ISLAM BUKAN DAGANG LAGI

Zaman awal 7Oan, beri salam pun terasa pelik. Yang sering beri salam biasanya Pak Imam dan peminta sedekah. Nak cari Tadika Islam lagilah payah. Masjid hanya makmur ketika hari Jumaat. Pakai tudung  dikatakan hantu kerubung. Ha ha.

Zaman 80an, Tadika Islam mulai tumbuh. Kicap halal mula bersemarak. Sekolah Rendah Islam mula diteroka. Tetapi, jangan cuba cakap politik Islam. Sesat jika mencampur poltik dan agama. Sekular habis.

Kini, bukan lagi cerita kicap halal tetapi Malaysia telah  menjadi Halal Hub. Berbilion nilai bisnesnya. Sayangnya orang Melayu tidak  menjadi pengeluar utama  produk  halal. Sebaliknya bukan islam yang menjadi juara produk halal yang mengekspot produk keluar negara. Kita masih terkial-kial dengan cabaran modal dan pasaran.

Alam pendidikan meriah ketika ini. Tadika Islam, Sekolah Rendah Islam, Sekolah Menengah Agama, Pusat Tahfiz, Sekolah Menengah Sains Plus Tahfiz dan Universiti Islam semakin hebat. Kalau dulu zaman 70an, tak terbayang dek kita bahwa satu hari nanti,   pendidikan beroriantasi Islam menjadi pilihan rakyat Malaysia. Islam yang dilihat dagang pada era 70an, kini bergerak laju  .ALHAMDULILAH 

Kita beruntung kerana dapat melalui kedua-dua fasa ini. Merasai fasa awal kemerdekaan yang mencari hala tuju masa depan negara. Dan kini,  negara sedang  melalui separuh abad mengisi kemerdekaan negara yang mula parah dengan gejala keruntuhan moral  dan rasuah. Kita merindui urus tadbir yang baik. Islam dilihat sebagai  pedoman terbaik. Maka lahirlah pelbagai insan trainer yang membuat pelbagai gagasan. Antaranya ialah program ESQ yang sedang dipolimekkan. Jika ada silap, rasanya mudah dibaiki. Yang penting teruskan dailog dan perbicangan terbuka bagi merumuskan yang paling terbaik tanpa melanggar syarak. Dalam negara ini, banyak perkara yang jelas haram pun didokong oleh massa dan kerajaan!!!!! Entahlah Suhdi oi. Bueklah apo yang patut....

Bacaan sebelum tidur pada malam ini, klik di sini

5 comments:

majezan said...

ESQ guna pendekatan Psychoemotional,yg rangkumi psikologi emosi dan suara hati.Katimbang pendekatan Islam guna pendekatan Biopsychosocial yang
lebih moden(asal dari perkataan Madinah)yg rangkumi Aqidah,Feqah dan Tasawuf dlm menterjemah aksi-reaksi addin.
Jadinya ESQ lebih bersifat Aristotelian katimbang Islam yg lebih bersifat moden.Inilah polemiknya.

Anonymous said...

Pada dasarnya pemimpin hari ini telah berjaya membawa perubahan besar terhadap orang Melayu khasnya.Kalau dulu banyak tahyul tapi berkat pemimpin yang ada yang telah bertukus lumus telah berjaya merubah pemikiran yang kuno dan percaya kepada tahyol kepada Islam yang sebenar.

Anonymous said...

Pemimpin yang mana?

Anonymous said...

asslmkm. Cerita ekonomi orang melayu/Islam setiap tahun diperdebatkan.Tapi di mana silapnya kalau mereka masih di cop mundur dan miskin?

majezan said...

Tunku Abd Rahman dah ckp,org Melayu jgn niaga,jd taukeh jer mcm Arab Saudi.