SAWIAH: TINGGAL KENANGAN


Sehari dua ini kita gembira kerana dapat menjejak bebarapa orang sahabat lama Munshi kita. Tetapi hari ini Hayati sudah mengesahkan bahawa sahabat 6 Sastera 2 kita bernama Sawiah telah meninggalkan kita selama-lamanya. Ini emel Hayati yang baru diterima:

Assalammualaikum wm wb,
Dalam pencarian sahabat karib, Lelee dan Saripah Nuri telah ditemui, cuma Sawiah sahaja yang belum dapat dijejaki. Kali terakhir bertemu dalam tahun 2001 sempena hariraya, itu pun cuma beberapa jam sahaja. Lepas tu kami terputus hubungan, tak berikhtiar untuk berjumpa semula.

Akhirnya pada 18/2/09, saya cuba menghubungi Hospital Permai Tampoi untuk mengesan di mana Sawiah berada. Saya jadi terpana seketika, tak sedar airmata mengalir, rupanya dia telah meninggalkan kita untuk selama2nya.

Untuk mengesahkan memang Sawiah dah meninggal dunia, pada 20/2/09 saya ke kampong arwah di Klebang Kecil. Memang sah Sawiah dah 3 tahun meninggalkan kita iaitu dalam tahun 2006 kerana kanser. Menurut saudaranya, arwah ada menyebut nama saya dan ingin bertemu saya, tapi dia tak ingat saya berada dimana. Hanya Al-Fatihah yang dapat kita sedekahkan kepadanya sempena hari Jumaat yang mulia ini.

Al-Fatihah........ Amin.
Ali, saya sertakan gambar Sawiah dan Rohani ( kedua2nya arwah) semasa mereka kursus jururawat pada tahun 1981. Yang duduk didepan tu Rohani Radimin, dan dibelakang tu Sawiah Saime.

Hayati

Marilah kita doakan agar roh Sawiah dicucuri rahmat oleh Allah swt. Ya Allah, kau ampuni dosa sahabatku ini, jauhkan dia dari azab kubur dan azab neraka serta limpahkanlah kenikmatan hidupnya di alam barzakh. Amin.

DARI ROHANA KE HANIPA

Ini emel Rohana khas ke Prof Madya Dr Hanipa:

Salam Teen,

Ana dah baca emel u tadi. Terharu sangat ana kelmarin bila dapat mendengar suara u selepas 30th. Kau tahu Teen, ana selalu pandang rumah nenek u setiap kali melintasi Paya Rumput. Ana cerita dengan anak2, itu rumah kawan mama. Masa ana dpt bercakap dengan u kelmarin meleleh2 air mata ana tapi u kata u tak ingat ana ye Teen. Takpe lah, Ana pun tak ingat ramai kawan2 kita.

Hanifah, nama yang tak pernah ana lupa, u pernah ajar ana ekonomi kat bilik solat. Apalah bengapnya ana tak faham2 walau u dah ulang beberapa kali. Ana masih ingat u berdebat dengan Ali, atas tajuk Penawaran Permintaan,sampai habis masa. Cikgu Rashid sengaja biarkan sambil senyum.........Kau dah lupa Teen???

Kau ingat tak si Maria hentak2 kaki manja, satu kelas ketawa........Kau lupa Teen?? Kau ingat tak Teen, suatu senja di perhentian bas Melaka, kita terjumpa. Masa tu ana dah di MPPM, u nak pergi kelas malam. Kau cerita Cikgu Rashid mengumpat kau pada budak2 junior sebab kau tak dapat masuk u. Kau kata itu jadi penguat semangat unt kau tunjukkan pada semua nanti. Ana rasa itulah sebab kau berjaya hingga sepertinya kau hari ini.. Betul tak Teen?


Kawan-kawan,


Memang seusia kita kini banyak perkara yang kita dah lupa. Walau apa pun ana mengucapkan terima kasih pada Yati, Samsudin, Zakaria dan Norlida yang telah call dan sms ana. Ali mencari Rosnah M.Isa ye. Kampungnya sebelah kampung ana. Pada th 90an ana selalu jumpa dia. Masa tu dia di pejabat tanah A.Gajah.

Satu lagi yang terkilan tentang Kak Hasnah Mahfiz. Bapa kak Hasnah yang menguruskan perkahwinan anak ana baru2 ni, dari urusan meminang pada th lepas, hinggalah upacara akad nikahnya. Kak Hasnah tak dapat datang hari kenduri tempohari kerana anaknya sakit. Terkilannya ana tak maklumkan tentang reunion kita..Terlupanya ana dia geng munshi juga...Maaf ana ye ali...Ana juga lupa Zainab Abu Bakar juga geng Munshi. Ana ada jumpa dia kat hospital Seremban beberapa tahun dulu tapi ana tak tegur dia. Takut dia tak kenal ana. Sombong ke ana?


Wahai editor,

Rasa2nya tak payah edit tulisan ana ni lagi untuk dimasukkan ke dalam blog. Ana guru BM 28th tau, penanda kertas UPSR lagi...Kalau ada silap sikit2 tu,tutup mata je le..he he.. Kalau panjang umur kita jumpa pada reunion di lain kali........Kita tunggu siapa yang nak buat kenduri kahwin anaknya...2 in 1, macam kat rumah ana tempohari.

Assalamualaikum...!

(Nota: eksyen betul cikgu ni ya. Nama sendiri pun guna huruf kecil, wajib tak lulus UPSR- ha ha)

TERKINI: TAK ADA INFO LANGSUNG

Bekas pelajar Munshi yang tak ada info langsung ialah

  1. Rashidah 6 S 1 - SU Persatuan Eknomi SMMA
  2. Norsiah Wahab 6 S 1 - Pesara
  3. Fauziah Hashim 6 S 1 - Guru
  4. Maznah 6 S 1
  5. Hasnah Mahfiz 6 S 2 - Pejabat Tanah Tampin
  6. Zainab 6 S 2 - Jururawat Seremban
  7. Zaleha Abu 6 S 1 - Guru di Pahang
  8. Badariah 6 S 1
  9. Rohana Mat Jais 6 S 2
  10. Norliah 6 S 2
  11. Jamilah Mat Zain 6 S 2
  12. Rashidah 6 S 2
  13. Faridah 6 S 2
  14. Umi Kalsom 6 S 2
  15. Ishak 6 S 1 - Pejabat Tanah Melaka
  16. Fauziah 6 S 2
  17. Rosnani Yus 6 S 2
  18. Khatijah Kasim 6 S 2 - Telekom
  19. Nyaros 6 S 1
  20. Rosni Hashi 6 S 1
  21. Jamilah Yusof 6 S 2
Tolong kesan mereka.

ZAHARAH ISMAIL 6 SASTERA 1

Menurut Mastura Bachik, Zaharah Ismail dari 6 Sastera 1.

Rohana Hashim dan Juwita ingat-ingat lupa akan nama tersebut. Ha ha.

No HPnya 019-655 7715.

Yang empunya badan, belum sudi mengesahkan diri.

Apa boleh buat...

ROSNAH MD ISA 6 SASTERA 1

Menurut Hasnah Mohamad 6 Sastera 2, bahawa seorang rakan kita Rosnah Md Isa, 6 Sastera 1 bertugas di Pos Malaysia, Merlimau.

No HPnya: 012-6020 251.

Menurut Hasnah lagi, suami Rosnah kenal dengan Abdullah Bachik.

Jeng jeng jeng, makin ramai yang akan dijejak.

Cari jangan tak cari.

TQ Hasnah. Dalam beberapa jam blog ini dah dapat respon. ASP Adam tolong cari Zainudin 6 Sastera 2 yang dikatakan bertugas sebagai Polis.

EMEL DARI HANIPAH

Tak betul tuduhan kita kepada Hanipah yang mengatakan dia menyembunyikan diri kerana nombor yang kita hubunginya adalah salah. Hayati mengalahkan super agent James Bond, akhirnya berjaya menjejak Hanipah dan mengeluarkan Hanipah dari kubu Portugis di Melaka tu. Ha ha. Ini emel Hanipah yang diterima awal pagi ini:

Assalamualaikum,

Lepas Rohana call, Hayati sms, Rohana sms, Ali pulak hantar e-mail, Hei!!!!!!!!!!!! bukan I tak nak jawab call dia orang, OK!!!!!!!, I tak dengar you, pelahan sangat you panggil I. I dah tua, you kena jerit-jerit sikit. Tapi kamu semua jangan jealous, walupun I masih samar-samar, I dah tak ingat siapa Ali dan siapa hayati tu, awak semua dah calling-calling, jadi pagi ini saya menyahut cabaran orang yang bernama Hayati untuk majlis sarapan berdamai dengan beliau yang tak henti-henti mencari saya. Saya kata pada dia .. " Ya,boss, saya datang, dan I tak sabar nak cekik you!" OK.

Setakat ini sebab lagi 45 minit nak bersiap-siap ni, nak tunjuk lawa ke Hayati yang I dah terlupakan. Nanti kisah pertemuan "sireh pulang ke gagang" ini akan saya paparkan selepas pertemuan............ eeeeee berdebarnya nak jumpa Miss Hayati tu. Dating kia orang di Restorent Subaidah! MITC Melaka, Apa kelaslah Hayati niii, I ikutje le. Yang penting I nak cekik-cekik dia.

For you Ali, I am really sorry, masih lupa rupa paras you dan perangai you. Bila kala pulak you dan Rohana jadi hero and heroin kita semua. Tahniah! dan terima kasih sekurang-kurangnya I dapat bergurau senda dengan awak semua. EEEEEEEEhhh, Ali yang I dah sangat terlupa, kalau I jumpa you, ........nantilah, I fikir apa yang I nak buat dengan you ni eh?

Si Rohana, pulak, nak kena cekik, sampai dia pengsan ketawa.............. ok guys, I nak jumpa dan bersarapan dengan Hayati.

love you-hanipah/Teen (ejaan yag betul!)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Karung Berkunci 1200,
Ayer Keroh, 75450 Melaka,
Malaysia.



Betul ke ada perkhabaran mengatakan Hanipah juga ada saudara kembar? Kau jawablah sendiri ya. Kalau nak tahu, saya sengaja mewujudkan pertengkaran dengan Hanipah semasa kelas ekonomi dulu, fasal asyik dia aja yang cikgu Rashid kena dengar. Ha ha. Habis 40 minit kerana mendengar hujah kami berdua. Saya pun dah lupa kesah itu dan yang masih ingat ialah Rohana Hashim...

No Tel Hanipah: 017-601 3196

MOHTAR AHMAD LAGI

Marah benar Mokhtar kat saya, mengapa diterbitkan gambar kungfunya tu, kan ada gambar yang lebih smart seperti di sebelah ini. Saya ingatkan bila cerita bab sihat, tentulah gambar kungfu yang patut ditunjukkan. Ha ha.

Sorry brother.

Tapi ada orang kata, u tetap kurus macam dulu.

Mokhtar kita ni dah round dunia sehingga ke London pada awal 20an ketika saya masih tercungap-cungap belajar. Biarlah dia ceritakan hal tu sendiri.

No HPnya 019-656 7567

ABDULLAH BACHIK DI MANA KAU

Tiba-tiba Zakaria Osman sms bertanyakan ingat dan kenalkah lagi nama Abdullah Bachik dari 6 Sastera 1?

Alamak bertambah lagi manusia hilang yang kena dicari lagi.

Cari jangan tak cari.

SEORANG LAGI MENAMPILKAN DIRI

Saripah Nuri dari 6 Sastera 2, menampilkan diri dengan mengirim emel ringkas kepada saya, nak pastikan emelnya sampai ke tidak. Kali kedua emelnya seperti berikut:

Salam kembali,

Bukan tak caya dengan Billgate tp sebenarnya baru dpt kemudahan internet. Masa Yati telefon tu saya masih belum ada kemudahan ini jd saya buka laman web di rumah. Semalam tiba2 permohonan yang dibuat oleh LHDN untuk saya diluluskan tp kena cuba dulu sebab ada yg tak boleh acess.First trial pada awak.

Tak bertapa di mana cuma 'silent'. Sebenarnya saya tahu Rohana kahwinkan anaknya sbb dia jemput kakak saya dan kakak saya pun pernah bertanya dia sama ada kenal saya ke tidak tp mungkin dia dah lupa. Kakak saya Cikgu Normah mengajar sama dia di Sek.Keb.Mawar sebelum .dia berpindah sekolah.

Lepas 'graduate' di Munshi saya di Penang sama Amin dan Ibrahim (6 Atas Sains). Sebenarnya saya sejak tingkatan empat lagi di Munshi (satu kelas dengan Yati dan Ana).Mul,Sara dan Mas di kelas yang lain (orang lama Munshi). Mas mungkin ingat saya sebab kita orang school player hoki di Munshi dulu (trainer Mr Lee & Cikgu Lajis)

Saya tinggal di asrama semasa tingkatan 4 dan 5 aje lepas tu jd. pelanggan setia bas. Semalam Razak telefon saya dia nak buat surprise tp saya cam suara dia w/pun dah 31 tahun tak jumpa....kantoi....

Mengenai Zai (Zainudin) kali terakhir saya jumpa dia saya di Tahun Dua di USM (kalau tak silap 1980/1981) dia bertugas di Balai Polis dekat2 Chowrasta ketika itu.. mana ada HP jadi terus lost contact.

Sbl. tahun 2007 saya di Jalan Duta.Tahun 2007 saya berpindah ke cawangan Cheras dan lepas tu terjatuh dan lama juga sakit kaki. MC panjang u,cadang2 nak kontek Sara sbb tau dia dah pindah di Putrajaya tak kesampaian sbb HP hilang dan kontek nama pun hilang.

Saya sekarang tinggal di Kajang (Persiaran Teratai 5 Sg Ramal Dalam).

Actually banyak kenangan manis di Munshi. Kump.kita org naik bas tak duduk asrama pelanggan tetap bas (Yati,Sawiah& Lelee) selalu satu bas dengan Darusalam,Rashid dan beberapa orang lagi dah tak ingat nama dan mungkin Yati tak cerita kitaorang ada juga buat kecoh.........siapa yang berkenaan mungkin boleh cerita.

Saya screen gambar reunion Wow... hero-hero kita hebat-hebat belaka mengancam u...Saya rasa cukup untuk kali ini.

Wassalam.

No HPnya 013-2560 736

(Gambar: Berdiri baris tengah dari kiri: Zainab, Fauziah, Rohani (arwah), Rashidah, Jamilah, Faridah, Hasnah, Rohayah, Hayati, Saodah, Hasnah Mahfuz, Sawiah, Lelee, Umi Kalsom, Norliah, Norlida dan Saripah Nuri )

RAZAK LAJIS ADA SAUDARA KEMBAR

Selepas 30 tahun, baru saya tahu sahabat kita Razak Lajis dari 6 Sains ada saudara kembarnya. Sahara yang membocorkan rahsia itu melalui emelnya yang terbaru:

Salam kawan -kawan semua.

Sebenarnya pelajar yg tiada dalam gambar 6 sastera 2 itu ialah saya. Maklumlah saya ni kan orang gurun. Tempatnya jauh. Apa pun yang berlalu tak akan datang lagi. Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya.

Untuk mengimbau kenangan 78, akan ku cari gambar memori lain ketika 78 nanti Insyallah . Tak payah antau special branch atau ASP Adam atau Raduan kerana saya sudah menyerah diri. Moga-mga Datuk K tidak akan ambil tindakan undang-undang. Dato' tentu boleh kautim. Ha ha…

Kalau saya sakit tak susah, saya boleh call Roy di GH. Saya juga boleh call Bakar Lajis di Unit Forensik, saudara kembar Razak Lajis Enam Sains I. Untuk hubunginya ambik no ni 012- 3912003. Saya ada juga jumpa dan telefonnya minta tolong . Kami ada bau-bau durian dengannya. Ini info kali ini, jumpa di lain kali, insya Allah.

Salam buat semua, semoga di pertemukan Allah lagi samada melalu coretan dan perjumpaan.

Kalau Razak boleh kirimkan gambar saudara kembarnya kan bagus...

SEPOHON KAYU DAUNNYA RIMBUN

Ketika program mingguan Persatuan Ugama Islam di SMMA 78 dulu, ianya akan diakhiri dengan lagu ini. Sila klik untuk mengetahui apa yang Mastura, Hidayah dan Rohana dendangkan dulu. Ha ha

Program kami di Persatuan Ugama Islam lengkap dengan pengisian ilmunya, tazkirahnya, motivasinya dan sekaligus hiburan hati. Best tuu. Hanya kenangan dan terus segar di minda kami.

Tak sangka lagu amatur itu kini telah dikomersilkan dan menjadi sumber cari makan kepada golongan artis nasyid. Masa berubah kan....

DATIN WIRA SAUDAH 6 SASTERA 2

Saudah, kini Datin Wira Saudah, 6 Sastera 2, kanan sekali bersama suaminya yang ketika itu SUK Melaka. Dari kiri ialah Hayati dan suaminya En Hamsa.

Saudah sekelas dengan Hayati di 6 Sastera 2, tetapi suami Hayati dan suami Saudah pernah sempat se Munshi pula. Begitulah kecilnya dunia.

Dilapurkan suami Saudah bertugas sebagai KSU di salah satu kementerian di Putra Jaya.

No HP Saudah 019-6691 133

Klik gambar untuk lebih jelas.

MOKHTAR KEMBALI BERTUGAS

Mokhtar, bekas 6 Sastera 1 kembali bertugas selepas cuti sakit akibat pembedahan appendik selama lebih 3 minggu.

Dilapurkan pejabatnya riuh kembali.

Selepas sihat, dia berkungfu semula. Eksyen betui!!!

KIAMAT KECIL LAGI

Tsunami meletus di pantai Tanjung Keling, Melaka.

Hanipah Husin 6 Sastera 1 sudah menjawab talipon Hayati dan nak minum pagi bersama esok atau lusa.

Selepas tu Rohana Hashim pula berjaya menaliponnya. Hanipah dah tak ingat Rohana pun. Ha ha.

No HPnya 017-601 3196

BETULKAH ZAHARAH ISMAIL 6 SASTERA 2

Ejen CIA Munshi di Melaka, Zakaria Osman melapurkan bahawa ia telah mengesan Zaharah Ismail dari 6 Sastera 2.

Hayati sudah tak ingat tetapi Mastura mengesahkan memang benar ada manusia bernama Zaharah tu. Mereka berdua sama-sama ke UKM selepas Munshi. Maknanya ada 3 orang puteri Munshi ke UKM iaitu Mastura, Norjan dan Zaharah.

Saya langsung tak tahu akan hal Zaharah ini.

Kini Zaharah bertugas di PKNM.

NO HPnya 019-655 7715

NORSIR 6 SASTERA 1

Norsir dari 6 Sastera 1 yang juga Pengerusi Persatuan Ekonomi SMMA 1978, kini bertugas di Jabatan Pendidikan Melaka.

No Taliponnya - 012-674 9151
Siapa yang tahu kesahnya selepas Munshi?

Dia pun serupa yang lain, terkial-kial membuka blog ini. Nasibnya badan, orang lama kata kan..
Gambar: Norsir, duduk di kiri sekali.

DIMANA DIKAU HANIPAH

Dilaporkan Hanipah dari 6 Sastera 1 bertugas di Unitem Melaka. Kini Prof Madya Dr Hanipah. Jangan tak tahu oi.

No HPnya 012-682 9484 ikut Maria atau 017-7136 558 ikut Hayati.

Kedua-dua nombor telah dicuba, namun tak berjawab. Lebih teruk dari Zaini Samani nampaknya. Ha ha.

Yang tinggal di Melaka tu, pi lah Unitem tu tangkap dia. Jika perlu bantuan FRU, minta bantuan Adam. Ha ha.

MENANTI GAMBAR

Kita menunggu gambar pasangan hamba Allah berikut:

  1. Hanim
  2. Norsir
  3. Razak Kanapiah
  4. Razak Husin
  5. Maria/Mohd Han
  6. Rani
  7. Zakaria Osman
  8. Mastura Bachik
  9. Rahana Mat Dali
  10. Mulyati/Alias
  11. Kamarudin
  12. Salmiah
  13. Arbaeyah
  14. Noor Kamariah
  15. Mokhtar
  16. Amin
  17. Mazlan
  18. Norizan Mat Tob
  19. Rohaya
  20. Zaini Samani
  21. Saripah Nuri
Boleh emel atau sms atau pos ekspres ke alamat saya di tepi blog.

Cepat ya, saya nak berhijrah ke Kelantan nak masuk hutan. Tak ada line dalam hutan nanti.

HASNAH MOHAMAD MENYERAH DIRI


Hasnah Mohamad dari 6 Sastera 2 telah menyerah diri ke laman blog ini. Ha ha. Baca emelnya:

Salam,

Saya Hasnah Mohamad, dari 6 sastera 2.... .

Kalau dalam gambar tu saya yang berada ditengah-tengah diantara Kak Faridah dengan Si Roy tu...

Terasa rugi sbb tak dapat hadir sama masa hari reunion tu. Tapi kesal di hati ni terubatlah juga bila dihubungi oleh Hayati dan Rohana Dali tempuhhari. Tambahan lagi tak sangka Kak Noor Kamariah datang ke tempat saya bertugas. Begitu juga dengan En Alias Nayan dan isterinya, Muliati (maaf kalau tersilap nama) yang dari kelas sains tu datang berurusan dengan saya.

Gitu juga masa hari TYT tempuh hari, saya terjumpa dengan Datuk kita tu....(Kamaruddin). Siap bergambar lagi.......lain kali akan saya attachkan.

RAKAN_RAKAN SEKALIAN, SAYA AMAT MERINDUI GELAK KETAWA GURAU SENDA DAN ACARA BERPANTUN DARI KETUA KELAS KITA, SI HARIS TU... EN SAUDI, TAMPIN DENGAN ALOR GAJAH TAK JAUH KAN......saya sekarang bertugas kat Alor Gajah le.

Oklah sekian dulu untuk kali ini, moga bertemu kembali.


Ctc no saya 013-6131566
Email : mhasnah@streamyx.com.

(Gambar: Berdiri baris tengah dari kiri: Zainab, Fauziah, Rohani (arwah), Rashidah, Jamilah, Faridah, Hasnah, Rohayah, Hayati, Saodah, Hasnah Mahfuz, Sawiah, Lelee, Umi Kalsom, Norliah, Norlida dan Saripah Nuri )

KETAWA JANGAN TAK KETAWA

Mengikut maklumat SB di Kuala Lumpur dan Seremban, ahli keluarga Adam dan Hidayah terkekeh ketawa menonton gambar ayah ibunya ketika 78 dulu.

Alahai. Nanti anaknya pun ketawa apabila melihat gambarnya pada 30 tahun akan datang...Ha ha. Bak kata Hidayah "budak comot" tu.

ORANG PERTAMA DIKENALI DI MUNSHI

Saya mendaftar di Munshi pada 1978, selepas beberapa jam hari pertama sessi sekolah 1978 bermula. Selepas masuk pagar sekolah dan hendak menghampiri pejabat, ada seorang pelajar di luar pejabat menyapa saya "Ali, dari Kedah ke". Dia sambung lagi, " kawan lama Munshi di Kedah dah bagi tahu hal u".

Pelajar inilah yang mengiringi saya ke Pejabat Sekolah dan seterusnya ke kelas 6 Sastera 1. Lepas tu barulah ditemuduga seorang demi seorang oleh "para gangster" dalam kelas tu. Ha ha. Yang paling saya ingat ialah Zakaria Osman, Mazlan dan Rohana. Tu lah fasal saya sentiasa merindui mereka semua. Ha ha.

Tahukah siapa pelajar pertama Munshi yang saya kenal itu? Jika nak tahu, dengarlah Radio Melaka setiap Isnin jan 9.15 hingga 10.30 malam sehingga di hujung rancangan. Hayati dah tahu fasal dia dengar Radio Melaka semalam.

Kawan ini saya jumpa 2 kali selepas tamat Munshi 1978. Pertama ketika saya di UKM dan berjalan-jalan ke Air Molek menziarahi seorang junior Munshi, lantas mengambil kesempatan berjumpa kawan ini. Ketika itu beliau belajar di MPSI. Kali kedua pada akhir tahun lepas kerana saya ada program berhampiran dengan rumahnya di Air Molek, tetapi tak dapat bersembang lama kerana masing-masing ada urusan segera.

Betapa helpfullnya si kawan ini ketika saya sampai di Munshi dulu, maka saya terasa akan orang Melaka bukan sahaja "hati mau baik be", tetapi sekaligus ringan tulang. Saya tinggal di Batang Melaka, Melaka, yang budaya dan loghatnya ialah Negeri Sembilan. Ha ha.

Saya sedang menunggu gambar terbaru dari kawan ini, baru saya cerita lebih panjang lagi akan liku-liku hidupnya. Sebak juga apabila mendengar ceritanya. Malah saya cemburu apabila beliau mengulas puisi di Radio Melaka kerana saya pun peminat puisi. Ha ha. Apakan daya saya "tersesat" di bidang lain. Wooo!

Dengarlah Radio Melaka setiap Isnin jam 9.15 Malam.

Opps, kat Air Molek ni juga ada seorang rakan 6 Sastera 1 bernama Rohana juga. Siapa yang tahu di mana dia.

INFO RINGKAS RAZAK KANAPIAH 6 SAINS

Razak Kanapiah dari 6 Sains bertugas di SK Bandar Teknologi, Kajang.

Emelnya: mrazak59@yahoo.com.

No HPnya 012-655 7362.

Menurut Razak Kanapiah, beliau hanya kenal Mat Sirat, Razak Lajis dan Darussalam sahaja dalam blog ini. Nampak sangat tak geng dengan 6 Sastera. Ha ha. Sebenarnya beliau tak tinggal di asrama, maka sukarlah nak mengenal rakan 6 Sastera.

Maka, kini 3 Razak telah dijejaki. Razak Lajis, Razak Kanapiah dan Razak Husin.

TEKA TEKI 4 TERJAWAB


Hayati sudah menjawab teka teki 4. Ini dia senarai hero dan heroin 6 Sastera 2.

Duduk dari kiri: Basir, Mastura Bachik, Hidayah Bahari, Hanim, Haris, Miss Tan, Noor Kamariah, Rosnani, Khatijah, Rohana Mat Dali dan Aziz Mat Yassin

Berdiri baris tengah dari kiri: Zainab, Fauziah, Rohani (arwah), Rashidah, Jamilah, Faridah, Hasnah Mohamad, Rohayah, Hayati, Saodah, Hasnah Mahfuz, Sawiah, Lelee, Umi Kalsom, Norliah, Norlida dan Saripah Nuri.

Berdiri baris belakang dari kiri: Rashid Ahmad, Suhdi Abdullah, Zaini Samani, Razak Husin, Kamaluddin Said, Mohd Amin Rohani, Shamsuddin Yusoff, Kamaruddin, Adam dan Zainuddin.

Ada seorang tiada dalam gambar ini. Siapa dan mengapa. Yang terlibat jawablah.

Bagi student lelaki, hanya Zainudin dan Haris sahaja yang belum dikesan. Yang perempuan ramai lagi tu. Cari cari jangan tak cari.

Klik gambar untuk lebih jelas.

ABDULLAH WAHID 6 SAINS DAH RESPON

Abdullah Wahid dari 6 Sains sudah respon hari ini selepas 5 hari saya sms kepadanya. Dia belum menatap blog ini. Dia takut nak call saya pasal tak tahu siapa yang SMS. Hari ini dia makan pil berani untuk talipon saya. Kami bercakap Arab oi. Setakat "khaifa ahluka" sahaja. Ha ha.

Beliau bertugas di PPD Jasin dan tinggal di Batu Berendam.

No HPnya 012-608 6922.

RAZAK HUSIN 6 SASTERA 2


Sabtu lalu Razak Husin dari 6 Sastera 2 sudah respon. Dia menghabiskan dua hari untuk mengkatamkan bacaan blog ini. Ha ha. Shamsudin yang memberitahu akan kewujudan blog ini kepadanya.

Razak satu asrama putera dengan saya. Saya ingat lagi seluar panjang kaki kecilnya itu. Ha ha.

Razak pernah terjumpa Norlida Baba beberapa tahun lalu ketika Norlida mengandung anak ketiga di satu majlis kenduri perkahwinan di Serdang tetapi masing-masing buat macam tak kenal. Sabar aja le.

Katanya Razak ada kena mengena getah bachang dengan Sahara. Eloklah depa yang jelaskan sendiri.

Beliau bertugas di Malaysia Airport Berhad dan tinggal di Serdang.

No HPnya: 019-385 6239

Gambar: Razak Husin berdiri 4 dari kiri di barisan belakang sekali. Aku pun boleh kenal. Jika yang lain tak kenal, tarak punya kawan. Ha ha.

Klik gambar untuk lebih jelas.

PERSATUAN EKONOMI SMMA 78


Berdiri dari kiri: Juwita Hasan, Rohana Hashim, Fauziah Hashim, Adam, Rani, Zaini Samani, Norizan Mat Tob, Hidayah Bahari, Maznah.

Duduk dari kiri: Norsir, Cikgu..., Husin Markom(Pengetua), Cikgu Rashid, Cikgu Rosnah Husin dan Rashidah Rashid.

Rohana yang maklumkan akan gambar Maznah dan Rashidah tu. Saya tak ingat dah. Ada juga yang saya lupa. Ha ha.

Sumber Gambar: Hidayah Bahari.

Terjawab sudah teka teki 2.

Klik gambar untuk lebih jelas.

PERSATUAN UGAMA ISLAM SMMA 78


Berdiri dari kiri: Juwita Hassan(6 Sastera 1), Norsiah Wahab(6 Sastera 1), Mastura Bachik(6 Sastera 2), Zaini Samani(6 sastera 2), Tajuddin Othman(arwah-6 Sastera 1), Ab Ghani Yamin (4 Sains), Husin Awang(5 Sains) dan adik Tk3.

Duduk dari kiri : Ali Maidin, Hidayah Bahari(6 Sastera2), Ustazah..., Husien Markom(Pengetua), Ustaz Harun, tak ingat, Malek-arwah (Tk 4)

Sumber Gambar : Koleksi Hidayah Bahari. TQ Hidayah. Saya tak pernah memiliki koleksi gambar Munshi. Ha ha.

Klik gambar untuk lebih jelas.

TEKA TEKI 4: 6 SASTERA 2

Perhatian kepada hero dan heroin 6 Sastera 2. Kenalpasti wajah anda dan rakan anda. Sila maklumkan di mana posisi anda di dalam gambar di atas. Hidayah yang hantar gambar ini. Jawap jangan tak jawab. Saya menunggu gambar 6 Sastera 1. Siapakah yang masih menyimpannya?

Klik gambar untuk lebih besar lagi.

TEKA TEKI 3: DENGARLAH RADIO MELAKA SETIAP ISNIN

Dengarlah Radio Melaka setiap hari Isnin, dari jam 9.15 hingga 10.30 Malam.

Dihujung rancangan, anda akan mendengar suara seorang sahabat Munshi kita yang berpisah selama lebih 30 tahun.

Siapa dia?

Tunggu setiap Isnin. Dengar jangan tak dengar. Ingat jangan tak ingat. Kenal jangan tak kenal. Woooo!

TEKA TEKI 2


Ini gambar yang diemelkan oleh Hidayah. Hidayah pun tak tau ini gambar kelas atau persatuan apa. Sikit punya haru. Siapa yang tahu sila beritahu. Jawab segera!!!!

Klik gambar untuk lebih besar.

HIDAYAH BAHARI 6 SASTERA 2

Anak Felda Hutan Percha ini dikatakan menyertai Munshi pada tahun 1977. Saya rapat dengan dengan Hidayah kerana beliau merupakan Naib Pengerusi Persatuan Ugama Islam SMMA pada 1978. Pengerusinya ... sayalah.

Hidayah pernah jadi ketua asrama puteri ketika beliau tinggal disitu. Tetapi ketika 6 Atas beliau tinggal di luar bersama kakaknya.

Oleh kerana berlainan kelas, tidak ramai pelajar perempuan dari 6 Sastera 2 yang saya sapa atau berbual kecuali Mastura dan Hidayah sahaja kerana kami satu Persatuan Ugama Islam. Dengan Roy dan Hanim kami bersapa gitu-gitu aja. Ha ha. Sampai sekarang Hanim ingat yang kami pernah bersapa antara satu sama lain. Lantaran itulah hampir kesemua pelajar perempuan 6 Sastera 2 tiada dalam ingatan saya, kecuali apabila anda menyebutnya maka saya akan "terasa pernah mendengar nama itu". Ha ha.

Ketika menunggu result STP, saya menjengah rumah ibu Hidayah di Felda Hutan Percha dan berbual sakan dengan ibunya. Orang Melaka katakan... Ketika ini Hidayah tidak ada kerana dah cabut ke KL meneman anak buahnya yang kecil kot di rumah kakaknya. Woo.

Kini HIdayah bertugas di Telekom Kuala Lumpur. Beliau pernah ditempatkan di PJ, Melaka dan kini di KL.

Semasa saya bertugas di Jabatan Pembangunan Koperasi 1983-1993, saya sempat berketuakan abang iparnya Hidayah. Maka info Hidayah serta keluarganya sentiasa update sahaja. Ketua saya ini melayan saya macam adik beradik kerana dianggapnya saya dan Hidayah "kamceng" sejak di Munshi lagi. Jangan tak tahu Mastura oi.

Selepas majlis reunion pada 1 Feb lalu di rumah Rohana dan setelah menerima "malapetaka tidak mengenal" sebahagian besar kawan-kawan Munshi yang hadir, termasuk Mastura, maka sejurus sampai rumah semula, Hidayah menyelongkar gambar-gambar lama di Munshi!!!.

Suami Hidayah, Redhuan namanya ialah anakanda kepada Hj Sharif Sukar, seorang aktivis Salafi (atau juga disebut kaum muda). Ketika di Munshi dulu, saya sempat menziarahi Hj Sharif Shukar beberapa kali untuk mendapat penjelasan dan pandangan atas beberapa masalah agama. Tak sangka pula anaknya ini menjadi suami kepada Hidayah. Kecilnya dunia. So, apabila saya berjumpa dengan Ridhuan, banyaklah yang boleh saya goreng dengan dia. Wooo.

Amboi, panjang pula cerita Hidayah ni. Semalam Hidayah membuat kejutan. Dia hantar emel beserta dengan gambar-gambar lama di Munshi. Saya akan masukkan satu persatu. Bacalah emelnya Hidayah, yang dipanggil Dayah oleh Mastura:

Asalamualaikum..

Teman Blog MA78,

Apa khabar?

Semoga semuanya sejahtera selalu (insyallah). Buat teman-teman yg mendahului kita semoga Allah menempatkan mereka di golongan hambanya yg beriman-(AlFatihah).

Kenal Dayah lagi tak? Budak comot Felda Hutan Percha tu! He he he..

Dayah masih ingat satu peristiwa di Minggu Orientasi. Oleh sebab Dayah tak mahu pakai T-shirt lengan pendek, Dayah kena lelong lari keliling dewan oleh kakak dan abg senior. Hu hu.. segan! tapi itulah satu kenangan manis yg Dayah masih ingat.

Terharu + terkedu Dayah dpt menemui teman-teman pada 1/2/09 yg lalu. Maaf tak semua Dayah kenali dan ingat. Tak sangka selepas 31 tahun terpisah, Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan pertemuan ini buat kita.
Tapi Dayah tak dpt tunggu lama sehingga pertemuan selesai sebab Dayah bawa balik cousin husband yg pergi berubat di Muar. Kasihan takut mereka tunggu lama.

Ali dan Sudhi, terima kasihlah atas usaha anda. Harapan Dayah kita akan berkesempatan lagi untuk bersama dan dapat mengumpulkan teman-teman yg lain pula.
Tahniah!!! Buat kalian yg berjaya membina kerjaya dan kehidupan yang bahagia.
Tahniah juga buat kalian yg telah menemui cinta lebih awal.. akhirnya berjaya membina istana bahagia yg di impiankan.. Caya la lu.. He he..

Masa dulu.. terasa cemburu juga ,maklumlah budak comot sapa nak? Haha.. Tak dapat bercinta begitu juga di alam pekerjaan.

Alhamdulillah di usia ke-24, Dayah menemui suami pilihan keluarga dan pada usia yang sama, Dayah berkahwin. Alhamdulillah bercinta selepas kahwin hingga kini Dayah bahagia dengan apa yg Allah kurniakan.

Bersama ini disertakan gambar semasa SMMA dulu.

Mungkin dengan gambar itu kalian akan dapat mengesan teman-teman yg lain pula.
Dan yang paling bestnya.. Dayah dapat jumpa Cikgu kesayangan kita Mat Daud. Beliau buka tadika di Peringgit di mana anak Dayah pernah belajar di sana pada 1998.

Beliau adalah guru Dayah masa Sekolah Rendah di Felda Hutan Percha. Norlida tentu ingat kan? Cikgu Mat Daud pernah kena kejar oleh peneroka Mat Gajah namanya kerana mengurung anak beliau dalam almari. Tak sangka dari ibu hingga keanak berjumpa dengan Cikgu Mat Daud ini. Panjang juga jodoh dengan Cikgu Mat Daud ini ya.

Sekian,untuk kali ini.. Kalau berkesempatan, Dayah akan menulis lagi..

Salam buat kalian. Senyum selalu!!

Hidayah Bahari

No HPnya 013-6180312

TEKA TEKI 1- SIAPA PAK HAJI INI


TEKA SIAPA PAK HAJI DALAM GAMBAR DI ATAS. JAWAB SEGERA KE 012-2104244. HA HA HA. JANGAN KAU TAK KENAL SHAMSUDIN OI!!!

KLIK GAMBAR - LEBIH BESAR NAMPAKNYA

YAAKOB MESRA IT KINI


Hari ini saya tergelak besar, akhirnya kawan lamaku dah pandai hantar gambarnya melalui emel. Ya hoooo!

Tengoklah wajahnya yang masih muda bersama isterinya nan satu.

Bukan dia takut isteri nak kawin lagi tetapi isterinya tak takut kat dia. Ha ha. Gurau je Kobbb.

EMEL YAAKOB LAGI

Hari Sabtu pun Yaakob mengadap internet dan sempat mengirim emelnya. Ini emelnya yang terbaru:

Salam saudara Ali dan rakan-rakan

Aku memang dah tahu cerita loceng jam berbunyi di dewan peperiksaan STP dulu tu jam loceng Tn. Hj. Shamsuddin punya hal. Saja nak recall teman-teman semua. Jadi kita boleh beritahu anak-anak dan cucu-cuku kita kalau nak cemerlang dalam peperiksaan , jangan lupa bawa jam loceng macam Tn. Hj. Shamsuddin buat dahulu.Mungkin ada banyak lagi petua nak cemerlang dalam peperiksaan. Jadi kita bolelah congkil rahsia Tn. Hj. Shamsuddin apa yang dia bawa peralatan ke dewan peperiksaan sehingga Tn. Hj. berjaya hingga sekarang.

Aku sekarang sedang cuba call rakan-rakan yang aku ingat untuk join blog ini dan dapatkan maklumat terkini tentang mereka.

ROHANA HASHIM 6 SASTERA 1


Rohana Hashim, 6 Sastera 1, berasal dari Kg Arongan, Tampin. Rakan-rakan di Munshi yang yang pernah sekelas dengan Rohana ketika di Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Sultan Mansor Shah, Pulau Sebang ialah Norizan Mat Tob, Salmiah, Hasnah Mahfiz, Fauziah Hashim, Arbaeyah dan Ramlah. Arbaeyah dan Fauziah joint Munshi lebih awal lagi kerana mengambil aliran sains di Tingkatan 4. Setakat ini kita tahu di mana Norizan, Salmiah, Hasnah dan Arbaeyah tetapi tak tahu di mana Ramlah.

Selepas tamat Munshi pada 1978, Rohana ke Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Disitulah beliau selalu ternampak cikgu Mohamad Daud yang penuh cerita pahit di Munshi pada 1977 -1978. Ha ha.

Menurut nota Rohana, beliau bertugas di banyak tempat seperti berikut:

1981-1982 : SRJK(C) Peng Min, Gadek, Alor Gajah
1983-1985 : SK Datuk Abdullah, Gemencheh, NS
1986-1990 : SRJK(T) Tampin
1991-1995 : SRJK(T) Convent, Seremban
1996-2003 : SK Mawar, Seremban
2004- sekarang: SK Seremban Jaya.

Apabila melihat nota di mana Rohana mengajar, saya tergelak besar kerana beliau pernah mengajar di SK Datuk Abdullah, Gemencheh. Mengapa? Itulah sekolah rendah saya dari darjah 1 hingga 6 pada tahun 1966-1971. Ha ha. Nasib Rohana tak tau. Jika dia tahu, agaknya hari-hari dia bercakap dengan bayang saya di situ. Wooo.

Puas sudah Rohana mengajar kerana beliau juga mengajar di sekolah Cina dan Tamil. Mesti dia pandai geleng kepala macam Rajnikanth.

Rohana hadir majlis reunion pada tahun 2000 di rumah arwah Tajuddin/Juwita. Pada 1 Feb lalu dia menjadi tuan rumah reunion kita pula. Tima kaceh.

Rohana merupakan tetamu tetap setiap kali program anjuran Persatuan Ugama Islam(PUI) di Munshi dahulu dan yang saya paling ingat ialah beliau menjadi penjaga masa pada pertandingan bahas sekolah seluruh Melaka yang di adakan di Munshi, dimana PUI Munshi menjadi tuan rumahnya.

Apabila saya pindah ke Munshi dari Jitra, silibus Ilmu Alam Kemanusiaan telah diajar terlebih dahulu disini ketika Tingkatan Enam Rendah. Saya tidak ada nota tersebut kerana semasa Tingkatan 6 Rendah di Jitra, sekolah saya dahulukan paper lain. Maka Rohana membuat kerja percuma dengan menyalin nota tersebut untuk saya. Baik punya orang. Satu buku oii. Sampai sekarang saya terfikir, mengapa tidak dipotostat sahaja nota itu. Kes inilah yang membolehkan Roy dan rakan-rakan sewaktu dengannya melelong cerita lain pula di pasaran Munshi. Sikit pun saya tak marah kat Roy yang melelong cerita ini kerana kalau tak ada cerita baru yang boleh dilelongkan, apa yang Roy nak jual di Munshi tu lagi. Woo. Jangan mare Roy. Gurau aja.

Kini Rohana telah bermenantu 2 orang. Cepatlah beliau menjadi nenek antara kita. Ha ha.

Beliau tinggal di Taman Tuanku Jaafar Seremban, sama dengan Adam dan Rashidah, sahabat se Munshi kita.

Jika Juwita Hassan kehilangan suaminya Tajuddin 2 tahun lalu, Rohana pula diuji suaminya yang mengalami stroke pula yang menyebabkan ganguan kebolehan bercakap. Demikianlah ujian Allah kepada beberapa orang sahabat kita.

Kita doakan Rohana diberi kekuatan Allah swt untuk mengharungi hidup ini dan sukses dunia akhirat bersama suami, anak dan menantu tercinta.

No HPnya 012-697 6897

(Gambar: Rohana bersama suaminya Zahar Epi)

PENGAMAL ILMU BUNGKUS

Di Munshi ada pelajar yang tidak mengambil kertas Sejarah Dunia dan sebaliknya mengambil Kertas Sejarah Islam. Pihak sekolah tidak menyediakan guru yang mengajar kertas Sejarah Islam.

Maka, kekawan yang mengambil kertas sejarah Islam, belajarlah sendiri.

Kononnya cerita mengikut Mastura, Tuan Pengetua masuk kelas 6 Sastera 2 dan marahkan pelajar yang mengambil kertas Sejarah Islam dan belajar tanpa guru, macam pengamal ilmu bungkus.

Nasiblah pengamal ilmu bungkus Munshi 78 dulu tu tidak sesat dan ramai pula kini yang menjadi guru yang dedikasi berkhidmat untuk ibu pertiwi. Ha ha.

Oh ya, Mastura masih ingat lagi peristiwa jam loceng Shamsusdin yang mendering kuat yang meruntuhkan telinga pelajar yang sedang menjawab soalan peperiksaan. Ikut Hayati, masa tu sedang menjawab Kertas Am.

JUMPA KAWAN DI MASJD AN-NABAWI

Jika Rohana Hashim jumpa sahabat lama Munshinya bernama Jamaliah bte tak tahu di Mina, pada 2003 tetapi Hanim pula terjumpa Sharifah Nuri di Masjid An-Nabawi pada musim Haji 2002. Selepas tu bila balik ke Malaysia tak jumpa dah. Baik punya kawan. Ha ha.

Inilah perangai kekawan kita, tukar no talipon pun tak nak bagi tahu. Allah sengaja jumpakan kita di tempat yang mulia tu ada sebabnya...

Dikatakan Sharifah Nuri bertugas di LHDN. Siapa yang rapat tolong carikan. Tolong tolong. Saya tak pernah bercakap dengannya di Munshi, takkan nak mengada-ngada nak cari dia. Ha ha.

Si Jamaliah bte tak tahu, kawan Rohana Hashim pun tak tahu di mana. Tolong carikan.

Alahai Hanim oi...

LAGU SEBELUM TIDUR

Sebelum tidur malam ini, dengarlah lagu ini. Klik di sini.

Kena replay, baru lancar lagunya.

DARUSSALAM BUDIN 6 SAINS

Selepas berpisah dari Munshi 1978, saya bertemu semula dengan Darussalam ketika majlis mini reunion di rumah arwah Tajuddin Othman/Juwita pada April 2000. Tak sangka saya arwah Tajuddin boleh mengesan Darussalam. Mungkin mereka sekampong kot.

Bekas pelajar Munshi 78 ini berbadan sasa dulu, rakan seasrama saya. Beliau hadir juga ketika majlis reunion 1 Feb lalu di rumah Rohana Hashim. Masih gagah lagi nampaknya,

Berdasarkan nota beliau kepada saya, liku-liku Darussalam seperti berikut:

1980 - UPM
1988 - Penjara Kajang
1990 - Ibu Pejabat Penjara, Kajang
1995 - Penjara Sg Petani
1998 - Penjara Muar
2001 - Sekolah Henry Gurney, Melaka
2004 - Penjara Sg Buloh
2007 - Ibu Pejabat Penjara, Kajang.

Rupa-rupanya Kajang bukan sahaja bandar sate, tetapi juga mempunyai ibu pejabat penjara. Tak sangka pula disitu.

Nampaknya Darussalam pakar dengan perangai para banduan. Harap jangan kita masuk penjara, kok dilanyak oleh Darussalam nanti... ha ha

No HPnya 019-6260006

DATO KAMALUDIN MD SAID


Kamaludin, kini Dato Kamaludin Said, anak Bachang Melaka menyertai Munshi pada 1977. Pelajar macho ini sering dilihat berjalan laju bila berjaan balik selepas tamat sessi sekolah. Oleh kerana saya duduk ditepi kelas dan kelas pula di bahagian tangga turun, maka pelbagai gelagat pelajar yang dapat saya perhatikan dan menganalisa sendiri di hati.

Selepas tamat Munshi 78, Kamaludin belajar di UM pada 1979-1982 dalam bidang Undang-Undang. Rupa-rupanya ada dua orang student Munshi 78 yang mengambil jurusan ini dan seorang lagi ialah Yaakob Mat Sam. Ingatkah anda lagi akan nama ini. Saya hanya diberitahu oleh Rani kelmarin apabila beliau respon dengan sms saya.

Apabila berjumpa semula Kamaludin pada majlis reunon pada 1 Februari lalu di rumah Rohana, saya sudah boleh mengagak paras wajahnya. Rambutnya masih lebat dan hitam bugar lagi. Ha ha. Sepanjang pertemuan ini, beliau cool sahaja, tidak kelam kabut seperti mana tahun 1978 dulu. Sesungghnya profesion beliau kini telah membina perwatakannya seperti yang saya lihat sekarang. Wooo.

Hanya Mat Aris, Rashid Ahmad, Rohana Hashim dan Kamaludin sahaja yang mengisi borang khas yang kami sediakan ketika majlis reunion lalu diisi dengan lengkap. Maka banyaklah yang boleh saya paparkan dalam blog ini.

Kemana Kamaludin selepas tamat UM pada 1982. Beliau mencatat di dalam nota tempohari seperti berikut:

1984-1986 - Bank Negara
1986-1987 - Majisteret Batu Gajah
1988-1994 - Jabatan peguam Negara
1994-2000 - Kementerian Dalam Negeri
2000-2001 - Kementerian Belia dan Sukan
2001-2003- Timbalan Pendakwa Raya
2003-2005 - Peguam Kanan Persekutuan
2005-2008 - Timbalan Ketua bahagian Guaman
2009 - - Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara

Nampaknya karier Kamaludin meningkat takah demi takah dalam sistem pentadbiran perundangan negara kita. Karier ini tidak memungkinkan ia terlalu mendedahkan dirinya kepada pihak awam demi menjaga integriti perkhidmatannya. Kesanggupan beliau hadir dan bermesra dengan kita pada majlis reunion tempohari satu pengorbanan besar.

Teringat saya akan komen Sahara mengenai Kamaludin yang dikatakan sombong masa belajar dan mesra apabila menjadi bosnya di KBS pada tahun 2000. Sebenarnya semasa belajar Kamaludin mungkin serius dengan cita-citanya sehingga tak sempat melayan kerenah pelajar lain khususnya pelajar perempuan. Ha ha.

Mengikut Mastura, Kamaludin selalu tak mahu kalah dengan pelajar perempuan dalam kelas. bila berhujah. Ha ha. Itulah sifat penakluk!

Berdasarkan info Shamsudin, Kamaludin menerima anagerah Dato dari kerajaan Pahang dan Melaka atas merit perkhdimatannya. Beliau berdua sesekali main golf bersama oi. Saya dengan Suhdi nak beli kayu golf pun tak mampu. Ha ha.

Mengikut khabar angin yang sohih, isteri Kamaludin sekarang, Datin Hamidah Hassan merupakan pelajar junior Munshi dan pernah menjadi pelajar terbaik Munshi , tetapi tak tahu ketika apa, samada SPM atau STP. Mengikut Aris Bakar "aku pernah terpandang Kamaludin dengan isterinya itu di UM naik bas bersama". Ha ha pecah rahsia Dato kita. Jangan Aris tersilap orang sudah le. Harap-harap itulah orangnya yang kini sebumbung dengan Kamaludin.

Demikianlah coretan saya mengenai Kamaludin yang kini Dato Kamaludin berdasarkan pelbagai sumber yang sampai ke telinga saya. Saya hanya mencatat sejarah lalu untuk tatapan kita supaya bahagia dengan makanan nostalgia ini. Wooo

Kita doakan Kamaludin akan terus sukses dunia akhirat.

No HPnya 012-237 6828

CERITA PELBAGAI KAWAN MUNSHI

Wah, Hayati mencatat banyak sekali kesah kekawan Munshi melalui emelnya sebentar tadi. Tak larat saya nak edit. Bacalah sendiri, tentu kenyang dan tak payah makan malam hari ini. Ha ha.

Emelnya:

Assalammualaikum,

Saya cuba juga konteks beberapa rakan yang masih tak tau ujudnya blog munshi ni. Antaranya Lelee Ghani, yg sekarang mengajar di SMK Bukit Gambir, Muar Johor, Hp 0176296467. Hanipah Husin (Tim) di UTeM, Ayer Keroh, sebagai Prof Madya disana. Saya pernah jumpa dia dulu dan diberi no hp 0127136558. Tadi saya try call dan sms dia, tapi tak dijawab. Ali cubalah sms, kot2 dia jawab.

Saya juga dapat konteks Rohaizan Abd Rahman, dia kerja kat Risda, Kuala Berang, Terengganu. Tak reti duduk diam si Rohaizan ni. Dulu dia bela ikan dalam sangkar, sempatlah saya merasa ikan masak tempoyak masa kenduri kawin adiknya, sekarang ni menternak kambing pula. Janganlah heran saya tau serba sedikit kisah dia, sebab adik dia kerja sepejabat dengan saya.

Saya call juga Mulyati Idris, hp 0129724317, suaminya Alias 6 Sains 1-(sekelas rupanya), kiranya dulu bercinta sambil belajarlah mereka ni masa dalam kelas. Kedua2nya cikgu, rasanya Suhdi tau Alias ngajar sekolah mana. Saya pernah kerumah mereka di Kg Melaka Pindah, banyak pokok rambutan gading. Kira penuh bonet kereta kau Li kalau pergi masa musim buah.

Maria dan Mohd Khan tinggal di Kg Kandang, tiap2 hari saya balik kerja lalu depan rumah mereka, tapi tak sempat nak singgah sebab sebab stering dan brek kereta bukan di bawah kawalan saya.

Saya juga sempat call Hanim masa saya on the way ke Serdang pada 6/2/09. Tak sangka kawan kita ni berbakat dalam kraftangan. Sesiapa yang nak buat apa2 gubahan/hiasan untuk majlis perkahwinan (anak aje tau, bukan untuk diri sendiri), majlis dipejabat, konvokesyen dll, boleh konteks Hanim. Tempahan kuih raya almond london pun boleh dibuatnya. Gerenti sedaplah.

Ni nak cerita sikit kisah Zaini Samani. Rupa2nya pejabat dia 200-300 meter dari pejabat saya. Lepas reunion, saya try call dia beberapa kali, tak jawab langsung. Betullah kata awak , dia memang misteri dan tak jawab tel atau sms. Tapi pada 10/2/09, rupanya itu hari bertuah saya, dia jawab tel, terus saya buat temujanji untuk breakfast bila ada kelapangan.

Lepas tu saya call Suhdi, beritau dia program saya dengan Zaini, dia nak joint sama. Nampak gayanya saya kena warwarkan pada Rohana Md Dali dan Razak Lajis. Datuk Md Sirat tak boleh ajak, sebab dia tentu sibuk. Bolehlah kami berkumpul sambil raikan Rohana yang akan tukar ke KL dalam bulan Mac ni. Mana kawan2 lain yang berhampiran bolehlah joint sama.


Rohana banyak juga merantau kerana ikut suami. Sebelum ke Melaka, dia sempat kerja di Jalan Duta KL, Perlis, Miri Sarawak, Bintulu Sabah, dan entah mana lagi, sampaikan dia kurus kering masa baru bertukar ke Melaka. Sekarang ni dia dah sihat walafiat. Mereka suami isteri menguasai 2 agensi percukaian yang terbesar di Malaysia- LHDN dan Kastam. Suami Rohana Pengarah LHDN Melaka, bulan depan akan tukar ke Shah Alam. Nampak gayanya bertambahlah geng si Sarah kat Subang Jaya tu.

Saya trace Lelee melalui sistem HRMIS, dan akhirnya dapatlah mengesan no hp dia. Sorang kawan munshi pun dia tak tau berada dimana. Saya beritau tentang blog munshi, nak tau apa kata dia? "Saya hal2 internet ke tak berapa tau, nantilah saya suruh anak saya tengokkan".

Alamak! saya terkenang zaman mak2 kita yang tak tau apa2, rupanya kita mewarisi perkara yang sama dalam versi lain. Dan kini saya sedang mengesan Sawiah dan Saripah Nuri. Kami terputus hubungan selepas berumahtangga, agaknya leka mengira anak sampai terlupa antara satu dengan lain.
OK. Lain kali saya sambung alkesah.

SIAPA PUNYA JAM HA?

Selepas emel Yaakob diterbitkan dalam blog ini, Hayati terus sms :

"Dah baca emel Yaakob. Masa tu paper Kertas Am.
Shamsudin set jam loceng itu"

Entah-entah Shamsudin pun dah lupa. Ha ha.

EMEL DARI YAAKOB OTHMAN - YAAHOO

Semalam Yaakob Othman, 6 Sastera 1, Ketua Kelas kami berhempas pulas membuka blog ini selepas diberitahu oleh Zakaria Osman. Hari ini sahabat kita ini, dah hantar emel melaporkan diri joint the club. Ha ha.

Baca emelnya yang menyimpan kesah lama 78:

Assalamualaikum.

Aku tak sangka ada laman blok kumpulan kita. Kalau tahu dah lama aku layari. Masih ingatkan pada satu ketika sedang semua sedang asyik menjawab kertas peperiksaan STP. Aku tak ingat kertas apa tetapi peperiksaan ini dijalankan pada waktu petang. Tiba-tiba loceng jam berbunyi. Apa lagi kawan kita kelam-kabut matikan jam tersebut. Haru biru dibuatnya. Itulah salah satu peristiwa yang masih dalam kenangan kita semua. Masih ingat tak.

Untuk pertama kali aku nak melapor diri kepada kawan-kawan semua. Seronok membaca berita dari kawan-kawan semua. Maaf tak dapat hadir pada reunion pada 1 Februari yang lalu. Kalau kawan-kawan nak tahu aku sekarang bertugas di Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh je. Nombor Tel : 012-3724986 atau email ke yaacoboth@yahoo.com. Kalau senang-senang telefon atau singgah ke sekolah.

PAK CIK DAN MAK CIK MUNSHI BERTEMU KEMBALI


Dari kiri: ASP Adam, Zaini Samani, Suhdi Abdullah, Mat Aris Bakar, Sahara, Norlida dan Hayati

AKSI YB MAT SIRAT 1 FEB 2009 LAGI


YB Mat Sirat sedang berucap pada reunion 1 Feb 2009, bukannya kempen pilihan raya tau. He he.

HAYATI JUAL TEMBERANG 1 FEB 2009


Hayati jual temberang. Semua ketawa. Orang Melake katakan...

DATO BERTEMU DATO PADA 1 FEB 2009

Datuk Kamaludin Said bersalam dengan YB Datuk Mat Sirat. ASP Adam dan Zakaria sedang memandang aksi tersebut.

LAGI AKSI 1 FEB 2009

Dari kiri: Rashid Ahmad, Ali Maidin, Suhdi Abdullah dan Datuk Kamaludin Said.

"Apa khabar Datuk K" tanya Suhdi.

YAAKOB, AMIN, RAZAK DAH RESPON


Bertambah lagi geng Munshi 78 yang respon kepada blog ini kearah the greatest reunion 78 yang akan dilaksanakan dalam tahun ini juga.

Semalam yang telah respon ialah:

Yaakob - Ketua Kelas 6 Sastera 1 - No HP: 013-3724986

Mohd Amin Rohani - 6 Sastera 2 - No HP: 012-222 9607

Razak Khanapiah - 6 Sains - No HP: 012-655 7362.

Terima kasih kepada Zakaria Osman dan Mastura yang berjaya menjejak mereka.

Insyaallah lama-lama terhimpunlah sekumpulan manusia yang hilang sejak 1978. Ha ha.

Kini sedang menjejak Fauziah Hashim, Siti Hanipah, Rosnani Yus dan Sharifah Nur. Tolong tolong!

(Gambar: Dari kanan berdiri: Yaakob ke 3 dan Amin ke 4. Klik gambar untuk lebih jelas)

HEBATNYA 11 FEBRUARI HANIM OI

Alahai, saya tak perasan semalam 11 Februari, tarikh lahir Hanim bersamaan dengan tarikh ulang tahun Revolusi Islam Iran juga. Saya ada membuat sedikit ulasan terhadap revolusi itu dalam blog lain. Untuk mudah baca aja di sini seperti berikut:

3 KELAINAN REVOLUSI ISLAM IRAN

Apakah kelainan utama Revolusi Islam Iran dengan revolusi lain pada abad moden ini?. Secara ringkasnya ialah ada tiga kelainan:

Pertama, pemimpin dan cara hidup pemimpin revolusi itu. Revolusi di Iran dipimpin dan digerakkan atas nama Islam lanjutan dari semangat syahidnya cucu Rasulullah saw, Saidina Husein di Kabala. Semangat "Karbala" sentiasa dihidupkan setiap tahun di bulan muharam sempena syahidnya Saidina Husin. Maka semangat revolusi sentiasa segar di dalam dada dan jiwa rakyat Iran. Sejak Imam Khomeini menjadi pemimpin tertinggi Iran sehingga kepada Ali Khamanei, kehidupan mereka tetap sederhana, walaupun ianya sebuah negara kaya sebagai pengeluar minyak terbesar dunia. Lambang zuhud, warak, tidak bermewah, tidak bermegah dengan gelaran dan harta benda merupakan manifestasi akhlak Rasullullah saw sebagai pemimpin dunia. Jika mereka mahu hidup mewah, dunia tidak akan kata apa-apa kerana memang itulah perangai dan cara hidup pemimpin dunia jika mereka memerintah.

Kedua, Iran secara jelas, tegas, dan yakin tidak tunduk dengan dasar dan arahan imperialis Amerika. Walaupun Libya dan Iraq juga dilihat pernah tidak tunduk kepada Amerika tetapi akhirnya secara senyap, terpaksa akur dengan arahan Amerika. Iran seolah-olah Vs dunia. Itulah objektif sebuah negara Islam, membebaskan dunia dari perhambaan sesama manusia kepada tunduk kepada Allah swt.

Ketiga, rakyat Iran berjaya ditanam semangat jihad bersedia menerima risiko berperang dengan mana-mana kuasa besar di dunia ini demi Islam. Semasa lawatan saya beberapa kali ke Iran dan saya bertanya sendiri kepada pemandu teksi dan bas; jawapannya mereka sanggup syahid jika itu arahan Imam Ali Khamanei.

Ya, Iran bukan sebuah negara terpencil memikirkan hal negerinya sendiri, tetapi ia sedang menyediakan pemikiran kepada semua pemimpin negara-negara umat Islam di dunia ini supaya membebaskan diri dari cengkaman pemikiran Amerika, pelindung zionis Israel!!!!

SELAMAT HARI LAHIR HANIM

Hebat persahabatan Sahara-Hanim. Beliau ingat hari ini hari lahir Hanim. Baca emelnya:

Salam,

Hari ini hari lahir Hanim

Sama-sama kita doakan semuga dipanjangkan umur, dipertambahkan rezeki dan keimanan.Renungan buat kita semua perbanyakkanlah ingatan kita kepada Yang Esa. Ingatlah persiapan kita yang kita nak bawa kesana. Kita ini hanya pedagang , ibarat orang berdagang persiapkanlah barangan yang perlu bawa sebagai persiapan. Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.Banyak syukur dan terus beristiqamah kepadanya.

Sekian, Wassalam

Sahara Tawil

019-3561613

Kepada Hanim, selamat mengharungi setengah abad kedua.

4 PAK CIK MUNSHI PADA 1 FEB


Suhdi aja tak tinggal kat asrama. Dari kanan: Razak Lajis, Rashid Ahmad, Zaini Samani dan Suhdi Abdullah.

SIAPA TEMBERANG SIAPA PADA 1 FEB


Suhdi, YB Mat Sirat, ASP Adam dan Darussalam. Tak tahulah siapa temberang siapa.

AKSI HAYATI PADA 1 FEB

Hayati Harun : 2 dalam 1; bersalam dengan isteri Suhdi dan sekaligus bertanya khabar YB Mat Sirat.

AKSI DATUK KAMALUDIN LAGI PADA 1 FEB

Entah apa yang Datuk Kamaludin tanyakan tu...

AKSI YB DATUK MAT SIRAT


31 tahun lalu di Munshi, siapa yang akan menyangka Ketua Murid ini akan menjadi Ahli Parlimen. Sempat juga kita mendengar celotehnya pada 1 Feb lalu.

NORHIZAN MAT TOB DAH RESPON

Ingatkan cukup dah saya mengupdate blog hari ini, tiba-tiba masuk emel Norhizan Mat Tob. Norhizan sekelas dengan saya, sesekali sahaja dapat menyapanya fasal jarak tempat duduknya agak jauh dari saya. Saya rasa saya boleh kenal dia jika dia hadir pada majlis reunion pada 1 Februari lalu, walaupun selepas 31 tahun berpisah, macamana saya boleh teka Sahara.

Baca emelnya:

Assalamualaikom kawan-kawan lama.

Hamba begitu cemburu apabila melihat gambar-gambar anda semua....tapi mungkin ada hikmah di sebalik ketidakhadiran saya di rumah Rohana tempoh hari. Sememangnya itulah antara impian saya yang bertahun-tahun belum tercapai. Ingin bertemu semula kawan-kawan lama setelah berusia begini....tentu banyak perubahan fizikal dan minda.

Kalau anda semua masih ingat saya yang bernama Nor Hizan Mahtob. Iya...saya lah ni yang sepatutnya bersama kawan-kawan setelah 31 tahun kita semua berkelana di bumi Allah ini. Alhamdulillah, hari ini saya dapat menatap wajah anda semua. Oppss maaf....terpaksa tangguhkan dulu catatan ku ini. Dah kena panggil untuk meeting. jumpa lagi ya.

Salam rindu buat semua........

KESAHNYA SHAMSUDIN MD YUSOF

Hj Shamsudin Yusof, 6 Sastera 2 rajin menalipon kekawan Munshi dan pernah menghimpunkan sahabat se Munshi di rumahnnya pada beberapa tahun lalu. Tetapi tiada gambar yang diboleh dirakam di blog ini. Rugi betul le.

Semalam saya terima emelnya yang mencatat rakaman hidupnya selepas keluar Munshi pada 1978. Ini emelnya:

Assalamualaikum Saudara Ali,

Minggu lalu saya berpeluang untuk menjenguk blog yang saudara wujudkan. Terasa ralat tak dapat meluangkan masa pada 1 Feb yang lepas. Terima kasih kepada Cikgu Rohana yang sudi menjemput saya

Tetapi apa nak buat saya dah ada prior arrangement, saya pohon maaf. Cuti panjang minggu tu dan masing-masing dah ada program. InsyAllah kita akan berjumpa lagi dalam masa yang terdekat di rumah Datuk Mat Sirat Abu di Melaka. Ini berita yang saya dapat apabila menghubungi beliau baru-baru ini.

Apa-apa pun syabas dan tahniah saya ucapkan kepada saudara Ali di atas usha-usha anda mengujudkan blog untuk kita berinteraksi dan catch up dgn kawan-kawan. Dgn networking yang sedia ada, mungkin kita boleh memikirkan apa yang boleh kita buat secara bersama utk kebaikan semua.

Saya juga berpeluang menghubungi kawan-kawan minggu lalu khususnya Rashid, Aziz, Amin, Rohaya, Mastura, Mazlan, Hanim, Sarah, Hayati, Suhdi, Norlida dan Zakaria. Banyak update yang saya dapat dan saya turut berasa bangga dengan pencapaian mereka samada dalam bidang akademik dan kerjaya. Ada juga berita tentang kawan-kawan yang telahpun meninggalkan kita khususnya Tajudin, Rohani, Yasin, Asah dll. Kita cuma dapat memanjatkan doa kepada Tuhan agar roh mereka dicucuri rahmat dan mereka tergolong dikalangan orang-orang yang akan masuk syurga.

Di dalam satu majlis di PWTC baru-baru ini, saya terserempak dengan Aris Bakar. Kalau tidak kerana gambar beliau yang terdapat didalam blog saudara, saya mungkin tidak dapat mengecam beliau. Kami sempat minum pagi dan bertukar-tukar pandangan.

Selepas belajar di Munshi saya bekerja di Bank Bumiputra (M) Bhd, Caw Jalan Kota Melaka sbg kerani/juruwang selama 3 tahun. Dalam masa yang sama, saya mendaftar sbg pelajar off -campus di USM Pulau Pinang. Kemudian saya meneruskan pengajian MBA secara twinning dgn Newport University, USA.

Selain daripada Bank Bumiputra, saya pernah berkhidmat dgn Bank Simpanan Nasional, Oriental Bank Bhd dan EON Bank Bhd memegang pelbagai jawatan.

Sekarang ini saya bertugas di Malaysia Building Society Bhd anak syarikat KWSP sbg Pengurus Besar dan alamat lengkap seperti berikut: Malaysia Building Society Bhd, Tingkat 11, Wisma MBSB, 48, Jln Dungun, 50490 KL. Tel : 03- 20954000. DL : 03-20993541. HP : 019-6209999. Fax : 03-20941332. Email : shamsudin@mbsb.com.my

Hj Shamsudin bin Hj Md Yusoff

Oh, jangan lupa, kawan kita Mohd Amin Rohani pernah memberi wang yuran peperiksaan STP kepada Shamsudin sebagai pembakar semangat agar beliau mengambil STP lagi.

Kini Shamsudin juga tengah berkira-kira nak membuat Phd. Hebat semangatnya. Harap berjaya. Belajarlah - "minal mahdi ilal lahdi"

No Talipon Shamsudin 019-620 9999

(Gambar: Berdiri dari kiri yang keempat ialah Shamsudin. Klik gambar untuk lebih jelas)