KEMANA RAYA NI OI?

Semalam kota KL padat dengan orang yang last shooping. Nasib baik saya tak merayau ke bandar. Ingatkan nak jalan-jalan juga ke Jalan Masjid India, KL. Tetapi lebih baik saya iktikaf di opis sahaja. Ha ha.

Esok tengok anak bulan. Saya akan balik Gemencheh pada Khamis.

Dr Majezan akan balik ke Batu Pahat pada khamis juga.

Razak Kanapiah tak balik fasal nak jadi imam solat hari raya di suraunya.

Maznah yang tengah demam tu akan balik esok. Yang lain saya tak tahu. Ha ha.

Yang pasti Mokhtar sudah bercuti sejak semalam lagi. Wah, bukan main panjang cutinya kali ini. Macam nak cari buluh lemang pulak.

Basir pun dah mula cuti hari  ini   dan  nak makan nasi biryani gam di Kg Baru  petang ini.

Suhdi hanya akan ada di Tampin pada 4 raya je. Kok sempat saya singgah le. Lepas tu kita makan  di rumah Zaini. Ada  burung unta katanya. Ha ha.

Smslah kepada saya apa rancangan anda pada Raya ni. Wooo.

4 comments:

majezan said...

nak puasa,sorang nampak anak bulan cukup dah.
nak raya kena dua org nampak baru sah.

hayati said...

Tiap2 hari saya balik kampong. Cuti mulai 2 Sept sampai 16 Sept, macam nak raya sakan je. Bercadang nak buat kueh raya, tapi masih tak buat lagi. Sempat buat kueh tunjuk tahun ni. Jahitan langsir yang simple pun masih terbengkalai. Pada semua rakan2 Munshi, diucapkan selamat hariraya, maaf zahir & batin. Pada Aziz & Amin, kalau free jemput dtg ke rumah pada empat hariraya lepas maghrib, ada kenduri doa selamat stail jawa. Pada Kharis, kau telan air liur je lah, nasi ambang kat Paya Dalam tak sama dengan Kota Tinggi.

saari md. jelas said...

Salam...saya sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI maaf zahir & batil buat sahabat-sahabat Munshi 78..maaf kerana dah lam tak berinteraksi dengan kawan-kawan semua...hari-hari baca blok aje..kalau ada kawan-kawan yang lalu kat Bkt. Beruang singgahlah kerumah...23 Jalan Bkt. Beruang 2, Tmn Bkt Beruang...saya ada dirumah pada 3 hari raya..wasallam.

Anonymous said...

balik kampung..hoho balik kampung...salam aidilfitri kepada semua sahabat munshi...maaf zahir dan batin..berhemah-hemah di jalan raya...ingatlah orang tersayang...