Alhamdulillah pada Rabu, 6 Syawal lalu, saya sekeluarga dapat menziarahi Fauziah Hashim, bekas 6 Sastera 1, yang kini menetap di Bandar Sri Prani, Kota Tinggi, Johor.
Sudah tiga kali beliau beraya tanpa suaminya yang telah kembali ke rahmatullah.
Anak lelakinya yang sulong sedang belajar di Rusia dalam jurusan perubatan
Seorang putera lagi di ITM.
Sempat Fauziah menyediakan nasi makan petang dengan 4 jenis lauk pauk. Teh tarik pun ada. Maklomlah beliau guru ERT. Namun yang paling sedap sekali ialah cerita cerinti Fauziah tatkala di Munshi pada 1978. Banyak cerita yang saya tak tau dibongkarnya. Ha ha ha.
Dua orang puteri Fauziah. Kiri : Nur Dhuha - sedang mengikuti kursus A- Level untuk pengajian perubatan di India. Kanan: Nur Saddiq - di UPM.
Sempat Fauziah menyediakan nasi makan petang dengan 4 jenis lauk pauk. Teh tarik pun ada. Maklomlah beliau guru ERT. Namun yang paling sedap sekali ialah cerita cerinti Fauziah tatkala di Munshi pada 1978. Banyak cerita yang saya tak tau dibongkarnya. Ha ha ha.
4 comments:
Asslamkm. Fauziah Hashim yang saya kenal sejak Tgkn 4 memang orang yang sangat loghat. Membahasakan diri "Gi". Duduk di asrama memang tak sunyi kalau dia ada. Dia dengan Mastura selalu berlaga angin. Maaflah "Gi" dan "Mas" saya teringatkan kenangan semasa kita di Tgkn 4/5 di Munshi Abdullah. Saya senang dengan gelagat kamu semua. Kamu yang menyerikan munshi, masa itu di asram lama yang kini jadi kelas TGkn 6. Ingatan dan kenangan dari Rohana Dali. Saya semasa di sekolah orang yang paling senyap. Membawa diri kerana saya seorang diri tercampak di Sek.Munshi membawa cita-cita yang tinggi. Yang lain dari sekolah sahara dan Hanim.
Taniah Gi kerana telah berjaya mendidik anak-anak dengan baik walaupun Gi seorang ibu tunggal.Gi boleh jadi ibu contoh kepada sahabat yang lain.Namun begitu kuatkan lagi semanggat demi perjalanan masa hadapan.Tok Ali sungguh baguslah sempat pegi rumah Gi di Johor.Saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua sahabat 1978,maaf Zahir batin.
Tok bila pula nak pegi umah sahabat Melaka .Gi Komen diatas itu saya yang komen.Saya nak guna nama samaran tapi rasa tak selesa pulak.
Takziah pada Aziz Yasin kerana anak saudaranya telah meninggal dunia pada 22/9/10 kerana kemalangan jalan raya.Sabarlah lah Aziz ini dugaan tuhan.
Post a Comment