SATE PADANG KITA

Insyaallah, saya, Mansor,  dan Sharifah Nuri  akan berlepas ke Padang dan Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada esok jam 7.50 pagi. Akan sampai di sana jam 8 pagi juga. Ha ha.

Saya dan Mansor bercadang nak beli estet padi di sana  apabila dinar meletup nanti. Ha ha.

Walaupun Mat Jadi pada asalnya akan bersama tetapi lantaran jadual peperiksaan SPM terpinda, maka beliau terpaksa kami tinggalkan. Mungkin kami akan bersama lagi dalam trip ke London pula nanti. Wooo  Itu pun tunggu dinar meletup juga. Ha ha.

Nampak gaya jenuhlah kami makan sate padang, kambing bakar dan sup kambing. 

Insyallah pada 21hb, kami akan berada semula di tanah air. Yang tinggal tu, baik-baik jagalah Malaysia, jangan tergadai kat Apco. Wooo. Dr Majezan, tolong jaga ya.  Si Basir dah berulang alik ke Singapura tuuu.

14 comments:

basir said...

colinSelamat melancung, selamat pergi dan selamat kembali. Jangan lupa ole2 Bukit Tinggi untuk kawan2.

majezan said...

Selamat keIndon ya Saidina,
cuma jgn kau jumpa ulama Syiah lak disana ya saidina.
Kt Sri Gombak dah ramai kena tahan.
Ada buku2 kontroversi,kau belikan,aku beli kat kau nnti,hehehe ya saidina.

mastura said...

Jaga lutut tu bila ke sana. Jangan main redah je.. 92 dulu sy pergi memang berbukit2 lagi . Mansor n Ali gula kena jaga.. Ada buat aprikot kau minum banyak2 . Sedap. Beli lagu2 minang ye...bila pergi ke rumah gadang.

Anonymous said...

sapu lutut dengan minyak aroma gaharu

MHS said...

Ada lagi ke cerita Ali ni, Dulu, kini dan selamanya hanya cerita tentang Ali. Ali ke Indin, ALi makan sup, Ali makan itu Ali buta ini. Rasanya kekawan Ting 6 labih daruipada seorang. Rasanya format ini harus ditukar le. Ha ini baru cili padi rasa tak pedasnya.

Mansor said...

Ali.. kau uploadkan gambar-gambar kat Bukit Tinggi tu.. terutama sekali gambar si Pah yang sibuk melontar... Kenangan di Bukit Tinggi tidak tergambar ngan kata-kata.. rugi x pergi oii..

maznah said...

mansor...ade ke kau kirim ole2 untuk aku pada Pah.....

Mansor said...

Maaf Maz... sebenarnya aku x tahu yang kau pesan ole2.. sbb x bukak blog sbl g sana. Tapi apa pun Pah ade belikan kau ole2 termasuk buah salak yang kau pesan. insyaallah nanti bila aku kemana2 lain kali aku belikan ole2 utk kau.. sorry Maz.

maznah said...

mansor..aku dah ambil brg yang aku pesan dengan Pah....termasuk buah salak...aku tunggu jugak klu ade ole2 dari tuan Mansor.....tak ade rezeki....ape2 pun, syukur semua dah selamat blik ke tanah air...

hayati said...

Salam Ali. Mana gambar2 dari Padang/Bukit Tinggi. Tak dapat ikut sama, dapat tengok gambar pun jadi le.

Anonymous said...

mungkin Ali masih penat....dan sibuk menunggu dinar untuk diapungkan..

Mansor said...

Kepada MHS.. saya sekadar nak ingatkan aje.. kalau x suka ngan gaya laporan dan posting kat blog Munshi, x payah nak komplen. Kami rakan-rakan Munshi78 berasa selesa ngan posting rakan-rakan yang lain. Blog ini dah ujud lama.. dan moderator yang tuan komen itulah yang telah memainkan peranan dalam memberikan nyawa kepada blog ini. Kepada tuan moderator.. jangan dilayan anasir-anasir yang cuba menyekat dan menamatkan usaha tuan.. kami rakan-rakan sentiasa bersama tuan..

basir said...

Wahai sahabat MHS tolong kenalkan diri anda. Anda ni dari Malacca High School (MHS), betul kot. Buat le blog anda sendiri ya, kami berbangga dengan blog MUNSHI78.

hayati said...

Kawan kita si MHS tu bergurau sebenarnya. Dia sengaja nak buat gempak, barulah hidup sikit blog ni. Saya tau siapa dia, sebab gambar dia pernah ada dalam blog MHS bulan Disember lepas, maknanya dia tak rahsiakan identitinya. Moderator kita pun tau agaknya. Cuma Basir & Mansor kot yang terlepas pandang. Kalau nak tau siapa dia, ha.... kena bayar dulu. Sekurang2nya 100K dinar Iraq. Dapat lah saya belanja MHS & isteri kat warung depan rumah dia tu.