Tahun ini Hayati dan keluarganya beraya dengan sedikit kekurangan kerana ayah mertuanya baru sahaja kembali ke rahmatullah pada 22 Ramadhan lalu ketika berusia 88 tahun. Saya hanya mengetahui apabila saya minta Haris menaliponnya ketika saya beraya di rumah Haris di Kg Sg Kapal, Pangerang, Kota Tinggi Johor, 7 syawal lalu. Saja nak bagi tahu kat Yati bahwa saya dah sampai ke rumah Haris. Haris tu kan ada bau-bau bachang dengan Yati. Al-kisahnya Si Haris pada awal 80an, terpaksa membuka album lama di Munshi kepada suami Yati untuk membuktikan Yati ada rambut panjang mengurai. Maklumlah ketika suami Yati nak memikat Yati, Yati dah bertudung. Ha ha.
Ayah mertuanya pernah bernaung di Mekah selama 4 tahun. Rasa rugi pula tak dapat berjumpa dengan beliau, kerana insan seusia begitu banyak merakamkan sejarah lampau yang kita tak lalui dan hanya mengetahui melalui pembacaan sejarah sahaja.
Ya, yang pergi kita doakan. Yang hidup teruskan perjuangan.
5 comments:
Apolak gambar jadi panjang panjang kan,ambik guno handphone agaknyo gambar jadi camtu .. Takpolah,Yati nampak makin slim..hehehe.
Anoy, den guno kamera masa ambik gambau, tak tau ngapa bila emel kek Ali gambau den jadi macam tak makan sebulan je. Try klik kek gambau tu, baru nampak nyata yg sebonarnya den ni bosa, teguh dan peramah. Ali, umur pak mertua 88 thn. Saya ingin ucapkan terima kasih pada kawan2 yg ucap takziah pd saya tempohari.
Yati, dah betulkan 88. Dok rasa juga macam tak betul je umur tu. Ha ha. kena makan examo ckm lagi nampaknya.
syoknya kalau ada umah kampung,bnyk pokok2
Asslmkm. Ti tolong sampaikan salam takziah kepada Tn.Hj.Hamsa dengan kepulangan ayahanda tercinta ke rahmatullah. Bersabarlah dan redha dengan ketetapan Ilahi. Saya dah 4 tahun kehilangan abah tercinta.Mudah2an roh mereka dimasukkan Allah ke dalam golongan yang mendapat tempat disisiNya dan Nabi Muhammad saw.
Dari Rohana Md.Dali.
Post a Comment