YAHAYA MASUK PERANCIS?

Yahaya Ghani tengah merayau kat sebuah bandar di German yang berhampiran dengan sempadan Perancis.

Jika ada peluang beliau akan masuk Perancis untuk membeli pelbagai minyak wangi untuk geng pompuan Munshi. Ha ha.

Untung juga jadi peneman isteri yang kerja jauh-jauh ini ya. Macam kawan kita kat Kastam tu le. Teruk kakandanya meneman dia ke out station. Ha ha. Siapa tu...jangan mare, gurau aja.

KERJA DI RISDA

Anak siapa nak cari kerja di Risda?

Sila klik di sini.

SEMUA SIBUK

Basir ke Pulau Pinang

Mazlan di Manik Urai

Hayati ke Sarawak

Baharudin Baba out station

Yahya Ghani di German

Sahara tidur di opis

Sharifah ligan bisnes man hantar borang cukai

Mastura tusyen malam


Wau... semua sibuk

DI RUMAH IBU FAUZIAH HASHIM


Rohana Hashim menunggu geng mak dara dari Kajang - Mastura, Sharifah Nuri dan Maznah di tol Senawang untuk ke rumah ibunya Fauziah Hashim di Taman Mirida tengahari semalam.

Adam dan isterinya pun datang juga.

Sahara pula ketinggalan makluman hal kenduri ini kerana terlalu sibuk di pejabat sehingga tak sempat menjengah blog. Ha ha. Nasib le..

Yang pi tu, bolehlah buat lapuran dalam komen ye...

BAHA ZAIN

Bagi kita bekas pelajar Sastera, tentu teringat subjek sastera. Antara tokoh sastera dan pejuang bahasa mutakhir ialah Baha Zain.

Bacalah blognya di sini.

EMEL DARI DUBAI

Sebentar tadi saya terima emel dari Yahya Ghani. Baca:

Salam Ali, aku kat Dubai ni baru je lepas sbyang subuh tadi 4.10am jemaah dgn group doctor dari indonesia ..... bukan jalan2 cari makan tapi jalan2 cari Iman insyaallah..... salam pada kawan ye...

JUWITA NAIB JOHAN USAHAWAN TANI


Pada 22hb Jun lalu, Juwita Hassan menerima anugerah Naib Johan Ushawan Tani oleh Kementerian Pertanian. Program diadakan di Hotel Legency, Jalan Raja Alang, KL.

Pada 23hb, Selasa, beliau sempat singgah di pejabat saya sebelum kembali ke rumahnya.

Bagi sesiapa belum pernah melawat kilang mee Juwita, eloklah melawatnya. Kilangnya menggunakan mesin automatik sepenuhnya- masuk tepung dalam mesin dan tunggu sahaja meenya di hujung kilang untuk dibungkus. Pelaburan mesin sahaja mencecah RM 500,000.00.

Mana-mana kekawan Munshi yang mengajar di sekolah, bolehlah memujuk tauke kantinnya membeli mee dari kilang Juwita ini. Setakat sehari 1 tan, kilang Juwita mampu mengeluarkannya.

SALAM DARI GERMAN

Semalam hati saya terdetik, mana Yahaya Ghani kerana dah lama tak nampak dia dalam komen blog.

Pagi ini saya terima emelnya dari Frankfurt, German. Beliau meneman isterinya yang ada seminar di sana. Disamping itu kenalah beliau memikul bagasi isterinya. Ha ha.

Beliau kirim salam kepada kita semua.

Moga beliau balik dengan selamat dan tak bawa kuman H1N1. He he.

MAKAN SYUKUR DI SEREMBAN AHAD INI

Fauziah Hashim, 6 Sastera 1, yang kini mengajar di Kota Tinggi menjemput sahabat Munshi 78 ke majlis kesyukuran anaknya yang akan belajar ke luar negara pada Ahad ini, 28hb Jun 2009, jam 1 tengahari di rumah ibunya di No 995, Jalan Teratai 12, Taman Mirida, Senawang, Seremban.


Jika nak ke sana, selepas tol Senawang, jalan terus arah ke Kuala Pilah. Anda akan melalui 4 traffic light. Trafic light yang terakhir itu pula selepas stesyen minyak Petronas di sebelah kanan. Pada trafic light keempat ini belok ke kanan. Kemudian jumpalah Jalan Teratai 12 di sebelah kiri. Jangan melepasi bangunan TM. Nak pasti lagi taliponlah Rohana 012-6976897.

Sila sahkan kesudian anda yang nak hadir kenduri ini kepada wakil Fauziah iaitu nenek muda Rohana Hashim di 012-6976897. Si Fauziah tu ketinggalan zaman atau mungkin mensabotaj Amerika - tak mau pakai HP. Ha ha.

Saya, Insyaallah akan hadir. Harap-harap jangan ada orang Kajang nak tumpang saya. He he.

Hayati kena hadirlah fasal kita nak seketul batu Gunung Berapi dari Bandung. Woo.

Zakaria wajib datang fasal Fauziah tu member ketatnya dulu.

Panjang-panjangkan jemputan ni kepada kekawan yang tak buka blog.

JAMALIAH YUSOF DAN ISTERI MUDA MOKHTAR

Ketika reunion lalu, Jamaliah Yusof sempat bergambar dengan isteri muda Mokhtar Ahmad.

Opps - disebut isteri muda kerana Mokhtar belum ada isteri tua lagi. Ha ha. Orang pompuan sensetif jika ada cerita isteri muda. Woooo

ZALEHA ABU TIADA DI MALAYSIA

Zaleha Abu, 6 Sastera 1, bekas pelatih guru di MPMM, yang dikatakan pernah mengajar di Endau/Mersing gagal dikesan sehingga hari ini.

Pengkalan data beberapa Jabatan/Agensi Kerajaan pun gagal mengesannya.

Norsir Sarif yang ada ramai kawan sebagai guru di seluruh Malaysia pun gagal menjejaknya.

Rosni Hashim pernah terjumpa ketika menghantar anaknya ke ITM Melaka, tetapi tak pernah terjumpa lagi selepas itu.

Bau Zaleha pun pun tak tak dapat dijejak tau. Kalau Mazlan tu- boleh bercakap tetapi tak boleh berjumpa. Ha ha.

Selepas tamat exam STP dan keluar dari asrama menunggu bas balik ke Batang Melaka, sempat Zaleha berbisik kepada saya akan satu rahsia yang sehingga kini menjadi misteri kepada saya - mengapa Zaleha perlu mendedahkan rahsia itu kepada saya, saya pun tak tahu. Jika siapa nak tahu apa rahsia tu, kena belanja biryani. Ha ha.

Siapakah yang mampu mengesan Zaleha ini.

SIAPA NAK LIGAN MAZLAN

Dekat tapi jauh

Jinak tapi payah ditangkap

Itulah Mazlan Ahmad, 6 Sastera 1. Kalau Basir dan Md Jadi tak boleh heret dia untuk minum sama, inikan kita pula. Ha ha.

Saya nak buat tawaran siapakah yang boleh ajak budak Mazlan ini untuk minum atau makan bersama.

No Tel Mazlan 019-2238 389.

SIAPA NI



AMIR SAB AZIZ MAT YASIN


Selepas 31 tahun, pada awal Febuari lalu saya dapat nombor tel Aziz. Saya sms kepada beliau tetapi 3 hari tak dijawabnya. Akhirnya saya bahasakan dia- nak jadi apa jadilah bisik hati saya. Barulah dia menjawab dengan panjang lebar. Ha ha. Rupa-rupanya talipon tu isteri dia yang punya. Nasib kaulah Aziz oi. Nasib aku tak sumpah seranah - boleh hilang undi oi.

Kini Aziz tengah mencari siapa kekawan Munshinya yang boleh dijadikan besan. Wooo. Jaga-jaga bib. Diajaknya kita pi India 4 bulan nanti.

BISNES BERAS

Jika anak anda nak berniaga beras, jumpalah Zakaria Osman menuntut rahsianya. Boleh hidup bib.

Disamping tu boleh belajar ilmu saham.

Ini bukan gurau atau cobaan tapi BETUL-BETUL tau.

Saya tak ada anak lelaki, kalau tidak tentu diperintahkan jadi tauke beras...

KENDURI PUASA

Walaupun jauh lagi, namun diumumkan jua. Mastura, Sharifah Nuri dan Maznah Asnawi menjemput kita ke premis perniagaan Mastura di Kajang untuk kenduri syukur menyambut Ramadhan pada 15hb Ogos, Sabtu jam 3 petang. Alamatnya :

6-1, Tingkat 1,
Jalan Jelok 6,
Kajang
(Betul-betul di sebelah Pasaraya Mydin).

Disamping menu khas tuan rumah, sahabat dialu-alukan membawa sepiring juadah untuk santapan bersama.

Razak Kanapiah akan mengetuai bacaan yasin. Sila sahkan kehadiran anda untuk persiapan makan minum. Tel Mastura 019-385 6673

Berkat-berkat...

CD REUNION DAH AMBIL KE?

Shamsudin Mat Yusof, Rosni Hashim dan Baharudin Baba belum lagi mengambil CD reunion tempohari.

Bila nak mai ambil? Kok berkulat nanti.

Saya boleh poskan tetapi sengaja tak hendak buat begitu supaya mereka kena datang ke opis saya dan boleh bersembang. Ha ha.

Kita masih menunggu panggilan hi tea di kuarters Basir di Sg Besi - dia tengah sibuk angkat almari. Ha ha ha.

ROHANA SETENGAH ABAD

Esok, 17 Jun ialah ulang tahun kelahiran Rohana Hashim. Genaplah beliau setengah abad. Sudah bermenantu tetapi belum bercucu.

Kepada beliau kita doakan teruslah hidup dengan kejayaan dunia dan akhirat. Zakaria Osman pesan jangan lupa selawat seribu kali setiap hari.

Siapa nak kirim kek frozen kepadanya?. Ha ha.

DARI KOPERASI KE JAWATAN KUASA AMANAH

Berdasarkan soal selidik di blog ini, beberapa rumusan dapat diambil:

1. Lebih kurang 30 orang sahaja yang aktif atau mengekses blog ini secara berkala.

2. Majoriti dari 30 orang di atas bersetuju koperasi ini terbuka kepada bekas pelajar Munshi sahaja, tanpa melibatkan pasangan.

3. Ramai lagi yang tidak ada emel untuk komunikasi antara kita.

Saya cadangakn idea koperasi ini dibatalkan kerana koperasi memerlukan sekurang-kurangnya 50 orang. Jika 30 orang sahaja, maka kita cadangkan wujudkan satu Jawatan Kuasa Amanah untuk mendapatkan pendahuluan diantara kita untuk melaksanakan satu projek yang dikenalpasti boleh mendapat pulangan segera. Siapa ada idea silalah beritau.

Apabila mendapat pulangan projek, maka wang pendahuluan itu dikembalikan serta merta. Selepas itu hanya wang keuntungan itu sahaja yang diuruskan untuk tujuan menjananya lagi dan bolehlah digunakan untuk tujuan khas perjumpaan tahunan geng Munshi 78 adanya.

Sila beri komen di bawah dan buat undian di tepi blog ini.

Kalau ikut Mat Aris, dia nak kita terlibat dengan projek hartanah yang nilainya jika tak juta, tentu ratusan ribu. Ha ha ha, tak terikut dek eh...

YAAKOB OTHMAN

Yaakob Othman, 3 dari kiri, hadir lewat ke majlis reunion. Namun sempat beliau melayan Cikgu Mohamad Daud.

Jika ada lagi perjumpaan besar-besaran pada masa akan datang, maka Yaakoblah sepatutnya menjadi Pengarah pula. Biar dia buat kerja lak dengan Norsir. Woooo.

MULYATI IDRIS 6 SAINS 1

Mulyati Idris 6 sains 1, duduk di kanan sekali. Alias Nayan masih belum mendedahkan rahsia bagaimana memikat Mulyati ni. Ha ha ha. Mungkin Dr Majezan pun tak perasan tektik Alias ni agaknya ya...


BEREMBUN SEHINGGA 1.30 PAGI

Zakaria Osman punya fasal, kami - Dr Majezan, Mat Aris Bakar dan saya minum teh di restoran mamak di hadapan Hotel Vistana, KL pada 11 malam hingga 1.30 pagi tadi.

Bukan sahaja soal dunia kami bertukar fikiran, tetapi jalan singkat menuju syurga juga turut di hadamkan.

Nak tau tip saham yang akan untung 100% dalam tiga bulan sila hubungi Zakaria Osman. Ha ha ha.

Jika nak tau tip masuk syurga segera tanya Dr Majezan.

Jika nak tau cara menjadi muda segera tanya saya. Ha ha ha.

Yang pasti Mat Aris akan buat open house untuk kita semua sempena Syawal nanti di Puchong. Bolehkah orang Melaka datang? Takut sesat je...

BERKAMPUNG DI JALAN PAHANG

Pagi semalam, Jumaat, mulai jam 11.30 pagi hingga 4.30 petang, 4 sekawawan Munshi berkampung di pejabat saya. Mastura, Sharifah Nuri, Maznah Asnawi dan Sahara membawa bekal nasi lemak sambal bilis dan agar-agar istimewa untuk disantap bersama-sama.

Sambil berbual sakan, sempat juga mereka merasai kenikmatan Aladdin Medic & Beuty SPA. Nak tahu apa jadi kepada mereka malam tadi, tanyalah sendiri. Ha ha.

Antara yang dirumuskan pada perjumpaan semalam ialah 4 sekawan ini akan mengadakan majlis sambutan puasa di Kajang. Tunggu pengumuman selanjutnya.


AINON MOHD PEJUANG BUKU MELAYU

Puan Ainon Mohd merupakan antara tokoh utama yang memperkenalkan pemikiran lateral dan kreatif di negara ini. Tetapi kini beliau merupakan seorang pejuang dan penerbit buku bahasa Melayu yang bermutu tinggi, mengalahkan DBP.

Bacalah blognya setiap hari dengan klik di sini.

BLOG SEORANG PENSYARAH

Blog ini wajar dibaca. Fuad Latif adalah seorang pensyarah

Saya rasa amat bahagia jika ada kekawan Munshi yang berlatar belakang guru menulis segala ilmu dan pengalamannya dalam blog khas sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran anak bangsanya. Di samping itu dapatlah kita berkongsi ilmu dan pengalaman mereka sebagai pendidik.

Mat Aris Bakar sudah menawarkan bilik latihan percuma di Akademi Memandunya. Terharu hati saya apabila beliau mempelawa agar kawan-kawan Munshi menggunakan kemudahan itu dengan percuma untuk sebarang kursus.

Saya mencabar Razak Kanapiah, Mastura dan Zol untuk menulis dalam blog khas berkaitan dengan pendidikan. Jangan mare.

MASTURA DI ASTRO PAGI TADI

Spy Munshi berada di mana-mana sehinggakan ada yang memantau Astro. Pagi tadi Mastura Bachik menyertai salah satu program Astro yang dihoskan oleh Aznil.

Katanya bukan main sakan Aznil mewawancara Mastura. Mastura kelentong Aznil bahawa dia sudah round separuh dunia...Ha ha ha.

KBS BELANJA AZIZ

Petang semalam dengar khabarnya Aziz dan anggota rombongannya singgah di Putrajaya dan KBS belanja mereka semua.

Jika sesiapayang ada anak murid bolehlah buat rombongan ke KL dan kontek Sahara di KBS untuk dapat belanja percuma. Ha ha.

AZIZ DI KL

Aziz Mat Yasin berada sekitar KL sejak semalam membawa murid-muridnya melihat kota raya.

Jika sempat saya borak bersama di KLCC petang ini. Saya hanya free selepas jam 2 sahaja kerana sebelah pagi hingga tengahari memantau opis. Ha ha.

Bashir, bila boleh teh untuk borak Task Force 2010. Yahooo.

Yang seronoknya ialah Mohd Han dan Maria sudah keluar dari Kandang untuk bersama dengan kekawan lain di rumah Cikgu Rashid pada Ahad lalu. Yang lebih terperanjat Zakaria pun ada. Dia suka hadir program kecik-kecik kot.

TIP ANAK BIJAK

50 tip anak bijak, klik di sini.

Teruskan cuti anda sambil membaca ya...

MAJLIS KAHWIN PUTERI CIKGU RASHID



Mohamad Amin, Aziz, Mohd Han, Maria, Suhdi, Mokhtar, Juwita dan Zakaria telah mewakili geng Munshi 78 ke majlis perkahwinan anak perempuan Cikgu Abd Rashid Yaakob pada 7 Jun, Ahad lalu di Muar Melaka. TQ ya sahabat.

CUTI BERBLOG 3 HARI

Mulai esok sehingga Ahad ini, saya tak mengadap komputer kerana urusan rasmi di Stadium Malawati, Shah Alam.

Janganlah bergaduh dalam blog ni ya.. Ha ha.

GOLF AMAL MELAKA

Pertubuhan Anak Melaka Malaysia (AMAL) menganjurkan GOLF AMAL VVIP 2009 pada 6hb Jun 2009, jam 7.30 pagi, Sabtu di Orna Golf & Country Resort, Air Keruh, Melaka, sebagai usaha mengumpul derma khas anak yatim. Turut hadir ke program ini ialah TYT Melaka.

Untuk kerangan lanjut sila hubungi Puan Rokiah 013-3410441 atau Hj Shamsudin Yusof 019-6209999.

Shamsudin merupakan Bendahari AMAL.

MAK OI SERIUSNYA MARIA

Bukan mudah nak dapat gambar orang serius. Ini rakaman gambar Maria yang serius dan diperhatikan oleh rakan sekelas Nyaros dan Rosnah Mat Isa.

NYANYI NEGARAKU

Padan muka kena nyanyi Negaraku. Ada yang dah lupa senikata kot..

Kelihatan Sham, Datuk K dan Md Jadi di hadapan. Bukan senang nak pekenakan orang-orang besar ni..

SUHDI ABDULLAH

Entah apa yang Suhdi Abdullah gorengkan mak cik-mak cik Munshi tu ye...

Suhdi adalah satu-satunya kawan Munshi yang sentiasa saya jumpai kerana beliau sejabatan dengan saya pada 1983-1993 dan beliau pula tinggal dan bertugas di Tampin, maka mudahlah kami pekena rojak bersama di Restoran Melati Tampin.

MOKHTAR AHMAD MAI PEJABATKU

Mokhtar Ahmad satu famili bersarapan pagi di Restauran Haslam dan singgah di opis saya sebentar tadi. Beliau dalam rangka lawatan menghantar anaknya ke kursus motivasi anjuran Petronas. Orang ada Petronas katakan... Ha ha

KETUA DEMONSTRASI


Abdullah Bachik, 6 Sastera 1, bukan sahaja seorang guru tetapi pakar urut juga. Tetapi ketika hari reunion 10 Mei lalu, beliau jadi ketua demonstrasi dengan healernya. Ha ha.. Kalau tak ada dia hari itu, tak taulah siapa yang nak diharapkan untuk mengarah pak cik dan makcik Munshi yang dah tak berapa nak dengar telinganya...

MAU PUKUL SIAPA

Razak Husin, lu mau pukul sapa ha?.....

MACAM MACAM GAYA

Macam-macam gaya kan. Entah apalah agaknya Si Mansor kelentong tu... ha ha

MACAM MACAM CERITA

Ada 3 kumpulan sedang melihat dan bercerita macam-macam cerita agaknya selepas 31 tahun tak berjumpa. Yang hebat yang si berkaca mata hitam tu le ye...