Antara buku awal Sheikh Yusof Qardawi ialah "Iman Wal Hayat" atau Iman dan Kehidupan. Saya baca ketika menunggu result STP rasanya. Sesungguhnya intipati buku ini menjadi pedoman saya sehingga kini. Samada kita susah atau senang, sihat atau sakit, gelisah atau gembira - menjadi pedoman kepada kita. Buku "La Tahzan" atau Jangan Bersedih yang menjadi penghibur Juwita itu adalah pelengkap kepada buku ini.
Ada sebuah buku lagi "Bila Hati Berbisik, Mengapa Aku Diuji" juga bagus dibaca. Saya dah pinjamkan kepada Mastura.
Buku La Tahzan banyak terjual di kedai sekarang ini. . Buku Iman dan Kehidupan rasanya payah nak jumpa lagi di kedai. Saya pun dah kehilangan buku tersebut. Cubalah cari di Jalan Masjid India, KL.
Kematian merupakan ujian terbesar kepada kita. Kehilangan orang tersayang adalah suatu yang memeritkan. Dan apabila Ramadhan datang setiap tahun, memori kepada orang yang tersayang begitu segar kembali. Jika kita baru kehilangan orang tersayang, sambutan aidil fitri semacam sepi sahaja. Tak silap ingatan saya, Juwita tak buat apa pun ketika menyambut raya pada tahun pertama kehilangan Tajudin, 5 tahun yang lalu. Pada tahun lalu, barulah Juwita lebih kuat jiwanya. Beliau sanggup menunjukkan foto kemalangan Tajudin kepada saya pada aidil fitri lalu.
Pada tahun lalu juga, Ramlah kehilangan suami. Tahun ini Mastura pula. Mereka berdua akan melalui sambutan aidil fitri dengan perasaan yang sepi sekali walaupun di sekelingnya riuh rendah dengan kegembiraan. Semua orang akan melalui pengalaman ini. Hanya siapa dulu sahaja.
Kita berharap sahabat-sahabat kita yang kehilangan orang tersayang akan terus cekal, sabar, tabah dan redha menerima takdir ini. Allah dan Rasul sentiasa mengingatkan hari kematian tetap tiba. Ada pun "sebabnya" sahaja yang berbeza. Orang yang menerima ujian, memang puitis bahasanya apabila mengadu kepada Allah swt. Tak percaya, cuba minta sajak dari Juwita dan Ramlah....
Nota: Marhamah dah 16 tahun kehilangan suami tersayang.
Nyanyian Ramadhan klik di sini
Nota: Marhamah dah 16 tahun kehilangan suami tersayang.
Nyanyian Ramadhan klik di sini