RELAX HABIS

Ahad lalu balik kampong hanya kerana nak berbuka puasa dengan ibu mertuaku sahaja. Selepas solat tarawih, saya  mengeteh dengan sahabat-sahabat Felda Bukit Rokan yang kesemuanya peneroka Felda. Kembali ke KL pada pagi semalam tanpa singgah di mana-mana. Kalau tidak, tentu sekali jumpa Suhdi sambil makan rojak di Restoran Melati, Tampin. Ha ha.

Antara ayat yang saya dengar dalam perbualan dengan  peneroka Felda  ialah "kalau ado duit lobih, senang berbelanjo". Bagi orang kampong, mencari wang lebih, bukan untuk menjadi jutawan atau round dunia. Sekadar mudah untuk berbelanja sahaja. Kini dengan harga getah yang agak tinggi, maka dapatlah mereka sedikit tambahan income berbanding ketika zaman harga getah merudum dulu.

Pada bulan Ramadhan, aktiviti luar ditiadakan. Setakat di opis dan ke  masjid  sahaja. Lepas Ramadhan baru fikir nak "bercapati" dengan Dr Majezan semula, sambil buka kitab tasauf. Ha ha.  Nak buka internet pun malas dah. Ha ha. 

Maznah pula sibuk dengan ibunya yang tak berapa sihat. Dah beberapa kali balik Melaka. Sempat pula Hayati sediakan hotel untuknya di Pusat Latihan Kastam.

Memang ada di kalangan kita yang terpaksa menjaga ibu bapa yang sudah tua dan uzur. Rasanya pada bulan Ramadhan ini, lebih rapat lagi kita dengan mereka ya. Teringat seorang sahabat lama saya di Gemencheh, mengatakan "tuah" kitalah  kerana terpaksa menjaga ibu bapa yang tua dan uzur.  Bukan mudah dapat berbakti pada hari-hari terakhir  mereka, pada adatnya.

1 comments:

maznah said...

slm Ramadan utk rakan2 Munshi/78... Insyaallah berjumpa kita di Aidilfitri.....................