SALAM AIDIL FITRI DARI MOKHTAR

 Mokhtar Ahmad dengan penuh semangat menghantar emel dan gambar familinya pada raya ni. TQ Mokhtar. Ini emelnya:

Alhamdulillah, kawan2 munshi semua, apa khabar, didoakan sentiasa sehat sejahtera dalam Taifiq dan Hidayah Allah Taala hendaknya.

Bersyukur kita kepada yang Maha Esa kerana masih diberikan kesempatan kepada kita untuk merasakan hari Raya 1431 Hijrah ini. Saya juga begitu, masih diberikan kudrat oleh Allah swt  sehingga dapat melaksakan ibadah puasa & solat tarawikh sebulan, dapat bertadarus dan sekarang sedang berpuasa enam, Insya Allah.

Kepada kawan2 yang telah ditakdirkan keseorangan, kami tidak melupakan kawan2 semua dan mensedekahkan Al-Fatihah kepada semua arwah kawan2 dan juga suami/isteri masing2 yang telah kembali kerahmatullah.

Pada kesempatan ini juga saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.  Semoga kita berjumpa lagi……InsyaAllah

(Gambar terbaru saya sekeluarga ):

Duduk atas kerusi (dari kiri) : Mohd Muzzamil (anak ke 2, UM), saya, Mohd Mirza (ke6), Maznah (isteri), Marziah (anak ke5), Mahirah (anak ke4) , kedua2 belajar di SMKA Sharifah Rodziah, Melaka;

Duduk dibawah (dari kiri), Mohd Muhafiz (ke3),(tkt 6 di SMKA Seri Tanjung, Melaka) & Mohd Mazwan (anak Sulong) dah bekerja di Infineon Kulim Hi-Tech, Kulim)

1 comments:

juwita said...

Assalammu'alaikum...
Sekadar nak memaklumkan saja.. Pertengahan Ramadhan lepas saudara Mokhtar ni ada berkunjung kerumah saya bersama isteri, anak, kakak dan abang iparnya.(siap bawa ole2 dari Sarawak)kengkawan jangan cemburu lak!
Menurut cerita kakak Mokhtar, rupa2nya kami ni ada pertalian saudara,mungkin juga dari satu umbi.. Subhanallah..