AHAD INI DI MITC MELAKA

Jangan lupa kenduri perkahwinan anak perempuan Hidayah Bahari pada Ahad ini di MITC Melaka. Takkan tak tahu di mana MITC.  Dekat sahaja dengan pasaraya saya. Ha ha.

Kita jumpa di sana jam 1 tengahari. Harap-harap Dayah menjemput sekali Cikgu Mohamad Daud. Ha ha. 

Orang Melaka  kena lawan  orang KL. Kok orang KL yang lebih ramai datang dari orang Melaka. Ha ha. 

Saya akan bermalam di Melaka, meninjau kok ada kerusi kosong boleh bertanding. Moga Dr Majezan tak kebas dahulu.  Karim dan Mokhtar kena tunggu pencen dulu, baru boleh bertanding. Woooo.

Ini emel Hidayah  yang  mengingatkan jemputannya itu:

Teman teman yg di ingati,
 
Salam ingatan buat semua & rasanya belum terlewayt utk Dayah & keluarga mengucapkan selamat Hari Raya. Maaf zahir & bathin. 
 
Alhamdullillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan utk menyambut Ramadhan & Syawal kali ini.Semuga Allah memberi kita kesihatan yg baik dalam meniti usia emas ini,(Insyaallah)
 
Dikesempatan ini Dayah & keluarga ingin menjemput semua teman utk hadir ke Majlis Perkawinan puteri kami pada 10.10.10 (Ahad) nanti di Grand Ballroom, Tkt 2 MITC Melaka.
 
Buat Ali jutaan terima kasih kerana menjemput bagi pihak kami melalui blog utk teman Munshi 78.
 
Semuga kehadiran teman teman akan mengeratkan lagi silatulrahim yg sedia terjalin. Dayah & keluarga menanti kehadiran semua bersama keluarga.      .
 
Salam buat semua.
 
Hidayah

4 comments:

majezan said...

amalan gerrymandering menyebabkan demokrasi tak demokratik dan tak adil.

Anonymous said...

Salam , pergi MITC nak pergi Walimatul Urus. kALAU NAK RASA JUGA PERGI DI Galas.Ha inilah masanya nak tunggu PRU 13 mungkin lambat lagi.

Karim said...

Kalau MITC saya akan pergi,nasib baik taukih Ali ada boleh shopping dekat kedai dia,dapat tawaran harga istimewa.Saya dapati akhir-akhir ini kupulan kita ramai yang tidak aktif.Apa masalah mereka ya ?.Tok Ali kena ambil tahu juga tu.Pada masa ini teknologi makin maju tapi orang kita tak ambil tahu pun.Contoh rumah Datuk M baru ini hanya dua orang saja yang hadir.Bangkitlah saudara-saudara ku .Mudakan diri itu dengan semangat walupun umur dah lanjut seket.

mastura said...

Betul Karim, kami di kl selalu berjumpa. Hilang sebentar kerunsingan bila da berjumpa. Makan2 tu tak banyak mana pun tapi kerana kawan.. Kenduri kawin waktu yang baik kita bertemu.. Anak2 kita pun akan kawin juga kan?. Raikanlah jemputan jauh atau dekat .