Saya bercadang minta beras dari Zek sebanyak 100 kampit untuk diagihkan kepada fakir miskin. Malangnya beliau dah agihkan 50,000 kampit beras seawal Ramadhan lagi. Melepas.. Tahun hadapan kena minta awal sebelum masuk Ramadhan. Sesiapa nak join, kita minta ramai-ramai pada tahun hadapan pula.
Samiah Salim akan menjalani pembedahan rahim pada raya ke 3 akan datang Nak tahu cerita lanjut tanyalah beliau. Kok ada masa saya akan ziarah beliau apabila balik kampong nanti. Yang lain pun boleh juga kerana rumahya dekat dengan tol Simpang Empat.
Katanya Mansur sudah pakar masak sejak berbuka dan bersahur seorang diri. Sudahlah kena tinggal dek isteri yang mengajar di Banting, baru-baru ini kemalangan kereta pula. Sekarang numpang orang ke tempat kerja. Siapa ada kereta lebih, boleh le bagi pinjam. Ha ha.
Entah apa mimpi Si Rani, beliau talipon saya, dua hari lalu. Memang sahih beliau tak buka blog dan tak reti nak komen dalam blog. Harap anaknya bagi tusyen. Ha ha. Itulah nasib "orang tua" yang tak dapat mempelajari ilmu terkini. Apa pun kita kena belajar. Sehari selembar benang. Kita ada masa 20 tahun sebelum mati oi!!!. Ha ha.
Katanya Zek sibuk pada raya ini. Banyak rumah kena pi. Jangan pitam tengah jalan sudahlah. Wooo.
Tahun ini saya relax. Raya ke 4 nak tidur di Pulau Tioman. Nak buka cawangan Pas di sana. Ha ha ha. Sapa mau ikut, bawa kereta sendiri ya. Kok sempat saya cari Haris, Fauziah dan Zaleha. Camera! ready!!!!
Ok bersiap sedialah mencari lalilatul Qadr...
10 comments:
Sedeqah yg diterima dan diberi pahala Allah ialah dari hasilusaha sendiri,bukan yg diminta dari Zek,takda dlm hadits Oi!
Ya betul tu Dr.Majezan..saya sokong penuh..hehehe.
Tak salah memanjangkan sedekah, agen pengedar sedekah tetap dapat bahagian pahalanya. Serupa kalau kita buat kutipan derma untuk pihak lain, tetap dapat ganjaran pahalanya. Allah maha mengetahui. Amin.
ha ha...ka ka...ali maidin jawab le ....
Zek, pokoknya orang miskin dibantu. caranya biar halal. Nak tunggu duit sendiri, ramai yang tak bersedekah. Ha ha. Kata Yati tu betui. Woooo
ada org yg ada duit pun kdgx2 tak nak bersedekah juga krn duit da penuh dlm asb dan simpanan tetap....ha ha ....bernas menegeluarkan sedekah beras cukup byk tahun ni d melaka dan telah berterusan hampir 15 tahun mcm ni...yg sedapnya sape pun sampaikan beras ni pd org miskin , jarang d mention nya bernas bagi....mmmmm
kalau manusia tahu makna sadaqah dibulan ramadhan,pasti akan dibelanjakan semua hartanya,sbb ibadat yg lain perlu tajwid,rukun,niat,sah,batal,masa dsbg yg tiada dlm syarat sadaqah.
Sedeqah yang betul2 ikhlas... lagi dari hasil yang halal tak kan timbul sebarang komen....
Slm kwn2 munshi...Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin...isyallah semua amalan anda ada ganjarannya.
Lepas solat tu ingat2kan panjangkan doa utk kesejahteraan sesama kita,minta diampunkan dosa.
Sesungguhnya dosa terampun lebih manis dari kuih raya yg tersusun.
Post a Comment