Tentu ramai yang bercuti dan jalan-jalan cari makan sempena Raya China ini. Saya akan ke Jitra pada Jumaat ini. Hari Sabtu bermalam di Bukit Merah pula. Ahad, baru balik KL semula. Kalau ada sesiapa ada di utara, bolehlah bersua muka sebentar.
Pagi semalam, Mastura ke Kelantan urusan pertunangan dan perkahwinan anak lelakinya. Ramai dah kekawan kita berbesan dengan orang Kelantan. Dua orang adik saya berada di Kelantan sekarang. Tak betul-betul, saya pun nak menetap dan mati di Kelantan. Ha ha. Sebenarnya saya tengah berfikir, nak menetap kekal di mana selepas ini. Ada juga terasa nak duduk di Kedah. Negeri Sembilan dan Melaka belum lagi menjadi pilihan saya. Ha ha. Kalau di Melaka, saya nak berjiran dengan Aziz atau Zek. Ada geng jemaah ke masjid. Tetapi takut kena penyakit berjangkit Zek yang nak top-up tu. Wooo.
1 comments:
Ali hang jalan2 le, kawan2 yang lain sentiasa bersamamu, aku juga baru balik dari Ipoh melawat rakan sekerja di hospital Tg Bainun
Post a Comment