Relax punya hal, dah masuk 13 Ramadhan hari ini. Ketika umur macam ini baru "terasa" kenyataan hadis nabi "muda sebelum tua, sihat sebelum sakit".
Kita diminta oleh al-quran untuk membuat "amal yang terbaik". Pilihlah suatu amal yang terbaik untuk kita lakukan secara konsisten. Ada amal yang untuk kepentingan kita sahaja, misalnya solat, zikir dan membaca al-quran. Disamping amalan induvidu, tambahkanlah amal yang memberi manafaat kepada manusia lain. Ini juga dituntut oleh Islam. Bahkan ibadah ritual kita hanya bermakna jika kita turut membuat amal sosial atau kemasyarakatan. Amal sosiail seperti membantu anak yatim, golongan miskin, dan golongan yang menerima bencana alam seperti banjir di Pakistan sekarang ini wajar kita laksanakan secara beramai-ramai.
Lazimnya pada ramadhan ini, amalan "menyambung silaturrahim" amat digalakkan. Eloklah kita menziarahi golongan tua dan anak yatim sambil menghulur seringgit dua.
Yang jelas, pada bulan Ramadhan, ummat islam Malaysia menjadi "penganut islam" - mengimarahkan ramadhan bersungguh-sungguh tetapi apabila masuk syawal, mereka menjadi "Melayu" yang tak ada panduan agama lagi dah - lalai dengan program hiburan keterlaluan yang tak ada kena mengena dengan konsep Aidil Fitri yang sebenarnya.....
2 comments:
Melayu pun Islam gak.
Tapi kena buat experiment dulu.
1.Lepas Isyak,Imam tutup lampu suroh semua makmum balik rumah.Biar Imam dan AJK jer solat
2.Solat Raya ditangguh tahun depan.Imam dan AJK tinggal utk solat dan amil gak.
Tengok reaksi org Melayu.
Cuba kat Gemencheh dulu,amacam.
Tanggal 27.8.10 bersamaan 17 Ramadhan 1431H berbuka puasa di SMK Mansur Shah dan berjumpa dgn Cikgu Alias Nayan kawan 78. Seronoknya.
Post a Comment