Sehingga petang ini 46 anggota reunion Munshi 78 pada 26 Jun.
1. Ali
2. Robi (isteri Ali )
3. Fatimah
4. Maznah
5. Mastura
6. Saripah
7. Ramlah
8. Basir
9. Isteri Basir
10. Anak Basir
11. Anak Basir
12. Norlida Baba
13. Suami / anak Norlida Baba
14 Saari
15.Isteri Saari
16.Anak Saari
17.Anak Saari
18.Menantu Saari
19. Hayati
20. Suami Hayati
21. Dr Majezan
22. Isteri Dr Majezan
23. Kak Umi
24. Yahaya Petronas
25. Md Jadi
26. Riduan
27. Isteri Riduan
28. Nyaros
29. YB Mat Sirat
30. Sahara
31. Suami Sahara
32. Rohana Md Dali
33. Suami Rohana
34. Marhamah
35. Anak Marhamah
36..Mokhtar
37. Isteri Mokhtar
38. Juwita
39 Hasnah Telekom
40. Mat Aris
41. Khatijah Kassim
42. Suami Khatijah
43. Jamilah Jamian
44. Suami Saripah Nuri.
45. Mansor
46. Isteri Mansor
Jaamat dan Karim tak menyahut lagi ke?
SOLAT JUMAAT DI MASJID PAKISTAN
Posted by
ALI MAIDIN
on Friday, April 22, 2011
/
Comments: (10)
Kalau boleh saya elakkan solat jumaat di masjid biasa. Sebaliknya saya bersolat di masjid Pakistan atau Masjid India. Ha ha. Kenapa. Dr Majezan boleh agak. Di Sentul ada Masjid Pakistan tetapi imamnya orang Burma. Wooo.
Siapa boleh teka mengapa saya solat di Masjid Pakistan, saya belanja teh tarik sebulan. Wooo
REUNION DI TUNDA KE 26HB JUN 2011
Posted by
ALI MAIDIN
on Sunday, April 17, 2011
/
Comments: (3)
Tarikh perjumpaan Munshi 78 dipinda dari 19 ke 26hb Jun 2011.
Maaf atas kesusahan anda semua.
Lain-lain info masih sama sahaja.
Maaf atas kesusahan anda semua.
Lain-lain info masih sama sahaja.
26 JUN REUNION 2011
Posted by
ALI MAIDIN
on Thursday, April 14, 2011
/
Comments: (21)
Perjumpaan Tahunan Munshi 78 akan diadakan pada Ahad, 26 hb Jun 2011 jam 3 - 5 petang di Hotel Resident, UNITEN, Kajang.
Fee high tea adalah RM 40.00 seorang. Pembayaran boleh di buat ke Bendahari program iaitu Ramlah Buntal sebelum 31hb Mei 2011. Namun pengesahan kena dibuat serta merta untuk memudahkan tempahan. Tawaran kepada 50 orang pertama ialah RM 30.00 sahaja. Saya belanja RM 10.00. Ha ha. Mungkin 50 orang kedua akan ditaja oleh Md Jadi atau Yahya Ghani. Woooo.
No Akaun CIMB Ramlah - 1253 0014 4125 28. Selepas bank ini, sms ke Ramlah 013-3374708 dan nyatakan berapa jumlahnya dan untuk berapa orang.
Sila sahkan kehadiran anda ke talipon Maznah Asnawi - 017-886 4935. Sebutkan nama dan berapa orang bersama.
No Akaun CIMB Ramlah - 1253 0014 4125 28. Selepas bank ini, sms ke Ramlah 013-3374708 dan nyatakan berapa jumlahnya dan untuk berapa orang.
Sila sahkan kehadiran anda ke talipon Maznah Asnawi - 017-886 4935. Sebutkan nama dan berapa orang bersama.
ANAK KHARIS DAN FAUZIAH KE INDIA
Posted by
ALI MAIDIN
on Sunday, April 3, 2011
/
Comments: (1)
Tengahari tadi Kharis Bahari dan Fauziah Hashim berada di KLIA kerana menghantar anaknya yang akan berangkat ke India melanjutkan pelajaran di bidang perubatan.
Kebetulan kedua anak mereka sama-sama di kursus A-Level di Malaysia.
Alhamdulillah ramai juga anak-anak Geng Munshi 78 kita yang memasuki bidang perubatan ini. Antaranya anak Md Jadi, anak Dr Majezan dan anak Samiah.
Senanglah saya bila sakit nanti. Boleh mengadu kat mereka. Ha ha.
Kharis melapurkan berita ini kat FB tau. Ha ha.
AKSI DI KENDURI SAARI
Posted by
ALI MAIDIN
on Wednesday, March 30, 2011
/
Comments: (4)
Pada 26 Mac lalu, Md Jadi, Mansor, Zaini, Rashid dan saya sempat menghadiri kenduri perkahwinan anak sulong Saari Mat Jelas.
Kita berkampong sehingga jam 2.45 petang, menunggu kok ada rakan lain yang datang.
Saya sesat mencari rumah Saari di Bukit Beruang. Sign tak jelas. Ha ha. Minta YB Mat Sirat tengok hal ini. Ha ha.
TUNDA TARIKH REUNION
Posted by
ALI MAIDIN
on Tuesday, March 29, 2011
/
Comments: (1)
Tarikh baru reunion 2011 dicadangkan pada pertengahan Jun kerana pada akhir Mei ini ada program Hari Belia. Kesian kat Sahara tak boleh datang nanti. Tahun lalu beliau gagal hadir kerana sibuk mengurus Hari Belia.
Geng Kajang belum lagi meninjau lokasi reunion untuk pengetahuan kita semua. Nampaknya orang Kajang sibuk sekali. Sibuk nak bernenantu agaknya. Ha ha.
Mansor mengajak kita ke Guangzho pada Disember nanti. Pakej RM 1,600.00 sahaja. Sila tanya beliau untuk butiran lanjut. Saya tak tau nak kemana lagi. Ha ha. Jika Dinar naik, nak ke Londonlah. Wooo.
JANGAN LUPA SABTU INI.
Posted by
ALI MAIDIN
on Wednesday, March 23, 2011
/
Comments: (4)
Jangan lupa Sabtu ini, kenduri di rumah Saari Mat Jelas di Bukit Beruang.
Kita jumpa sekitar jam 1 tengahari.
Lepas tu boleh mengeteh lagi di mana-mana. Saya free hari itu.
Mansor siapkan kamera ya. Wooo.
Kita jumpa sekitar jam 1 tengahari.
Lepas tu boleh mengeteh lagi di mana-mana. Saya free hari itu.
Mansor siapkan kamera ya. Wooo.
ILMU FARAID
Posted by
ALI MAIDIN
on Saturday, March 19, 2011
/
Comments: (1)
Rabu lalu saya ke Alamanda Putrajaya. Sempat beli buku-buku berkaitan dengan faraid. Persiapan nak mati, katakan. Ha ha.
Penting sekali ilmu berkaitan dengan faraid ini. Kita dan generasi kita mungkin terjerumus dalam dosa dan makan wang haram jika tak dapat mengikuti perintah Allah swt dalam pembahagian harta secara betul.
Bagus juga jika majlis reunion kita nenti menjemput seorang penceramah faraid untuk mengisi satu slot untuk kita semua. Apa cam?
Harta walaupun secuit pun kena diawasi, Inikan pula yang ada dinar Iraq. Ha ha.
NOSTALGIA 1948
Posted by
ALI MAIDIN
on Wednesday, March 16, 2011
/
Comments: (1)
Ketika saya singgah beberapa hari lalu di Merlimau, terbayanglah saya betapa penjajah British kaya dengan hasil mahsul dari tanah negara kita. Tanah yang strategik dimiliknya. Kalau dibandingkan dengan tanah yang diteroka oleh Felda, ianya berbukit-bukit. Bak kata orang, yang hampeh dan sisa-sisa baru dapat dek kita.
Nasiblah kebangkitan rakyat berlaku menghalau penjajah. Tak kira sesiapa sahaja yang melawan British, saya akan sokong!!!
Sekadar teringat subjek sejarah pada 1978 - Darurat di Malaysia. Saki baki orang yang menentang British itu ada ceritanya di sini.
CUTI SEKOLAH DAH
Posted by
ALI MAIDIN
on Tuesday, March 15, 2011
/
Comments: (1)
Tak perasan saya, rupa-rupanya cuti sekolah sudah bermula. Inilah padahnya jika tak ada anak yag bersekolah lagi. Ha ha. Kalau saya tahu, mesti ajak kawan-kawan makan di mana-mana yang patut. Woo.
Namun Saari akan mengadakan kenduri pada 26hb Mac ini, maka dapatlah kita bersantai lagi beramai-ramai. Pada tahun lalu saya tak dapat hadir kenduri Saari kerana baru saja pulih dari demam dan kaki berbalut pula. Tahun ini nampaknya lebih sihat lagi dari tahun lalu. Bolehlah meredah ke mana-mana.
Sementara kita sihat dan berlapangan, marilah kita menziarahi satu sama lain. Bergegar tiang Arash.
Sementara kita sihat dan berlapangan, marilah kita menziarahi satu sama lain. Bergegar tiang Arash.
IKUT SUKA U LAH
Posted by
ALI MAIDIN
on Monday, March 14, 2011
/
Comments: (1)
Saya sedang mengemas stor buku. Ada yang nak dibuang. Ada yang nak disimpan. Dan ada yang nak dibaca semula. Buku yang nak dibuang, saya letak di ruang tamu pejabat saya untuk sesiapa mengambilnya. Ha ha.
Ada buku yang bersifat pengetahuan. Ada yang bersifat amalan. Ketika "tua' ini, saya merujuk buku sebagai amalan sahaja. Yang berbentuk 'pengetahuan' tidak menjadi pilihan sangat pada masa kini. Ketika muda dahulu buku "pengetahun' sebagai rujukan utama. Semangat "berhujjah" menyebabkan buku-buku ini sentiasa menjadi rujukan.
Kini, saya tak ambil "pot" pun akan perbezaan ilmu atau aliran dalam masyarakat. Bak kata bebudak la ni - "ikut sukak u lah". Ha ha. Saya tak kesah apa orang amalkan dan orang pun jangan kacau amalan saya. Ha ha. Jangan pening wahai Sahara oi. Wooo.
JEMPUTAN WALIMATUL URUS SAARI MAT JELAS
Posted by
ALI MAIDIN
on Thursday, March 10, 2011
/
Comments: (1)
Assalamu'alaikum wbt.,
Dengan sukacitanya saya sekeluarga menjemput semua rakan ke Majlis Perkahwinan Puteri Sulung kami pada:
TEMPAT : NO. 23, JALAN BUKIT BERUANG 2, TAMAN BKT. BERUANG, MELAKA.
JAMUAN: 11.00 PAGI - 4.00 PETANG.
BERSANDING: 1.00 TENGAH HARI.
Semoga kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis ini.
Sekian, terima kasih.
SA'ARI MD JELAS.
REUNION PADA 29 MEI
Posted by
ALI MAIDIN
on Wednesday, March 9, 2011
/
Comments: (11)
Nampaknya geng Munshi di Kajang, berminat mengadakan reunion pada tahun ini di sekitar Kajang. Orang Melaka senang datang dan orang KL pun tak ada sebab tak boleh datang.
Cadangan tarikh pada 28 dan 29 Mei 2011.
Apa pendapat anda semua. Jika tak reti komen dalam blog ini, boleh sms ke saya terus - 012-2104244. Tolong bagi tau nama anda kerana saya tak simpan nama anda di dalam talipon saya kecuali beberapa orang sahaja. Ha ha.
JUMPA AZIZ MELEPASKAN RINDU
Posted by
ALI MAIDIN
on Friday, March 4, 2011
/
Comments: (3)
Minggu ini sudah 3 kali saya berulang alik ke Melaka. Hanya sempat jumpa Aziz sahaja. Itu pun jumpa kat Masjid Jamek Jasin ketika solat maghrib. Sempatlah sembang melepaskan rindu. Ha ha.
Tak sampai hati saya nak memanggil yang lain. Tak mau ganggu kerja kekawan yang nak pencen. Woo.
Khat di atas kiriman Dr Majezan. Teka apa bunyinya. Ha ha
Khat di atas kiriman Dr Majezan. Teka apa bunyinya. Ha ha
BERLANGSUNG SUDAH KENDURI MAIMUNAH
Posted by
ALI MAIDIN
on Monday, February 28, 2011
/
Comments: (0)
Sabtu lalu, Dr Majezan, Mastura, Ramlah, Mansor, Kamarudin, Hayati, dan Saari berkunjung ke majlis kenduri perkahwinan anak lelaki Maimunah Baba.
Maznah jadi orang pangkal menyambut geng Munshi.
Rashid Ahmad pula dah datang sehari awal pada Jumaat lalu kerana pada Sabtunya, beliau ada hal di Johor Bharu.
Saya di Merlimau kerana sahabat lama saya yang bertanding. Woooo
Gambar pengantin tak ada ke Maznah oi?
INGATAN KENDURI MAIMUNAH BABA SABTU INI
Posted by
ALI MAIDIN
on Thursday, February 24, 2011
/
Comments: (2)
Puan Hajjah Maimunah Baba, bekas Tingkatan 6 Sastera 1 1978 dengan segala hormatnya menjemput semua sahabat Munshi 1978 ke majlis jamuan sempena perkahwinan anak lelakinya pada 26hb Februari 2011, Sabtu, di Lot 3222, Jalan Besar, Kg Pulau, Masjid Tanah, Melaka. Jamuan bermula jam 11 pagi hingga 4 petang.
AKSI BASIR DI VIETNAM
Posted by
ALI MAIDIN
on Tuesday, February 22, 2011
/
Comments: (0)
HUTANG - BILA NAK HABIS
Posted by
ALI MAIDIN
on Monday, February 21, 2011
/
Comments: (3)
Bagi orang yang menjalankan perniagaan akan berasa lega teramat sangat apabila hutang perniagaannya dapat diselesaikan. Tauke mee kuning kita Juwita Hasan berjaya melangsaikan hutang mesin meenya yang bernilai RM 150,000.00. 9 tahun beliau membuat ansuran bayaran.
Saya singgah di rumah Juwita pada Sabtu lalu.Tentulah dapat mee free. Wooo.
Bagi kawan kita yang kerja kerajaan pula, terasa lega bila hutang rumah habis dibayar. Rasanya ramai yang dah habis bayar tu. Tetapi hutang kereta mana boleh habis. Hutang habis, kereta pun dah mula rosak dan beli yang baru. Ha ha. Fasal itulah nama hutang kereta itu "sewa beli". Kita bayar sewa kereta setiap bulan sebenarnya.
Suhdi, sori tak jumpa kau ya...
Basir, kau dah balik ke?
Suhdi, sori tak jumpa kau ya...
Basir, kau dah balik ke?
BASIR KE VIETNAM
Posted by
ALI MAIDIN
on Wednesday, February 16, 2011
/
Comments: (3)
Esok pagi Basir akan terbang ke bandar Ho Chin Minh. Beliau nak menjejaki perjuangan Ho Chin Minh agaknya.
Basir berombongan dengan saudara maranya lebih kurang 20 orang. Mesti kecoh Vietnam dibuatnya. Maklomlah orang Melaka katakan...
Yang syoknya asam pedas pun ada di sana. Maka orang Melaka tak gaduh-gaduh nak balik cepat.
Selamat berangkat kepada Basir. Bawalah si "anon" sekali oiii. Woooo
SUAMI ROHANA DI IJN
Posted by
ALI MAIDIN
/
Comments: (3)
Kini, suami kepada Rohana Hashim, sedang menerima rawatan di Wad 208, bangunan Baru, IJN, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Beliau berada di IJN sejak minggu lalu lagi.
Tuan Hj Zahar Epi, suami Rohana, adalah pesakit jantung dan menerima serangan stroke sejak 5 tahun lalu. Walaupun beliau boleh bergerak tetapi kurang boleh bertutur kata. Kali ini beliau dikatakan mengalami komplikasi buah pinggang.
Ziarahilah beliau.
Terima kasih kepada Rohaya Rahmat yang memberi info ini.
MAKAN SATE KAJANG
Posted by
ALI MAIDIN
on Tuesday, February 15, 2011
/
Comments: (3)
Md Jadi, Darussalam, Bashir, Dr Majezan, Mastura dan Maznah hadir bersama.
Macam tak cukup kuorum apabila Sahara dan Sharifah tak ada bersama. Mereka berdua ada urusan famili.
Mansor pun hadir tetapi rohnya sahaja yang hadir melalui sms untuk mengucapkan selamat makan sate kepada kami. Ha ha.
SALAM YA RASULULLAH
Posted by
ALI MAIDIN
/
Comments: (0)
Kelahiran Nabi Muhammad saw sebenarnya lebih besar ertinya dari sebarang tarikh lain dalam kalendar Islam. Muhammad adalah rahmatan lil alamin. Semua orang berhutang budi dengan junjungan kita ini. Semua aspek kehidupan diajar oleh Nabi terakhir ini. Dari bicara ketuhanan, perhubungan keluarga, masyarakat dan negara, semuanya ada.
Yang tak patut kita lakukan ialah kita hanya mengikut Nabi dalam bidang yang "terhad" sahaja.
Maka marilah kita terus belajar dan meneroka sedalam mungkin akan ajaran Nabi Muhammad saw.
Yang sering saya terusik apabila ke Mekah ialah tidak dapat berdiri di hadapan makam Khadijah yang bukan sedikit jasanya kepada perjuangan Nabi Muhammad saw. Cara pihak berkuasa Arab Saudi melayan tempat sejarah amat memelikkan kita.
JUMPA SELASA DEPAN
Posted by
ALI MAIDIN
on Thursday, February 10, 2011
/
Comments: (8)
Esok petang jam 4.00, saya ke Kelantan.
Balik semula ke KL pada hari Ahad. Niat di hati, nak ajak makan sate di Kajang pada Selasa depan. Jam 5 petang ok ke. Saya belanja.
KEDAI MAYA MAZNAH
Posted by
ALI MAIDIN
/
Comments: (4)
Zaini Samani dah ready untuk pencen. Dalam diam-diam dia buka bengkel kereta.
Tetapi Maznah lain pula halnya. Dia buka restoran maya. Klik di sini. Wooo.
Tetapi Maznah lain pula halnya. Dia buka restoran maya. Klik di sini. Wooo.
KENDURI KAHWIN RUMAH MAIMUNAH BABA
Posted by
ALI MAIDIN
on Tuesday, February 8, 2011
/
Comments: (3)
Puan Hajjah Maimunah Baba, bekas Tingkatan 6 Sastera 1 1978 dengan segala hormatnya menjemput semua sahabat Munshi 1978 ke majlis jamuan sempena perkahwinan anak lelakinya pada 26hb Februari 2011, Sabtu, di Lot 3222, Jalan Besar, Kg Pulau, Masjid Tanah, Melaka. Jamuan bermula jam 11 pagi hingga 4 petang.
Nama timangan Maimunah di kampongnya ialah Maria. Maka carilah rumah Maria. Ha ha.
Maimunah bakal berbesan dengan orang Kelantan, macam Mastura dan Aziz juga. Ha ha.
Nama timangan Maimunah di kampongnya ialah Maria. Maka carilah rumah Maria. Ha ha.
Maimunah bakal berbesan dengan orang Kelantan, macam Mastura dan Aziz juga. Ha ha.
Kini, Puan Maimunah, menjadi Guru Besar di SK Pengkalan Balak.
Maznah akan bercuti pada 25hb Februari untuk memotong bawang di rumah Maimunah kita tu.
Pada tarikh itu juga penamaan calun PRK Merlimau. Ha ha.
Harap semua datang serentak pada jam 1 tengahari. OK!!!! Zek, kau jangan balik cepat!!!!
DI TAIPING SEMALAM
Posted by
ALI MAIDIN
on Sunday, February 6, 2011
/
Comments: (1)
Saya bermalam di Taiping, bandar sejarah Perak. Saja menikmati keindahan bandar tua ini, yang pernah dibangunkan oleh penjajah British. Ramai juga tokoh pejuang kemerdekaan negara datang dari daerah ini.
Isteri saya rajin bawa laptop, maka dapatlah saya melayari dunia maya sebentar. Rajin sekali Zek, Mastura, Maznah dan Ramlah berfacebook. Saya sentiasa memantau perkembangan di Tunisia dan Mesir. Banyak ulasan dari para blogger, antaranya Faisal Tehrani, anak Melaka, sasterwan yang produktif. Saya linkkan blognya ditepi blog Munshi. Bacalah selalu. Boleh setuju atau tak setuju. Ikut masing-masing le. Ha ha.
Jangan jadi macam "anon" tu dah le. Jantan yang tak jantan. Rasanya bukan budak Munshi 78. Makhluk asing tu. Wooo. Budak Munshi sopan dan mesra orangnya. Kalau Yati pun dihentaknya, mesti si "anon' tu tak berapa ......
Harap Yati tak berkecil hati. Saya dan Bashir dah lali bab maki hamun ini. Ha ha.
CUTI SAT
Posted by
ALI MAIDIN
on Wednesday, February 2, 2011
/
Comments: (1)
Tentu ramai yang bercuti dan jalan-jalan cari makan sempena Raya China ini. Saya akan ke Jitra pada Jumaat ini. Hari Sabtu bermalam di Bukit Merah pula. Ahad, baru balik KL semula. Kalau ada sesiapa ada di utara, bolehlah bersua muka sebentar.
Pagi semalam, Mastura ke Kelantan urusan pertunangan dan perkahwinan anak lelakinya. Ramai dah kekawan kita berbesan dengan orang Kelantan. Dua orang adik saya berada di Kelantan sekarang. Tak betul-betul, saya pun nak menetap dan mati di Kelantan. Ha ha. Sebenarnya saya tengah berfikir, nak menetap kekal di mana selepas ini. Ada juga terasa nak duduk di Kedah. Negeri Sembilan dan Melaka belum lagi menjadi pilihan saya. Ha ha. Kalau di Melaka, saya nak berjiran dengan Aziz atau Zek. Ada geng jemaah ke masjid. Tetapi takut kena penyakit berjangkit Zek yang nak top-up tu. Wooo.
MINUM DENGAN WAHID LSA 1978
Posted by
ALI MAIDIN
on Tuesday, February 1, 2011
/
Comments: (6)
Emel Mansor Kasim:
Assalamualaikum tuan,
Baru baru ini kami geng Melaka telah berkesempatan berkumpul di Masjid Tanah, sambil makan kuih udang bersama ngan junior kita Wahid yang juga merupakan penghuni asrama.
Disertakan gambar yang sempat dirakam. Harap si'anon' jangan jeles... kerana itulah hasrat kami sahabat-sahabat Munshi iaitu "mendekatkan yang jauh dan merapatkan yang dekat." Sekian.
Moderator: Suhdi, Jaamat, Mokhtar, Marhamah dan Hayati serta suami memeriahkan majlis. Wahid yang berbaju biru. Kenapa Zaini Samani tak ada? Zaini pun kaki sate juga. Malah boleh jadi tukang bayar. Wooo. Wahid kembali semula ke Melaka dari Kepala Batas, Pulau Pinang. dan kini bertugas di Pulau Sebang Melaka. Orang nak pencen katakan.
Moderator: Suhdi, Jaamat, Mokhtar, Marhamah dan Hayati serta suami memeriahkan majlis. Wahid yang berbaju biru. Kenapa Zaini Samani tak ada? Zaini pun kaki sate juga. Malah boleh jadi tukang bayar. Wooo. Wahid kembali semula ke Melaka dari Kepala Batas, Pulau Pinang. dan kini bertugas di Pulau Sebang Melaka. Orang nak pencen katakan.
MAKAN DI TENGAH SAWAH PADI
Posted by
ALI MAIDIN
on Monday, January 31, 2011
/
Comments: (0)
Suasana desa menjadi salah satu produk pelancungan di Bukit Tinggi. Antaranya ialah makan di tengah sawah padi. Rombongan kami sempat dibawa makan tengahari di tengah sawah padi. Masakannya ialah masakan Minang juga. Naik jemu dibuatnya. Dalam hal ini orang Minang terlalu rigid dengan budayanya. Ha ha. Masuk hari kedua, Mansor dah jemu makanan Minang dan merindui asam pedas Melaka pula. Wooo
ALAHAI KAWANKU
Posted by
ALI MAIDIN
on Sunday, January 30, 2011
/
Comments: (15)
Hebat juga komen di posting "minum-minum Februari nanti". Yang tak syoknya sampai ada komen yang terlalu "personal". Bukan tujuan itu blog ini dilahirkan. Tak salah berhujah secara akademik dan tidak menuju kepada seseorang. Kita bincang sesuatu isu atau subjek tanpa merujuk kepada mana-mana induvidu Rakan Munshi 78. Elok-elok kita berukhwah, kok berkecil hati pula antara kita satu sama lain. nanti. Komen dengan menggunakan samaran "anon" juga menyebabkan kita bersyak wasangka kepada seseorang.
Sebenarnya Nabi memulakan dakwah dengan mengajak kawan atau jiran sekeliling dengan majlis makan-makan. Ketika makan, barulah kita masuk jarum apa yang sepatutnya. Ha ha. Itulah yang saya lihat ketika majlis reunion di Pengkalan Balak pada tahun lalu. Dr Majezan sedap aja mengasak pandangannya. Hj Hamda pun "menaruk" sama. Mokhtar tukang provok. Yahya sinis aja ideanya. Yang bagi orang gelak ialah Zek. Apapun kita mulakan dengan minum-minum. Selepas itu banyak perkara yang kita boleh cakapkan dan bincangkan.
Saya sedari dahulu memang tak suka dakwah secara "taqiyyah" atau secara "sirr". Saya pun tak suka dakwah amar makruf sahaja tanpa nahi mungkar. Lantaran itu saya tak memilih wadah Abim Perlis atau jamaah Tabligh. Namun saya meghormati sesiapun yang aktif dengan Abim Perlis dan Jamaah Tabligh. Banyak sekali sumbangan mereka ini dalam masyarakat. Saya orang terbuka, maka saya tak berkenan sangat dengan penggunaan "anon" dalam blog ini. Ha ha. Tetapi apakan daya dalam blog ini boleh komen dengan nama "anon". Nak jadi jantan, biarlah jantan sejati ya.
Yang tak syoknya ada pula yang gunakan bahasa berbau porno. Tak payahlah sebut hal ini fasal semua orang tahu sendiri.
Bagi saya nak bincang isu ringan atau berat dalam blog ini, ok sahaja. Tetapi gunakan bahasa yang baik. Bak kata Imam Shafie, hilang seorang kawan macam hilang 1,000 0rang!!!
KE TENANG SAT
Posted by
ALI MAIDIN
on Thursday, January 27, 2011
/
Comments: (0)
Hari ini nak bermalam di Tenang. Kok ada Adam, bolehlah saya mengeteh bersama. Sesekali syok juga menonton pesta politik. Umur macam sekarang ni setakat menonton le. Masa muda dulu, Tok Mat pun kita orang sorakkan. Ha ha.
Selepas Mac ini, jika ada wakil rakyat yang menuju ke alam barzakh, pilihan raya tidak akan diadakan dan dibiarkan kekosongan sehingga pilihan raya umum. Tak ada peluanglah Dr Majezan nak bertanding. Ha ha.
Saya tak suka membawa laptop ketika urusan luar. Leceh nak mengendongnya. Maka tak berinternetlah saya beberapa hari.
Awal Februari akan ke utara lagi untuk menghadiri majlis perkawinan anak jiran saya di KL dahulu. Jiran saya ini, macam ibu dan ayah angkat Fatimah, anak saya. Ketika saya sibuk berkempen pilihan raya pada 1995, beliaulah yang menjaga Fatimah. Tetapi Pada 1999, Fatimah sudah menjadi sebahagian jentera pilihan raya saya. Ha ha. Tahun 2004 dan 2008, saya menjadi Pengarah Pilihan Raya Pas Tampin. Suhdi pula menjadi pendengar utama ceramah Pas di Tampin. Ha ha. Nasib tak kena tukar 24 jam. Wooo. Selepas balik dari Kedah nanti, kita minum di Central Market ya. Banyak menu yang best di sini sekarang. Saya belanja le kalau Yahya Ghani tak datang untuk membayarnya. Ha ha.
PRU 13 nanti, saya bercadang bertugas di utara tanah air. Harapnya, ini pilihan raya terakhir saya bertugas. Lepas ini mau pencen politik pilihan raya dan join kelab tarekat dengan Zek pulak. Ha ha. Jika Dinar naik, nak round dunia setahun. Round dengan keretapi. Apa cam, mau joint ke?. Woooo.
MINUM-MINUM FEBRUARI NANTI
Posted by
ALI MAIDIN
on Tuesday, January 25, 2011
/
Comments: (0)
Sebenarnya sepanjang Januari ini, kita menghabiskan kerja bulan Disember lalu yang tak habis lagi dan membuat perancangan bagi tahun 2011. Mulai Februari ini, kita nak mulakan minum-minum dengan kekawan. Sahara sudah lama tak merasa lempeng ubi Restoran Haslam. Si Mokhtar dah ajak kita pekena kueh udang di Masjid Tanah. Hayati pula masih menuntut tawaran kambing bakar saya pada tahun lalu. Ha ha. Tawaran kan ada tarikh tutupnya. Dr Majezan masih sibuk berfacebook hinggakan tak sempat singgah di Jalan Pahang, KL.
Beberapa komen politik saya padamkan dalam blog Munshi ini. Perang politik sesuai dalam blog politik sahaja. Ha ha. Jika kita perang politik dalam blog ini, rasanya tak jumpalah kita semua nanti. Ha ha. Walaupan saya tahu Zakaria berpura-pura tak main politik, tetapi hakikatnya beliau adalah orang setia Ali Rustam. Ha ha. Namun Zakaria yang paling spoting dengan saya yang tegar Pas ini. Wooo. Kalau dengan Dr Majezan, jangan cuba bermain dengannya. Bapa mertuanya pun dihujjahnya akan hal Umno tu. Lama kelamaan bapa mertuanya menjadi ahli Pas tegar di Johor pula. Ha ha.
Yang kerja kerajaan lagi, simpanlah kuku dulu. Dah pencen nanti bolehlah saya rekemenkan jadi calun Pas. Wooo.
7 MALAM DI MERLIMAU
Posted by
ALI MAIDIN
on Friday, January 21, 2011
/
Comments: (2)
Wah, saya berpeluang untuk bermalam di Melaka selama 7 malam. Tunggu SPR mengistiharkan pilihanraya kecil Merlimau sahaja. Moga-moga tak bertembung dengan YB Mat Sirat. Bolehlah saya mengeteh setiap hari dengan suami Hayati, Hj Hamda. Ha ha.
Satu lagi, harapan saya ialah agar Adam pun tak bertugas di Merlimau. Leceh betul kalau dia kacau majlis ceramah saya. Dah lama tak naik pentas politik. Mesti panas punya bib. Wooo.
Dr Majezan pun akan menyusul kot. Entah-entah jadi calun.
SHOPING SAKAN
Posted by
ALI MAIDIN
on Wednesday, January 19, 2011
/
Comments: (1)
Tentunya agenda shoping menjadi agenda selingan apabila berjalan di luar negara. Bagi orang lelaki kenalah sabar dan relax untuk bagi peluang kaum hawa menghabiskan wang di dompet. Ha ha. Kalau tak cukup juga, kaum lelaki kena menghulur. Woo.
Mansor dan isteri pantang jumpa telekung
Pah dan suaminya sama hobi - perabis RM supaya tak berat bawa balik duit Malaysia. Ha ha.
Had ini shoping keropok. Macam-macam keropok yang tak ada di Malaya. Wooo
Kalau ada Maznah dengan Yati, rasanya habis keropok ini diborong agaknya. Kita tengok aksi di Vetnam nanti.
DI RUMAH KELAHIRAN PAK HAMKA
Posted by
ALI MAIDIN
on Monday, January 17, 2011
/
Comments: (0)
Kami sempat ke rumah kelahiran Pak Hamka ketika lawatan ke Bukit Tinggi pada 17-21 Disember lalu. Kami bertuah kerana anak saudara Pak Hamka yang seiras dengan wajah Pak Hamka, sempat menyampaikan kesah hidup Pak Hamka.
Jalan menuju ke kampong kelahiran Pak Hamka terpaksa melalui kawasan Keluk 44, satu destinasi yang cukup indah, di samping jalan yang bengkang bengkuk dan curam yang agak bahaya. Pandangan dari atas perjalanan, kami dapat melihat sawah padi yang menghijau dan sebuah tasik yang luas. Tak sangka Pak Hamka lahir di sebuah kampong yang jauh dari bandar tetapi menjadi seorang ulama tersohor di nusantara.
Kami sempat bergambar dengan sanak saudara Pak Hamka di Perpustkaan Pak Hamka - foto bawah sekali.
Kami sempat bergambar dengan sanak saudara Pak Hamka di Perpustkaan Pak Hamka - foto bawah sekali.
KE UTARA SAT
Posted by
ALI MAIDIN
on Tuesday, January 11, 2011
/
Comments: (1)
Sabtu lalu saya ke utara. Bermalam di Kangar dan pada hari Ahad bermalam di Jitra, Kedah. Petang kelmarin singgah di Bukit Merah untuk melihat projek ternakan ikan arowana atau kelisa. Hebat dan rancak sekali projek ini di sekitar Bukit Merah. Ramai dah jadi OKB di sini. Ha ha.
Selepas 25 tahun saya meninggalkan daerah Kubang Pasu, amat rancak sekali pembangunan di sini. Kebanjiran pelbagai institusi pendidikan di daerah ini mempercepatkan arus pembangunannya. Jika di banding dengan kawasan sekitar KL, Kubang Pasu adalah lebih maju lagi atau paling kurang setanding dengannya. Harga tanah seekar sudah melampaui RM 200,000.00 hingga RM 400,000.00.
Yang syoknya apabila berjumpa dengan kawan lama, ramai yang dah pencen. Ha ha. Tak sedar diri rupanya saya ini, kalau kerja kerajaan pun sudah boleh pencen. Umur berlalu tanpa disedari. Tengok muka hari-hari kat cermin macam tak berubah aja. Wooo. Bila tengok Adam baru sodar diri, yang kita pun dah lebih separuh abad. Ha ha.
"Adam, jom ke Bukit Merah, baik punya projek". Jika mejadi, tahun dopan boleh hantar surat pencen. Tak payah kojar den lai masa demo. Wooo.
POTRET BUKIT TINGGI - 4
Posted by
ALI MAIDIN
on Friday, January 7, 2011
/
Comments: (2)
Dalam perjalanan Padang ke Bukit Tinggi, kami melalui sebuah kawasan air terjun yang agak tinggi. Indah pemandangannya. Sejuk rasanya. Sempat saya dan Mansor main air dan bergambar seketika sambil merendek dengan isteri. Jangan jealous ye. Wooo
Nama tempat ini ialah Cagar Alam Lembah Anai Air Mancur.
Mansor dan Cikgu Zainal dari Klang
Saya dengan isteri lama. Yang baru belum ada lagi. Entah bila Zek nak tolong carikan. Wooo
Mansor sedang buat posting yang terbaik sambil menyanyi lagu Hindustan tu. Ha ha
Nama tempat ini ialah Cagar Alam Lembah Anai Air Mancur.
Mansor dan Cikgu Zainal dari Klang
Saya dengan isteri lama. Yang baru belum ada lagi. Entah bila Zek nak tolong carikan. Wooo
Mansor sedang buat posting yang terbaik sambil menyanyi lagu Hindustan tu. Ha ha
MAZHAB PERPATIH DAN MAZHAB TEMENGGONG
Posted by
ALI MAIDIN
on Thursday, January 6, 2011
/
Comments: (1)
Kononnya cerita asal usul Raja Minangkabau telah berpecah membawa dua aliran ke Semenanjung Tanah Melayu. Pertama yang membawa mazhab Perpatih di Negeri Sembilan. Tetapi Mansor bukanlah dari keturunan tersebut kerana beliau berdarah Jebat. Ha ha
Keduanya yang membawa mazhab Temenggong yang ramai di Melaka. Tetapi Sharifah Nuri bukanlah dari mazhab tersebut kerana beliau berasal dari darah Perak yang berketurunan Panglima Gantang.
Tengoklah segaknya Raja-Raja palsu tu. Woo
Sesekali menyamar, rasa seronok pulak. Naik pecah perut saya melihat gelagat dua pasangan ini. Tak sangka suami Sharifah Nuri, spoting orangnya. Wajib join di lain destinasi pula
BASIR DI SABAH
Posted by
ALI MAIDIN
on Tuesday, January 4, 2011
/
Comments: (1)
POTRET BUKIT TINGGI - 2
Posted by
ALI MAIDIN
on Monday, January 3, 2011
/
Comments: (6)
SELAMAT TINGGAL 2010.
Posted by
ALI MAIDIN
on Saturday, January 1, 2011
/
Comments: (3)
Berlalu sudah 2010. Banyak peristiwa manis dan tawar yang terjadi. Ada yang mendapat cucu baru. Ada yang dapat menantu baru. Dan ada orang yang tersayang meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Ramai diantara kita yang menjadi johan dalam tahun 2010. Zakaria johan berfacebook. Paling aktif sekali. Dr Majezan tidak kurang aktifnya. Mungkin tahun ini Dr Majezan pula yang johan facebook. Ha ha.
Maznah johan penyambung silaturahim. Beliau rajin menghubungi rakan-rakan yang "tidur" dalam berblog.
Ramlah johan ziarah ke rumah sahabat-sahabat Munshi. Beliau menziarahi Juwita, Rohana Hashim, Fauziah, Mastura, dan Sharifah.
Hidayah johan bertandang ke rumah pengantin baru kekawan Munshi. Rasanya beliau hadir semua jemputan. Hebat-hebat.
Hayati johan berkursus. Sekejap di KL. Sekejap di Kota Bharu. Sekejap di Miri. Round Malaysia macam Kasim Selamat dalam filem "ibu mertuaku". Saingan utama Hayati ialah Norsir. Norsir pun kaki kursus. Ke KL macam balik kampong aja. Ha ha.
Basir johan out station. Ke Ipoh le. ke Pulau Sipadan le. ke Pahang le. ke Patani le. Ke Singapura le. Wau, syok kerja macam tu. Rasa nak minta kerja macam Basir pulak. Wooo
Johan penyengap tetap Anuar 6 Sastera 1.
Group Mak Cik Munshi yang kerap jumpa untuk sembang-sembang dan makan bersama ialah Mastura, Maznah dan Sharifah Nuri.
Yang paling rajin hantar emel ke saya ialah Yahaya Ghani. Macam-macam kesah menarik.
Yang paling jauh melancong ialah Mansot - ke Paris tu.
Yang paling banyak makan capati bersama ialah saya dengan Dr Majezan di kedai mamak. Wooo
Demikianlah 2010 yang berlalu meninggalkan kita semua.
Reunion 2012 akan kita buat pada bulan Jun. Kita jumpa jam 12 tengahari hingga 4 petang sahaja. Tak payah bermalam. Kita makan tengahari, solat, dan minum petang sahaja. Kat mana? Sila beri cadangan di hotel mana yang murah dan best masakannya. Kali ini biar Zakaria yang uruskan lokasinya. Kita bawa mulut dan perut aja. Ha ha.
Sila beritau program anda pada 2011 untuk saya senaraikan dalam blog ini, khususnya yang bakal menerima menantu baru. Saya nak ke Veitnam pada musim cuti sekolah akan datang Siapa nak ikut. Tambang bayar sendiri ya. Ha ha.
SEJENAK DI BUKIT TINGGI
Posted by
ALI MAIDIN
on Monday, December 27, 2010
/
Comments: (2)
| Hadapan tapak rumah kelahiran Pak Hamka |
Alhamdulillah, saya, Mansor dan Sharifah Nuri beserta isteri dan suami masing-masing beserta beberapa orang rakan dari Tampin dan Klang sempat berkunjung ke Tanah Minang pada 17 hingga 21hb Disember lalu.
Banyak tempat menarik - lokasi sejarah dan kawasan permandangan yang indah yang sempat kami lalui. Malah sempat bershoping sakan juga. Ha ha. Tetapi shoping telekung je. Telekung pertama yang di beli ialah telekung yang dipesan oleh Maznah. Wooo.
Insyallah akan saya muatkan sedikit demi sedikit gambar sekitar lawatan ke sana dalam blog ini.
| Bergambar di belakang " Jam Gadang" Bukit Tinggi |
SATE PADANG KITA
Posted by
ALI MAIDIN
on Thursday, December 16, 2010
/
Comments: (14)
Insyaallah, saya, Mansor, dan Sharifah Nuri akan berlepas ke Padang dan Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada esok jam 7.50 pagi. Akan sampai di sana jam 8 pagi juga. Ha ha.
Saya dan Mansor bercadang nak beli estet padi di sana apabila dinar meletup nanti. Ha ha.
Walaupun Mat Jadi pada asalnya akan bersama tetapi lantaran jadual peperiksaan SPM terpinda, maka beliau terpaksa kami tinggalkan. Mungkin kami akan bersama lagi dalam trip ke London pula nanti. Wooo Itu pun tunggu dinar meletup juga. Ha ha.
Nampak gaya jenuhlah kami makan sate padang, kambing bakar dan sup kambing.
Insyallah pada 21hb, kami akan berada semula di tanah air. Yang tinggal tu, baik-baik jagalah Malaysia, jangan tergadai kat Apco. Wooo. Dr Majezan, tolong jaga ya. Si Basir dah berulang alik ke Singapura tuuu.
SEJENAK
Posted by
ALI MAIDIN
on Friday, December 10, 2010
/
Comments: (1)
Dua minggu lalu saya terjumpa semula dengan seorang sahabat yang sama-sama belajar di UKM pada tahun 1979. Saya masih ingat iras mukanya tetapi dah terlupa namanya. Tetapi dia masih ingat nama saya. Alamak, "kalah" saya dalam hal ini.
Kami berbual sekitar 30 minit di Restoran Rafiya, di bawah opis saya. Dahulu kawan saya ini agak kurang pro dengan parti pembangkang. Tetapi kali ini nampaknya dia kenal dengan semua pemimpin Pas tempatan di kawasan perumahannya. Maknanya beliau bergaul rapat dengan pimpinan Pas tempatan tu. Dia pun pandai menambah hujah-hujah ketidakpuashatian saya terhadap apa yang berlaku sekarang. Kiranya jauh sekali berubah peribadinya dengan apa yang saya kenal pada tahun 1979 dahulu. Ha ha.
Sebenarnya saya banyak merasa perubahan kekawan lama zaman kampus dahulu dengan sekarang. Kalau dulu, komited dengan idea Islam tetapi kini banyak sekali "komprominya." Ha ha. Tetapi dalam masa yang sama, ramai rakan-rakan dahulu yang dilihat biasa-biasa sahaja, tetapi sekarang ini kuat sekali pegangan Islamnya. Itulah kehidupan. Saya gembira kerana yang kita mahu ialah diakhir kehidupan kita ini agar lebih rapat dengan tuhan.
Bukan tak baik pangkat, wang dan harta. Tetapi sehingga menggadai prinsip dan longgar ikatan dengan Tuhan, kan kurang bagus. Kekadang kawan-kawan yang berubah ini, apabila kita nak jumpa untuk sembang-sembang bersilaturahim pun macam nak lari-lari je dari kita. Ha ha. Dia ingat macam kita nak ajak dia joint bisnes MLM. Jika minum jangan risau, saya akan bayar dahulu. Itulah perangai saya sejak zaman kampus dulu. Kalau sesak duit di kampus, boleh mintak dari Mastura. Gerenti dapatnya. Wooo.
Bulan Muharam ini, adalah bulan menangis bagi pengikut ahlul bait. Ketika di Iran, saya joint sekejap satu majlis itu dalam bahasa parsi. Walaupun tak faham, saya turut menangis juga. Hati saya faham agaknya apa yang diperkatakan oleh Tok Guru Iran itu. Ha ha. Memang sedih jika kita mendengar betapa tragisnya cara kematian Saidina Husin tu. Allah jua yang Maha Tahu.
Sekadar coretan lintasan d hati...
TAHUN BARU HIJRAH
Posted by
ALI MAIDIN
on Wednesday, December 8, 2010
/
Comments: (1)
Kita telah memasuki tahun baru Hijrah. Hebat juga sambutan secara rasminya. Kalau di Kedah dan Kelantan, maka pesta bubur ashuralah yang hebatnya. Orang Melaka, saya tak berapa tahu akan sambutannya.
Tetapi kawan kawan saya yang pro Iran, sibuk meratap tangis mengenangkan pembunuhan atas cucu Rasulullah saw, Saidina Husin. Hebat juga emosi mereka sehingga kini.
Bagi saya, sentiasa mengenangkan "kezaliman semasa" yang tanpa kita sedari. Apakah kezaliman itu? Tanyalah diri sendiri. Ha ha. Ya, perampokan di siang hari atas nama "kontrak" dan "pembangunan". Bak kata Saidina Ali - kemiskinan wujud kerana "pembaziran" dan " ketidakadilan agihan". Itulah teras pembangunan ekonomi negara. Isu "akhlak" sentiasa relevan dalam pengurusan semua aspek.
Ya, kalau ada bubur asyura, ajaklah saya makan ye.
MAKAN SUP KAMBING SINGAPURA
Posted by
ALI MAIDIN
on Friday, December 3, 2010
/
Comments: (3)
Oleh kerana tak ada yang sudi nak bakar kambing, maka esok dan Ahad, saya akan berada di Singapura untuk makan sup kambing.
Jumpa lagi minggu depan.
2010 - tinggal 30 hari
Posted by
ALI MAIDIN
on Wednesday, December 1, 2010
/
Comments: (0)
Ya, tinggal 30 hari lagi berakhir 2010.
Semakin hampir usia pencen dan kematian kita. Masing-masing tahu nak buat apa kan. Ha ha.
Bagi seorang muslim, semua aktiviti kita adalah dalam rangka ibadah kepada Allah, tertakluk kepada syarat dan tatacaranya. Bagi saya, jagalah keimanan kita dan ibadah kita.
Petang semalam sempat makan sup kambing dengan Suhdi di Chow Kit Road. Basir sibuk tak sempat join. Mazlan tak jawab talipon. Suhdi berkursus 4 hari di Brisdale Hotel.
ADUHAI KAWANKU MAZLAN
Posted by
ALI MAIDIN
on Tuesday, November 23, 2010
/
Comments: (2)
Sabtu lalu, saya ke Pulai Pinang. Sempat singgah minum dan jumpa kawan di Hentian Semanggol. Kawan tu adalah Pengerusi Yayasan Ehya El Sharif, Gunung Semanggol pemilik Sekolah Menengah Ehya El Sharif. Dalam sedang rancak berborak muncul seorang tua datang bersalam dengan kawan saya tu yang dipanggil Ustaz Mukhlis. Bukan main hormat dan kenal sungguh orang tua ini dengan Ustaz, kawan saya ni. Ha ha. Apabila saya terpandang muka orang tua tu, terus saya terlepas cakap " alamak, ganster mana ni Ustaz?". Ustaz tu terus mengagak saya kenal betul otang tua tu. Apa ke tidaknya, bak kata P. Ramlee, lubang hidung kau pun aku kenal.
Orang tua tu terpaksa minum di meja lain kerana ada ramai kawan-kawannya turut serta. Ustaz Muklis pun menceritakan kesah bagaimana dia kenal dan rapat dengan orang tua tu. Rupa-rupanya anak orang tua tu belajar di Sekolah Menengah Ehya El Sharif, bidang hafiz al quran. Anak orang tua tu bijak dan tamat hafalan 30 juz al-quran. Kembang hati saya apabila mendengar anak orang tua tu hafal 30 juz. Apabila saya menceritakan kesah orang tua tu pada tahun 1978 sehingga tak ambil salinan result STP pada 1979, Ustaz itu pun mengakui, betullah tu. Fasal apa? Fasal anaknya pun nakal sikit juga tetapi hafal al-quran 30 juz. Ha ha.
Orang tua yang sedang saya umpat ini ialah Mazlan Ahmad, yang payah sangat nak join perjumpaan kita.
Oh kawanku. Kagum daku kerana kau berjaya melahirkan anak yang hafiz Dan bertambah gembira apabila memilih di sebuah sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Al Baqir, pengasas Hizbul Muslimin, yang dkatakan oleh On Jaafar sebagai musuh dari gunung.
Ada cerita lain hal Mazlan ini. Saya akan ceritakan lagi, bagaimana hebatnya Mazlan ketika bertugas di Grik pada awal tahun 80an. Tunggu!!!!
TQ Bashir yang yang memproses gambar yang saya sms kepadanya. Beliau pun tak perasan gambar Mazlan tu. Selepas saya kata hero Kuala Sg Baru, terus dia cam!!!!
TQ Bashir yang yang memproses gambar yang saya sms kepadanya. Beliau pun tak perasan gambar Mazlan tu. Selepas saya kata hero Kuala Sg Baru, terus dia cam!!!!
YA SHEIKH!!!!
Posted by
ALI MAIDIN
on Monday, November 15, 2010
/
Comments: (6)
Apabila saya masuk Munshi pada awal 1978, maka saya memanggil sahabat lelaki sebagai "sheikh". Sheikh Zaini ke, Sheikh Basir ke, Sheikh Mokhtar ke. Yang kelakarnya, nama mereka tak lekat sheikh pun. Yang lekatnya nama saya sebagai Sheikh Ali. Yang paling suka panggil saya sheikh ialah Mokhtar Ahmad kita tu lah. Ha ha. Dari jauh Mokhtar akan menjerit " Ya Sheikh Ali!!!
Kepada pelajar perempuan, saya paggil mereka Cik... seperti Cik Mastura. Kemudian mereka pula yang memanggil saya Cik Ali. Mampuih. Woooo.
Sekadar teringat je. Jangan tak tau lak.
SUHDIKU
Posted by
ALI MAIDIN
on Thursday, November 11, 2010
/
Comments: (7)
Apabila dihujung tahun, ramai yang relax dan ada yang pulun dengan kerja-kerja pejabat. Mokhtar Ahmad antara yang tengah pulun kerja tu. Maklomlah kena buat bajet tahun hadapan. Pada masa ini jangan cuba ajak Mokhtar buat apa pun. Ha ha. Dia tengah pening dengan angka juta-juta tu.
Norsir yang kaki kursus tu tak taulah samada sibuk dengan kursus atau tidak pada musim banjir ini. Orang kerja kerajaan lazimnya pada akhir tahun ini sibuk nak perabis bajet. Ha ha. Tak caya tanyalah Rohaya kita tu. Tapi tak tahulah kalau tahun ini, bajet dah habis awal-awal.
Apapun yang syoknya Si Suhdi kita tu. Datanglah bebila masa kat Tampin tu. Gerenti boleh pekena rojak Restoran Melati. Suhdi sentiasa boleh adjust kerjanya. Itulah untung kerja kat Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM). Kalau berpartner bisnes dengan Suhdi, bab akaun Suhdi boleh bereskan. Yang selalu pekenakan Suhdi dalam buat kerja-kerja akaun ialah Juwita. Ha ha. Mintak je kat Suhdi untuk buat kertas kerja dan sebut aja berapa untung mahu dalam kertas kerja tu. Gerenti dapat loan. Wooo.
Nasib saya dah tinggalkan SKM. Kalau tak, kami berdua dok ketawa terbahak-bahak setiap hari di kantin. Kalau jumpa Suhdi, tak sah kalau tak ketawa. Jika sesiapa dah lama tak ketawa, jumpalah Suhdi. Modalnya sepinggan rojak Restoran Melati. Wooo.
KAMBING BAKAR
Posted by
ALI MAIDIN
on Wednesday, November 10, 2010
/
Comments: (18)
Sejak berhenti kerja dari Jabatan Kerajaan pada 1993, saya tak menghadapi masalah kesesakan jalan raya apabila ke pejabat. Apa ke tidaknya, pergi kerja hanya selepas jam 12. tengahari. Ha ha. Tetapi pagi ini saya keluar ke Shah Alam pada jam 8.30 pagi. Apa lagi, saya terpaksa joint bersama dalam kesesakan. Woo. Namun, syok pula kerana bila buka radio, ada macam-macam celoteh oleh DJ radio tu. Saya jarang buka radio di rumah.
Sebenarnya sesekali kita kena merasai perjalanan hidup yang berlainan dari kebiasaan kita. Atau sesekali kita menghimbau perjalanan yang pernah kita lalui masa muda-muda lalu. Ha ha, macamlah dah tua sangat sekarang ini. Saya ke Kelantan pada minggu lalu kerana sudah lama saya tak joint suasana Pilihan Raya Kecil. Wooo. Oleh kerana isteri saya ikut sama, maka terpaksalah saya bermalam di Hotel. Kalau saya seorang sahaja, sudah tentu saya akan menginap di Markas Pas atau di masjid atau surau sahaja. Walaupun saya bukan Ahli Tabligh, macam Aziz kita tu, saya syok bermalam di masjid. Lain macam syoknya. Hai, kekadang bila iktikaf di masjid, terasa nak karang sajak semacam Hamzah Fansuri lak. Ha ha, mesti Dr Majezan nak ikut sekali nanti...
Bulan November dan Disember ini tak ada majlis walimatul urus. Issh, jika sesiapa geng Melaka sanggup jadi tuan rumah untuk buat kambing bakar, saya boleh sponsor kambing. Wooo. Sapa sanggup, sila angkat tangan. Kita bersantai habissss...
EMEL RASHID AHMAD
Posted by
ALI MAIDIN
on Monday, November 8, 2010
/
Comments: (1)
Ini emel Rashid Ahmad kepada anda semua:
Assalamualaikum YB...
Banyak cerita dari kwn2 yg saudara paparkan selain dari saat2 debaran menunggu Dinar Iraq di apungkan. Terima kasihlahlah atas usaha yg tak pernah jemu dari saudara.. Hanya tuhan yg membalas apa saja kebaikan yg sempat kita buat untuk sementara waktu ini.
Mohon panjangkan ucapan jutaan terima kasih saya dan keluarga atas kehadiran rakan2 yg sudi menjenguk majlis kami pada 24 Okt 2010 yang lalu. Ianya sudah pasti satu nostalgia yg begitu bermakna buat saya sekeluarga
Mohon panjangkan ucapan jutaan terima kasih saya dan keluarga atas kehadiran rakan2 yg sudi menjenguk majlis kami pada 24 Okt 2010 yang lalu. Ianya sudah pasti satu nostalgia yg begitu bermakna buat saya sekeluarga
Itu saja yang mampu saya sediakan jika terdapat sebarang kekurangan. Itulah kelemahan saya dan isteri. Mohon dimaafkan. Moga kita terus berjumpa dimajlis walimatul urus rakan2 yg lain terutama YB sendiri.
Salam ikhlas dan salam Aidiladha yg bakal tiba
Salam ikhlas dan salam Aidiladha yg bakal tiba
Terima kasih
(Nota: Saya dah pencen jadi YB. Ha ha. Bab Dinar tu, saya tak upah Rashid mengempennya. Ha ha)
Dr Majezan di KK
Posted by
ALI MAIDIN
on Friday, November 5, 2010
/
Comments: (1)
Hajat hati nak ajak Dr Majezan mengeteh pada cuti Deepavali ini, tetapi beliau berada di Kota Kinabalu pula. Entah apa dibuatnya tak tahulah. Mungkin cari balak atau cari udang agaknya. Ha ha.
Si Yahaya Ghani sejak dua menjak ini mengguna blackberry, asyik mengemel ke saya je. Saya tidaklah setiap masa membuka laptop. Berfacebook pun dah naik malas lak. Ha ha.
Juwita dapat habuan RM 2,000.00 kerana johan pertandingan sempena Hari Peladang Melaka. Dapat pula berkursus di Langkawi. Nasib tak kena banjir. Wooo.
ESOK KAVERI SAMBUT DEEPAVALI
Posted by
ALI MAIDIN
on Thursday, November 4, 2010
/
Comments: (0)
Kepada Kaveri dan Subra kita ucapkan selamat menyambut hari Deepavali.
Teringat kueh batu yang keras tu. Ha ha.
Saya dah ada di KL. Siapa nak ajak minum teh?
Saya dah ada di KL. Siapa nak ajak minum teh?
KE KELANTAN
Posted by
ALI MAIDIN
on Friday, October 29, 2010
/
Comments: (4)
Saya akan ke Kelantan mulai hari Ahad, 31 Oktober sehingga 3 November 2011. Saya akan memerdekakan diri dari melayari alam maya. Saya berdoa agar diber kekuatan fizikal untuk memandu dan berjumpa dengan ramai kekawan di sana.
Jika Bashir dan Dr Majezan mahu mengetah bersama, masih sempat pada hari ini dan esok. Ha ha.
Katanya Md Jadi nak belanja makan di Bandar Baru Bangi. Nak tunggu Yahaya Ghani mengajak, entah bila agaknya. Ha ha. So, kalau saya tak ada pun, jalanlah terus program makan tu. Syok makan apabila perut lapar dan free. Wooo. Mastura dan Sharifah Nuri akan mengenalpasti restoran mana dan menu apa. Tukang bayar dah ada. Takang makan dah ada. Hanya nak tahu tempat dan tarikhnya sahaja. Kali ini Hasnah Mohamad akan turun membawa semua geng Melaka. Yahoooo.
OK, JUMPA LAGI.
AKSI-AKSI DI KENDURI RASHID
Posted by
ALI MAIDIN
on Wednesday, October 27, 2010
/
Comments: (1)
KENDURI RUMAH RASHID AHMAD
Posted by
ALI MAIDIN
on Tuesday, October 26, 2010
/
Comments: (2)
Ahad lalu kenduri kahwin anak Lft Kolonel Rashid dimeriahkan dengan kehadiran sahabat-sahabat Munshi 78
Sekutu sekutu lain seperti saya, Bashir, Shaari, Mokhtar, Suhdi, Mastura, Sharifah Nuri, Ramlah, Hayati, Hidayah, Maznah (walaupun sibuk hal ibu sakit ketika itu), Marhamah, Mohd Han, Md Jadi, Maria, Zolkaply, Mansor, Zaini dan Kamarudin Arshad tiba sekitar jam 1 tengahari.
Suami Hayati dan suami Hidayah tetap menjadi pengiring setia kepada isteri tersayangnya.
Ahli Tetap Kenduri, Si Sahara tak dapat hadir kerana pi kursus di Terengganu. Hasnah Mohd datang selepas kami balik. Aziz Mat Yassin datang lewat petang. Zek tak tahu datang ke tidak tetapi dia melaporkan tentang siapa yang tak datang. Ha ha.
Kali ini Md Shamsudin Yusof dapat bersama dengan kita. Beliau melupakan sebentar kayu golfnya. Ha ha.
Razak Husin sekali lagi bikin keajaiban. Datang juga dari Penang.
Suami Hayati dan suami Hidayah tetap menjadi pengiring setia kepada isteri tersayangnya.
Ahli Tetap Kenduri, Si Sahara tak dapat hadir kerana pi kursus di Terengganu. Hasnah Mohd datang selepas kami balik. Aziz Mat Yassin datang lewat petang. Zek tak tahu datang ke tidak tetapi dia melaporkan tentang siapa yang tak datang. Ha ha.
IBU MAZNAH MENINGGAL
Posted by
ALI MAIDIN
/
Comments: (4)
Ibu kepada Maznah Asnawi telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi 25hb Oktober.
Jenzahnya selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi semalam.
Marilah kita mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam golongan assolihin. Al Fatihah
AHAD INI JAM 1 TENGAHARI
Posted by
ALI MAIDIN
on Thursday, October 21, 2010
/
Comments: (2)
Ahad ini harapnya Mansor bawa kamera untuk menjadi juru gambar kita di rumah Rashid Ahmad. Di MITC lalu, isteri saya yang jadi juru gambar. Kali ini Bashir pasti ada. Maka relaxlah saya dari menjadi Director Foto. Ha ha.
Hati-hati di jalan raya. Pada 10.10.10 lalu ada kemalangan besar di high way berhampiran Simpang Empat. Mansor terperangkap dari jam 9 malam hingga 2 pagi!!!!!
Kita jumpa sekitar jam 1 tengahari.
Lepas kenduri rumah Rashid boleh lepak tepi pantai oi.
ZALEHA ABU DAN SUAMI
Posted by
ALI MAIDIN
on Tuesday, October 19, 2010
/
Comments: (0)
Zaleha Abu, 6 Sastera 1, muncul semula dihadapan saya selepas 32 tahun berpisah di Munshi pada 1978. Beliau dan suaminya datang ke kenduri kahwin anak Rosni Hashi pada 2 Oktober lalu di Puchong Indah.
Nasib baik Maznah bagi tau akan sosok Zaleha itu. Kalau tidak tentu saya menyangka, entah Ketua Wanita Umno Bahagian mana agaknya. Wooo
Beliau bersama Fauziah Hashim di IPPM sebelum menjadi guru.
EMEL DARI HIDAYAH
Posted by
ALI MAIDIN
on Monday, October 18, 2010
/
Comments: (0)
Assalammualaikum,
Teman teman yg diingati,
Dayah & keluarga mengucapkan jutaan terima kasih diats kehadiran kalian dimajlis perkawinan puteri kami pd 10.10.10 yg lalu.
Dayah & keluarga memohon ampun & maaf jika terdpt kekurangan layanan kerana tidak berkesempatan utk bersembang lebih lama. Almaklumlah majlis perkawinan anak yg pertama, hai macam macam perasaan terasa.
Utk YB Datuk Mat Sirat terima kasih banyak kerana sudi menghantar wakil w/pun tidak berkesempatan utk hadir.
Semuga persahabatan kita semua akan terus berkekalan.(insyaallah)
Terima kasih
Hidayah.
MENZIARAHI NORSIAH WAHAB
Posted by
ALI MAIDIN
/
Comments: (2)
Pada Sabtu, jam 3 petang, 9 Oktober lalu - saya, isteri, Mastura, Sahara dan suaminya sempat menziarahi Norsiah Wahab di Taman Jati, Klang. Kali ini Sahara menjadi pemandu jalan. Alhamdulillah tepat seekali ke arah rumah Norsiah. Taklah sesat macam tahun lalu.
Kami nak jadikan lawatan ke rumah Norsiah sebagai lawatan tahunan. Norsiah sukar keluar rumah menghadiri program anjuran sahabat dengan keadaan kesihatan beliau masa kini. Beliau kena menggunakan mesin cuci buah pinggang sebanyak 4 kali sehari.
Mari kita doakan agar Norsiah terkawal kesihatannya. Kekadang bukan sang pesakit yang Allah uji tetapi sebenarnya Allah menguji orang sekelilingnya. Dan saya takut menjadi seorang sahabat yang tak hiraukan kawannya lagi... moga dijauhkan Allah jua.
Nota: Kali ini saya tak rakam pun akan pertemuan ini.
RAZAK PUNYA HAL
Posted by
ALI MAIDIN
on Sunday, October 17, 2010
/
Comments: (0)
Besar ujian Razak Husin ketika nak hadir ke kenduri Hidayah pada 10.10.10 lalu. Dah le kena bertolak dari Penang, ada kenduri di rumah kakaknya, yang berhampiran dengan rumahnya di Serdang pada hari yang sama pulak tu.
Tak tahu macam mana dia menyusun jadual pada hari itu. Hari itu juga dia balik ke Penang. Hebat Pak Rempit kita ni. Ha ha.
Sempat saya bergambar berdua denganya. Woooo.
EMEL RAMLY AHMAD
Posted by
ALI MAIDIN
on Friday, October 15, 2010
/
Comments: (4)
Ini emel Ramli Ahmad, Tingkatan Enam Sains SMMA 1978 yang saya terima pada bulan Ramadhan ketika bersiap-siap nak balik kampong untuk beraya. Maka saya pun dah lupa akan hal emelnya.
Hari ini dapat jumpa semula emelnya. Tataplah bersama.
Salam, Selamat Berpuasa Hari Raya dan Selamat Menyambut Aidul Fitri
Terima kasih kerana menghubungi saya melalui sms, saya cukup terharu dibulan puasa yang mulia ini masih ada rakan yang masih mengingati. Saya cuba buka blog munshiabdullah78 seperti alamat yang disertakan, usaha murni tuan untuk mengerat silatulrahim dalam kalangan rakan seperjuangan tahun 78 perlu dipuji.
Terima kasih kerana menghubungi saya melalui sms, saya cukup terharu dibulan puasa yang mulia ini masih ada rakan yang masih mengingati. Saya cuba buka blog munshiabdullah78 seperti alamat yang disertakan, usaha murni tuan untuk mengerat silatulrahim dalam kalangan rakan seperjuangan tahun 78 perlu dipuji.
Apabila saya mengamati wajah rakan2 yang dipaparkan, saya cuba bayangkan wajah2 remaja mereka. Saya tersenyum sendirian, ia membuatkan saya sedar yang saya juga telah berada dipenghujung perjalanan kehidupan ini. Semuga usaha keikhlasan tuan mendapat keberkatan NYA. InsyaAllah.
Ramly Ahmad - Banting Selangor. Tahun ni beraya di Banting.













