Tarikh baru reunion 2011 dicadangkan pada pertengahan Jun kerana pada akhir Mei ini ada program Hari Belia. Kesian kat Sahara tak boleh datang nanti. Tahun lalu beliau gagal hadir kerana sibuk mengurus Hari Belia.
Geng Kajang belum lagi meninjau lokasi reunion untuk pengetahuan kita semua. Nampaknya orang Kajang sibuk sekali. Sibuk nak bernenantu agaknya. Ha ha.
Mansor mengajak kita ke Guangzho pada Disember nanti. Pakej RM 1,600.00 sahaja. Sila tanya beliau untuk butiran lanjut. Saya tak tau nak kemana lagi. Ha ha. Jika Dinar naik, nak ke Londonlah. Wooo.
1 comments:
Salam,
Tengahari tadi kita orang dah tinjau lokasi dan petang jam lima sekali lagi untuk confirmation.Laporan berita akan dibuat oleh Puan CC kita.
Harap semua jangan lepaskan peluang sambil bersantai menikmati hidangan yang bagi saya pasti tidak mengecewakan semua orang.Puan CC Menu yang dipilih jangan diubah tau,saya balik awal sebab ada hal tak dapat dielakkan.
Post a Comment