Hari ini saya akan bermalam di Jerantut untuk sembang-sembang dengan seorang usahawan tani. Dalam sembang itu cerita politik mestilah ada. Mana boleh hidup tanpa cerita politik. Ha ha. Sesiapa nak lari daripada politik, sesungguhnya mereka tak faham akan konsep hijrah Nabi.
Esok akan terus ke Kota Bharu, Pasir Mas dan Mchang sehingga hari Ahad. Hari Isnin dijangka balik, jika tak melekat dengan sesiapa. Ha ha. Kata orang jika ke Kelantan, mesti SKMK - Sudah Kahwin Mahu Kahwin. Ha ha. Zakaria mesti sokong 100%. Wooo.
Perjalanan kali dengan tujuan 4 dalam 1. Jarang saya buat macam ini. Kali ini nak melihat projek, menziarahi dua orang adik di sana, bersembang politik dengan kekawan lama dan paling penting berjumpa dengan bekas rakan se usrah di Jitra dahulu (1977) bernama Dr Seri Buana. Rasanya Dr Seri Buana sekelas dengan Pahrol. Kedua-dua mereka ahli debat, mewakili sekolah. Mereka terlepas berbergu dengan saya akibat saya ditendang dari Jitra. Wooo. Padan muka kau Ali oi. Ha ha. Bacalah web Pahrol di link sebelah yang mengesahkan cinta orang tua. Saya tak sempat menekunnya fasal nak bertolak ini.
Oh ya, saya nak edarkan buku Road To Muhammad - sebuah buku yang mengupas bagaimana cara kita nak mencintai Nabi Muhammad saw. Sila catat nama dan alamat anda dalam commnet supaya buku itu digilirkan dengan mudah oleh kita semua. Saya akan poskan kepada penama pertama dahulu. Ok.
So, sebagai langkah pertama kita mencintai Nabi, jom kita berselawat kepada Nabi sebanyak-banyaknya, tak payah kira, berapa banyak pun tak apa. SOLAWAT!!!!!
19 comments:
Kau jalan makan angin tok,kalau tak cukup duit,kau minta pada Datin Sri Rosmah,setakat Kelantan murah je,pas tu pi London.
p.s.,jgn lupa makan sare(saghre)utk kurangkan kencing manis
Datin Sri Rosmah jgn sebut ei..idola aku tu...
kalau remain anonymous,takda gunanya,mcm solat tak pakai niat,cap ayam
Dr....setiap makhlok yang hidup dimuka bumi ini tak kira insan,tumbuhan maupun haiwan mempunyai zat Allah,kalau kita pandang makhlok Allah ini dengan mata hati..kita tidak berupaya berkata apa-apa pun sesama kita..saya rasa Dr lagi arif bab ini..mcm sembahyang juga,..itu adalah penyerahan diri kita dengan Allah,hanya Allah sahaja yang mengetahui ketulusannya....
Rohana Md.Dali.
Ali, ini alamat saya kalau u nak poskan buku yang u cakap tu tapi tak janji habis baca bila? 170,Jalan SS19/1 Subang Jaya,47500 P.Jaya Selangor. Kalau pi kelantan tolonglah belikan saya serunding ayam nanti saya bank in kan duit sebab nak jumpa bukan senang.
Ontologi mahiyya dan wujud takleh bincang disini,org tak suka nnti.
Bab solat kena ikut fiqah,takda niat tak sah wlupun mula huruf ra tamat huruf mim.
Jadi huruf penting utk kenal nama,bru kenal zat dan sifat,hehehehe,sbb kita makhluq,bukan khaliq.
Ya betul kata Dr...Dr lagi arif bab ini dan saya pun tak mau memanjangkan hal ini, tkt org tak suka...maaf andai silap tafsiran,siapa lah saya hanya makhluq yang mengenal diri..
betul kata Dr majezan..gunakan nama sendiri, Hai Anonymous..dari gaya bahasa aku kenal 100% siapa kau...
ok...jumpa dilain komen...
Salam, Ana
Cakap Ali Tak ya pos kirim saja kat saya tapi bayar duit teksi saya boleh terus hantar kat umar dekat aje. Saya seslau ke kedai Ali sabtu &Ahad. Alah bila lagi nak gurau dgn you Na.di tangan saya pun ada 3 buku ali kalau nak boleh beri.Ali Beli serunding lebih dan buat jual saya juga nak. kami - Sahara
Salam Jumaat. Al- fatihah untuk semua termasuk keluarga yg telah pergi. Saya kurang ilmu tapi saya tuliskan vs "99 tips Praktis Bepikir Positif ( buku Ali)
Dari Umar r.a
Jk kita bersimpati dgn org lain pasti mereka juga simpati dgn kita. Ini sifat org yg mulia.Utk cipta akhlak mulia perlu kecerdasan. Dgn modal awal kecerdasan kita mampu menarik hati &perhatian mereka ujudkan kebaikan. Hubungan vs org yg bersimpati akan bawa kemaslahatan& kebahgiaan krn saling memperhatikan, saling mengerti dan bawa arah kebaikan . saya catatkan saja & untuk peringatan diri ku.
Salam Jumaat. Al fatihah untuk semua terutama yg telah pergi.
Vs coretan dari buku Ali
Dari Hanif Hanan
Org lebih suka dipuji dari di kritik . Pujian terasa manis kritik -pahit.Tapi sebenarnya kritik merupakan gizi yg menyehatkan. pujian bisa kita terlena. bila di kritik kita akan tumbuh& makin matangg dlm fikiran &tindakan.Kritik itu nasihat. TK org beri kritik.Lapangkan hati & bnyk sabau. PIKIR-PIKIRKAN. Untuk ingatan diri jua.
ESQ haram,
Mufti WP berhujjah ESQ haram sbb terdpt fahaman liberalisma,pluralisma,ekumenisma,muktazilah dri segi akal mendahului wahyu dan sifat eksoterik kalbu(e.g dlm Halaqah TV119).
Kebnykan pnrju motivasi dtg dri Indon yg terlalu liberal,plural malahan ada yg mirip syiah(segi tasawuf,ihsannya).
Pernah saya berdiskusi dgn motivator ESQ,tapi dia tegas yg dia(ESQ) saja yg benar,seakan2 menolak benar yg Haq cuma dtg dari Rasul SAW dan Quran.
WHA.
Ali. TQ kiriman bukan dah sampai...
Setiap orang selalu mempunyai suatu pribadi yg unik,selalu mmpunyai keyakinan hidup yg khas dan kekadang berbeda dgn kita.Hal yg penting,bgmana kita berusaha mengerti kenapa org trsebut berperilaku spt itu,punya pendapat spt ini, dgn dilandasi pengertian bahwa perbedaan itu trjadi kerana manusia punyai potensi,bawaan,ketrunan,pendidikan dan akhirnya takdir yg berbeda2,semua itu pengaturan Tuhan,kita harus percaya hal itu,berusahalah menjd org yg mudah memaklumi seseorg,cpt menangkap alasan dibalik sesuatu perbuatan sseorg-dlm falsafah jawa' ojo gumuman,ojo kagetan,ojo dumeh'.itu fenomena biasa dlm alam ini,dgn itu alam jd lebih hidup dan indah-Petikan dr buku Six Basic Energy yg sedang dipinjamkn olih Ali kpd saya.
Sesama ulama dulu pun kafir mengkafir kan.....
Dalam blogger ini kita kena lebeh terbuka,jaga hati kawan-kawan,setiap orang ada fahaman tersendiri,ada idola tersendiri.
Dah dibagitau pd Ali,yg Achdiat,yg magnum opus nya ATHEIS sudah meninggal diAustralia.
Ulama' dulu kafir mengkafir,malahan berperang sbb ijtihad.
Kita telah ditinggalkan begitu lama oleh zaman Rasul SAW,takut pendapat2 falsafah kita tergelincir.
Sesiapa yg nak pinjam Tahafut al Falasifah,Tahafut at Tahafut,Mishkat al Anwar,Asrar ul Taharah,Fusus,Futuhat,Hujjatul al Siddiq,Prolegomena,dll bgtau.Nanti saya jumpa Ali di Tairu Bar.
Salam, dengar tajuk bukunya pun saya dah tak faham .Saya baru belajar tasauf " AL- HIKAM di masjid pun masih samar-samar. Ikhlas ku katakan pengajaran ilmu terutama tasauf elok kita berguru. Mohon pandangan ikhlas Imam Razak, Us Amin, Us Aziz. Hai takkan senyap je. Kongsilah ilmu sama.Tapi kalau nak baca saya juga berminat. Ilmu Allah ni luas kita saja yg kurang pengetahuan & tak ada yg baru.
Pada akhir 1990an lalu, saya sempat ke Perpustakaan Kuno di Aceh yang menyimpan semua buku Hamzah Fansuri dan Shamsudin Al Sumatrani.
Yang jadi Gabenor dan MP di Aceh kini, ramai kenalan saya dalam GAM. Ha ha. Sapa ada wang juta-juta bisa melabur di sini pak!!!
Post a Comment