Dalam kesibukan jamuan open house dan jamuan raya, kami geng Munshi 78 di KL sempat ke Puchong Indah pada 2 Oktober lalu bagi memeriahkan kenduri perkahwinan anak perempuan Rosni Hashim.
Saya, isteri, Mastura, Ramlah, Maznah, suami Maznah, Md Jadi dan Zaleha Abu yang jauh dari Kota Tinggi datang pada masa yang sama. Hidayah dan suami datang awal. Sahara menghantar 3 orang anaknya sebagai wakil kerana beliau ada kenduri kahwin sepupunya di Terengganu.
Basir pula ke Ipoh. Sharifah sibuk di kenduri di Taman Perumahannya.
Dari kanan - Ramlah, Rosni, Hj Othman (suami Rosni) dan Md Jadi.
Dari Kanan - Mastua, Zaleha, Maznah dan Ramlah.
Untuk kali ini, kita tabik sama Zaleha yang sanggup datang dari jauh. Rosni dan Leha kamceng sungguh ketika di Sekolah Menengah dahulu, katanya. Mereka berdua terserempak semula ketika menghantar anak-anak ke ITM, Melaka. Rosni cam semula Leha kerana gigi Leha. Ha ha. Baik punya DNA.
Sebelum balik ke rumah, kami singgah di open house Mat Aris dan mengeteh di rumah Sharifah Nuri. Baik punya teh oi.
Sebelum balik ke rumah, kami singgah di open house Mat Aris dan mengeteh di rumah Sharifah Nuri. Baik punya teh oi.
0 comments:
Post a Comment