SALAM YA RASULULLAH

Kelahiran Nabi Muhammad saw sebenarnya lebih besar ertinya dari sebarang tarikh lain dalam kalendar Islam. Muhammad adalah rahmatan lil alamin. Semua orang berhutang budi dengan junjungan kita ini. Semua aspek kehidupan diajar oleh Nabi terakhir ini. Dari bicara ketuhanan, perhubungan keluarga, masyarakat dan negara,  semuanya ada.

Yang tak patut kita lakukan ialah kita hanya mengikut Nabi dalam bidang yang "terhad"  sahaja.

Maka marilah kita terus belajar dan meneroka sedalam mungkin akan ajaran Nabi Muhammad saw.

Yang sering saya terusik apabila ke Mekah ialah tidak dapat berdiri di hadapan makam Khadijah yang bukan sedikit jasanya kepada perjuangan Nabi Muhammad saw. Cara pihak berkuasa Arab Saudi melayan tempat sejarah amat memelikkan kita.

0 comments: