Hebat juga komen di posting "minum-minum Februari nanti". Yang tak syoknya sampai ada komen yang terlalu "personal". Bukan tujuan itu blog ini dilahirkan. Tak salah berhujah secara akademik dan tidak menuju kepada seseorang. Kita bincang sesuatu isu atau subjek tanpa merujuk kepada mana-mana induvidu Rakan Munshi 78. Elok-elok kita berukhwah, kok berkecil hati pula antara kita satu sama lain. nanti. Komen dengan menggunakan samaran "anon" juga menyebabkan kita bersyak wasangka kepada seseorang.
Sebenarnya Nabi memulakan dakwah dengan mengajak kawan atau jiran sekeliling dengan majlis makan-makan. Ketika makan, barulah kita masuk jarum apa yang sepatutnya. Ha ha. Itulah yang saya lihat ketika majlis reunion di Pengkalan Balak pada tahun lalu. Dr Majezan sedap aja mengasak pandangannya. Hj Hamda pun "menaruk" sama. Mokhtar tukang provok. Yahya sinis aja ideanya. Yang bagi orang gelak ialah Zek. Apapun kita mulakan dengan minum-minum. Selepas itu banyak perkara yang kita boleh cakapkan dan bincangkan.
Saya sedari dahulu memang tak suka dakwah secara "taqiyyah" atau secara "sirr". Saya pun tak suka dakwah amar makruf sahaja tanpa nahi mungkar. Lantaran itu saya tak memilih wadah Abim Perlis atau jamaah Tabligh. Namun saya meghormati sesiapun yang aktif dengan Abim Perlis dan Jamaah Tabligh. Banyak sekali sumbangan mereka ini dalam masyarakat. Saya orang terbuka, maka saya tak berkenan sangat dengan penggunaan "anon" dalam blog ini. Ha ha. Tetapi apakan daya dalam blog ini boleh komen dengan nama "anon". Nak jadi jantan, biarlah jantan sejati ya.
Yang tak syoknya ada pula yang gunakan bahasa berbau porno. Tak payahlah sebut hal ini fasal semua orang tahu sendiri.
Bagi saya nak bincang isu ringan atau berat dalam blog ini, ok sahaja. Tetapi gunakan bahasa yang baik. Bak kata Imam Shafie, hilang seorang kawan macam hilang 1,000 0rang!!!
15 comments:
Setuju sangat tu Ali
Kenapa orang kita masih sentiasa angguk-angguk. Tak kritis langsung dan tak ada idea bernas. Dia bukan ketua. Namapun blog komen aje lah. Dah tua sangat ke?
Siapa sokongpr. Kenapa tulis samaran. Kata paku dulang serepeh.
Yang biasa ikut blog ni akan tau siapa yang guna nickname sokongpr.
Ni yang kelakar. Aku moderator, aku le yang tulis. Tu pun tak fahamm2 ke. Wooo. Sokongpr tu nama nick name aku untuk semua blog yang aku tulis tau, termasuk blog Munshi. Dah masuk tahun ke 3 ni dah oi, tak roti-roti lagi ko. Wooo
Assalamualaikum tuan moderator... nak tanya apasal tuan deletekan semua komen bagi posting 'minum-minum Februari nanti'. Rasanya x payah delete.. kite sama-sam tengok setakat mana si 'anon' tu nak pergi. Aku rasa cikgu yang ajar kita sejak dari dulu lagi, x pernah mengajar kita merendahkan martabat orang lain. Tapi x pe Allah maha mengetahui... insyaallah belang dan tembelang si 'anon' akan pecah juga satu hari nanti... sama-sama kita berdoa agar si'anon' akan menyedarinya... harapan agar si'anon' tu bukan dari kerabat Munshi '78.
setuju bebenau dg komen mansur kita ni...jgn delte ali oii..selawat bykx2 dan insyaAllah ,Allah swt akan bg firasat dan petunjuk nanti.....hawow betul lah kata org melaka yg pengomen tu....ya Allah, kau angkat darjat si Ali ni naik lagi tapi naik dlm bab ibadat je dan jgn naik dlm parti ya Allah ...aminn....mari kita kembali pd umno melaka ..he he..
Alahai Zek, sampai hati kau macam tuye. Aku nak juga jadi KM Melaka. Wooo
Mansur si Anon tu ada dikalangan Munshi78. Nanti aku email pada u komen2 menaik tu.
Saya pun hairan apa dah jadi pada blok ni ada orang luar nak sabotajke atau provoke.Maznah dan beberapa rakan lagi tel. saya berteka teki siapakah gerangan "anon" sehingga kecoh..... Sebenarnya blok ini dibaca juga suami/isteri dan anak2 bekas pelajar Munshi apasalahnya kita bersopan sikit dan tidaklah timbul salahfaham di kalangan pasangan masing2.
Ali elok2 abg Din aku bagi ikut geng nanti tak pasai2 kena sekat uuuuuu
Salam..ape yg kecoh sangat ni,saya kerap melalui Sek Munshi sayaade terbaca banner mohon sumbangan untuk membesarkan surau tempat yg telah menjadikan tuan/puan manusia yg pandai dan bijak dlm semua perkara dunia dan akhirat jadi apekata kita buat sumbangan utk adik-adik dan anak-anak kita yg belajar disitu dari sebok berbalah dng keegoaan yg tak tentu pasal...maaf kalau saya salah maklumat
komen yg tak senonoh utk tatapan perlu kita delete ,kita bukan polis nak kajiselidik,Allah ada utk jadi penolong kita.Individu yg tak puas hati,jumpa saja dan luahkan,saya sediakan tairu,Ali sediakan tempat....siapa kalah hujjah,kena bayar/jual..
Salam kawan2.. hibanya hati bila ada kesah macam ni. Letih belum habis kita mengumpulkan kawan2.. Siapa lagi yg nak berkawan dengan kita. Sama2 lah memahami. Blog ni pun tak de tuan yg resmi. Siratulrahim.
Da haru biru blog ni bila ramai yg tak faham. Awal 2O09 sukarnya kita mencari, mengumpul dan berreunion. Tapi bila da lama sikit begini jadi nya. Siapalah yg nak berkawan dgn kita semua. SiratulRahim je. Bukan ada niat apa2 pun. Kenapa ada salah faham.. Pada yg faham teruskan persahabatan kita yg murni.
Saya setuju sangat dengan komen Mastura.
Post a Comment