Antara buku awal Sheikh Yusof Qardawi ialah "Iman Wal Hayat" atau Iman dan Kehidupan. Saya baca ketika menunggu result STP rasanya. Sesungguhnya intipati buku ini menjadi pedoman saya sehingga kini. Samada kita susah atau senang, sihat atau sakit, gelisah atau gembira - menjadi pedoman kepada kita. Buku "La Tahzan" atau Jangan Bersedih yang menjadi penghibur Juwita itu adalah pelengkap kepada buku ini.
Ada sebuah buku lagi "Bila Hati Berbisik, Mengapa Aku Diuji" juga bagus dibaca. Saya dah pinjamkan kepada Mastura.
Buku La Tahzan banyak terjual di kedai sekarang ini. . Buku Iman dan Kehidupan rasanya payah nak jumpa lagi di kedai. Saya pun dah kehilangan buku tersebut. Cubalah cari di Jalan Masjid India, KL.
Kematian merupakan ujian terbesar kepada kita. Kehilangan orang tersayang adalah suatu yang memeritkan. Dan apabila Ramadhan datang setiap tahun, memori kepada orang yang tersayang begitu segar kembali. Jika kita baru kehilangan orang tersayang, sambutan aidil fitri semacam sepi sahaja. Tak silap ingatan saya, Juwita tak buat apa pun ketika menyambut raya pada tahun pertama kehilangan Tajudin, 5 tahun yang lalu. Pada tahun lalu, barulah Juwita lebih kuat jiwanya. Beliau sanggup menunjukkan foto kemalangan Tajudin kepada saya pada aidil fitri lalu.
Pada tahun lalu juga, Ramlah kehilangan suami. Tahun ini Mastura pula. Mereka berdua akan melalui sambutan aidil fitri dengan perasaan yang sepi sekali walaupun di sekelingnya riuh rendah dengan kegembiraan. Semua orang akan melalui pengalaman ini. Hanya siapa dulu sahaja.
Kita berharap sahabat-sahabat kita yang kehilangan orang tersayang akan terus cekal, sabar, tabah dan redha menerima takdir ini. Allah dan Rasul sentiasa mengingatkan hari kematian tetap tiba. Ada pun "sebabnya" sahaja yang berbeza. Orang yang menerima ujian, memang puitis bahasanya apabila mengadu kepada Allah swt. Tak percaya, cuba minta sajak dari Juwita dan Ramlah....
Nota: Marhamah dah 16 tahun kehilangan suami tersayang.
Nyanyian Ramadhan klik di sini
Nota: Marhamah dah 16 tahun kehilangan suami tersayang.
Nyanyian Ramadhan klik di sini
8 comments:
ITULAH HAKIKAT tanaH AKHIRNYA BERNILAI UNTUK SEBUAH KEMATIAN.SAYA PETIK KERTAS KARJA PROF NIK RASHID...... kATANYA.
TIADA HARTA YG LEBIH BERNILAI DARI TANAH. TANPA TANAH MAKa TIADALAH SEGALA-LANYA.
Tanah harta serba serbi, kegunaan serba boleh, hasihnya serba jadi, kenikmatan serba ada, kemusnahannnya juga serba ada. Apa saja boleh buat atas tanah,bawah tanah, dalam tanah,dari tanah untuk tanah dengan tanah.
Itulah nikmat yg dikurniakan Allah kpd kita. Salah langkah kita boleh memusnahkan dunia dgn peluru yg dibuat dari belirang yg dtgnya dari tanah.
Kita dtr dari tanah, buat rumah atas tanah, menggunakan bahan simen dan pasir yg berasal drnya.Mkn pinggan buat dr tanah. minum dlm gelas & bejana yg dibuat dr tanah, hatta kita buat enjin kereta dari tanah.....BEGITULAH
Apabila kita buangsisa-sisa sampah akhirnta menjadi tanah. Kita bertayamum dan menycikan najis mughallazah dgn tanh. AKHIRNYAKITA KEMBALI & DIKEBUMIKAN DLM TANAH< UNTUK KITA KEMBALI DLM BENTUK ASALJADI TANAH. AKHRNYA TEMAP YG PALING NOSTALGIA IALAH TANAG PERKUBURAN. LIHAT SELESAI SOLAt AIDIL FITRI PENUH ORG D TEMPAT INI. Jadi tanah lain yg ada hanyalah pernjalanan sementara.
Adab ramadhan,perbanyakkan sedekah fakirmiskin dan anak2 yatim.
Amal yg lebih,sunat berkurma sahur dan berbuka.
Adab beridulfitri,mandi sunat hariraya walaupun tak solat/taknak solat raya(biasa wanita Malaysia tak suka solat raya.
Kurangkan tengok TV.
Assalamualikum.
Ali..masa tingktn 6 dulu saya ahli persatuan Sastera dan B.Melayu dinaungi Cikgu Mohd Said (kalau tak silap..lupa la)Kami pernah bukukan hasil nukilan puisi ahli persatuan dan dipantau olih beliau..Mula-mula jejak dan bekerja di K.lumpur th 1979,saya masih berhubungan dgn beliau smbil mengirimkan puisi2 keluhan hati yg terperanjat dgn budaya K.L masa tu..ye la kita org kampong kan..setelah dibaiki puisi/sajak tersebut beliau kirimkan semula pd saya dan mnyuruh saya hntr nukilan saya ke akhbar2 atau Dewan Bahasa..mmg disudut hati nk jadi nak jd penyajak..tp bila saya mula bercinta dgn buah hati pengarang jantung saya(arwah)..segalanya hilang terbang dibawa angin beliung..tmbhan arwah bkn jenis jiwang2..dia happy go lucky...tak suka simpan2 segala duka nestapa dlm hati..apa yg trbuku lepaskan berdepan..bukan diatas kertas melayan hati rawan..
dan saya dh diajar begitu selama 27thn perkahwinan kami, setiap hari bersembang hingga pukul 1.00-2.00 pg seolah2 tiada esok hari, apa yg berdetik dihati, yg berlaku seharian dan yng dirancang semua diluah bersama..dan apabila dia pergi dgn mengejut dan terkejut, kehidupan saya seolah-olah terhenti,sekeliling kosong dan takut akan masa depan.. dia pergi membawa jiwa saya, impian kami dan kenangan yg penuh berliku dan riangria sepanjang perkahwinan kami..ya saya redha, seredha-redhanya,pasrah dan berserah.. itulah ketentuan Ilahi yang ditakdirkan untuk saya..buku La Tahzan juga teman karib saya hingga kini..makin lama arwah tiada, rindu hingga tak terbendung, itu lah terlepas juga didalam puisi,bukan nya apa..hanya melepaskan keluhanhati yg gundahgulana,mengenangkan suka duka waktu bersama je..saya tetap ingat itulah dugaan dr ALLAh dan sentiasa beramal untk arwah..tp dah jiwa melangkolik tu ada tercetus juga suara hati yg tak terdaya dipendam..sentisitif pulak akhir2 ni..
Salam Makram, Begitu tesentuh dan peringatan untuk saya.Imabau yg lalu untuk kenangan, mara kedepan untuk penghidupan akan datang yg kita juga akan menjadi lagenda TAAApi entah bila YA.
Salam Mak Ram,
Tersentuh hati saya membaca rasa hati u itu tetapi puisi "Orang tua di tepi jeti" hanya luahan hati saya buat masa ini..Kuat kesabaran yang u terpaksa tanggung..namun rasa rindu kita kepada seseorang mungkin sama walau saya belum diduga kehilangan seperti u..
slm...jng diikutkan sangat hati yang sensitiv....kita masih ada anak2 yang begitu sayang pada kita....
Salam, Ketika satu pintu kebahagiaan pintu yang lain dibukakan. Tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita. RENUNG_REEEENUNGKANLAH
Dunia ini ibarat persimpangan dgn lampu isyarat(Prolegomena,bab 1)dan kalau kita leka kita akan ketinggalan
dgn nostalgia dunia.
Perjalanan harus terus.
Kita dihijab dari pengetahuan Allah,cuma Dia yg Merancang.
Ihya Ulum Al Din,bacaan bagus utk menyapu si air mata.
Post a Comment