Budaya Malaysia dan seluruh dunia memang meriah apabila tiba bulan Ramadhan. Kalau di KL, waktu petang, jalan raya sesak sekali kerana ramai nak balik berbuka di rumah masing-masing. Tahun lalu ketika ibu saya ada lagi, maka saya pun bergegas balik untuk berbuka dengan ibu. Tahun ini, saya bebas mengikut agenda sendiri berbuka di pelbagai masjid sekitar rumah dan pejabat saya. Tak ramai orang Melayu berbuka di masjid. Yang ramai ialah warga asing - Indonesia, Pakistan dan Bangladesh.
Ketika usia sebegini, bab makan tak jadi hal lagi. Jangan mati sudah le. Ha ha. Di masjid, jika ada sebiji kurma, dan sebiji kueh atau semangkuk bubur lambuk pun sudah memadai. Selepas maghrib jika lapar, makanlah di mana-mana restoran. Lazimnya saya ajak bersama seorang Pak Cik yang telah kematian isteri 20 tahun lalu atau seorang OKU yang cacat penglihatan. Banyak cerita menarik dari dua orang rakan sejemaah masjid ini. Bersembang dengan 2 orang ini tak sama seperti bersembang dengan sahabat Munshi 78 atau kawan kawan politik lain. Ha ha.
Sesekali selepas tarawih, saya akan mengeteh bersama dengan rakan-rakan KL di mana-mana restoran mamak sambil menganalisa politik semasa.
Biasanya pada 2 minggu terakhir Ramadhan, saya kena cari duit derma dan menjadi amil "haram" memungut duit fitrah dari kalangan sahabat sekitar KL dan diagihkan kepada kepada anak-anak yatim. Entah mengapa sejak 5 tahun terakhir ini, ramai sekali dari kalangan sahabat rapat saya meninggalkan saya dahulu. Semacam memberi notis kepada saya supaya ingat akan hari kematian itu...
Seperti Marhamah, Juwita, Ramlah dan Mastura, tentunya terkenang suasana "berbuka dan bersahur "dengan suami mereka, maka saya pun teringat dengan ibu saya yang tinggal bersama saya pada Ramadhan lalu dan meninggalkan saya selamanya pada Syawal lalu. Ingatan kepada orang tersayang sering dikait dengan sesuatu "suasana". Ramadhan dan Syawal adalah satu suasana yang tidak boleh dilupakan sesiapa sahaja. Fasal itulah kenduri arwah begitu banyak sekali sebelum masuk Ramadhan.
Oh ya, Bashir dan Mokhtar di Kota Kinabalu semalam. Mereka bersahur tanpa isteri pada hari pertama. Moktar macam gembira sahaja. Ha ha.
Oh ya, Bashir dan Mokhtar di Kota Kinabalu semalam. Mereka bersahur tanpa isteri pada hari pertama. Moktar macam gembira sahaja. Ha ha.
Moga amal kita ditingkatkan dalam Ramadhan ini. Insyaallah Zek akan kejutkan saya setiap jam 4 pagi. TQ Zek. Salam.
6 comments:
Assalammu'alaikum..
Sejak 2menjak ni nampaknya coretan tuan moderator kita banyak mengingatkan kita kepada kematian, mungkin juga mengikut arus masa (sebab sana sini orang buat kenduri arwah) Apapun coretan kali ini membuat saya rasa terpanggil untuk mengingatkan sahabat2 Munsyi agar bersedialah selalu untuk berdepan dengan saat PERPISAHAN untuk selama2nya dengan pasangan masing2. Saya pernah terbaca menurut kajian saintifik dan ujian spiklogi kes mununjukkn kehilangan pasangan merupakan ujian yang paling atas antara ujian2 yang kita hadapi dalam hidup ini. Doa saya, muge kalian tidak seperti kami(saya dan anak2)...bila tiba Ramadhan, bila tiba Syawal dan bila tiba sambutan Hari Guru mahu saja rasanya minta pada Tuhan...Asingkanlah kami ke dunia lain yang tiada sambutan hari2 tersebut..Mustahilkan? Akibatnya..senyum kami ade seksa, tawa kami ade sengsara..
Saudara Ali, Tolong contact saya segera , ada hal sikit saya nak minta tolong sempena bulan Ramadhan. Kepada Juwita bersabarlah. Kami semua faham perasaan kehilangan orang yang tersayang. Saya juga seperti tidak percaya bila kehilangan arwah abah saya kerana kami baru saja balik ke semenanjung ( bertugas di Malaysia Timur) dia dah meninggalkan kami. Tapi jangan lupa doakan dan sedekahkan alfatihah .Rohana Dali.
Salam Juita,
Saya faham sangat apa yang anda rasa tapi kata orang berat mata memandang berat lagi orang yang merasa..itu kita tidak menafikannya.Namun Juita, bukankah hidup lawannya mati..walaupun caranya berbeze-beza..Bahagian kita nanti entah bagaimana..Pasti anda telah lama redha Juita..hidup mesti diteruskan kerana anak-anak berlindung dengan anda..Lebih 4 tahun anda sendiri tapi Ramlah dan Mastura baru alami. saya takut bertanya khabar Mastura kerana saya takut dengan kesedihan..takut tangisan saya akan melemahkan semangat sahabat..namun spt kata anda kita mesti bersedia untuk menghadapinya..atau entah=entah kita yang pergi dahulu...
Sabarlah Wahai Sahabatku kan kita ini kepunyaan allah,segala yang ada pada kita adalah hak Allah.Kita hanya meminjam hak Allah samapai masa akan diambil kembali.Allah maha kuasa dan maha segala-gaanya.
Apalah kita ni wahai sahabat! Rasulullah SAW sendiri diberi amaran oleh sahabat qaribnya, Jibril, dengan kata-kata : Wahai Muhammad! Hiduplah kamu sesukamu, kamu pasti akhirnya mati. Berbuatlah apa yang kamu suka, semuanya pasti dibalas nanti. Cintalah siapa yang kamu suka, kamu pasti akan bepisah dengannya. Sesungguhnya kemuliaan sesaorang hamba itu adalah ia bangun solat malam, dan kebesaran seorang hamba itu ialah tiada pergantungan ia kepada seseorang yang lain.
peristiwa yg tak disangka-sangka ialah kematian.
Post a Comment