Ambillah kesempatan pada Ramadhan ini untuk menyusun semula amal-amal kita untuk lebih rapat dengan Allah. Pelbagaikan amal kita. Ada amal yang bersifat ritual dan ada amal yang bersifat sosial. Imbangkan seberapa boleh.
Amal ritual semua orang sudah tau. Berzikir - samada beristighfar, bertahlil, bertahmid, bertakbir, bersolawat dan membaca al-quran. Buat semampu mungkin. Afdhalnya seorang diri.
Hadiri majlis ilmu walaupun kita sudah tahu subjek yang diperkatakan.. Yang penting kita berada di "taman syurga" agar para malaikat berdoa mengampunkan dosa orang yang berada di dalam majlis ilmu. Ini adalah cara mudah mendapat ampunan Allah swt. Anjurkan majlis ilmu di pejabat dan di surau atau masjid kita. Jadilah penganjur kepada program ilmu. Besar pahala tu. Mungkin kita tak mampu mengajar tetapi kita mampu menganjur majlis tazkirah dan imajlis lmu. Aduh, alangkah bahagianya masyarakat, jika di mana-mana majlis ilmu berjalan!!!
Ketika bertugas di Jabatan Pembangunan Koperasi di Ibu Pejabat, KL pada 1986 - 1993, saya menjemput penceramah yang umph seperti Hj Ahmad Awang, Dr Hasan Ali, Ab Ghani Ab Rahman, Ab Ghani Shamsudin, Taib Azamudin dan Pak Yazid Jaafar. Yang peliknya apabila pada tahun 1999, hampir kesemuanya bertanding dalam pilihanraya melalui tiket Pas, termasuklah si tukang menjemput ini. Wooo.
Ketika bertugas di Jabatan Pembangunan Koperasi di Ibu Pejabat, KL pada 1986 - 1993, saya menjemput penceramah yang umph seperti Hj Ahmad Awang, Dr Hasan Ali, Ab Ghani Ab Rahman, Ab Ghani Shamsudin, Taib Azamudin dan Pak Yazid Jaafar. Yang peliknya apabila pada tahun 1999, hampir kesemuanya bertanding dalam pilihanraya melalui tiket Pas, termasuklah si tukang menjemput ini. Wooo.
3 comments:
Salam kawan-kawan,
Insyaallah kita akan menyambut ramadan 5 hari lagi. Pasti kita sudah berkira-kira apakah yang akan kita buat bagi menyambut bulan mulia ini..Berpandukan bacaan ringan yang saya baca ini ada beberapa ayat yang menarik yang hendak saya kongsi bersama kawan-kawan;
1.Ramadan ialah urusan ibadah sementara dapur ialah urusan logistik keluarga.
2. Sepanjang ramadan seharusnya kita tidak berapa memikirkan soal makan tetapi kita lebihkan amalan ibadah..tarawih,membaca al quran,qiamullail dan munajat.
3.Namun realitinya kita selalu tersasar jauh daripada matlamat. Belanja dapur berlipat kali banyak daripada bulan biasa.
4.Mengapa ye,adakah kita terlalu bersemangat memasak? Jawapannya pasti sama iaitu kita melayan nafsu makan yang keterlaluan..
5. Kita sebagai surirumah harus bilak agar ibadah kita di bulan ramadan tidak menjadi bulan menjamu selera dan banyak membazir.
Semoga kita menjalani ibadah puasa tahun ini dengan lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas..
..Jom kita temankan orang tua di tepi jeti...
Puasa ialah 1/2 dari sabar.Sabar ialah 1/2 dari iman,maka puasa itu 1/4 dari Iman.
Makan siang hari Ramadhan membatalkan puasa.
Makan banyak malam ramadhan,
membatalkan pahala puasa.
Ihya Ulum al-ddin
Salam, selamat Menyambut Ramadan.Berdoalah kepada Allahmuga diberi kita kesihatan yg baik untuk Muga kita diberi kesihatan untuk beramal idbadah. Mohon maaf segala kesalahan.Aminnn
Post a Comment