BILA DAUN-DAUN BERZIKIR

Semalam saya mencuba membaca  sebuah novel islamik bertajuk Bila Daun-Daun Berzikir. Rupa-rupanya bila dah umur macam ini, tak ada kekuatan membaca buku novel  lagi.  Walau pun buku  itu   indah bahasanya, saya tak mampu meneruskan bacaan. Oleh kerana nak tahu sangat  isi ceritanya, maka saya baca secara tebuk-tebuk  sahaja.   Maka dalam tempoh satu jam, tahulah saya akan isinya. Ha ha.

Agaknya ketika remaja, kita suka dengan buku novel yang indah bahasanya. Kita semacam lazat mengahayati  bahasa buku itu  sehinggakan tak mahu berhenti apabila mula membaca.

Ada beberapa buku Azizi  Abdullah dan A.Samad Said yang telah saya beli, tetapi tersadai tanpa dibaca. Ha ha. Kekadang saya beli buku kerana semata-mata  nak menyokong penulis dan penerbit buku itu sahaja. Itu sahaja yang saya boleh tolong kepada Sasterawan Malaysia dan penerbit Melayu - beli senaskah. Saya puas hati dan saya tak bankrap kerananya. Wooo. Memang indah tulisan A. Samad Said. Kekadang saya tak terfikir bagaimana beliau mampu menyusun perkataan dan ayat sebegitu sekali. Yang syoknya kalau berbual dengan A.Samad Said, gaya bahasa beliau pun macam dalam buku juga. Wau.

Alahai. Sasterwan muda yang bakal mengganti A.Samad Said ialah Faisal Tehrani. Kedua-duanya anak Melaka tau!!!!

Bacaan di kala otak relax, klik di sini.

4 comments:

Anonymous said...

Di usia begini,
aku terasa seperti,
orang tua nyanyuk,
setiap hari di tepi jeti,
menanti se tiap hari,
kekasihnya yang telah lama mati,
katanya akan pulang sebentar lagi.

Orang nyanyuk ini,
hidup di zaman IT,
depan komputer di dinihari,
mencari dan mencari,
blog? F.book? entah apa apa lagi,
kawan dan sahabat dicari tak pun peduli.....

Anonymous said...

Ungku Aziz menghadapi usia tua dgn mengulang baca novel-novel lama kepunyaannya.(tokoh ma'al hijrah).
Lg baik dia perbetulkan konsep ekonomi Malaysia supaya ikut syariat.Ini boleh tolong dia dipadang masyar,novel-novel tak leh tolong nnti.
Kita tak yah ikut tokoh ma'al hijrah ni,

ALI MAIDIN said...

sedap puisi pertama tu.

yang ungku aziz tu kita biarkan je le. ha ha

majezan,the hated most said...

sori,yg Ungku Aziz tu komen dari ku