SEJENAK DI BUKIT TINGGI

Hadapan tapak rumah kelahiran Pak Hamka
Alhamdulillah, saya, Mansor dan Sharifah  Nuri beserta isteri dan suami masing-masing beserta  beberapa  orang rakan dari Tampin dan Klang  sempat berkunjung ke Tanah Minang pada 17 hingga 21hb Disember lalu.

Banyak tempat menarik - lokasi sejarah dan kawasan permandangan yang indah yang sempat kami lalui.  Malah sempat bershoping sakan juga. Ha ha. Tetapi shoping telekung je. Telekung pertama yang di beli ialah telekung yang dipesan oleh Maznah. Wooo.

Insyallah akan saya muatkan sedikit demi sedikit gambar sekitar lawatan ke sana dalam blog ini.

Bergambar di belakang  " Jam Gadang"  Bukit Tinggi

SATE PADANG KITA

Insyaallah, saya, Mansor,  dan Sharifah Nuri  akan berlepas ke Padang dan Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada esok jam 7.50 pagi. Akan sampai di sana jam 8 pagi juga. Ha ha.

Saya dan Mansor bercadang nak beli estet padi di sana  apabila dinar meletup nanti. Ha ha.

Walaupun Mat Jadi pada asalnya akan bersama tetapi lantaran jadual peperiksaan SPM terpinda, maka beliau terpaksa kami tinggalkan. Mungkin kami akan bersama lagi dalam trip ke London pula nanti. Wooo  Itu pun tunggu dinar meletup juga. Ha ha.

Nampak gaya jenuhlah kami makan sate padang, kambing bakar dan sup kambing. 

Insyallah pada 21hb, kami akan berada semula di tanah air. Yang tinggal tu, baik-baik jagalah Malaysia, jangan tergadai kat Apco. Wooo. Dr Majezan, tolong jaga ya.  Si Basir dah berulang alik ke Singapura tuuu.

SEJENAK

Dua minggu lalu saya terjumpa semula dengan seorang sahabat yang sama-sama belajar di UKM pada tahun 1979. Saya masih ingat iras mukanya tetapi dah terlupa namanya. Tetapi dia masih ingat nama saya. Alamak, "kalah"  saya  dalam hal ini.

Kami berbual  sekitar 30 minit di Restoran Rafiya, di bawah opis saya. Dahulu kawan saya ini agak  kurang pro dengan parti pembangkang. Tetapi kali ini nampaknya  dia kenal dengan semua pemimpin Pas tempatan di kawasan perumahannya. Maknanya beliau bergaul rapat  dengan pimpinan Pas tempatan tu. Dia pun pandai menambah hujah-hujah ketidakpuashatian  saya  terhadap apa yang berlaku sekarang. Kiranya jauh sekali berubah peribadinya dengan apa yang saya kenal pada tahun 1979 dahulu. Ha ha.

Sebenarnya saya banyak merasa perubahan kekawan lama zaman kampus dahulu dengan sekarang.  Kalau dulu, komited dengan idea Islam tetapi kini banyak sekali "komprominya."  Ha ha. Tetapi dalam masa yang sama, ramai rakan-rakan dahulu yang dilihat biasa-biasa sahaja, tetapi sekarang ini kuat sekali pegangan Islamnya. Itulah kehidupan. Saya gembira kerana yang kita mahu ialah diakhir kehidupan kita ini agar lebih rapat dengan tuhan.

Bukan tak baik pangkat, wang dan harta. Tetapi sehingga menggadai prinsip dan longgar ikatan  dengan Tuhan, kan kurang bagus. Kekadang kawan-kawan yang berubah ini, apabila kita nak jumpa untuk  sembang-sembang bersilaturahim  pun macam nak lari-lari  je dari kita.  Ha ha. Dia ingat macam kita nak ajak dia joint bisnes MLM. Jika minum jangan risau, saya akan bayar dahulu. Itulah perangai saya sejak zaman kampus dulu. Kalau sesak duit di kampus, boleh mintak dari Mastura. Gerenti dapatnya.  Wooo.

Bulan Muharam ini, adalah bulan menangis bagi pengikut ahlul bait. Ketika di Iran, saya joint sekejap satu majlis itu dalam bahasa parsi. Walaupun tak faham, saya turut menangis juga. Hati saya faham agaknya apa yang diperkatakan oleh Tok Guru Iran itu.  Ha ha.  Memang sedih jika   kita   mendengar betapa tragisnya cara kematian Saidina Husin tu. Allah jua yang Maha Tahu.

Sekadar coretan lintasan d hati...

TAHUN BARU HIJRAH

Kita telah memasuki tahun baru Hijrah. Hebat juga sambutan  secara rasminya. Kalau di Kedah dan Kelantan, maka pesta bubur ashuralah yang hebatnya. Orang Melaka, saya tak berapa tahu akan sambutannya.

Tetapi kawan kawan saya yang pro Iran, sibuk meratap tangis mengenangkan pembunuhan atas cucu Rasulullah saw, Saidina Husin. Hebat juga emosi mereka sehingga kini.

Bagi saya, sentiasa mengenangkan "kezaliman  semasa" yang tanpa kita sedari. Apakah kezaliman itu? Tanyalah diri sendiri. Ha ha. Ya, perampokan di siang hari atas nama "kontrak" dan "pembangunan". Bak kata Saidina Ali - kemiskinan wujud kerana "pembaziran" dan  " ketidakadilan  agihan". Itulah teras pembangunan ekonomi  negara. Isu "akhlak"  sentiasa relevan dalam pengurusan semua aspek.

Ya, kalau ada bubur asyura, ajaklah saya makan ye.

MAKAN SUP KAMBING SINGAPURA

Oleh kerana tak ada yang sudi nak bakar kambing, maka esok dan Ahad,   saya akan berada di Singapura untuk makan sup kambing.

Jumpa lagi minggu depan.

2010 - tinggal 30 hari

Ya, tinggal 30 hari lagi berakhir 2010. 

Semakin hampir usia pencen dan kematian kita.  Masing-masing tahu nak buat apa kan. Ha ha.

Bagi seorang muslim, semua aktiviti kita adalah dalam rangka ibadah kepada Allah, tertakluk kepada syarat dan tatacaranya. Bagi saya, jagalah keimanan kita dan ibadah kita.

Petang semalam sempat makan sup kambing dengan Suhdi di Chow Kit Road. Basir sibuk tak sempat join.  Mazlan tak jawab talipon. Suhdi berkursus 4 hari di Brisdale Hotel.

ADUHAI KAWANKU MAZLAN

Sabtu lalu, saya ke Pulai Pinang. Sempat singgah minum dan jumpa kawan di Hentian Semanggol. Kawan tu adalah Pengerusi Yayasan Ehya El Sharif, Gunung Semanggol pemilik  Sekolah Menengah  Ehya El Sharif.  Dalam sedang rancak berborak muncul seorang tua datang bersalam dengan kawan saya tu yang dipanggil Ustaz  Mukhlis. Bukan main hormat dan kenal sungguh orang tua ini  dengan Ustaz, kawan saya   ni. Ha ha. Apabila saya terpandang muka orang tua tu, terus saya terlepas  cakap " alamak,  ganster mana ni Ustaz?". Ustaz tu terus mengagak saya kenal betul otang tua tu. Apa ke tidaknya, bak kata P. Ramlee, lubang hidung kau pun aku kenal.

Orang tua tu terpaksa minum di meja lain kerana ada ramai kawan-kawannya turut serta. Ustaz Muklis pun menceritakan kesah bagaimana dia kenal dan rapat dengan orang tua tu. Rupa-rupanya anak orang tua tu belajar di Sekolah Menengah Ehya El Sharif, bidang hafiz al quran. Anak orang tua tu bijak dan tamat hafalan 30 juz al-quran. Kembang hati saya apabila mendengar  anak orang tua tu hafal 30 juz. Apabila saya menceritakan kesah orang tua  tu  pada tahun 1978 sehingga tak ambil salinan result  STP pada 1979, Ustaz itu pun mengakui, betullah tu. Fasal apa? Fasal anaknya pun nakal sikit juga tetapi hafal al-quran 30 juz. Ha ha. 

Orang tua yang sedang saya umpat ini ialah Mazlan Ahmad, yang payah sangat nak join perjumpaan kita.

Oh kawanku. Kagum daku kerana kau berjaya melahirkan anak yang  hafiz Dan bertambah  gembira apabila memilih di sebuah sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Al Baqir, pengasas Hizbul Muslimin, yang dkatakan oleh On Jaafar sebagai musuh dari gunung.

Ada cerita lain hal Mazlan ini. Saya akan ceritakan lagi, bagaimana hebatnya Mazlan ketika bertugas di Grik pada awal tahun 80an. Tunggu!!!!

TQ Bashir yang yang memproses gambar yang saya sms kepadanya. Beliau   pun tak perasan gambar Mazlan tu. Selepas saya kata hero Kuala Sg Baru, terus dia cam!!!!

YA SHEIKH!!!!

Apabila saya masuk Munshi pada awal 1978, maka saya memanggil sahabat lelaki sebagai  "sheikh". Sheikh Zaini ke, Sheikh Basir ke, Sheikh Mokhtar ke. Yang kelakarnya, nama mereka tak lekat sheikh pun. Yang lekatnya nama saya sebagai Sheikh Ali. Yang paling suka panggil saya sheikh ialah Mokhtar Ahmad kita tu lah. Ha ha.  Dari jauh Mokhtar akan menjerit   " Ya Sheikh Ali!!!

Kepada pelajar perempuan, saya paggil mereka Cik... seperti Cik Mastura. Kemudian mereka pula yang memanggil   saya Cik Ali. Mampuih. Woooo.

Sekadar teringat je. Jangan tak tau lak.

SUHDIKU

Apabila dihujung tahun, ramai yang relax dan ada yang pulun dengan kerja-kerja pejabat. Mokhtar Ahmad antara yang tengah pulun kerja tu. Maklomlah kena buat bajet tahun hadapan. Pada masa ini jangan cuba ajak Mokhtar buat apa pun. Ha ha. Dia tengah pening  dengan angka juta-juta tu.

Norsir yang kaki kursus tu tak taulah samada sibuk dengan kursus atau tidak pada musim banjir ini. Orang kerja kerajaan lazimnya pada akhir tahun ini sibuk nak perabis bajet. Ha ha. Tak caya tanyalah Rohaya kita tu. Tapi tak tahulah kalau tahun ini, bajet dah habis awal-awal.

Apapun yang syoknya Si Suhdi kita tu. Datanglah bebila masa kat Tampin tu. Gerenti boleh pekena rojak Restoran Melati. Suhdi sentiasa boleh adjust kerjanya. Itulah untung kerja kat Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM). Kalau berpartner bisnes dengan Suhdi, bab akaun Suhdi boleh bereskan. Yang selalu pekenakan Suhdi dalam buat kerja-kerja akaun ialah Juwita. Ha ha. Mintak je kat Suhdi untuk  buat kertas kerja dan sebut aja berapa untung mahu dalam kertas kerja tu. Gerenti dapat loan. Wooo.

Nasib saya dah tinggalkan SKM. Kalau tak, kami berdua dok ketawa terbahak-bahak setiap hari di kantin. Kalau jumpa Suhdi,  tak sah kalau tak ketawa. Jika sesiapa dah lama tak ketawa, jumpalah Suhdi. Modalnya sepinggan rojak Restoran Melati. Wooo.

KAMBING BAKAR

Sejak berhenti kerja dari Jabatan Kerajaan pada 1993, saya tak menghadapi masalah kesesakan jalan raya apabila ke pejabat. Apa ke tidaknya, pergi kerja hanya selepas jam 12. tengahari.   Ha ha. Tetapi  pagi ini saya keluar ke Shah Alam pada jam 8.30 pagi. Apa lagi, saya terpaksa joint  bersama dalam kesesakan. Woo. Namun, syok pula kerana bila buka radio, ada macam-macam celoteh oleh DJ radio tu. Saya jarang buka radio di rumah.

Sebenarnya sesekali kita kena merasai perjalanan hidup yang berlainan dari kebiasaan kita. Atau sesekali kita menghimbau perjalanan yang pernah kita lalui masa muda-muda lalu. Ha ha, macamlah dah  tua sangat sekarang ini.  Saya ke Kelantan pada minggu lalu  kerana sudah lama saya tak joint suasana Pilihan Raya Kecil. Wooo. Oleh kerana isteri saya ikut sama, maka terpaksalah saya bermalam di Hotel. Kalau saya  seorang  sahaja,   sudah  tentu saya  akan menginap di Markas Pas atau  di  masjid  atau surau sahaja.  Walaupun saya bukan  Ahli  Tabligh, macam Aziz kita tu, saya syok bermalam di masjid. Lain macam syoknya. Hai, kekadang bila iktikaf di masjid, terasa  nak karang  sajak semacam Hamzah Fansuri lak. Ha ha, mesti Dr Majezan nak ikut sekali nanti...

Bulan November dan Disember ini tak ada majlis walimatul urus. Issh, jika sesiapa geng Melaka sanggup  jadi tuan rumah untuk  buat kambing bakar, saya boleh sponsor kambing. Wooo. Sapa sanggup, sila angkat tangan. Kita bersantai habissss...


EMEL RASHID AHMAD

Ini emel Rashid Ahmad kepada anda semua:

Assalamualaikum YB...

Banyak  cerita dari kwn2   yg saudara paparkan selain dari saat2  debaran menunggu Dinar Iraq di apungkan. Terima kasihlahlah atas usaha yg tak pernah jemu  dari saudara.. Hanya tuhan yg membalas apa saja kebaikan yg sempat kita buat untuk sementara waktu ini.

Mohon panjangkan ucapan jutaan terima kasih saya  dan keluarga atas kehadiran rakan2  yg sudi menjenguk majlis kami pada 24 Okt 2010 yang lalu. Ianya sudah pasti satu nostalgia yg begitu bermakna buat saya  sekeluarga

Itu saja yang mampu saya  sediakan   jika terdapat sebarang kekurangan.  Itulah kelemahan  saya dan isteri.  Mohon  dimaafkan.  Moga kita terus berjumpa  dimajlis walimatul urus rakan2  yg lain terutama YB sendiri.

Salam ikhlas dan  salam Aidiladha yg bakal tiba

Terima kasih

(Nota:  Saya dah pencen jadi YB. Ha ha. Bab Dinar tu, saya tak upah  Rashid  mengempennya. Ha ha)

Dr Majezan di KK

Hajat hati nak ajak Dr Majezan mengeteh pada cuti Deepavali ini, tetapi beliau berada di Kota Kinabalu pula. Entah apa dibuatnya tak tahulah. Mungkin cari balak atau cari udang agaknya. Ha ha.

Si Yahaya Ghani sejak dua menjak ini mengguna blackberry, asyik mengemel ke saya je. Saya tidaklah  setiap masa membuka laptop. Berfacebook pun dah naik malas lak. Ha ha.

Juwita dapat habuan RM 2,000.00 kerana johan pertandingan sempena Hari Peladang Melaka. Dapat pula berkursus di Langkawi. Nasib tak kena banjir. Wooo.

ESOK KAVERI SAMBUT DEEPAVALI

Kepada Kaveri dan Subra kita ucapkan selamat menyambut hari Deepavali.

Teringat kueh batu yang keras tu. Ha ha.

Saya dah ada di KL. Siapa nak ajak minum teh?

KE KELANTAN

Saya akan ke Kelantan mulai hari Ahad, 31 Oktober sehingga 3 November 2011. Saya akan memerdekakan diri dari melayari alam maya. Saya berdoa agar diber kekuatan fizikal untuk memandu dan berjumpa dengan ramai kekawan di sana. 

Jika Bashir dan Dr Majezan mahu mengetah bersama, masih sempat pada hari ini dan esok. Ha ha.

Katanya Md Jadi nak belanja  makan di Bandar Baru  Bangi. Nak tunggu Yahaya Ghani mengajak, entah  bila agaknya. Ha ha. So, kalau saya tak ada pun, jalanlah terus program makan tu. Syok makan apabila perut lapar dan free. Wooo. Mastura dan Sharifah Nuri akan mengenalpasti restoran mana dan menu apa. Tukang bayar dah ada. Takang makan dah ada. Hanya nak tahu tempat dan tarikhnya  sahaja. Kali ini Hasnah Mohamad akan turun membawa semua geng Melaka. Yahoooo.

OK, JUMPA LAGI.

AKSI-AKSI DI KENDURI RASHID

Zaini Samani, bos Asrama Putera 78 pun mai juga dengan isterinya

Kalau  tak cam sila klik
Bersama Pengantin di pintu masuk rumah Rashid. Wooo

KENDURI RUMAH RASHID AHMAD

Ahad lalu kenduri kahwin anak Lft Kolonel Rashid dimeriahkan dengan kehadiran sahabat-sahabat Munshi 78

Kali ini Md Shamsudin Yusof dapat bersama dengan kita. Beliau melupakan sebentar kayu golfnya. Ha ha.
Razak Husin sekali lagi bikin keajaiban. Datang juga dari Penang.

Sekutu sekutu lain seperti saya, Bashir, Shaari, Mokhtar,  Suhdi, Mastura, Sharifah Nuri, Ramlah, Hayati, Hidayah, Maznah (walaupun sibuk hal ibu sakit ketika itu), Marhamah, Mohd Han, Md Jadi, Maria, Zolkaply, Mansor, Zaini dan Kamarudin Arshad tiba sekitar jam 1 tengahari.

Suami Hayati dan suami Hidayah tetap menjadi pengiring setia  kepada isteri tersayangnya.

Ahli Tetap Kenduri, Si Sahara tak dapat hadir  kerana pi kursus di Terengganu. Hasnah Mohd datang selepas kami balik. Aziz Mat Yassin datang lewat petang. Zek tak tahu datang ke tidak tetapi dia melaporkan tentang siapa yang tak datang. Ha ha.

IBU MAZNAH MENINGGAL

Ibu kepada Maznah Asnawi telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi 25hb Oktober.

Jenzahnya selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi semalam.

Marilah kita mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam golongan assolihin. Al Fatihah

AHAD INI JAM 1 TENGAHARI

Ahad ini harapnya Mansor bawa kamera untuk menjadi juru gambar kita di rumah Rashid Ahmad. Di MITC lalu, isteri saya yang jadi juru gambar. Kali ini Bashir pasti ada. Maka relaxlah saya dari menjadi Director Foto. Ha ha.

Hati-hati di jalan raya. Pada 10.10.10 lalu ada kemalangan besar di high way berhampiran Simpang Empat.  Mansor terperangkap dari jam 9 malam hingga 2 pagi!!!!!

Kita jumpa sekitar jam 1 tengahari.

Lepas kenduri rumah Rashid boleh lepak tepi pantai oi.

ZALEHA ABU DAN SUAMI

Zaleha Abu, 6 Sastera 1, muncul semula dihadapan saya selepas 32 tahun  berpisah di Munshi pada 1978. Beliau dan suaminya datang ke kenduri kahwin anak Rosni Hashi pada 2 Oktober lalu di Puchong Indah.
Nasib baik Maznah bagi tau akan sosok Zaleha itu. Kalau tidak tentu saya menyangka, entah Ketua Wanita Umno Bahagian mana agaknya. Wooo

Beliau bersama Fauziah Hashim di IPPM sebelum menjadi guru.

EMEL DARI HIDAYAH

Assalammualaikum,

Teman teman yg diingati, 

Dayah & keluarga  mengucapkan jutaan terima kasih diats kehadiran kalian dimajlis perkawinan puteri kami pd 10.10.10 yg lalu.

Dayah & keluarga memohon ampun & maaf jika terdpt kekurangan layanan kerana tidak berkesempatan utk bersembang lebih lama. Almaklumlah majlis perkawinan anak yg pertama, hai macam macam perasaan  terasa.

Utk YB Datuk  Mat Sirat terima kasih banyak kerana sudi menghantar wakil w/pun tidak berkesempatan utk hadir.

Semuga persahabatan kita semua akan terus berkekalan.(insyaallah)

Terima  kasih


Hidayah.

MENZIARAHI NORSIAH WAHAB

Pada Sabtu, jam 3 petang, 9 Oktober lalu - saya, isteri, Mastura, Sahara dan suaminya sempat menziarahi Norsiah Wahab di Taman Jati, Klang. Kali ini Sahara menjadi pemandu jalan. Alhamdulillah tepat seekali ke arah rumah Norsiah. Taklah sesat macam tahun lalu.

Kami nak jadikan lawatan ke rumah Norsiah sebagai lawatan tahunan. Norsiah sukar keluar rumah menghadiri program anjuran sahabat dengan keadaan kesihatan beliau masa kini. Beliau kena menggunakan mesin cuci buah pinggang sebanyak 4 kali sehari.

Mari kita doakan agar Norsiah terkawal kesihatannya. Kekadang bukan sang pesakit yang Allah uji  tetapi sebenarnya Allah menguji orang sekelilingnya. Dan saya takut menjadi seorang sahabat yang tak hiraukan kawannya lagi... moga dijauhkan Allah jua.

Nota: Kali ini saya tak rakam pun akan pertemuan ini.

RAZAK PUNYA HAL

Besar ujian Razak Husin ketika nak hadir ke  kenduri Hidayah pada 10.10.10 lalu. Dah le kena bertolak dari Penang, ada kenduri di rumah kakaknya, yang berhampiran dengan rumahnya di Serdang  pada hari yang sama pulak tu.

Tak tahu macam mana dia menyusun jadual pada hari itu. Hari itu juga dia balik ke Penang. Hebat Pak Rempit kita ni. Ha ha.

Sempat saya bergambar berdua denganya. Woooo.

EMEL RAMLY AHMAD

Ini emel Ramli Ahmad, Tingkatan Enam Sains SMMA 1978 yang saya terima pada bulan Ramadhan ketika bersiap-siap   nak balik kampong  untuk   beraya. Maka saya pun dah lupa  akan hal emelnya.

Hari ini dapat jumpa semula emelnya. Tataplah bersama.

Salam, Selamat Berpuasa Hari Raya dan Selamat Menyambut Aidul Fitri



Terima kasih kerana menghubungi saya melalui sms, saya cukup terharu dibulan puasa yang mulia ini masih ada rakan yang masih mengingati. Saya cuba buka blog munshiabdullah78 seperti alamat yang disertakan, usaha murni tuan untuk mengerat silatulrahim dalam kalangan rakan seperjuangan tahun 78 perlu dipuji.
Apabila saya mengamati wajah rakan2 yang dipaparkan, saya cuba bayangkan wajah2 remaja mereka. Saya tersenyum sendirian, ia membuatkan saya sedar yang saya juga telah  berada dipenghujung perjalanan kehidupan ini. Semuga usaha keikhlasan tuan mendapat keberkatan NYA. InsyaAllah. 
Ramly Ahmad - Banting Selangor. Tahun ni beraya di Banting.

MD NOR SALLEH KE MEKAH ESOK

Md Nor Hj Salleh, bekas Tingkatan Enam Sains SMMA 1978, Insyaallah akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji pada 16 hb Oktober 2010, selepas solat asar.

Beliau kirim salam kepada semua sahabat Munshi 78 dan memohon  ampun dan maaf dan dihalalkan makan minum.  Manalah tau kok perjalanan ini adalah menuju ke Ilahi buat selama-lamanya. 

Kita doakan Md Nor agar selamat pergi dan balik dan mendapat haji yang mabrur serta terasa  suatu  perjalanan  yang penuh makna sepertimana yang diungkapkan oleh tokoh sosiologi Iran Ali Syariati  dalam bukunya bertajuk Hajj. Ali Syariati adalah tokoh yang mencetuskan revolusi mental rakyat Iran yang kemudiannya diteruskan  oleh Imam Khomeini  sehingga tercetusnya Revolusi Islam Iran pada 1979.

Gambar: Md Nor (kiri) dengan Saari  Mat Jelas.

KENDURI RASHID LAK

Tinggal satu lagi program pada bulan Oktober ini iaitu kenduri kahwin anak Lft Kolonel Rashid Ahmad    yang  bakal diadakan pada Ahad,  24 hb Oktober 2010,  di Lot 582-1,  Seri Cahaya, Jalan Sidang Idris,  Batu 11 1/2, Kg Paya Rumput Jaya, Sg Udang, Melaka, jam 12 hingga 4 petang. Tel: 019-4001813.  Kita jumpa jam 1 tengahari.

Apabila jumpa SK Sg Udang  (sebelah kiri  dari Tg Keling)  bertentangannya ialah masjid, Masuklah ke jalan yang bersebelahan dengan masjid  tu dan akhirnya jumpa Jalan Sidang Idris. Insyaallah sampailah anda semua.

Peta lokasinya tak dapat dimuatkan dalam blog ini kerana ada sedikit masalah teknikal. Kalau takut sesat bertanyalah kepada Rashid dahulu. Saya dah siapkan Suhdi sebagai penunjuk jalan. Kalau sesat juga tak tahulah apa nak cakap. Ha ha.

Selepas makan di kenduri Rashid,  saya nak lepak di tepi pantai Kundur atau Tg Keling.  Jika ada Rani, mungkin kita boleh menganyam sekapal sajak, memuja pantai dan deruan angin. laut Woooo.


Rashid kena sms ke Johari Mohamad fasal dia tak buka blog  ini. Ha ha. Mansor tolong ajak Ramli Ahmad. Dia ada emel ke saya pada bulan Ramadhan lalu. Entah mana hilang emel itu. Ha ha.

Tauke Skor A, Yahaya Ghani selalu ponteng ke kenduri kahwin kekawan Munshi. Tak aci betul. Jika bonus Skor A, tak cukup bayar duit minyak keta, saya boleh lancarkan derma. Ha ha. Janganlah dikau tenggelam dek  formula dalam  makmal minyak hitam kau tu....

OK JUMPA DI RUMAH RASHID. ISTERI SAYA PESAN KE RASHID - SIAPKAN TELUR REBUS. TAK SYOK PI RUMAH ORANG KAHWIN TAK DAPAT TELUR REBUS KATANYA. SATU NOSTALGIA LAMA. HA HA. 

LAGI AKSI DI MITC ISNIN LALU

Bersedia bergambar di pelamin


Apabila Mak Cik Munshi makan ais krim free...

Pah, Ramlah, Marhamah dan Yati sedang merancang perkahwinan anak mereka lak. Ha ha
Hebat temberang Md Jadi kita tu.


Bujang lama bersatu kembali. Mokhtar masih mengekalkan keslimannya lagi. Yang lain, TST le. Woo.

SELAMAT DAH KENDURI HIDAYAH

Wah  hampir semua orang  geng Munshi 78  menepati masa hadir ke kenduri Hidayah pada tengahari semalam di MITC Melaka. Md Jadi tiba seawal jam 12 tengahari. Mokhtar, Marhamah, Shaari, Zolkaply, Kamarudin Arshad, Hasnah Mohamad, Mohd Han, Maria, Aziz Md Yasin dan Hayati tiba sekitar jam 1 petang dan  sanggup menunggu kami geng KL - saya, Ramlah, Mastura, Sharifah Nuri dan  Maznah yang tiba jam 2.30 petang akibat ke Hospital Melaka terlebih dahulu.

Sempatlah Aziz buka cerita macam-macam. Geng perempuan tentulah banyak cerita cerinti. Ha ha. Saya tak masuk campur le. 
Sebelum balik, sempat bergambar dengan pengantin dan ibu bapa pengantin. Ha ha.

Yang paling hebat, Razak Husin dari Penang pun sampai. Kali ini dia berkereta dengan isterinya. 

Bila kami nak balik, Sahara dan keluarga muncul. Sahara terpaksa jadi orang pangkal di satu kenduri kahwin  yang lain. Fasal tu lah lewat. 
Saya bermalam di Melaka kerana bertekad tak mahu sesat  di negeri sendiri sambil menjejak stesyen bas lama. Ha ha. Dah tak  ada wei.  Wooo. Hari ini balik ikut Kalebang, Limbongan, Tg Keling, Pantai Kundur, Sg Udang. Sudah  lebih 10 tahun saya tak lalu pesisir pantai ini. Aku terlalu jauh dengan negeriku sendiri. Waduh-waduh pak.

IBU MAZNAH DI HOSPITAL MELAKA

Maznah bermalam di Hospital Melaka menjaga ibunya yang sedang dirawat  sejak dua hari lalu.

Umur kita pun dah lebih separuh abad. Ibu bapa kita pula memasuki tiga suku abad. Maka banyaklah kekurangan fizikalnya. Moga sihat kembali.

Kalau masih ada di wad lagi pada Ahad   ini,    insyaallah saya akan melawat.
Sahara bertanya siapa nak ajak kami  orang KL  beraya di rumahnya selepas makan kenduri di MITC Melaka.. Ha ha.

BERAYA DI RUMAH HARIS

 Rupa-rupanya anak Fauziah Hashim sama kursus A Level dengan anak Haris Bahari di MSU. Maka anak Haris melaporkan kedatangan saya ke rumah Fauziah. Maka pada malam 6 Syawal,  Haris menalipon saya dan menjemput ke rumah beliau pada esoknya, Khamis 7 Syawal. Maka sebelum balik ke Melaka, saya pun memecut ke Kg Sg Kapal, Pangerang, nun di hujung benua Asia. 

 Sepanjang perjalanan untuk sampai ke rumah Haris, barulah saya  dapat merasakan mengapa Haris sanggup melupakan Melaka. Ha ha. Memang aman damai dan syahdu tinggal di hujung benua ini dengan deruan angin laut  di samping kaya dengan  ikan, ketam dan udang yang segar.
 Saya dijamu makan tengahari pada jam 11 pagi. Ha ha. Haris dah siapkan segala lauk pauk udang, ketam dan ikan    kerapu      berkilo banyaknya, macamlah anak saya ada 12 orang. Ha ha.

Tahun hadapan bolehlah sesiapa berjalan  ke rumah Haris. Selagi laut kat rumah Haris tu ada udang dan ketam, Insyallah Haris akan hidangkan kepada  anda semua.

Saya dan Haris adalah   sepasukan bahas SMMA pada pertandingan bahas Sekolah  Se Melaka pada 1978. Kami menyimpan satu kenangan pahit yang panis. Hanya kami berdua yang tahu. Wooo. Nak tahu pi lah jumpa Haris. Wooo.
 
Saya masih ingat songkok Jawa yang Haris pakai di surau asrama Munshi dahulu. Itulah harta pesaka yang diwarisi dari datuknya. Ha ha.

HASNAH SE FAMILI DI PAGI RAYA

Hasnah Mohamad menghantar gambar rayanya melalui HP. Payah saya nak meneka gambar siapa. Selepas masuk komputer barulah jelas. Ha ha.

Sesiapa nak cari calun menantu, pilihlah mana satu baik jejaka atau sang gadisnya. Woo

Ramai lagi belum menghantar gambar raya. Dr M, kau apa cam?

AHAD INI DI MITC MELAKA

Jangan lupa kenduri perkahwinan anak perempuan Hidayah Bahari pada Ahad ini di MITC Melaka. Takkan tak tahu di mana MITC.  Dekat sahaja dengan pasaraya saya. Ha ha.

Kita jumpa di sana jam 1 tengahari. Harap-harap Dayah menjemput sekali Cikgu Mohamad Daud. Ha ha. 

Orang Melaka  kena lawan  orang KL. Kok orang KL yang lebih ramai datang dari orang Melaka. Ha ha. 

Saya akan bermalam di Melaka, meninjau kok ada kerusi kosong boleh bertanding. Moga Dr Majezan tak kebas dahulu.  Karim dan Mokhtar kena tunggu pencen dulu, baru boleh bertanding. Woooo.

Ini emel Hidayah  yang  mengingatkan jemputannya itu:

Teman teman yg di ingati,
 
Salam ingatan buat semua & rasanya belum terlewayt utk Dayah & keluarga mengucapkan selamat Hari Raya. Maaf zahir & bathin. 
 
Alhamdullillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan utk menyambut Ramadhan & Syawal kali ini.Semuga Allah memberi kita kesihatan yg baik dalam meniti usia emas ini,(Insyaallah)
 
Dikesempatan ini Dayah & keluarga ingin menjemput semua teman utk hadir ke Majlis Perkawinan puteri kami pada 10.10.10 (Ahad) nanti di Grand Ballroom, Tkt 2 MITC Melaka.
 
Buat Ali jutaan terima kasih kerana menjemput bagi pihak kami melalui blog utk teman Munshi 78.
 
Semuga kehadiran teman teman akan mengeratkan lagi silatulrahim yg sedia terjalin. Dayah & keluarga menanti kehadiran semua bersama keluarga.      .
 
Salam buat semua.
 
Hidayah

WALIMATUL URUS ROSNI HASHIM

 Dalam kesibukan jamuan open house dan jamuan raya, kami geng Munshi 78 di KL  sempat ke Puchong Indah pada 2 Oktober lalu bagi memeriahkan kenduri perkahwinan anak perempuan Rosni  Hashim.

Saya, isteri, Mastura, Ramlah, Maznah, suami Maznah, Md Jadi dan Zaleha Abu yang jauh dari Kota Tinggi datang pada masa yang sama. Hidayah dan suami datang awal. Sahara menghantar 3 orang anaknya sebagai wakil kerana beliau ada kenduri kahwin sepupunya di Terengganu.

Basir pula ke Ipoh.  Sharifah sibuk di kenduri di Taman Perumahannya.


Dari kanan - Ramlah, Rosni, Hj Othman (suami Rosni) dan Md Jadi.

Dari Kanan - Mastua, Zaleha, Maznah dan Ramlah.

Untuk kali ini, kita tabik sama Zaleha yang sanggup datang dari jauh. Rosni dan Leha kamceng sungguh ketika di Sekolah Menengah dahulu, katanya. Mereka berdua terserempak semula ketika menghantar anak-anak ke ITM, Melaka. Rosni cam   semula Leha kerana gigi Leha. Ha ha. Baik punya DNA. 

Sebelum balik ke rumah, kami singgah di open house Mat Aris dan mengeteh di rumah Sharifah Nuri. Baik punya teh oi. 

ESOK TUNGGU DI TOL KAJANG

Bagi sesiapa nak ke kenduri Rosni esok, sila berkumpul di Tol Kajang jam 12 tengahari. Kita berarak bersama. Kalau sesat biar ramai-ramai sesat. Ha ha. Sesat pun di dalam Puchong je.

Mastura dan Maznah sudah bersedia. Saya, isteri dan Ramlah dari KL. Hidayah   pergi sendiri. Dia memang pakar jalan. Wooo.

Kalau larat. kita sambung ke rumah terbuka Mat Aris pula.

Katanya Rosni dah ikat bunga sampaikan tangga rumah pun dah habis dibungkus dengan bunga sempena nak dapat menantu pertama.

OPEN HOUSE MAT ARIS BAKAR

Mat Aris Bakar pun akan mengadakan rumah terbukanya di Metro Driving  Akademi di alamat  Lot 3579, Jalan Akademi, Pulau Meranti, Puchong  pada 2 hb Oktober 2010 jam 12 tengahari hingga 4 petang.

Nampaknya selepas kenduri Rosni  di Puchong Indah, kita berarak ke jamuan  Mat Arislah ya.

Yang tak syoknya Basir tak ada pada 2 hb ini, maka pakar penunjuk jalan tak ada. Ha ha. 

Sesiapa nak pi kenduri Rosni, tunggu di Tol kajang jam 12 tengahari. Kita berarak  bersama dari situ.

Bulan Oktober ini kita mati makan nampaknya. 10hb kenduri Hidayah di MITC Melaka. 24hb kenduri Rashid di Sg Udang. Jangan tak pi oi. Bukan mudah nak makan beramai-ramai. 

Si Rani, bukan sahaja sibuk dengan kenduri raya dan kenduri kahwin, tetapi sibuk dengan road show sajaknya. Tengaj laku, katakan. Yahooo.

Saari, kau apa   khabar. Orang kampong aku di ITM  tu apa ceritanya.

 Dr Majezan, bila mahu tairu bersama. Ha ha.

JEMPUTAN WALIMATUL URUS RASHID AHMAD

Jamuan perkahwinan anak perempuan Rashid Ahmad bekas USA 2, 1978, SMMA pada 24 hb Oktober di Lot 582-1, Paya Rumput Jaya, Sg Udang, Melaka, jam 12 hingga 4 petang. Tel: 019-4001813. 

Semua dijemput hadir. 

Dilampirkan kad jemputan.

Peta lokasinya akan disertakan kemudian. 

Pada Ahad lepas, saya lalu Sg Udang sambil melihat-lihat di mana rumah Rashid. Nampak gaya kena pergi bersama  Suhdi nampaknya. Kalau tak, sesat kat negeri sendiri. Ha ha.

Masih saya ingat Rashid membelek buku Sejarah Islam pada 1978 dahulu. Dengan penuh tekun beliau membacanya.  Woooo. 

SALAM AIDIL FITRI DARI MOKHTAR

 Mokhtar Ahmad dengan penuh semangat menghantar emel dan gambar familinya pada raya ni. TQ Mokhtar. Ini emelnya:

Alhamdulillah, kawan2 munshi semua, apa khabar, didoakan sentiasa sehat sejahtera dalam Taifiq dan Hidayah Allah Taala hendaknya.

Bersyukur kita kepada yang Maha Esa kerana masih diberikan kesempatan kepada kita untuk merasakan hari Raya 1431 Hijrah ini. Saya juga begitu, masih diberikan kudrat oleh Allah swt  sehingga dapat melaksakan ibadah puasa & solat tarawikh sebulan, dapat bertadarus dan sekarang sedang berpuasa enam, Insya Allah.

Kepada kawan2 yang telah ditakdirkan keseorangan, kami tidak melupakan kawan2 semua dan mensedekahkan Al-Fatihah kepada semua arwah kawan2 dan juga suami/isteri masing2 yang telah kembali kerahmatullah.

Pada kesempatan ini juga saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.  Semoga kita berjumpa lagi……InsyaAllah

(Gambar terbaru saya sekeluarga ):

Duduk atas kerusi (dari kiri) : Mohd Muzzamil (anak ke 2, UM), saya, Mohd Mirza (ke6), Maznah (isteri), Marziah (anak ke5), Mahirah (anak ke4) , kedua2 belajar di SMKA Sharifah Rodziah, Melaka;

Duduk dibawah (dari kiri), Mohd Muhafiz (ke3),(tkt 6 di SMKA Seri Tanjung, Melaka) & Mohd Mazwan (anak Sulong) dah bekerja di Infineon Kulim Hi-Tech, Kulim)

SABTU DEPAN KENDURI ROSNI.

Jangan lupa Sabtu depan  2 Oktober, jamuan perkahwinan anak perempuan Rosni Hashim, bekas USA 1, 1978, SMMA,  bertempat di Dewan Serbaguna Puchong Indah, Jalan Indah 2/3. Puchong Indah, Puchong, Selangor, jam 12 hingga 4 petang. Tel: 019-6648703. 

Harap kekawan dari Melaka datanglah paling kurang satu kereta. Mokhtar dan Karim kenalah angkut Marhamah dan Juwita tu. Zakaria dah ramai orang tumpang katanya. Ha ha.

BERAYA DI RUMAH FAUZIAH HASHIM

Alhamdulillah pada Rabu, 6  Syawal  lalu,  saya sekeluarga dapat menziarahi Fauziah Hashim, bekas 6 Sastera 1,  yang kini menetap di Bandar Sri Prani, Kota Tinggi, Johor.
Sudah tiga kali beliau beraya tanpa suaminya yang telah kembali ke rahmatullah.

Anak lelakinya yang sulong sedang belajar di Rusia dalam jurusan perubatan

Dua orang puteri Fauziah. Kiri : Nur Dhuha - sedang mengikuti kursus A- Level untuk pengajian perubatan di India. Kanan: Nur Saddiq - di UPM.
Seorang putera lagi di ITM.

Sempat Fauziah menyediakan nasi makan petang dengan 4 jenis lauk pauk. Teh tarik pun ada. Maklomlah beliau guru ERT. Namun yang paling sedap sekali ialah cerita cerinti Fauziah tatkala di Munshi pada 1978. Banyak cerita yang saya tak tau dibongkarnya. Ha ha ha.

ROHANA MD DALI BERAYA DI KEDAH























Tahun ini, Rohana Mat Dali beraya di kampong suaminya di Kodiang, Kedah.
Kodiang terkenal dengan pasembornya. Ha ha.
Pada 1983 hingga 1986, saya sentiasa ke Kodiang kerana bertugas di Jitra, Kedah. Tetapi Rohana yang dapat orang Kodiang. Wooo.

HAYATI HARUN DAN FAMILI DI PAGI AIDIL FITRI




Tahun ini Hayati dan keluarganya beraya dengan sedikit kekurangan kerana ayah mertuanya baru sahaja   kembali ke rahmatullah pada 22 Ramadhan lalu ketika berusia 88 tahun. Saya hanya mengetahui apabila saya minta Haris menaliponnya ketika saya beraya di rumah Haris di Kg Sg Kapal, Pangerang, Kota Tinggi Johor, 7 syawal lalu. Saja nak bagi tahu kat Yati bahwa saya dah sampai ke rumah Haris. Haris tu kan ada bau-bau bachang dengan Yati.  Al-kisahnya Si Haris pada awal 80an,  terpaksa membuka album lama di Munshi kepada suami Yati   untuk  membuktikan Yati ada rambut panjang mengurai. Maklumlah ketika suami Yati nak memikat Yati, Yati dah bertudung. Ha ha.

Ayah mertuanya pernah bernaung di Mekah selama 4 tahun. Rasa rugi pula tak dapat berjumpa dengan beliau, kerana insan seusia begitu banyak merakamkan sejarah lampau yang kita tak lalui dan hanya mengetahui melalui pembacaan sejarah  sahaja.

Ya, yang pergi kita doakan. Yang hidup teruskan perjuangan. 

MANSOR KASSIM DI PAGI RAYA


Semalam, Mansor menghantar gambar rayanya melalui emel:
Assalamualaikum tuan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari saya dan keluarga. Seperti yang diminta, bersama ini disertakan gambar raya saya sekeluarga. Alhamdulillah raya tahun ini semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama.

MAZNAH DAN KELUARGA DI PAGI RAYA

Maznah Asnawi Sabri,  orang  kedua yang menghantar gambar sekeluarga di pagi raya. Wah, nampak bergaya Pak Yusof kita tu. Ha ha. Tetapi Maznah tak akan kasi chance jika  Pak Yusof nak pasang satu lagi. Ha ha.  Gurau je Maznah oi.

Pada bulan Ramadhan lalu , Maznah diserang demam, hinggakan tak keluar suaranya. Kesian tau. Nasib baik, sihat menjelang aidil fitri. Kalau tak, tak beraya le. Raya keempat lalu, puterinya dilamar orang. Wauuu.

KHARIS DI PAGI RAYA

Abd Kharis Bahari adalah orang pertama menghantar gambar famili sempena Aidil Fitri
tahun ini. Kharis kita ini memang bertekad meninggalkan Melaka nampaknya. Ha ha. 

Beliau bahagia menetap di hujung benua di negeri Johor itu. Tekejut saya apabila melihat  rumahnya berhampiran dengan tepi laut yang padat dengan kapal dan bot-bot nelayan.
Insyallah saya akan masukkan gambar-gambar tu nanti, termasuk juga gulai  ketam dan udang yang Kharis hidangkan kepada saya pada 7 Syawal lalu.

JEMPUTAN WALIMATUL URUS HIDAYAH BAHARI













Imej di atas ialah kad jemputan Jamuan Perkahwinan anak perempuan Hidayah Bahari, bekas USA 2 1978, SMMA pada 10hb Oktober, jam 11 pagi - 4 petang di Grand Ballroom, Level 2, Convention Centre, MITC Complex, Jalan Konvensyen Hang Tuah Jaya, 75450 Air Keroh, Melaka. Tel: 013- 6180312. 

Semua dijemput hadir.

Hidayah memilih tarikh 10.10.10. Saya pun menanti tarikh tersebut, kok menjadi jutawan dinar. Ha ha.

Insyallah saya akan sampai sekitar jam 11.30 pagi supaya menjadi orang pertama bersantap. Wooo.

JEMPUTAN KENDURI KAHWIN ROSNI HASHIM



Jamuan perkahwinan anak perempuan Rosni Hashim bekas USA 1, pada Sabtu,  2 hb Oktober bertempat di Dewan Serbaguna Puchong Indah, Jalan Indah 2/3,   Puchong Indah, Puchong, Selangor, jam 12 hingga 4 petang. Tel: 019-6648703. Semua dijemput hadir.

Mudah  datang dari Kajang dan menuju ke Puchong. Jika jumpa sign Puchong Perdana di sebelah kiri, masuklah, kerana Puchong Indah bersebelah dengan Puchong Perdana. Elok bertanya dengan suami Rosni dahulu sebelum bergerak. Kalau tak sesat sehingga Perlis nanti. Ha ha.

Saya akan hadir tepat jam 12. Maka datanglah pada masa tersebut supaya meriah beramai-ramai. Bukan mudah nak jumpa ramai-ramai. 

Moga sahabat sekalian hadir  ke majlis ini kerana masih lagi dalam suasana Syawal, kok nak minta maaf berjuta-juta ampun. Ha ha.

Klik imej lokasi dua kali untuk lebih jelas lagi.

ESOK OPEN HOUSE YB MAT SIRAT

Kali ini sini  saya balik beraya tanpa membawa laptop. Maka tak dapatlah mengupdate berita semasa. Saya kembali ke KL semula pada petang ini menjelang maghrib. Banyak berita akan menyusul dan suspen sepanjang perjalanan saya selama 4 hari ke Johor bertemu Fauziah Hashim, Kharis Bahari, dan petang tadi berjumpa Juwita dan Suhdi.

Jika sesiapa sempat membaca blog ini pada malam ini dan pagi esok, maka semua dijemput ke rumah YB Mat Sirat Abu di No 25, Jalan M14, Taman Merbok, Bukit Katil, Melaka pada esok, Sabtu,  18hb September 2010 jam 10 pagi hingga 3 petang  kerana beliau mengadakan rumah terbuka sempena Aidil Fitri ini.

Sambil itu  pohon dibacakan Al Fatihah untuk allahyarham ayah mertua Hayati Harun yang kembali ke rahmatullah pada 28 Ramadhan lalu. Ketika saya berjumpa Kharis Bahari pada Khamis, 16hb September di Pangerang, Johor, baru Hayati memaklomkannya kepada Haris dan Haris memberitahu saya. Moga Allah merahmati  roh allahyarham ayah mertua Hayati.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Salam

Pejam celik pejam celik, akhirnya esok kita menyambut  Aidil Fitri. Tentunya kini, tak sama suasana  menyambut raya seperti ketika kita di alam kanak-kanak dan remaja dahulu. Walaupun latarnya sama, tetapi "perasaannya"   lain sekali. 

Sebenarnya bulan  Ramadhan itu yang paling bernilai kepada kita kerana ianya bulan yang penuh kelebihan seperti yang dinyatakan oleh Allah dan Nabi kita. Syawal hanya sekadar menyambut 1 Syawal dengan solat sunat Aidil Fitri sahaja. Walaupun sunat tetapi dibuat sekali sahaja dalam setahun, maka macam nak rak penuhnya orang kat masjid. Kalaulah solat fardhu pun macam tu, kan bagus. Arahan dan galakkan solat fardhu berjemaah lagi kuat  dalilnya. Tak percaya tanyalah kepada Aziz Mat Yassin atau Mohd Amin kita tu. Ha ha.

Ya lah, budaya turun temurun menyebabkan "tradisi" dilhat lebih makmur  dari "ibadat". Orang Melayu  menyambut Syawal seperti "tradisi", bukan setakat "ibadat" lagi. Lantaran itulah akhirnya sambutan Syawal telah dicemari dengan aktiviti yang melanggar syarak, membazir dan melalaikan kita. Kan payah nak ubah tu.

Yang bagusnya  budaya orang Melayu dalam bulan Syawal  ini ialah amalan ziarah menziarahi.  Kalau tak ada  bulan  Syawal,   agaknya tak  menziarahlah kita. Ha ha. 

Syawal tahun ini hebat sekali. Tahu mengapa? Ya, esok juga hari ulang tahun umur sahabat kita Zakaria Osman. Ha ha. Bukan senang nak dapat tarikh ulang tahun serentak dengan Syawal. Jadi, tak payahlah kita hantar kek kepada Zek. Banyak dah lemang dan ketupat yang terhidang untuk Zek besok. Wah semua orang akan bertakbir menyambut hari jadi Zek. Woooo.

Moga anda semua   bahagia dan gembira disamping keluarga sempena 1 Syawal ini. Mokhtar mengidam lemang buatan orang Nogori Sembilan, katanya. Beli ajalah wahai Mokhtarku. Ha ha.

Kepada Marhamah, Juwita, Fauziah Hashim,  Ramlah dan Mastura saya hadiahkan sebuah puisi. 

Sesekali aku ingin berpuisi
Untuk sahabatku yang sepi di aidil fitri
Sepi itu merapati kita kepada Ilahi

Bukan dikau yang memintanya
Sengaja Tuhan memilih dikau untuk diuji
Dia jua yang  memliharamu
Dia jua   mengangkat darjatmu

Bukan mudah mendapat jiwa yang pasrah
Bukan mudah mendapat jiwa yang redho
Bukan mudah mendapat makam assobirin
 kecuali setelah melalui ujian Tuhanmu

Wahai  sahabatku 
Tuhan sayang padamu
Dikau pilihanNya untuk diuji mendahului  kami
Kau sukses
Beruntungkah dikau

Kami belum tahu lagi
Adakah akan lulus ujian itu


Ok, sekali lagi SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN.