KE SELATAN THAILAND

Saya akan ke Selatan Thailand pada 14hb Disember ini untuk menziarahi Pak Abdullah CD dan rakan-rakannya.

Ketika belajar sejarah awal Tanah Melayu pada 1978, saya memang teringin nak berjumpa dengan mereka ini. Jadual temu janji telah dibuat. Harapnya tidak banjir ketika itu.

Sesiapa nak kirim sejadah atau kain pelekat bolehlah melalui saya.

Harap Lft Kolonel Basir tidak menghalang saya di sempadan. Ha ha.

13 comments:

puitis syair perahu said...

Inilah Suara Revolusi Malaya.
harap ada relevensi lawatan.

Yag said...

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Daripada Aisyah r.a, Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari qiamat kelak akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, (pahalanya) telah diterima di sisi Allah. Maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.” Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim.

Ibadah qurban mendidik keikhlasan dalam beramal, ketaatan pada Allah dan pengorbanan pada agama. Seorang Muslim yang berqurban pada setiap tahunnya berarti ia telah melakukan satu latihan amal yang diliputi oleh rasa ikhlas dan bersyukur. Oleh itu, bersempena dengan Hari Raya Qurban yang akan menjelang tidak lama lagi, pihak surau menyediakan beberapa saluran untuk memudahkan kita melakukan ibadah qurban yang boleh diyakini sampai kepada golongan yang betul2 memerlukan. Yang berminat bolehlah menghubungi penama2 di bawah sebelum 22 Nov 2009.

1. Ustaz Farhan Abdullah – Qurban di pedalaman Sabah.

1 bahagian RM 280

Contact : Hj Zulkifli Salleh, zulkile@petronas.com.my , 0389281371

2. JIM – Qurban di Kampuchea, Padang, Palestine dll

1 bahagian RM 300

Contact : Hj Zulkifli Salleh, zulkile@petronas.com.my , 0389281371

3. Amal Malaysia – Qurban di Mindanao

1 bahagian RM 290

Contact : Hjh Jasmani Jusoh, jasmani_jusoh@petronas.com.my, 0389281053

4. Ikatan Muslimin Malaysia – Qurban di Acheh, Padang & Kemboja

1 bahagian RM 380
Contact : En. Mohd Azizuddin Sahiddin, petugas_isma@yahoo.com, 019-204 8507

5. Pondok Bt 9 Jln Cheras (Ust Zakaria) - Qurban di Kampung Melayu Champa

1 bahagian RM 250

Contact : Hj. Salleh B Bador, salleh.bador@petronas.com.my, 03-89281277


Semoga ibadah yang kita lakukan diterima Allah sebagai amal kebajikan.


Terima kaseh.

basir said...

Ali sebelum di siam tu baca dulu web site matamin48@live.com. Al Kisah Rejimen ke 10 PKM dan patanikini.

mastura bachik said...

Ali awas kaki tu yang baru nak baik dari kencing manis.. Kot2 hilang kaki dek kena bom pulak. Basir tolong protex kawan kita ni..

majezan said...

Mat Sabu dulu pun dah pi sana,Puak kominis sana pun dah OK,dpt tanah 6 ekar sorang anugerah puteri Sirikit.Sekolah,hospital free.
Cuma aku nak cadangkan Malaysia bg tanah 5 ekar sorang pd ashkar2 kita,bolehtak?
Benda2 ni tak tersumbat dlm batu jemala Kassim Ahmad dlm Teori Sosial Moden Islam beliau,hehehe dan hehe.
Bashir lak,betulke web yg kau suruh kitorg rujuk?

ALI MAIDIN said...

Sabu pi jumpa Rashid tetapi Rashid balik Malaya masa tu. Maka tak jumpa le..

mastura anak bongsu said...

Al kesah PKM berasal dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Anggota nya terdiri dari API(angkatan pemuda Insaf) AWAS (Angkatan Wanita Sedar) PUTERA. Kita bergabung dengan dengan Indonesia untuk merdeka bersama. Wanitanya terdiri Shamsiah Pakeh (orang kuala Pilah} Rashid Maydin (bukan abang Ali) . Apabila Jepun kalah negara kita di jajah semula Oleh British maka di desaknya orang melayu, cina dan India untuk tubuhkan parti yang kanan untuk buat perlembagaan berkerajaan sendiri. Semua anggota PKMM yang iklas berjuang tak mahu menyokong British termasuklah Samsiah Pakeh dan Rashid Mydin kecuali UMNO yang menyokong(termasuk AIsyah Ghani geng baik Shamsiah Pakeh) . Akhirnya mereka mengaangotai Parti Komunis Malaya . Shamsiah lari ke Cina, Rashid lari ke Thai. PKM di haram dan di buru olah geng2 Basir.
Ketika itu PKM di anggotai oleh sebahagian besar orang Cina MPAJA. Kita pun pelik mengapa orang Islam mengagotai PKM. Di Indonesia PKI di ketuai oleh Tan Malaka.. Majoriti orang Indonsia Islam.
Bila Pilihahanraya pertama 1955 semua kerusi dimenangi oleh parti perikatan yang menyokong Inggeris. Parti Pas (Bukan Ali) menang satu kerusi. Siapakah PKM sebenar baca lah mestika temubual dengan Shamsiah Pakeh sebelum beliau meninggal dunia. Ali Mastura Bachik dapat 1 paper sejarah Malaysia masa STPM. Tusyen dengan saya sebelum gi Thailand... he he

ct nuur said...

Mas, bila cikgu dapat 1 dlm paper sejarah (STPM) pastikan anak murid anda juga cemerlang dalam keputusan peperiksaan nye nanti.

Hai, cikgu Sek Rendah, ari ini keputusan UPSR keluar. Cikgu Ana, Jamaliah (Penolong kanan) harap anda happy ari ini dng pencapaian baik sekolah anda.

majezan said...

CikGU Mas,
Kenapa org Melayu Islam sertai kominis??
Sbbnya ialah keadilan sosial dan perjuangan kaum proletar yg diajukan Marxis,sgt sesuai dgn konsep moral Islam dan disokong oleh puak2 moralis dan rasionalis Islamis dan panIslamis(lihat polemik Earnest Renan dan Jamaluddin AlAfghani akan konsep panIslamis).,kecuali yg sebenarnya keadilan sosial Marxis dan Maois lebih bercorak kesamarataan(rujuk bab 8,11 Das Kapital,dan bab 1,ibid, sinonimis unsur hidrokarbon;taktau mcm mana Marx boleh gunakan konsep sebatian hidrokarbon ni pulak).Disini khilafnya simpatiser Marxis,Maois.
Kedua ialah arus penentangan kaum proletar terhadap kaum burjuis dan feudal yg gelombang besarnya dari aliran Maois,begitu teruja oleh kaum Muslim tanahair ketika itu,apatahlagi dgn kesempatan yg patut digunakan mereka bila British semakin lemah,nampak semacam kejayaan menghapuskan dua puak ini boleh tercapai,jadi kaum Muslim tk nk ketinggalan dlm merencana negara baru,juga desakan komrad2 dari PKI(Chin Peng,memoir).British tertekan,lalu beri izin penubuhan UMNO Lama,dgn sayap kegamaan/adat/Islam 2 thun kemudian,sebenarnya utk jadi puakm penampan/buffer arus kebangkitan Islam-Kominis,yg menjadi simpatiser kominis juga.
Lagipun,adakah kita pernah dijajah(Khoo Kay Kim 2006),apa yg nak takut sngt.
Lihat arus kematangan fikir kaum Melayu(Syed Zahari).

basir said...

Sorry DR M cuba buka web ini pula
http://matamin02backup.blogspot.com/2009/08/ibu-zaleha-ketua-awas-lubuk-kawah.html

http://patanikini.wordpress.com/

u n Mas boleh tulis buku sejarah nanti.

majezan said...

Bashir,,,Aku kalau tulis buku sejarah,mka kau org bolehlah datang baca diKamunting jer masa melawat aku sebulan sekali.

mastura bachik said...

Salam Komunis kita itu sperti aliran lain juga nak mengembang pengaruh. Negara yang sedang dalam tertekan seperti Cina yang telah di tawan oleh Jepun dan British . Tak ada pilihan lain. Di Malaysia PKM mudah menguasai orang Islam yang sangat anti kepada Barat. Shamsiah Pakeh adalah seorang Pelajar Madrasah Kuala Pilah yang di anggap kaum muda dan kemudian belajar di Indonesia bersama Aisyah Ghani (Mantan Menteri Kebajikan} Mereka Berpegang kuat kepada ajaran Islam Belajar Tafsir Quran . Komunis hanya satu jalan untuk membebaskan tanah air di bawah cengkaman Barat. Tetapi apabila merdeka komunis sudah dianggap musuh. Dan ada tokoh2 penulis di Malysia yang beraliran Maksis cuma fahaman tetapi mereka tetap beragama Islam. Teori2 komunis juga di ajar di universiti sebagai salah satu isme dalam politik. Apa yang salahnya wahai Dr Majezan? Semasa saya di UKM saya di jabatn Sains Politik semua aliran politik saya pelajari seperti Confusius, Liberlisme, Sosialsme, dan Pengajian Am pun di ajar secara ringkas utnuk f6.

majezan said...

Belajar banyak ime-isme tak salah,belajar perbandingan ugama pun tak salah.Cuma tak boleh di sebariskan dgn ugama kita yg suci.
Saya rasa mcm tak sajak pula kita nak banggakan isme-isme selain dari ajaran kita sbb semuanya mereka berbentuk falsafah belaka.Komunisme pula menggunakan teori neodarwinisma dan Messensky utk merasionalisasi akan tidakwujudnya tuhan,menggunakan konsep Copenhagen interpretation of quantum mechanic utk rasionalisasi kaum muktazilah akan kejadian tindakbalas atom,the Vienna circle utk rasionalisasi konsep logikal positivisme,Lihat Tahafut al Falasifah AlGhazzali dlm menolak secara kontan(cash) akan bibit rasionalisme.
Wallahualam.