JOM CENTRAL MARKET

Tadi makan tengahari di Central Market dengan isteri.  Central Market  berubah sungguh selepas ubah suai. Yang penting kawasan makan di Tingkat 2. Banyak sekali menunya, dari Indon hingga ke Thai. Harga pun sederhana sekali. 

Jika orang Melaka nak datang dua buah kereta, saya boleh belanja. Ha ha. Jangan tak percaya lak. Ini tawaran istimewa jika Mokhtar dan Mansor boleh mengangkut Rani Embi, Anuar Mohd dan Ishak Omar. Harap Karim boleh membantu Mokhtar dan Mansor.  Tolong set segera sebelum kita berpuasa. Hujung minggu ini dan minggu depan  tak boleh kerana saya akan ke Kelantan dan Negeri Sembilan. Buat-buatlah sibuk sikit. Woo.

Jika datang,  kena sebelum jam 12  tengahari supaya kita boleh booking kerusi dengan lebih selesa. Selepas makan kita boleh berSPA Doktor Ikan pula. 10 minit dicaj RM 5.00. Ha ha. Jangan tak cuba wei...

15 comments:

maznah said...

Kwn KL tak boleh join ke...

Hanim Esa said...

dah lama saya tidak ke sana.rasanya sudah lebih 10 tahun.waktu anak2 masih kecil.saya rajin membawa anak2 ke sana untuk melihat keindahan seni kraf tangan.rasa macam nak join je sebelum puasa..INSYAALLAH..jika diizinkan dan ada ruang masa..
..SALAM UTK SEMUA SAHABAT YANG DIINGATI DAN DISAYANGI..

Anonymous said...

Rohana Dali

Sahara kalau pergi tolong ajak saya.Saya tak berapa pandai nak drive ke sana . Pak we saya asyik busy saja , so kalau nak ajak dia alamat melepas lah jumpa kawan-kawan.Saya kalau di K.L bolehlah joint.

mak ram said...

Ye betul tu Maz, sahabat2 di KL tak dijemput ke..bolih baca doa selamat sekali menyambut ramadhan.

Hanim Esa said...

Rohana..takyah lah suruh sara tunjuk jalan..nanti dibawa ana ke pasar borong selayang...hahaha..betol tak sara??hihi..

Mansor said...

Maaf Li, nampaknya hajat tak kesampaian. Kalau minggu ni dan minggu depan kau x free, minggu satu lagi aku lak tak free... nak gi Kota Kinabalu... makan angin. Lepas tu dah puasa pulak... tapi x pe.. member2 yang lain boleh aje... tolong makan kan utk aku...

Anonymous said...

Salam Jumaat
Ana, Anim Apa kabar ?kalau nak pegi bawak Hanim tunjuk jalan saja cuma tunjuk alama tuntuk pasti sampai.Ida pula dah dpt buku ke belum.

mastura said...

Ali , saya pernah makan kari kepala ikan kat atas Central Market ada lagi ke?

Anonymous said...

Hanim , sahara nanti kita pg tiga orang lah , tak payah bawak tok laki seronok sikit. Kalau dia orang ikut mesti nak balik cepat!

hayati said...

Ana.... si Sahara tu mana boleh pegi sendiri je. Kalau tak bawak to'laki, serupa macam dia berjalan tak bawak ic. He..he..

sahara said...

Salam Yati, Orang kalau ada kesamaan mesti dia ingat yg kesamaan kwnnya.Yati dan Kawan -kawan yg pernah di STT Durian Daud , masih ingat Daimah Abu .Dia sekarang di Gh Melaka kerana kanser. Ssama-samlah kita mendoakannya.

hayati said...

Sahara, mungkin Daimah sama dgn kita diMunshi sampai tk5, sebab saya masih ingat rupa dia, tapi mungkin dah berubah wajah bila umur 50an. Agak ramai juga kawan2 kita yang dapat penyakit tu. Cuma saya ada terbaca langkah pencegahan penyakit kanser iaitu makan 7 butir biji aprikot sehari, nak makan lebih boleh tapi tak lebih 30 biji sehari. Try search google vitamin B17. Dr majezan boleh beri pandangan agaknya.

IDA said...

terima kasih sahara kerana pinjamkan buku.nanti dah habis baca ida pulangkan.

Sharifah Nuri said...

Kawan-kawan,
Saya dah tanya Ali, kalau jadi jalan-jalan cari makan mungkin 8 Ogos ni itu pun bergantung sambutan dari orang Melaka.Suami Maznah kat Melaka tu diam aje! tak bagi sambutan pun, selalunya dia yang bawa geng dari Melaka terutama rakan kita yang cukup makan tu.Mungkin kita boleh baca doa sambut ramadhan sebelum puasa bermula ni.

Anonymous said...

Ali , kalau boleh kita tanggunhlah dulu perjumpaan di Central Market. Saya pun nak ikut tapi kalau 8 ogos tak boleh kerana anak saya konvo di UTem , kalau tak percaya boleh tanya Dr.Hanipa. Tapi kalau tak boleh tak apa saya boleh tumpang gembira.

Rohana Dali