Wah hampir semua orang geng Munshi 78 menepati masa hadir ke kenduri Hidayah pada tengahari semalam di MITC Melaka. Md Jadi tiba seawal jam 12 tengahari. Mokhtar, Marhamah, Shaari, Zolkaply, Kamarudin Arshad, Hasnah Mohamad, Mohd Han, Maria, Aziz Md Yasin dan Hayati tiba sekitar jam 1 petang dan sanggup menunggu kami geng KL - saya, Ramlah, Mastura, Sharifah Nuri dan Maznah yang tiba jam 2.30 petang akibat ke Hospital Melaka terlebih dahulu.
Sempatlah Aziz buka cerita macam-macam. Geng perempuan tentulah banyak cerita cerinti. Ha ha. Saya tak masuk campur le.
Sebelum balik, sempat bergambar dengan pengantin dan ibu bapa pengantin. Ha ha.
Yang paling hebat, Razak Husin dari Penang pun sampai. Kali ini dia berkereta dengan isterinya.
Yang paling hebat, Razak Husin dari Penang pun sampai. Kali ini dia berkereta dengan isterinya.
Bila kami nak balik, Sahara dan keluarga muncul. Sahara terpaksa jadi orang pangkal di satu kenduri kahwin yang lain. Fasal tu lah lewat.
Saya bermalam di Melaka kerana bertekad tak mahu sesat di negeri sendiri sambil menjejak stesyen bas lama. Ha ha. Dah tak ada wei. Wooo. Hari ini balik ikut Kalebang, Limbongan, Tg Keling, Pantai Kundur, Sg Udang. Sudah lebih 10 tahun saya tak lalu pesisir pantai ini. Aku terlalu jauh dengan negeriku sendiri. Waduh-waduh pak.
1 comments:
sAYA SAMPAI JAM 12.00 LAMA JUGA TUNGGU TUAN ALI,AKHIRNYA SAYA GI DULU KERANA ADA PROGRAM LAIN.MAAF TUAN ALI DAN KEKAWAN LAIN.
Post a Comment