Saya berhajat sangat nak masukkan gambar semua rakan Munshi 78 sekeluarga yang terbaru dalam blog ini. Maka sempena Aidil Fitri ini, ambillah gambar sekeluarga pada pagi raya. Tentu cantik dan manis berseri dengan baju baru. Kalau tak ada kamera, dengan talipon bimbit pun ok juga.
Jika ayah ibu masih ada lagi, gambar bersekali dengan mereka. Moga blog Munshi ini merakam gambar insan pra dan post merdeka. Yahooo. Kita yang lahir sekitar 1958 dan 1959, merupakan generasi awal selepas merdeka. Ha ha.
Jika ayah ibu masih ada lagi, gambar bersekali dengan mereka. Moga blog Munshi ini merakam gambar insan pra dan post merdeka. Yahooo. Kita yang lahir sekitar 1958 dan 1959, merupakan generasi awal selepas merdeka. Ha ha.
Selepas itu hantar gambar tersebut melalui emel kepada saya di alifx59@gmail.com. Saya jamin Mokhtar Ahmad orang pertama yang menghantarnya. Tabik sama Mokhtar dulu. Wooo
Jangan lupa ya!!!!!
3 comments:
SALAM.......pd semua ahli kluarga Munshi d ucapkan SELAMAT HARI RAYA aidilfitri MAAF ZAHIR BATIN..........semuga Allah beri kejayaan n kemenangan pd kita semua hamba2NYA...amin.....bergambar dpagi raya macam wajib... beri duit raya pun macam wajib sebab anak2 buah dah menunggu........ tersenyum manis wajah2 ceria n comel..... yg paling seronok adalah sy kerana wpun dah berusia sy masih dapat duit raya terutama dr abah n mak , kakak n abang2 ... ALHAMDULILLAH rezeki dr ALLAH.....
Saudara Ali dan semua rakan Munshi Abdullah, Selamat Menyambut Hari Lebaran. Semoga amalan kita pada ramadhan kali ini diterima oleh Allah , Amin. Sekiranya ada silap dan salah harap dimaafkan. Kali ini saya beraya di Kedah my husband's hometown. Anyway kalau ada kelapangan sila beraya di rumah saya di subang jaya . Hanim dan sahara satu kampong jangan lupa datang ke rumah saya . saya balik dari kampong hari khamis.
Rohana Dali.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua sahabat Munshi.
Maaf dipinta sekiranya terkasar bahasa dan tersilap bicara dan mana yang termakan minta dihalalkan. Semoga persahabatan akan berterusan selagi hayat dikandung badan. Didoakan agar sahabat Munshi akan sentiasa dimurahkan rezki, dikurniakan kesihatan yang baik, dilapangkan masa dan dihindari dari segala masalah.
Sekian dari saya sekeluarga.
Post a Comment