman saya di Sekolah Menengah Sultan Ab Halim, Jitra dengan pelajar matrikulasi dan adik-adik di Tingkatan 4 dan 5 Sains serta sahabat-sahabat di fakulti sains semasa di UKM, lebih kurang sama dapatannya. Ha ha.

Depa ini kurang bercakap, suka mendengar dan menjadi pemerhati dengan penuh analisis secara senyap. Bila depa bersuara, baru kita tahu ketajaman fikirannyanya. Mana-mana yang jadi isteri atau suami kepada bekas pelajar aliran sains kira bertuahlah kerana depa sudah menganalisa habis-habisan sebelum membuka bicara melamar anda. Wooo.

Antara pelajar aliran sains di Munshi yang dapat dijejaki dan dapat bertemu ialah YB Datuk Mat Sirat, Darussalam Budin, Razak Hj Lajis dan Yahya Sharif.

Manakala mereka yang sudah tahu berada di mana tetapi belum sempat berjumpa ialah Zolkaply Yunus, Ramli Ahmad, Razali Baharom, Rohizan Ab Rahman dan Mansor Kasim. Setakat ini Ramli, Razali, Rohizan belum memberi respon kepada sms saya. Manakala kita tiada nombor talipon Mansor.

Saya pernah berjumpa YB Mat Sirat selepas tamat belajar di Munshi sekitar tahun 86, tetapi kurang pasti di mana. Tidak sempat berbual panjang, hanya sekadar mengambil kad nama sahaja. Baru Ahad lalu kami dapat berjumpa lama, namun tak boleh berbicara panjang juga. Kena minum teh berdua sahaja baru boleh borak lama kot. Harap beliau tak ajak saya isi borang Umno. Ha ha, gurau aja.

Berliku juga sejarah hidup YB kita ini. Selepas tamat Munshi, masuk Maktab Pergurusan dan menjadi guru dari 1981 sehinggalah pada tahn 1995. Lama tu. Beliau pernah bertugas di Temerloh, Kuala Lumpur dan akhirnya di Melaka.

Tak silap saya, beliau amat aktif dengan pertubuhan belia sehinggalah akhirnya beliau menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pengangkutan pada 1995-1998. Tak payahlah sebut siapa Timbalan Menteri tu. Semua orang tau. Pada 1999, beliau jadi Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Kesihatan. Tahun 2000 beralih menjadi Setiausaha Politik KM Melaka. Kira dimana ada Datuk Seri Ali Rustam, disitulah Mat Sirat ada. Yaa hooo.

Yang hebatnya sempat juga beliau menjadi YDP Majlis Perbandaran Melaka pada 2001-2002.
Selepas itu sekali lagi pada 2004-2008 jadi Setiausaha Politik KM Melaka.

Kini sahabat kita YB Bukit Katil. Tubuhnya yang tinggi langsing pada 1978 dulu, kini sasa macam YB lain juga. Isteri saya kata, agaknya YB mesti bertubuh macam tu juga. Ha ha, apa taknya, dok dinner aja tiap malam.

Bila saya sms akan program reunion tempohari, beliau dan Datuk Kamaludin Said yang segera menjawab. Razak langsung tak jawab tapi hadir. Darussalam paling akhir jawab. Beliau antara yang datang awal. Hampir saya tak kenal kerana putih beliau putih kemerah-merahan macam Mat Saleh. Apa yang beliau borak dengan Darussalam dan Adam tak tahulah. Tak sompek den mendongarnya.

So, jika kita buat program tak perlu sesiapa yang merasmikannya kerana YB Sirat bisa merasmikannya. Siapakah akan menduga Ketua Murid Munshi ini akan jadi YB? Tuah ayam nampak dilihat....

Yang penting beliau tetap akan dapat pencen YB. Ha ha

Kita doakan beliau jadi menteri. Bolehlah Mokhtar minta apa-apa permit yang patut. Wooo.

No Tel beliau 019-667 0007. Tapi jangan telepon minta projek ya.

TANDA KECIL KIAMAT

Saya selalu bergurau dengan rakan sekeliling, jika ada peristiwa pelik yang kekawan lakukan, maka saya katakan tanda kecil kiamat.

Malam ini ada satu lagi tanda kecil kiamat, Rohana Hashim sudah ada emel dan telah menghantar rakaman ucapan terima kasihnya kepada semua sahabat yang datang ke majlis perkahwinan anaknya dan program reunion bekas pelajar Munshi 78, Ahad lalu. Saya turunkan emelnya:

Salam sejahtera,

Pertama kali di alam siber,terharu rasanya.1978 di munsyi pasti kita tak terfikir di kala itu kita dpt berbual sebegini cara...Terlalu byk kenangan di munshi nak dicerita..Pertama kali beremail saya nak mrngucapkan terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir ke majlis kenduri pkahwinan anak lelaki saya semalam.

Walau sederhana tetapi amat meriah..........Rugi u tak datang Jann dan kalau Rohaya ada mesti lagi meriah. Takpelah,kita jumpa di lain pjumpaan,,itu tugas ali dan sudhi tahun depan ye..setakat ini buat pertama kali,kita jumpa di lain hari.


Kini saya menanti emel dari rakan yang lain pula. Jika sudah ramai yang meng-emel, maka ianya bukan lagi tanda kecil kiamat. Ha ha.

(Gambar: Rohana dengan suaminya Zahar Epi. Kedua-duanya orang Tampin)

SUKA DUKA ZAKARIA OSMAN

Baru tadi saya 'mengumpat' Zakaria, sebentar tadi saya menerima emel darinya. Ada kesah dirinya selepas tamat belajar di Munshi dan tazkirah beliau kepada kita. Sesungguhnya peringatan itu bermanafaat kepada sang mukmin. Saya tak larat nak edit emel Zakaria ini, bacalah sendiri:

Salam Saudara Ali,

Apabila keluar keputusan exam stp dulu ,kecewa gila krn gagal dapat masuk ke universiti tempatan dan sedeh bertambahx2 apabila melihat sahabatx2 bjaya masuk ke universiti pada ketika itu...

Ketika itu apa pun yg terjadi ,kita kena akur dgn kehendak penentuan takdir ..sememangnya allah s.w.t. telah mengqadak dan qadarkan nasib seseorang setelah kita berusaha...namun apa jua ,utk meneruskan hidup ,sy terpaksa sekali lagi masuk kelas malam gpms utk memperbaiki sijil stp sy dan d samping itu juga sy cube memohon kerja dgn kerajaan dan akhirnya dgn ketentuan ilahi ,sy dapat tawarn bekerja d lembaga padi dan beras negara pada tahun 1981 dgn jawatan merinyu ting II bertempat d melaka wisma persekutuan ,jln h tuah...

Pada 1985 ,saya diarah bertugas d sempadan dgn unit pencegah penyeludupan selama 5 tahun dan d situ sy telah berjumpa dg saudara d sekatan jalanraya sanglang...setelah berkhidmat dg upp, saya telah bertukar semula ke LPN penguatkuasa MUAR dan akhirnya lpn telah d swastakan ...pada masa itu bhg penguatkuasa boleh memileh samada mahu ke kem pdgan hal ehwal pengguna atau ke bernas iaitu syarikat swasta bg menggantikan LPN..akhirnya sekali lagi dg ketentuan ilahi , sy telah masuk ke bernas dan terus meninggalkan badan kerajaan selama 16 tahun....

Cita2 saya sejak dulu mmg hendak juga belajar ke universiti...bg meraih citax2 ini ,maka universiti terbuka malaysia di buka pada tahun 2000 dan sy terus memohon utk masuk sebgai pelajar peringkat pertama dan akhirnya berjaya mendapat ijazah sarjana muda pengurusan pada tahun 2005 ..

Pada masa yg sama dari tahun 2002 hingga 2007 , sy terajui managment sebuah hotel d ayer keruh melaka iaitu ayer keruh country resort d sebelah mini malaysia sebagai pengarah , d samping juga bekerja sebagai pengurus d edaran bernas nasional melaka....setiap pagi kelaur kerja jam 7 pg dan balek rumah jam 1 pagi..pada hujung minggu pula pergi kuliah d oum melaka..akhirnya dgn tekanan ,kesihatan dan sebagainya ,sy meletakkan jawatan sebgai management di hotel akcr ini pada tahun 2007 bulan february dgn perasaan suka duka...

Sekarang sy hanya tumpu pd karier sy d bernas saja tapi pendapatan tidak lumayan saperti dahulu yg mana memegang 2 jawatan sekali gus..

Kini usia kita semua telah hampir ke 50 tahun dan sy ingin berpesan pd kawanx2 iaitu hidup ni walau apa pun yg kita buru kan ,kita kena ingat semuanya adalah tertakluk kepada kekuasaan allah s.w.t..allah yg menentukan semua perjalanan hidup kita setelah kita berusaha.pangkat,darjat ,kaya ,miskin,jodoh,bahgia atau kecewa, semuanya d tentukan oleh allah.....dan ajal kita dan tanah perkuburan kita juga adalah penentuan Allah...

Saya sebagai sahabat2 sebaya dengan ini menyeru kepada saudarax2 sekelian , d samping kita berlumbax2 mencari apa jua kemewahan ,kesenangan hidup d dunia, kita jgn lupa beribadat dan taat kepada perintah allah s.w.t. yg mana sebenarnya kita d hidupkan adalah utk menyembah allah dan mentaati perintah allah dan rasul...kalau d hitung seharix2 , umur yg kita ada sekarang ni adalah umur yg sudah sampai ke penghujungnya dan bukan lagi utk kita bersuka ria atau mengejar citax2 yg tak pasti akan ada kesudahannya....

Mari lah kita mempertingkatkan ibadat kita pada allah s.w.t. yg telah menghidupkan kita selama ini dan memberi kita rezeki dan nikmat yg tidak terkiranya....ingat ye. cinta pada allah kekal selamanya dan cinta pada isteri atau sahabat hanya sementara..dgn nama allah yg maha pengaseh lg maha penyayang , sy doakan agar semua sahabatx2 kita d rahmati allah hendaknya, amin..tq...

Zakaria Osman
Edaran Bernas Nasional,
Lot 451, Mukim Kelemak,
78000 Alor Gajah
Mmelaka...
Tel: 06 5562868/ 012 6815050
Email :
serimas7191@yahoo.com.my

Demikianlah adanya emel Zakaria kita tu. Ingat jangan tak ingat.

3 KALI TABIK

Saya ke Turki dua kali pada akhir 1990an. Sekali melancung dan sekali lagi kerana menghadiri persidangan International Busines Forum(IBF) mewakili Pemuda Pas Pusat. Ketika itu Parti Islam yang memerintah di Turki.

Semalam saya terkejut beruk apabila melihat catatan peribadi Abdul Rashid Ahmad. Kau jangan terkejut Redzuan oi. Ya, Rashid bertugas di Turki selama 4 tahun pada tahun 2000-2004. Pi sekejap pun tak tahan cuaca sejuknya. Inikan pula empat tahun. Tabik kali pertama untuk Rashid.

Kini Rashidku berpangkat Leftenan Kolonel di Institut Pegawai Kanan Tentera Darat di Port Dickson. Tabik kali kedua.

Dalam sibuk bertugas di dalam dan luar negara, sahabat kita ini sempat belajar Sarjana Sains Pengurusan di UUM pada 2006-2007 lalu. Wau!! Bagi pelajar yang berasal dari aliran sastera, bukan mudah mengambil jurusan ini kerana banyak subjek yang berkaitan dengan matematik, statistik, operasi penyelidikan dan sistem maklumat. Subjek sistem maklumat(IT) di sini bukan sekadar nak buat emel, buat blog aja wahai Mastura oi, malah lebih mendalam dan berkaitan juga dengan perancangan Cyberjaya tu. Boleh berasap kepala tau. Ha ha. Memang hebat kau Rashid. Tabik kali ketiga.

Banyak betul rahsia kehebatan sahabat-sahabat Munshi yang terpendam, lantaran berpisah lebih tiga dekad.

Sekali lagi TABIK kepada Tuan Leftenan Kolonel Abd Rashid Ahmad. Jika ke PD, Rashid tentu boleh belanja teh kosong!!!

(Gambar: Abd Rashid dengan isteri kesayangan)

ZAKARIA OSMAN TERKEDU

Jangkaan saya meleset sama sekali terhadap program reunion petang semalam. Saya ingatkan Zakaria akan kepuh apabila berjumpa dengan sahabat lama Munshi. Rupa-rupanya tidak. Warak sungguh dia semalam. Mengapa?

Saya bertanya kepada beliau, mengapa senyap aja? Jawapan dia ialah, dia tak kenal hampir semua orang. Ha ha, macam tak percaya. Itulah akibat berpisah selama 31 tahun wei. Kira-kira hebatlah saya ini kerana masih boleh meneka siapa yang yang datang, kecuali si Redzuan dan Norida. Si Rashid Ahmad pun lebih kurang sama dengan Zakaria. Terpaksalah saya memperkenalkan seorang demi seorang dan mengnostalgiakan kesah Adam dan "tompek lueh". Kalau tak, apa cerita yang hendak saya buat. Harap Adam tak kesah cerita tu. Orang rumah Adam (orang Ganu ke?) yang mengajar sesekolah dengan Rohana pun happy nampaknya. Adam rumah baru di Taman Tunku Jaafar oi. Bila dia nak ajak kita merasa teh di rumahnya? Teringat makan biryani dengan Adam di PJ pada tahun 1983.

(Gambar: Zakaria yang paling tinggi sekali di belakang tu)

LAGI SAHABAT 6 SAINS DIJEJAKI

Belum pun sempat saya hendak laporkan majlis reunion pada petang Ahad semalam, saya telah menerima emel dari sahabat kita Haji Zolkaply Yunus pada malam tadi. Wah makin ramai geng lain yang dapat dikesan.

Zol, bekas pelajar 6 Sains atau kami panggil Imam adalah sahabat seasrama putera. Kini adalah pengetua Sek Men Tun Mutahir, sebelah Sekolah Munshi tu.

Berikut ialah salinan emel beliau:

Assalamualaikum, saudara Ali Maidin. Terima kasih atas SMS kepada saya. Saya sesungguguhnya rasa gembira dapat khabar dari kawan-kawan lama Munshi78. Usaha saudara itu, sedikit sebanyak dapat saya mengingati semula zaman kita bersekolah dahulu. Memang itu banyak meninggalkan kenangan kepada saya. InsyaAllah, kita berdoa akan berjumpa satu masa nanti. Kalau nak hubungi kawan-kawan lain lagi, Ramly Ahmad(0199641956/Kolej Matrikulasi Pahang), Razali Baharom(0126398059/Kolej Matrikulasi Melaka),Rohizan Abd Rahman(0129080301), Mansor Kasim(Maktab Perguruan Perempuan Melaka).
Wassalam. Terima Kasih
Haji Zolkaply Bin Yunus
Pengetua
SMK Tun Mutahir
Batu Berendam
75350 Melaka
Tel: 0123099439
Alamat Rumah
522B, Jalan Kenanga 1 / 2
Taman Kenanga Seksyen 1,
Kampung Lapan, Tengkera
75200 Melaka

Selepas menerima emel ini, baru saya teringat nama Ramli Ahmad dan Razali Baharom itu. Mereka berdua pun tinggal seasrama dengan saya. Nama Rohizan dan Mansor Kasim, langsung tak ingat dah. Mungkin kerana kami tidak sekelas dan tidak seasrama.

Kepada geng 6 Sains bolehlah menghubungi mereka ini dan teruskan pencarian rakan-rakan yang lain pula.

Sehari dua lagi, saya akan loadkan gambar majlis reunion Ahad kelmarin untuk tau siapa yang terus awet muda. Ha ha. Terima kasih kepada Rohana yang sanggup menjadi tuan rumah. Dilaporkan Mastura menggeletar gembira apabila berjumpa kekawan yang telah berpisah 31 tahun lamanya. Beliau langsung kekenyangan dan tak makan. Saya tak sempat melihat adegan itu. Rugilah kau Mokhtar yang tak datang!!!!!

EMEL DARI MASTURA

Zaman dulu, kita gelakkan ibu ayah kita yang tak reti dengan alat letronik. Sekarang anak-anak kita pula gelakkan kita kerana "slow" dalam IT. Anak-anak kita laju je berSMS, berMMS, berEMEL, berYM dan bermacam lagi cara berhubung dengan kekawannya.

Semalam Mastura memecah rekod dunia, ada emel sendiri dan hantar sedikit berita kepada kita untuk berkongsi berita. Yang tak syoknya berita air mata sahaja, macam tengok filem Hindustan pula. Ha ha. Ini emelnya:

setelah ada blog ni, 50 th baru ada e mail -baru aku celik it-smlm ku selongkar album lama air mata mengalir rohani dah tak ada- Dia kawan baik aku-Tadi dpt info rohaya plk- thankAli kuatnya persahabatan kita semua-Tak sabar nak tunggu re union esuk- Ana',daya, roy, zaini; dan lain2 saya rindu sgt----

Si Rohana tu hilang nombor telepon Rohaya kerana tak save dalam taliponnyalah dan hanya dicatatkan di dalam kertas resepi sahaja. Bila dah pandai masak, kertas resepi pun dibuang bersama nombor telepon Rohaya. Nasib le Wahid ada kontek dengan Kak Rohayanya lagi. Ha ha.

(Gambar: Kanan: Hidayah, kiri: Mastura - depa satu "parti' kat Munshi)