Saya akan kirimkan buku khas untuk Mansor. Buku ini saya telah baca pada tahun 1982. Tetapi telah hilang ke mana. Tiada ulang cetak di Malaysia. Akhirnya saya jumpa semula buku ini di Bandung pada bulan lalu versi cetakan baru. Saya beli 6 naskah. 4 naskah disapu oleh seorang kawan saya untuk dijual katanya kepada kaki politik. Senaskah saya hadiah ke Salahudin Ayub, Naib Presiden Pas.
Isi buku ini mendahuli zaman kerana ianya kandungan surat oleh Saidina Ali Karamallah Wajhah, 1,400 tahun lalu kepada gabenornya berkaitan dengan amalan pemerintahan yang baik. Semua negara di dunia kini menjadikan ucapan Saidina Ali ini sebagai doktrin pemeritahan - pemisahan kuasa antara kehakiman dan eksekutif..
Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan pun telah baca buku ini dua bulan lalu dan dijadikan bahan ceramahnya. Baru dia tahu betapa Islam sudah lama memperkatakan soal keadilan dan mengamalkan doktrin pengasingan kuasa. Bagi anggota perkhidmatan awam, buku ini wajar dikhatam sebaik mungkin. Barulah anda terasa betapa pentingnya anda dalam perkhidmatan awam.
Semangat "General Order" perkhidmatan awam tercatat di dalam surat Saidina Ali ini.
Sesiapa nak cakap politik, wajib baca buku ini. Kalau tak, menghabiskan teh sahaja le. Ha ha ha.
3 comments:
Terima kasih saudara Ali..kerana sanggup berkongsi ilmu... Aku menunggu bingkisan dari saudara..dan aku cadangkan sahabat2 Munshi membaca buku 'Bila Allah Menduga Kita' tulisan Syed Alwi Alatas seorang penulis muda yang berpotensi..
General Order tak ada kene mengena dgn Surat Saidina Ali tu,bahkan tak boleh menjadi pedoman GO,sbb fokus dan matlamat GO berbeda dari matlamat Saidina Ali.GO utk selamatkan pemerintah,sdgkan surat Saidina Ali utk selamatkan manusia dunia akhirat.
General Order tak ada kene mengena dgn Surat Saidina Ali tu,bahkan tak boleh menjadi pedoman GO,sbb fokus dan matlamat GO berbeda dari matlamat Saidina Ali.GO utk selamatkan pemerintah,sdgkan surat Saidina Ali utk selamatkan manusia dunia akhirat.
Post a Comment