Apabila dihujung tahun, ramai yang relax dan ada yang pulun dengan kerja-kerja pejabat. Mokhtar Ahmad antara yang tengah pulun kerja tu. Maklomlah kena buat bajet tahun hadapan. Pada masa ini jangan cuba ajak Mokhtar buat apa pun. Ha ha. Dia tengah pening dengan angka juta-juta tu.
Norsir yang kaki kursus tu tak taulah samada sibuk dengan kursus atau tidak pada musim banjir ini. Orang kerja kerajaan lazimnya pada akhir tahun ini sibuk nak perabis bajet. Ha ha. Tak caya tanyalah Rohaya kita tu. Tapi tak tahulah kalau tahun ini, bajet dah habis awal-awal.
Apapun yang syoknya Si Suhdi kita tu. Datanglah bebila masa kat Tampin tu. Gerenti boleh pekena rojak Restoran Melati. Suhdi sentiasa boleh adjust kerjanya. Itulah untung kerja kat Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM). Kalau berpartner bisnes dengan Suhdi, bab akaun Suhdi boleh bereskan. Yang selalu pekenakan Suhdi dalam buat kerja-kerja akaun ialah Juwita. Ha ha. Mintak je kat Suhdi untuk buat kertas kerja dan sebut aja berapa untung mahu dalam kertas kerja tu. Gerenti dapat loan. Wooo.
Nasib saya dah tinggalkan SKM. Kalau tak, kami berdua dok ketawa terbahak-bahak setiap hari di kantin. Kalau jumpa Suhdi, tak sah kalau tak ketawa. Jika sesiapa dah lama tak ketawa, jumpalah Suhdi. Modalnya sepinggan rojak Restoran Melati. Wooo.
7 comments:
Saya kalau balik Tampin memang Restoran Melati lah tempat minum pagi,kekadang tengahari dan minum petang bersama arwah suami dulu , tp tak pernah terjumpa Suhdi..kalau jumpa pun mugkin tak kenal..yang ramai menjamu selera disitu ialah org2 pencen yng keluar ambil pencen bersama isteri,makan2 smbil bersembang kekwan lama di ujung bulan...arwah suami pun pernah cakap, esuk bila kita dah pencen kita pun macam tu la kan..bila balik kampong..kita keluar makan2 dikedai di sekitar pekan Tampin,pas tu sembahyang zuhur dimasjid di Tampin, pas tu jalan2 berdua ditaman rekreasi dan stesen keretapi.dah penat kita balik rumah mak...ingat semakin kuat bila Ali sebut restoran tu dan kini hanya tinggal kenangan, kata2 arwah semakin terdengar ditelinga dan tempat duduk di Restoran Melati yg selalu kami berdua duduk tu pun masih ternampak2 diruang mata..
Saya pasti comment di atas ditulis oleh sahabat kita,Ramlah.Begitulah kehidupan,Ram. selalunya tempat2 tertentu akan mengingatkan kita tentang kenangan silam.Kenangan sedih,gembira dan yang menyakitkan..Saya pun banyak kenangan di pekan Tampin,terutama di perhentian bas.Perubahan situasi kerana pembangunan kononnya, tidak sedikit pun menghilangkan kenangan2 tersebut drpd minda saya.Bila saya melintasi pekan Tampin automatik kenangan tersebut bermain di fikiran...tapi suamiku tak tahu..
Sokong sangat cakap tuan! Saya yang tak ada apa2 jawatan dalam kerajaan ni pun terlibat juga dalam bab2 nak habiskan bajet! Pakaian belum sempat keluar beg dah kena panggil kursus lagi, paling2 simple 1hari dihotel sekitar Melaka.InsyaAllah saya akan sayut sebaik mungkin.
Hiss! bukan pekenalah tuan ooii..cuma mintak tolong...Dari dulu (arwah maseh ada)sampai sekarang Suhdi memang rajin menolong kami, pernah satu hari dia terpaksa mengaku sebagai abang kandung saya dan isterinya sebagai kakak ipar saya bagi menyelesaikan satu permintaan yang saya sangat2 tidak setuju..hehehe..kengkawan tanyalah Suhdi yang kini berada di Sabah berkursus.. atau nak habiskan bajet..
slm, kwn2, ngape guna nama samaran...mak/ayah bg nama kita dah cukup cantik..mcm nama saya "MAZNAH"
nama samaran kalau sampai org tak kenal,maka ia nama bohong,dosa lah
Diorang tu tak pandai saya rasa. Bukan menyamarlah maznah dan Majezan. Cuba kau ajar dia wahai Maznah.. Tak pe janji ada idea.. Makan2 ni buat kata org Jepun untuk hilangkan apa yang terbuku di jiwa.. Di rumah pun boleh makan tetapi bila di hidang dan makan beramai2 ia jadi selera dan pejalanan darah menjadi baik...Berkunjunglah bersama2 rakan2,,
betul cakap sheikh ali tu,sapa dtg tampin cari aku x kira masa atau ari siang atau mlm, insaallah aku blh tunggu
Post a Comment