Sabtu lalu saya ke utara. Bermalam di Kangar dan pada hari Ahad bermalam di Jitra, Kedah. Petang kelmarin singgah di Bukit Merah untuk melihat projek ternakan ikan arowana atau kelisa. Hebat dan rancak sekali projek ini di sekitar Bukit Merah. Ramai dah jadi OKB di sini. Ha ha.
Selepas 25 tahun saya meninggalkan daerah Kubang Pasu, amat rancak sekali pembangunan di sini. Kebanjiran pelbagai institusi pendidikan di daerah ini mempercepatkan arus pembangunannya. Jika di banding dengan kawasan sekitar KL, Kubang Pasu adalah lebih maju lagi atau paling kurang setanding dengannya. Harga tanah seekar sudah melampaui RM 200,000.00 hingga RM 400,000.00.
Yang syoknya apabila berjumpa dengan kawan lama, ramai yang dah pencen. Ha ha. Tak sedar diri rupanya saya ini, kalau kerja kerajaan pun sudah boleh pencen. Umur berlalu tanpa disedari. Tengok muka hari-hari kat cermin macam tak berubah aja. Wooo. Bila tengok Adam baru sodar diri, yang kita pun dah lebih separuh abad. Ha ha.
"Adam, jom ke Bukit Merah, baik punya projek". Jika mejadi, tahun dopan boleh hantar surat pencen. Tak payah kojar den lai masa demo. Wooo.
1 comments:
Ali si ADAM dok sebok s/by di TENANG n SARAWAK tompek dia dah tak lueh le ni
Post a Comment