Beramal kerana cinta kepada Allah adalah satu makam yang tertinggi. Kita beramal bukan lagi kerana mengharapkan ganjaran atau takutkan siksaan dari Allah swt. Yang kita harapkan adalah ridhaNya sahaja..
Untuk mendapatkan tahap ini, memerlukan satu proses yang panjang. Walaupun pada peringkat awal, yang menggerakkan kita untuk beramal adalah kerana mengharapkan ganjaran Allah, lama-lama kelamaan akan lahirlah dalam diri kita akan perasaan kasih sayang dan cinta kepada Allah. Untuk mendapat cinta, kita perlu mengenal siapa yang kita hendak cintai itu. Maka kita hendaklah terus belajar siapa Allah. Ya, mengenal Allah dari segala sudutnya. Kita kena tahu "kuasa" Allah. Kita kena patuh "arahan" Allah dalam semua perkara. Tak bolehlah kita patuh sebahagian dan ingkar sebahagian. dari "arahan" Allah. Kita kena sedar betapa "kerdilnya" kita dan "lemahnya" kita dan betapa "hambanya" kita di sisi Allah.
Kalau kita boleh merasa betapa "besar"nya Allah dan "kecil"nya kita disisi Allah, maka kita akan sentiasa "mengharap"kan Allah. Kita perlu Allah. Kita perlu mencintaiNya seerat mungkin. Kita mengharapkan Allah mencintai kita pula supaya Ia menjaga kita. Supaya Allah tidak menguji kita apa yang tidak mampu kita lalui. Supaya Allah tetapkan "iman" kita sehingga akhir hayat kita. Supaya Allah "selamatkan" dan "sejahtera"kan hidup kita selepas mati - satu alam yang panjang sekali dan berkekalan
Mungkinkah kita dicintai Allah, kalau kita sentiasa atau selalu atau sekali sekali "memerangi" Allah? Walaupun kita bersolat, berzikir, berpuasa, berzakat, dan berhaji, adakah kita tidak memerangi Allah dalam aspek yang lain. Tanyalah diri kita sendiri.
Sekadar renungan pada jumaat ini. Buku "Cinta Allah", "Cinta Rasul", "Memaknai Kematian" oleh Jalaludin Rakhmat membicarakan isu dan erti "cinta" ini. Entah di mana buku itu sekarang di kalangan sahabat kita. Ha ha.
2 comments:
Salam,
Terapi Minda semsa Ramadan. Apkan bintang yang juga berpuasa. sial berikan jawapan anda?. Sebulan ini kita peri sekolah Ramadan. Sakit fizikal kita boleh pergihospital /Klinik.Tapi Ramadan inilah kita merawat hati kita. Nasib baik dosa yang kita buat tidak berbau kalau tidak Ramadan ini mungkin kita ramai yg malu termasuk diriku.
Ralat. tukakr keaada PERKATAAN SILA. MAAF
Post a Comment