TAHUN BARU HIJRAH

Kita telah memasuki tahun baru Hijrah. Hebat juga sambutan  secara rasminya. Kalau di Kedah dan Kelantan, maka pesta bubur ashuralah yang hebatnya. Orang Melaka, saya tak berapa tahu akan sambutannya.

Tetapi kawan kawan saya yang pro Iran, sibuk meratap tangis mengenangkan pembunuhan atas cucu Rasulullah saw, Saidina Husin. Hebat juga emosi mereka sehingga kini.

Bagi saya, sentiasa mengenangkan "kezaliman  semasa" yang tanpa kita sedari. Apakah kezaliman itu? Tanyalah diri sendiri. Ha ha. Ya, perampokan di siang hari atas nama "kontrak" dan "pembangunan". Bak kata Saidina Ali - kemiskinan wujud kerana "pembaziran" dan  " ketidakadilan  agihan". Itulah teras pembangunan ekonomi  negara. Isu "akhlak"  sentiasa relevan dalam pengurusan semua aspek.

Ya, kalau ada bubur asyura, ajaklah saya makan ye.

1 comments:

Anonymous said...

Manusia tk kan terbayang personaliti siSang Pencipta Raya,maka berlakulah zolimnya akhibat alpa akanNya(Iqbal,Asrar ul Khudi)
Kalau benakmu terganggu dik fatamorgana,itulah tanda khilaf ilmu mu katimbang Dia(Urfi)
Tak dpt ku hidangkan bubur asyura pd mu syeikh,cuma secangkir teh setiva dan semangkuk tairu,lepas kita keGhadir Qum.