EMEL RAMLY AHMAD

Ini emel Ramli Ahmad, Tingkatan Enam Sains SMMA 1978 yang saya terima pada bulan Ramadhan ketika bersiap-siap   nak balik kampong  untuk   beraya. Maka saya pun dah lupa  akan hal emelnya.

Hari ini dapat jumpa semula emelnya. Tataplah bersama.

Salam, Selamat Berpuasa Hari Raya dan Selamat Menyambut Aidul Fitri



Terima kasih kerana menghubungi saya melalui sms, saya cukup terharu dibulan puasa yang mulia ini masih ada rakan yang masih mengingati. Saya cuba buka blog munshiabdullah78 seperti alamat yang disertakan, usaha murni tuan untuk mengerat silatulrahim dalam kalangan rakan seperjuangan tahun 78 perlu dipuji.
Apabila saya mengamati wajah rakan2 yang dipaparkan, saya cuba bayangkan wajah2 remaja mereka. Saya tersenyum sendirian, ia membuatkan saya sedar yang saya juga telah  berada dipenghujung perjalanan kehidupan ini. Semuga usaha keikhlasan tuan mendapat keberkatan NYA. InsyaAllah. 
Ramly Ahmad - Banting Selangor. Tahun ni beraya di Banting.

4 comments:

Sahara said...

Salam , ini bukan berita mutakhir , tapi sekadar nak beritahu . Tahniah sahabat kita Ibrahim Jantan dah dapat master di Ukm baru-baru ini.Tapi sedihnya ,beberapa hari selepas itu, rumahnya di pecah masuk . itulah ujian Allah.

hari-hari buka blog said...

Kita sahaje ambil tahu pasal dia yang punya badan tak ambil tahu pasal kawan-kawan pun

Anonymous said...

Salam, kalau kita nak dapat pahala balasannya kemudian. Biau orang tak ingat kita asal kita ingat orang.Doakan mudah-mudahan mereka sedar bahawa amalan juga perlu ada hablumminan nas.

Anonymous said...

Salam, kwn2....yang penting kita berfikiran positif dalam banyak perkara...doakan yang terbaik untuk semua kwn2 kita...