KENDURI KAHWIN RUMAH MAIMUNAH BABA

Puan Hajjah  Maimunah Baba, bekas Tingkatan 6 Sastera 1 1978 dengan segala hormatnya menjemput semua sahabat Munshi 1978 ke majlis jamuan sempena perkahwinan anak lelakinya pada 26hb Februari  2011,  Sabtu, di Lot 3222, Jalan Besar, Kg Pulau, Masjid Tanah, Melaka. Jamuan bermula jam 11 pagi hingga 4 petang. 

Nama timangan Maimunah di kampongnya ialah Maria. Maka carilah rumah Maria. Ha ha.

Maimunah bakal  berbesan dengan orang Kelantan, macam Mastura dan Aziz juga. Ha ha.

Kini, Puan Maimunah, menjadi Guru Besar di SK Pengkalan Balak.

Maznah akan bercuti pada 25hb Februari untuk memotong bawang di rumah Maimunah kita tu.

Pada tarikh itu juga penamaan calun PRK Merlimau. Ha ha.

Harap semua datang serentak  pada jam 1 tengahari. OK!!!!  Zek, kau jangan  balik cepat!!!!

3 comments:

maznah said...

SLM...cadang nak berbesan dengan Guru Besar.. tapi anak2 dah ade pilihan hati.....insyallah jumpe disana..aku jadi penyambut tetamu...tema colour coklat muda....

maznah kg pulau said...

slm kwn2..klu tak dapat cari umah Guru Besar Maimunah..tanye dengan org kg Pulau,, mane rumah Dak Maria ( panggilan manja) klu tanye Maimunah alamat selesai le majlis..

selalu rasa nak tambah lagi said...

ok..insyaAllah sy dtg..wow