Malam tadi di Kota Bharu. Malam ini di Kepala Batas, Pulau Pinang. Malam esok tak tahu lagi, dimana nak tidur. Ha ha. Ini urusan jalan-jalan cari makan dan cari kawan. Yang pasti saya tak minta projek dari kerajaan Pulau Pinang dan Kedah. Ha ha.
Kok sempat apabila balik nanti, akan singgah di Bukit Merah dan Sekolah Ehya El Sharif di Gunung Semanggol, berjumpa dengan cucu-cucu Al Marhum Abu Bakar Baqir, pengasas Hizbul Muslimin.yang masih menyambung perjuangan sekolah ini. Disinilah tempat berhimpunnya pejuang anti British dan menuntut kemerdekaan.
On Jaafar pernah berkata - ada dua musuh dari gunung, maksudnya Hizbul Muslimin dari Gunung Semanggol dan PKM dari gunung di hutan belantara..Kedua-dua musuh itu telah saya berkawan. Wooooo. Jika mahu cerita panjang, boleh kita ke Central Market. Nampaknya geng KL saja yang beria-ia. Geng Melaka senyap aja. Ha, apa ke halnya Mansor nak ke KK. Mau panjat gunung lagi ke? Wooo
1 comments:
yg hisbul muslimin tu boleh tahan juga,tapi yg 2 ekor,onn jaafar dan kominis tu musuh Allah.
Bak kata ulama' pasir tumbuh...kami tetap ejek sbb mereka musuh Allah.
Post a Comment