BERUBAH TERUS BERUBAH

Razak Kanapiah dah lima tahun tak balik kampong ketika malam raya. Kesian kan. Ini semua gara-gara jadi imam surau di taman perumahannya. Beliau  kena berkhutbah  setiap kali hari raya. Maka hajat balik kampong  ketika hari "mantai" tak dapat dilakukan.  Selepas raya baru  beliau  boleh balik kampong di Kandang Melaka. Itulah pengorbanan kalau dah jadi orang kuat masyarakat. Kena tabik oi. 

Bulan Ramadhan ini beliau sibuk bagi tazkirah. Kadang-kadang macam habis idea apa nak dicakapkan. Tetapi apabila dapat mikrofon, terus idea datang mencurah-curah katanya. Itulah sembang saya dengan Razak pada petang semalam. 

Darussalam pecah perut apabila dengar cerita Razak  ini. Macam cerita ajaib katanya. . Ha ha. Dia macam mimpi,  fasal tak terfikir Razak yang pakar memetik gitar dahulunya,  kini  sudah jadi  "Sheikhul Kajang". Hidup perlu berubah. Berubah ke arah positif. 

Sesekali bolehlah kita duduk di tepi jeti menanti insan yang tak tiba. Yang utama ialah kita perlu merempuh  ke hadapan,  walaupun badai  menanti kita!!! Mudah saya berkata. Yang menanggung lebih pedih merasa. Apa pun ujian hidup, anggaplah ianya penebus dosa supaya kita bersih segala  untuk mengadap Ilahi.  Begitulah pesan orang alim, kata Aziz Mat Yassin.

Doa menanti Ramadhan klik di sini.

Solawat!!!!

3 comments:

Anonymous said...

Perenggan terakhir tu bertepatan sangat dengan kami. T.Q tuan moderator...

sahara said...

Salam Jumaat,
Itulah nama nya pengorbanan. Saya tanya diri saya adakah saya begitu. Ya Allah aku ni tidak berdaya. Satu peringatan diriku
" Carilah seribu sahabat, kerna seribu sahaja itu belumlah banyak. Jauhilah seorang musuhk kerana seorang musuhitu sudah terlalu banyak.

Razak Kanapiah said...

Salam.... Bukan 5 tahun sheikh oiii, 17 tahun lah. Sejak 1993. Itu tak apalah, yang sedihnya aku ni dah 22 tahun jadi anak yatim dan 5 tahun jadi piatu.