MD NOR SALLEH KE MEKAH ESOK

Md Nor Hj Salleh, bekas Tingkatan Enam Sains SMMA 1978, Insyaallah akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji pada 16 hb Oktober 2010, selepas solat asar.

Beliau kirim salam kepada semua sahabat Munshi 78 dan memohon  ampun dan maaf dan dihalalkan makan minum.  Manalah tau kok perjalanan ini adalah menuju ke Ilahi buat selama-lamanya. 

Kita doakan Md Nor agar selamat pergi dan balik dan mendapat haji yang mabrur serta terasa  suatu  perjalanan  yang penuh makna sepertimana yang diungkapkan oleh tokoh sosiologi Iran Ali Syariati  dalam bukunya bertajuk Hajj. Ali Syariati adalah tokoh yang mencetuskan revolusi mental rakyat Iran yang kemudiannya diteruskan  oleh Imam Khomeini  sehingga tercetusnya Revolusi Islam Iran pada 1979.

Gambar: Md Nor (kiri) dengan Saari  Mat Jelas.

0 comments: