Dua minggu lalu saya terjumpa semula dengan seorang sahabat yang sama-sama belajar di UKM pada tahun 1979. Saya masih ingat iras mukanya tetapi dah terlupa namanya. Tetapi dia masih ingat nama saya. Alamak, "kalah" saya dalam hal ini.
Kami berbual sekitar 30 minit di Restoran Rafiya, di bawah opis saya. Dahulu kawan saya ini agak kurang pro dengan parti pembangkang. Tetapi kali ini nampaknya dia kenal dengan semua pemimpin Pas tempatan di kawasan perumahannya. Maknanya beliau bergaul rapat dengan pimpinan Pas tempatan tu. Dia pun pandai menambah hujah-hujah ketidakpuashatian saya terhadap apa yang berlaku sekarang. Kiranya jauh sekali berubah peribadinya dengan apa yang saya kenal pada tahun 1979 dahulu. Ha ha.
Sebenarnya saya banyak merasa perubahan kekawan lama zaman kampus dahulu dengan sekarang. Kalau dulu, komited dengan idea Islam tetapi kini banyak sekali "komprominya." Ha ha. Tetapi dalam masa yang sama, ramai rakan-rakan dahulu yang dilihat biasa-biasa sahaja, tetapi sekarang ini kuat sekali pegangan Islamnya. Itulah kehidupan. Saya gembira kerana yang kita mahu ialah diakhir kehidupan kita ini agar lebih rapat dengan tuhan.
Bukan tak baik pangkat, wang dan harta. Tetapi sehingga menggadai prinsip dan longgar ikatan dengan Tuhan, kan kurang bagus. Kekadang kawan-kawan yang berubah ini, apabila kita nak jumpa untuk sembang-sembang bersilaturahim pun macam nak lari-lari je dari kita. Ha ha. Dia ingat macam kita nak ajak dia joint bisnes MLM. Jika minum jangan risau, saya akan bayar dahulu. Itulah perangai saya sejak zaman kampus dulu. Kalau sesak duit di kampus, boleh mintak dari Mastura. Gerenti dapatnya. Wooo.
Bulan Muharam ini, adalah bulan menangis bagi pengikut ahlul bait. Ketika di Iran, saya joint sekejap satu majlis itu dalam bahasa parsi. Walaupun tak faham, saya turut menangis juga. Hati saya faham agaknya apa yang diperkatakan oleh Tok Guru Iran itu. Ha ha. Memang sedih jika kita mendengar betapa tragisnya cara kematian Saidina Husin tu. Allah jua yang Maha Tahu.
Sekadar coretan lintasan d hati...
1 comments:
Nampaknya blog Munshi Abdullah 1978 adalah cerita-cerita En Ali Maidin sahaja. Dari dulu, kini dan selamanya hanya berkisar tentang Ali makan sup, Ali minum teh tarik, Ali itu, Ali ini. Rasanya format ini kena ubahlah. Kawan-kawan Tingkatan 6 dulu rasanya lebih daripada seorang he... he.. Jangan marah sesekali kenakan cili api barulah pedasnya menyegat.
Post a Comment