Rupa-rupanya anak Fauziah Hashim sama kursus A Level dengan anak Haris Bahari di MSU. Maka anak Haris melaporkan kedatangan saya ke rumah Fauziah. Maka pada malam 6 Syawal, Haris menalipon saya dan menjemput ke rumah beliau pada esoknya, Khamis 7 Syawal. Maka sebelum balik ke Melaka, saya pun memecut ke Kg Sg Kapal, Pangerang, nun di hujung benua Asia.
Sepanjang perjalanan untuk sampai ke rumah Haris, barulah saya dapat merasakan mengapa Haris sanggup melupakan Melaka. Ha ha. Memang aman damai dan syahdu tinggal di hujung benua ini dengan deruan angin laut di samping kaya dengan ikan, ketam dan udang yang segar.
Saya dijamu makan tengahari pada jam 11 pagi. Ha ha. Haris dah siapkan segala lauk pauk udang, ketam dan ikan kerapu berkilo banyaknya, macamlah anak saya ada 12 orang. Ha ha.
Tahun hadapan bolehlah sesiapa berjalan ke rumah Haris. Selagi laut kat rumah Haris tu ada udang dan ketam, Insyallah Haris akan hidangkan kepada anda semua.
Saya dan Haris adalah sepasukan bahas SMMA pada pertandingan bahas Sekolah Se Melaka pada 1978. Kami menyimpan satu kenangan pahit yang panis. Hanya kami berdua yang tahu. Wooo. Nak tahu pi lah jumpa Haris. Wooo.
Saya masih ingat songkok Jawa yang Haris pakai di surau asrama Munshi dahulu. Itulah harta pesaka yang diwarisi dari datuknya. Ha ha.

3 comments:
Teringat Kharis berseluar kembang pop ye ye 78
rasanya masatulah paling hebat gaknya....ha..ha..ha
Sesiapa yang terlajak ke Kota Tinggi atau Pantai Peranginan Desaru sila datang le ke rumah aku. Insyaallah aku hidangkan masakan makanan laut dari tangan aku dan isteriku untuk anda. Razak hussin ada konteks aku, tapi dia kursus di Mersing. Dah terlajak jauh pulak.
Post a Comment