Belajar Islam tidak ada penamatnya. Belajar secara formal atau tidak formal. Secara formal mungkin berguru di masjid, di pondok, di universiti atau secara berkummpulan/usrah . Tak formal mungkin secara berdiskusi, membaca dan menghadiri seminar.
Bila belajar kena terbuka. Jika berbeza dengan pendapat kita atau guru asal kita, teruskan pengkajian dan penyelidikan. Carilah yang terbaik. Jika kita telah yakin dengan sesuatu pendapat, beramallah tanpa memaksa orang lain menerima pendapat kita. Dalam langit terbuka ini, semua orang bebas mencari maklumat dan menentukan apa yang mereka yakini dan fahami.
Saya dah puas berdiskusi dan berbahas sejak zaman kampus dan dalam Pas. Yang penting masing-masing tahu apa hujah mereka dalam mengikut sesuatu pendapat. Macam Zakaria, dia suka amalan solawat. Ada orang suka istighfar. Ada orang suka membaca Al-Quran. Saya suka membaca zikir dan doa dalam Al-Maksurat yang dihimpunkan oleh Hassan Al Banna. Al Maksurat ialah zikir dan doa berdasarkan cara Rasulullah. . Maka saya tak pandai cara zikir yang lazim dibuat di masjid. Ha ha. Tambahan pula masjid di Melaka dan Negeri Sembilan, yang ada pelbagai zikir yang disusun oleh Tuk Guru Tarekat.
Kalau Feqh saya ikut Fiqh Sunnah, susunan Sayyid Sabiq. Sederhana fiqhya. Kalau akidah saya ikut pandangan Salafi dan Ahlul Bait. Dan saya terus mempelajari dan mengkajinya sehingga kini.
Hari ini saya sedang membaca buku Yakjuj Dan Makjuj. Kali terakhir saya mengkajinya pada 1975. Oleh kerana di pasaran banyak sekali buku berkaitan isu ni, maka mudahlah saya mengkajinya. Ketika di UKM lalu, saya bertuah kerana ramai rakan dari Fakulti Islam yang membantu saya dalam mendapatkan kupasan dari buku berbahasa Arab. Dan bila kita mendapat rujukan dari kitab asal, maka adalah sedikit sebanyak perbezaan dengan kitab yang dibaca oleh Tuk Guru di masjid.
Ada sekali seorang sahabat saya di UKM dahulu tak bersetuju dengan orang syiah yang menyebut "Fatimah Alaihissalam". Apabila kami menyelidik, rupa-rupanya kitab hadis Bukhari yang asal mencatat "Fatimah Alaihissalam". Tetapi cetakan selepas itu tidak pula mencatat "alahaissalam". Itu baru satu kes. Banyak lagi pendapat asal ulamak dulu yang berlainan diamalkan oleh masyarakat sekarang. Yang penting berlapang dada dan jangan bergaduh. Kata Kang Jalal "dahulukan akhlak dari fiqh".
Bacaan sebelum tidur, klik di sini.
Bacaan sebelum tidur, klik di sini.
1 comments:
Fatimah Alaihissalam,Fatimah Alaihissalam.
Semuha OK,asalkan taraf makam sahabat rasuL SAW kita jagautamakan katimbang jang lain,OK sadja kita semuha.
Kalau nak pening,tengok tulisan Kassim Ahmad ttg dajjal,yakjuj,makjuj.Kena telan synflex elak sakit kepala dan hati.
Post a Comment