TEKA TEKI BUKU PAK HAMKA

Teringat saya  secebis  catatan Pak Hamka dalam sebuah bukunya yang saya baca pada tahun 1976. Saya pun sudah lupa tajuk buku tersebut. Mungkin Dr Majezan menyimpan buku itu lagi. Buku tasauf pun dia simpan. Inikan pula buku Pak Hamka. Ha ha.

Tetapi isinya sentiasa segar dalam ingatan saya dan sedikit sebanyak menjadi anutan ideologi saya sejak hari itu. TQ Pak Hamka. Saya dapat mendengar ucapannya secara langsung ketika studi di UKM lalu. Mungkin Mastura pun  hadir ke program tersebut. Kalau Mastura tak datang program itu, kira tak patutlah. Ha ha. Saya yakin dia hadir kerana setiap ceramah besar, saya nampak beliau hadir.

Ya, antara isi penting dalam buku  itu ialah kesah seorang  bertanya kepada Pak Hamka  tentang  peribadi   dua orang  dalam sebuah kampong di Indonesia. Orang pertama seorang Pak Haji yang kaya,  rajin solat dan beribadat tetapi amat kedekut membantu  fakir miskin dan masyarakat sekeliling. Manakala ada seorang lagi yang tak bersolat tetapi amat rajin membantu orang susah, fakir miskin dan memberi pelbagai khidmat sosial di kampongnya. Maka bertanyalah sang penanya tadi kepada Pak Hamka, siapakah yang lebih baik antara kedua orang itu. Apa jawapan Pak Hamka terhadap soalan itu?

Ya, saudara jawap  dahulu dalam comment. Jumaat depan saya bagi tahu jawapannya.  Ha ha ha. Relax minda namanya  ini.

2 comments:

mastura said...

Hamka menulis semasa dalam penjara. Orang yang diuji selalunya penulisan jitu. Hamka pernah berkata al Quran itu buku sejarah.

majezan said...

Kalau mengkaji Hamka,kena kita segmen kan bidang pemikiran beliau yg mana satu.
Beliau kata,Quran juga buku sejarah,bukan Quran buku sejarah.
Org tak solat,fasiq klu masih ada aqidah,kafir klu sebaliknya.
Muslim kaya buat bnyak ibadat sunat dgn sedekah.Muslim yg papa kedana,kena zikir dan solat sunat bebanyk.
Muslim kedekut,cuma zikir saja,derma Palestin dan surau/masjid tak nak dia.