MOGA-MOGA KAMU BERTAKWA

Dalam diam tak diam, kini kita telah masuk fasa terakhir Ramadhan. Masing-masing memperhebatkan amalan mengharapkan ridha dan ampunan Allah jua. Pada Ramadhan ini, senang kita menganjurkan majlis tazkirah, majlis ilmu. majlis tadarus, dan kegiatan sosial seperti membantu orang miskin dan anak yatim. Selepas sekian lamanya para ulama Islam mewar-warkan "kemuliaan" dan "kelebihan" Ramadhan, ummah dengan mudahnya didorong untuk  melaksanakan pelbagai amal soleh pada bulan Ramadhan.

Itulah hakikatnya  maanusia, ianya perlu dimotivasikan selalu, diingatkan selalu, dibayangkan yang indah-indah dan sekali sekali sekala "diancam" dengan janji-janji Allah. Kalaulah budaya "Ramadhan" ini boleh dibawa selepas bulan Ramadhan, rasanya ummah akan menjadi kuat. Mengapa selepas bulan Ramadhan seolah-oleh ummah alpa dengan Tuhannya. Mengapa tidak diteruskan setiap amalan baik yang kita kerjakan pada bulan Ramadhan  itu   ke bulan  lain pula?

Hakikatnya, bulan Ramadhan adalah bulan latihan Allah kepada hambanya. Yang kita nak praktikkan selanjutnya ialah pada bulan-bulan selepas Ramadhan. Lantaran itulah dalam ayat al-quran berkaitan dengan puasa itu diakhiri dengan ayat yang  bermaksud "moga-moga kamu bertakwa".

Tegasnya tanda kejayaan puasa ialah apabila kita mendapat "takwa" jua. Apa tanda "takwa"? Semaklah pada ayat-ayat awal Al Baqarah, paling kurang pun.

5 comments:

majezan said...

Sibuk menyediakan kuih raya,kalau kita gunakan minyak sapi QBB,maka sijil HALAL dah ditarik balik oleh JAKIM,maka hidangkan pd yg bukan Islam saja.

Hanim Esa said...

Bila sy dapat msg mngnai QBB tdak halal maka sy panjangkn mklumat itu pada kawan2 ...... tp salah seorg dr nya telah memarahi sy dgn teruk dgn menuduh sy bersubahat mnyebarkan berita palsu , mnyebarkan fitnah n ada niat jahat........ hanya pd ALLAH tmpat sy berserah diri n memohon pertolongan...... itu lah dugaan yg mnyebabkan sy menangis dlm mencari redha ALLAH....... Alhamdulillah , tk pd Majezan krana mklumat yg trkini.......

Anonymous said...

Kesian kau Hanim.teruk betul kawan u tu..Sebab yang biasa tu pun dia nak marah u teruk2..apa punya kawan tu Hanim.Memang sah pun minyak sapi tu dah ditarik tanda halalnya.apa lak dia nak marah,dia tak tengok berita dan tak baca paper ke...Itu macam punya orang pun ada ya..

Hanim Esa said...

Walau apapun kata2 n tuduhan yg d lemparkan...... saya tetap memaafkan n mendoakan nya agar terbuka hati n berlapang dada dalam menerima sesuatu kebaikan untk diri nya...... mdh2an ALLAH sentiasa mmberi yg terbaik untk saya n pada semua kawan2.........AMIN

Hanim Esa said...

SALAM........Alhmdulillah , hr ini dlm berita harian SAH Jakim menarik balik sijil halal mnyak QBB....... menitik airmata kerana Allah telah menolong saya untuk bebas dr tuduhan yg d lemparkn ....... mdh2an kwn sy tu mmbacanya .......Sy trsenyum dlm tangisan......... SABAR n REDHA kunci kejayaan...... AMIN