Seronoklah kaum guru sudah bercuti. Boleh meningkatkan amal ibadah pada baki hari di bulan Ramadhan ini. Razak Kanapiah kata, memang tak nampak lailatul qadr ini, yang mudah nampak ialah "lailatul Kamdar" je. Ha ha.
Kalau zaman 60an, 70an dan 80 an memang seronok menjelang Syawal ini. Maklomlah bukan selalu balik kampong berjumpa ibu bapa dan adik beradik. Maka 'reunion' sesekali secara serentak dengan kaum famili, memang manis sekali. Hanya 1 Syawal sahaja boleh buat begitu. Sekarang ini, ramai di kalangan kita sudah kehilangan ibu bapa. atau kehilangan salah seorang darinya. Adik beradik kita pula ada jadual dengan keluarga masing-masing.. Maka taklah meriah semacam zaman 70an dahulu.
Setiap kali Ramadhan dan Syawal, sedikit sebanyak sejarah hidup kita berubah. Kita kena menempuh dan menerima hakikatnya. Ya lah, ada antara kita terpaksa berpisah sementara dengan anak isteri kerana tugasan macam Razak Husin dan Mansor Kasim. Si Mansor sanggup masak untuk bersahur. Si Razak pula, setiap hari bersahur di kedai mamak Penang. Tahun lalu, Ramlah kehilangan suaminya. Tahun ini Mastura pula. Bukan senang nak "beraya" tanpa suami pada peringkat awal ini. Orang lelaki, baru sejam di rumah tanpa ada isteri pun dah gelisah. Inikan pula sang isteri yang kehilangan suami buat selamanya.
Orang kita menyambut Raya mengalahkan menyambut Ramadhan. Ibadah Ramadhan sebulan, tetapi ibadah Syawal sehari je kecuali siapa yang nak puasa enam. Yang kita boleh terima, orang Melayu menjadikan Syawal ini bulan silaturrahim. Maka banyaklah open house. Makan, makan dan makan. Terasa pula tidak strategiknya kerana semua orang nak belanja dalam satu bulan sahaja. Alangkah baik jika jamuan open house ini di adakan pada bulan-bulan yang lain pula. Bolehlah kita makan free setiap bulan. Ha ha.
Ok, bulan Oktober ini, kita akan sibuk dengan kenduri kahwin. Rumah Rashid Ahmad dan Rosni Hashim.
Kok sempat saya menulis lagi sebelum cuti raya yang panjang. Jika tidak, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN dari saya, maklomlah selalu bergurau senda dengan sahabat Munshi 78.
Kalau nak ucap selamat Hari Raya dalam blog ini, jangan lupa tulis nama anda di akhir catatan anda. Siapa tahu kalau "anon" sahaja. Kok hantu mana lak. Woooo
Kalau nak ucap selamat Hari Raya dalam blog ini, jangan lupa tulis nama anda di akhir catatan anda. Siapa tahu kalau "anon" sahaja. Kok hantu mana lak. Woooo
2 comments:
Slm.....syukur, baru baik dari sakit...di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan memohon maaf kepada semua kwn2 Munshi 78...bagi kwn2 di melaka...dtg le beraya di Kg Pulau, Masjid Tanah Melaka ( cari Masjid Kg Pulau - SEBELAH MASJID RUMAH SAYA)saya ada disana sehingga hari raya ke tiga...Insyallah
Salam kawan-kawan,
Sementara menunggu berbuka petang tadi sempat saya menonton tv3,rancangan singgah Sahor. Pengacara tersebut merakamkan singgah sahor ke rumah M.Rajoli yang sedang sakit tenat. Sayu hati saya melihat keadaannya hanya terlantar di katil. Saya memang meminati lakonan beliau dalam banyak drama. Kalau berlakon jadi orang alim,memang benar2 menjadi,jika berlakon jadi miang,memang betul2 miangnya..Alahai bila melihat wajahnya tadi dah berubah benar dari yang kita selalu lihat di dalam drama2 beliau..di akhir rancangan tadi pengacara tersebut menyatakan,ikhtibar daripada peristiwa itu ialah betapa kita harus mensyukuri kesihatan yang kita masih ada.Saya mengingati diri saya dan kawannya semua..raya ni raya juga,jaga makan.Rendang,daging,lemang dan ketupat kita layak jeling2 je,jamah jangan kempunan nanti..Dah umur2 begini itu semua musuh nombor satu wei..Apa2 pun Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin..
Post a Comment