SELAMAT TINGGAL 2010.

Berlalu sudah 2010. Banyak peristiwa manis dan tawar yang terjadi.  Ada yang mendapat cucu baru. Ada yang dapat menantu baru. Dan ada orang yang tersayang meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Ramai diantara kita yang menjadi johan  dalam tahun 2010. Zakaria johan  berfacebook. Paling aktif sekali. Dr Majezan tidak kurang aktifnya. Mungkin tahun ini Dr Majezan  pula yang  johan facebook. Ha ha.

Maznah johan penyambung silaturahim. Beliau rajin menghubungi rakan-rakan yang "tidur" dalam berblog.

Ramlah johan ziarah ke rumah sahabat-sahabat Munshi. Beliau menziarahi  Juwita,  Rohana Hashim, Fauziah, Mastura,  dan Sharifah.

Hidayah johan bertandang ke rumah pengantin baru kekawan Munshi. Rasanya beliau hadir semua jemputan. Hebat-hebat.
Hayati johan berkursus. Sekejap di KL. Sekejap di Kota Bharu. Sekejap di Miri. Round Malaysia  macam Kasim Selamat  dalam filem "ibu mertuaku". Saingan utama Hayati ialah Norsir. Norsir pun kaki kursus. Ke KL macam balik kampong aja.  Ha ha.

Basir johan out station. Ke Ipoh le. ke Pulau Sipadan le. ke Pahang le. ke Patani le. Ke Singapura le. Wau, syok kerja macam tu. Rasa nak minta kerja macam Basir pulak. Wooo

Johan penyengap   tetap Anuar 6 Sastera 1. 

Group Mak Cik Munshi yang kerap jumpa untuk sembang-sembang dan makan   bersama  ialah Mastura, Maznah dan Sharifah Nuri.

Yang paling  rajin hantar emel ke saya ialah Yahaya Ghani. Macam-macam kesah menarik.

Yang paling jauh melancong ialah Mansot - ke Paris tu.

Yang paling banyak makan capati bersama ialah saya dengan Dr Majezan di kedai mamak. Wooo

Demikianlah 2010 yang berlalu meninggalkan kita semua.

Reunion 2012 akan kita buat pada bulan Jun. Kita jumpa jam 12 tengahari hingga 4 petang sahaja. Tak payah bermalam. Kita makan tengahari, solat, dan minum petang  sahaja. Kat mana?  Sila beri cadangan di hotel mana yang murah dan best masakannya. Kali ini biar Zakaria yang uruskan lokasinya. Kita bawa mulut dan perut aja. Ha ha.

Sila beritau  program anda pada 2011  untuk saya senaraikan dalam blog ini, khususnya yang bakal menerima menantu baru. Saya nak ke Veitnam  pada musim cuti sekolah   akan datang Siapa nak ikut. Tambang bayar sendiri  ya. Ha ha.

3 comments:

mAZnah/ balakong said...

Slm. terima kasih pada Tuan Ali yang banyak memberi info dalam blog Munshi78....semoga tahun 2011 lebih ramai lagi rakan2 Munshi join dan memeriahkan blog kita....

Mansor said...

Ali.. kalau nak ke Vietnam, beritau tarikhnya... rasanya nak join sekali..

tampin said...

salam semua kawan2 munshi78 selamat menyambut tahun 2011 rajin2le menziarahi kawan2