Sekarang bukan sahaja era sahabat-sahabat Munshi bermenantu tetapi adik beradik sendiri pun akan bermenantu. Bayangkanlah berapa kali kena balik kampong jika anak-anak saudara kita nak berkenduri kahwin. Cubalah kira berapa anak saudara anda. Tak kurang 20 orang rasanya. Sebanyak itulah kenduri yang bakal kita hadiri dalam tempoh beberapa tahun ini. Ha ha. Kalau dicampur dengan kenduri akikah macam Sharifah dan Rohaya tu, entah berapa kali lagi kena balik kampong!!!. Ha ha. PLUS juga yang untung. Wooo
Nak masuk Ramadhan ini, kesian kat Mansor kita tu. Takut tak ada orang nak masak untuk berbuka dan sahurnya. Isteri beliau telah berpindah ke Kolej Matrikulasi Banting pada bulan lalu. Tinggallah Mansor seorang diri di Masjid Tanah. Ha ha. Pada 1986 dulu, apabila saya berpindah seorang diri ke KL tanpa isteri, maka saya pun berbuka di pelbagai masjid sekitar KL. Seronok juga jadi orang bujang sekali sekala. Sahurnya jam 12 malam. Ha ha. Baru tau susah hidup tanpa isteri.
Hujung minggu ini anak saudara Hidayah pula akan berkahwin di Kajang. Abang ipar Hidayah tu, bos saya semasa bertugas di Jabatan Pembangunan Koperasi dulu. Makan lagi nampaknya dihujung minggu ini. Wooo
Untuk persiapan ramadhan, klik di sini
Untuk persiapan ramadhan, klik di sini
1 comments:
Sabda Rasul Allah S.A.W,"Bahawasanya Bani Israel telah berfirqah 72 firqah dan umatku berfirqah kpd 73 firqah,semuanya masuk neraka kecuali satu.Sahabat bertanya siapakah yg satu itu ya Rasul Allah,baginda menjawab,"Yang satu itu ialah org yg berpegang sebagai peganganku dan pegangan sahabat2ku"
Sahih Tirmizi
Post a Comment