PAK HAJI MANA NI


Siapa ni.

TEKA SI MISAI INI


Gerenti Razak Husin tak kenal. Jawab le.

GENG ASRAMA PUTERA 78


Klik gambar untuk lebih jelas. Mengakulah anda di mana?

SIAPA 4 GADIS INI

Siapakah gadis pilihan 78 ini. Yang empunya diri pun dah lupa kot.

Cara menjawab:

1. Klik comments.
2.Tulis catatan anda dalam kotak.
3. Klik name/url diruang kotak kecil tu.
4 Isi nama anda di ruang name.
5. Klik continue.
6. Klik post comment.

Klik gambar untuk lebih jelas.

6 SASTERA 1 : YANG TAK PASTI GAMBARNYA


Berikut ialah nama yang tak pasti bertanda bold.

(Gambar: Berdiri baris belakang dari kiri: Abdullah Bachik, Ishak Omar, Yahya Samad, Rani Embi, Norsir Sharif, Zakaria Osman, Karim Harun, Mohd Han, Tajuddin Othman, Mazlan Ahmad, Anuar Mohamad, Ali Maidin.

Berdiri baris tengah dari kiri: Hawa Baharom, tak tau, Norsiah Wahab?, tak tau, Fauziah Hashim, Hanifah Husin, Rosni Hashim, Samiah Salim, Maria Ibrahim, Rohana Mat Jais, Maznah Asnawi, Zaleha Abu, Maimunah Baba, Salamah Nekmat, Juwita, Jamaliah Mat Zain, Rokiah Tambi.

Duduk hadapan dari kiri: Zaitun, Rohana Hashim, Arbaeyah Yusof, Jamilah Jamian, Yaakob Othman, Cikgu Rashid, Norjan Taj Mohamad, Asah Johar, Nyaros Alias, Rosnah Mat Isa, Norhizan Mahtob, Asmah Sameon.

ROHANA MAT JAIS DI SG BULOH


Memang Saripah Nuri menjadi sebenar-benar spy kita hari ini. Kali ini beliau berjaya menyergah Rohana Mat Jais 6 Sastera 1.

Dilapurkan Rohana tinggal di Sg Buluh, Selangor. Beliau masih mengingat akan nama Saripah Nuri.

No HPnya 019-2133 793.

Mari kita menaliponnya beramai-ramai.

(Gambar: Berdiri baris tengah dari kiri: Hawa Baharom, tak tahu, Kamisah Ibrahim, tak tau, Fauziah Hashim, Hanifah, Rosni Hashim, Samiah Salim, Maria Ibrahim, Rohana Mat Jais, Maznah Asnawi, Zaleha Abu, Maimunah Baba, Salamah Nekmat, Juwita Hassan , Jamaliah Md Zain, Rokiah Tambi)

HADIAH SUBJEK TERBAIK STP 1978

Mastura Bachik menerima hadiah terbaik bagi subjek geografi pada STP 1978.

Siapa lagi yang menerima hadiah terbaik bagi subjek lain?

SIAPA YANG AWET MUDA

Tak sah jika 2 jantan bertemu, mesti pekena teh tarik. Siapa lebih awet muda antara Saari dan Basir?

Sila beri komen anda.

MINGGU ORIENTASI 78

Siapakah senior yang paling samseng dan ganas pada 1978. Dikhabarkan yang pegang kayu tu dah jadi ASP. Dunia oh dunia...

Klik gambar untuk lebih jelas.

NORSIAH WAHAB DI KLANG


Juwita terpaksa membongkar dairi lama untuk mencari nombor talipon Norsiah atau Hajjah Norsiah Wahab, 6 Sastera 1. Malam tadi Juwita sudah menalipon Norsiah yang mesra dipanggil Kak Norsiah itu. Kini, Kak Norsiah tinggal di Klang kerana suaminya bertugas di TNB Klang.

Kak Norsiah kita sudah bersara awal. Beliau telah pun menjadi nenek sejak 5 tahun yang lalu. Nampaknya rekod nenek terawal jatuh kepada Kak Norsiah pula. Ha ha.

Kali terakhir kami berjumpa ialah ketika mini reunion di rumah Juwita di Kg Kemuning, Tampin pada April 2000.

No taliponnya 03-3884 0788

(Gambar: Berdiri: No 2 dari kiri - Norsiah Wahab

ROSNI HASHIM DI DAYA BUMI

Awal pagi lagi Saripah Nuri sudah berjaya mengeluarkan Rosni Hashim, 6 Sastera 1 dari alam pertapaannya di bangunan Daya Bumi, Kuala Lumpur, projek pertama Tun Dr Mahathir.

Ini laporan Saripah melalui emelnya:

Salam Ali.

I dah dapat trace seorang lagi, Rosni Hashim dan dah bercakap dengan dia. Dia tinggal di Puchong dan bekerja di Pejabat Pos Dayabumi.

Panjang i bercerita dengan dia, ramah orangnya tapi i tak boleh bercakap lebih lama tadi sbb kebetulan ada orang nak jumpa i. Puan Rosni kita seni orangnya kalau nak cerita lanjut dengarlah dari dia sendiri.

No tel rumah dia 03-80705468.

No hp : 019-6648703

Sekarang i tengah nak jejak rakan2 kita yang lain.

STK

(Gambar: Berdiri baris tengah dari kiri: Hawa Baharum, tak tahu, Kamisah Ibrahim, tak tau, Fauziah Hashim, Hanifah, Rosni Hashim, Samiah Salim, Maria Ibrahim, Rohana Mat Jais, Maznah Asnawi, Zaleha Abu, Maimunah Baba, Salamah Nekmat, Juwita Hassan , Jamaliah Md Zain, Rokiah Tamby.

NORLIAH PULA DIKESAN

Kali ini giliran Hidayah Bahari menunjukkan bakatnya mengesan sahabat Munshi 78 pula. Mangsa hendapannya ialah Norliah 6 Sastera 2. Selepas dia membelek-belek gambar Norliah maka sahlah Norliah itu ialah kakak ipar kepada adik ipar Hidayah punya adik. Faham ke? Hantam sajalah labu. Maka bercakaplah Hidayah dengan Norliah pada malam tadi akan hal kita sekarang yang sedang menjejak bekas putera puteri Munshi 78.

Norliah bertugas di TNB Melaka dan kini telah menjadi nenek bercucu dua orang. Yahoo, makin ramai nenek dalam geng kita kini. Bukan Norjan dan Rohaya sahaja.

No HPnya 012-6141 467.

Mari kita serang dia beramai-ramai. Ha ha.

(Gambar: Berdiri baris tengah dari kiri: Zainab, Fauziah Ayub, Rohani (arwah), Rashidah, Jamilah, Faridah Ngah, Hasnah, Rohayah, Hayati, Saodah, Rosnani Yus, Sawiah, Lelee, Umi Kalsom, Norliah, Norlida dan Saripah Nuri).

HARIS DAN FAMILI

Haris, 6 Sastera 2 menghantar gambar beliau sekeluarga. Adakah semua anaknya puteri belaka. Jika ya, Haris ahli syurga. Ha ha.

Harap sahabat-sahabat yang lain dapat juga menghantar gambar sekelurga untuk diabadikan dalam blog ini. Baru canggih blog kita ini.

BADARIAH LAJIS BERJAYA DIHUBUNGI

Saya berjaya bercakap dengan Badariah Lajis 6 Sastera 1. Gambarnya memang tak ada dalam gambar kelas 6 Sastera 1 kerana pada ketika itu beliau tidak suka bergambar.

Selepas tamat Munshi beliau bertugas di pelbagai Jabatan Kerajaan kerana mengikut suaminya. Antaranya ialah Jabatan Arkib Negara, Jabatan Perangkaan dan Jabatan Kesihatan.

Kini beliau bertugas di Jabatan Kesihatan Port Dickson. Apabila saya menyebut nama Rashid Ahmad yang kini juga berada di PD, Badariah masih mengingat nama Rashid tu.

Beliau amat gembira dengan reunion kita ini. Suaranya masih macam dulu-dulu juga. Saya perasan suaranya kerana kekadang saya rajin juga menyapanya dalam kelas walaupun beliau dikategorikan sebagai insan pendiam.

No Tel Rumah Badariah: 06 -651 2566

No Tel Pejabat Badariah : 06-647 3288

ROSNANI YUS DIKESAN

Rosnani Yus, 6 Sastera 2 telah berjaya dikesan oleh Tuan Mejar Basir sebentar tadi.

Kini Rosnani bertugas di Pejabat Kemas, Selandar Melaka. No Tel: 06-525 2425.

Walaupun saya sekampong dengan Rosnani Yus, tetapi tak pernah berjumpa dengan Rosnani di kampong. Ketika ayahnya berkhidmat sebagai polis di Batang Melaka, ada ketikanya terjumpa dan berbual dengan ayahnya tetapi saya tak cuba-cuba bertanya khabarnya Rosnani. Woo, baik punya orang. Malah abang iparnya juga rakan sebual dengan saya selepas solat maghrib di masjid tetapi saya malu nak tanya hal Rosnani. Bila dia kahwin, kemana dia selepas Munshi, berapa anak dan lain-lain langsung di luar pengetahuan saya. Tetapi hal keluarga ibunda Rosnani sampai juga ke pengetahuan saya sikit-sikit. Yang paling saya ingat ialah adanya majlis masuk "suku" keluarga ibunya ke satu "suku' dalam masyarakat di Batang Melaka. Maklomlah masyarakat Batang Melaka mengamalkan adat perpatih!!!

Ketika di Munshi dulu, setiap kali naik bas pulang semula ke asrama, biasanya kami satu bas tetapi tak pernah bersembang. Ros duduk depan sekali dan saya pula duduk di belakang sekali. Bila kami bertembung di sekolah, tak pernah sapa menyapa. Baik punya orang kampong. Ha ha.

Hari ini Rosnani bercakap dengan saya macam kawan lama yang amat rapat. Wooo, dia tahu gerakan saya di mana dan bila. Hantam sajalah labu...

Rosnani ada seorang adik lelaki bernama Rosli yang terpaksa berkerusi roda kerana kemalangan jalan raya. Kini adiknya menjalankan bisnes jahitan rasanya. Ketika pilihanraya 99 dulu, adiknya itu begitu "power" mengarah bebudak kampong mengikut arahannya walaupun dari kerusi roda!!

Hari-hari Rosnani akan lalu di hadapan rumah ibunda saya ketika ke pejabatnya. Dia tau setiap biji durian yang gugur di laman rumah ibunda saya. Ha ha.

Rosnani mempunyai 5 orang anak dan yang paling tua berumur 19 tahun. Lambatlah lagi jadi nenek macam Rohaya.

Saya bercadang nak bertanya dimana Rosnani dengan ibunya di kampong selepas semua pelajar 6 Sastera 2 berjaya dikesan. Biarlah Rosnani, orang terakhir berjaya dikesan dan yang akan mengesannya ialah saya sendiri. Tetapi Bashir sudah berjaya menjejaknya hari ini, kira oklah tu. Gua tabik sama ini Tuan Mejarlah!!!

Gambar: Dari kiri: Zainab, Fauziah Ayub, Rohani (arwah), Rashidah, Jamilah, Faridah Ngah, Hasnah, Rohayah, Hayati, Saodah, Rosnani Yus, Sawiah, Lelee, Umi Kalsom, Norliah, Norlida dan Saripah Nuri).

JUNIOR 6 RENDAH SAINS MENJEJAK ANGKASA

Sebentar tadi saya menerima emel dari Abd Wahid, junior 6 Rendah Sains 78 yang mengejutkan jantung saya. Nasib baik saya tak ada sakit jantung.

Ketika di asrama dulu, ada 5 orang junior 6 Rendah Sains yang rapat dengan saya iaitu Abd Wahid, Khairuddin Anuar, Abang Karim, Mohd Ello dan Mustafa Din Subari.

Abdul Wahid seorang guru di Pulau Pinang yang kini ditempatkan di PPD.

Abang Karim seorang guru di Kuching, Sarawak.

Khairudin Anuar menjadi Pensyarah di Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Mohd Ello tak tahu dimana. Yang pasti jadi "orang".

Mustafa Din Subari pula kini sebagai Ketua Pengarah National Space Agency(ANGKASA) menggantikan Dr Mazlan.

Kesemua mereka telah dimaklomkan tentang blog kita ini. Moga mereka menghantar gambar terbaru mereka.

(Gambar: Dr Mustafa Din Subari)

ROHANA HASHIM BUAT UMRAH

Hari ini jam 3 petang, Hajjah Rohana Hashim bersama suaminya Tuan Hj Zahar, anaknya Atiqah dan ibu mertuanya akan berangkat ke Mekah menunaikan ibadah umrah dan ziarah masjidinnabi.

Kita ucapkan selamat jalan, moga mendapat ibadah yang mabrur dan selamat kembali semula ke tanah air nanti.

No Tel Rohana 012-6976897 untuk ucapan khas kepadanya.

MAKAN BERSUDU DI ASRAMA

Sesiapa yang tinggal diasrama, memang ada agenda seminggu sekali makan bersudu dan bergerpu. Hanya pisau sahaja yang tiada. ha ha.

Seingat saya makan bersudu di Munshi ialah pada makan tengahari selepas solat jumaat. Maka makan bersudu ini hanya dengan berkain pelikatlah pada hari tersebut. Kalau diasrama lain kena bergaya dengan pakaian rasmi bertie sekali atau berbaju Melayu lengkap.

Saya menyokong penuh mendidik pelajar makan bersudu dan bergerpu ini. Ianya latihan apabila selepas tamat sekolah nanti apabila menjadi "orang-orang besar". Rasanya Leftenan Kolonel Rashid Ahmad dan Mejar Basir taklah kekok makan bersudu setelah dilatih di Munshi selama lebih satu tahun setengah. Ha ha.

Ketika di Munshi, pada satu hari saya terlepas cakap mengulas lauk yang disediakan untuk makan tengahari cara bersudu ini. Saya mengatakan, bagus makan bersudu ini tetapi ianya tak akan memandaikan bebudak asrama ini kerana lauknya ialah gulai labu!!! Kalau gulai ayam ke, daging ke, barulah bebudak ini akan meningkat skill makan bergerpu. Ha ha.

Saya ingat ulasan saya habis di situ aja. Rupa-rupanya dalam satu perhimpunan asrama, warden asrama telah berucap dan menjawab isu yang saya ulas itu. Dia mengatakan "sengaja diberi gulai labu supaya mudah dimakan dan jangan ada yang bunyi bising jika makan lauk ayam atau daging". Dalam hati saya berkata "apa punya cikgu ini, disinilah latihan untuk bebudak ini belajar makan sehingga sudu tak berbunyi lagi. Bila keluar nanti sudah cekap makan bergerpu oi".

Yang menjadi misteri saya ialah siapakah yang mengadu komen saya itu ke warden sehingga beliau terpaksa menjawab di perhimpunan asrama itu. Zaini atau Redzuankah? Kerana depa berdua selalu berjumpa warden. Ha ha.

SANTAPAN DI ISTANA TERBUKA MUNSHI


Siapakah gerangan putera Munshi yang sedang bersantap di istana terbuka ini?

JEJAKA ASRAMA PUTERA

Ini sebahagiam gambar yang disimpan oleh Saari Mat Jelas 6 Sastera 1.

Duduk dari kiri: Rais Salleh (5 Sains -arwah), Ghani Mat Yamin ( 4 Sains - kini Guru Ekonomi di Munshi) dan Zolkaply Yunus (6 Sains - kini Pengetua SM Tun Mutahir)

Berdiri dari kanan: Redzuan 6 Sains, Kamarudin Arshad 6 S 2, Abdullah Bachik 6 S 1 dan junior

JAMALIAH MD ZAIN 6 SASTERA 1 DIKESAN

Berita terbaru dari Tuan Mejar Basir ialah Jamaliah Md Zain 6 Sastera 1 dikatakan tinggal di Banting mengikuti suaminya yang bertugas sebagai seorang guru. Malah suaminya ini ialah anak buah kepada Mustafa, seorang junior 6 Sains pada 1978. Harap Wahid kat Pulau Pinang tolong sahkan info ini. Ha ha. Wahid kamceng sekali dengan Mustafa.

Jamaliah pernah menziarahi Juwita pada pertengaahan tahun 2008.

Alamat rumah Jamaliah: No 7, Lorong Sembilang 2, Taman Sri Putra, 42700 Banting.

No HPnya 014-231 5585.

Geng pompuan bolehlah menggatalkan tangan dan menggemparkan telinga Jamaliah kita ini. Jangan Jamaliah buat lupa dan tak kenal sudahlah.

(Gambar: Berdiri baris tengah dari kiri: Hawa Baharum, tak tahu, Kamisah Ibrahim, tak tau, Fauziah Hashim, Hanifah, Rosni Hashim, Samiah Salim, Maria Ibrahim, Rohana Mat Jais, Maznah, Zaleha Abu, Maimunah Baba, Salamah Nekmat, Juwita Hassan , Jamaliah Md Zain, Rokiah Tamby.

MASTURA DI ASIA WEEK

Saya pernah berjanji mendapatkan gambar Mastura yang pernah keluar di majalah Asia Week beberapa tahun lalu. Mastura Bachik, 6 Sastera 2, pernah berkunjung ke Hong Kong kerana menerima anugerah jualan tertinggi dalam sebuah syarikat jualan langsung di Malaysia. Persidangan sedunia syarikat jualan langsung tersebut telah diadakan di Hong Kong dan Asia Week sempat mewawancara Mastura dan gambar Mastura diabadikan pada muka hadapan Asia Week. Ha ha. Baru terangkat bib.

Selepas sebulan, baru Mastura dapat mengemelkannya kepada saya gambarnya itu. Bukan sebarang cikgu tu...Wooo.

BASIR: 'MALACCA DE TOUR ' (3)

Selepas puas meronda Melaka dan kembali ke semula ke KL pada petang semalam, Tuan Mejar Bashir menjengah Hasnah Mohamad 6 Sastera 2 di Telekom Alor Gajah. Tanpa gambar terbaru Hasnah ini juga, jika bertembung dengan Hasnah pun, saya buat tak tahu aja. Ha ha. Ketika 1978 dulu pun saya tak perasan, inikan pula pada 2009. Terima kasih kepada Basir yang membuat pecutan "Malacca de Tour" seharian semalam.

BASIR: 'MALACCA DE TOUR ' (2)

Ini gambar Tuan Mejar Basir bersama Jaamat Alimat 6 Sastera 1 pada pagi semalam. Harapnya bila terjumpa Jaamat nanti, jangan lari pula. Ha ha.

BADARIAH LAJIS 6 SASTERA 1

Entah siapa yang meng'sms' kepada saya melalui busines card akan nombor talipon Badariah Lajis, 6 Sastera 1.

Ini nombornya 06-651 2566

Harap sahabat-sahabat Munshi menalipon beliau dan melapurkan hal ehwal dirinya kepada blog ini.

Mana satu Badariah di dalam gambar ini. Tak siapa boleh beritahu kecuali yang empunya diri.

CIKGU HASAN JAALAM DIKESAN

Hj Rani Embi telah berjaya bercakap dengan Cikgu Hassan Jaalam, guru Kertas Am Munshi 78.

No Tel cikgu Hassan ialah 06-2323 253

Mari kita telepon dia beramai-ramai.

ZAINUDIN HJ IDRIS 6 SASTERA 2

Malam tadi Zainudin Hj Idris, 6 Sastera 2 menghantar melalui emel beberapa koleksi gambar beliau dan keluarganya. Di sebelah kanan ialah gambar beliau dengan isteri kesayangannya. Moga-moga apabila kita bertembung nanti, jangan tak kenal pula.

BASIR: 'MALACCA DE TOUR' (1)

Semalam Tuan Mejar Basir meronda sakan bandar Melaka. Beliau sempat menziarahi beberapa orang sahabat lama Munshi 78. Baca laporan melalui emelnya yang saya terima malam tadi:

Hai Ali


Pagi tadi aku telah bertemu 2 orang kawan 6 Saatera 1 yang hilang sejak 31tahun lalu. Mereka adalah Saari Mat Jelas dan Abd Karim Harun. Nampaknya mereka ni masih steady lagi dan berjaya dalam kerjaya masing2 sebagaimana yang telah dimaklumkan terdahulu. Pejabat Abd Karim di Lembaga Tembakau Bt Hampar terlalu hampir dengan rumah Zakaria Osman Bt Jambu , Hayati Harun di AKMAL dan Zaini di BTN Melaka. Nampaknya geng Munshi ni makin hampir antara satu sama lain.


Petangnya pula saya berjaya menemui seorang lagi 6 Satera 1, Jaamat Alimat di Pejabat Bernas. Kalau kita ingat pejabat Jaamat ini berhampiran dengan SK Men Munshi berhadapan MARDI Melaka (laluan pelajar asrama pergi sembahyang jumaat). Saya terperanjat melihat saiz Jaamat sebagaimana yang digambarkan terdahulu oleh Mokhtar. Sama2 kita lihat gambar rakan kita ni. Jaamat ni dah terlalu comel.


(Gambar: Dari kiri: Shaari Mat Jelas, Karim Harun dan Basir)

KENANGAN LAMA NORLIDA BABA

Selepas Khatijah Kassim berjaya dikesan, rakan lama sekelas dengannya Norlida Baba amat merinduinya. Baca emel Norlida Baba yang saya terima semalam:

Salam En Ali,

Saya sms kathijah tapi tdk berjawab, mungkin kathijah sibuk melayanani anak dan suaminya.Kathijah adalah salah seorang sahabat karib saya semasa di SMMA.Kathijah yg puitis sering menulis sajak2 yg jiwang. Kali terakhir bertemu kathijah sekitar tahun 1984 ketika katijah berkerja di Telekom Jalan Tandang. Selepas itu lost contact walhal dengar cerita suami Kathijah berkerja di TNB jln Bangsar dan tinggal di kuartes TNB tak jauh dari Angkasapuri. Terkini Kathijah tinggal di Pantai Dalam sahaja terlindung di Bukit Putra Angkasapuri dan mungkin sebab itulah saya tidak dapat mencarinya.

Disini saya sertakan gambar ketika di SMMA dulu. Diharap dapat mengembalikan ingatan Kathijah kepada saya.

Gambar 3 org.
(dari kiri : Norlida,Kathijah dan Rohaya)


Sekian email ringkas dari saya. Insyaallah jika ada masa saya email lagi.

Norlida Baba.

FARIDAH NGAH 6 SASTERA 2

Hasnah Mohamad berjaya mengesan seorang lagi sahabat 6 Sastera 2. Kali ini ialah Faridah Ngah. Ikuti emelnya yang baru diterima sebentar tadi.

Salam En Ali,

Mengenai anak Pn Hasnah Mahfiz kita ..menurut katanya sekarang ni beliau masih menemani anak beliau yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Besar Melaka,(aras 3 bilik 4 - ) anak bongsunya sedang menghadapi sakit paru-paru bernanah. Insyaallah dengan kedatangan kekawan kelak dapat mengurangkan kesedihan yang sedang beliau alami sekarang.

Satu lagi, pagi ni saya berjaya menghubungi rakan kita Pn Faridah Ngah (013-5103212). Cerita terkini tentang Pn Faridah Ngah, beliau bertugas sebagai guru di Sek Rendah Datin Khatijah di Kuala Kangsar, Perak. Pernah bertugas di Seramban dan Pahang sebelum ini.

Saya dah maklumkan mengenai blog kita, Faridah teruja dan katanya tak sabar nak joint sama.

Kawan kita si Yati nak gi Jakarta minggu depan.....ada sapa2 nak mintak tinjau apa2 yang patut kat sana, terutama pada En Suhdi kita tu..................

Setakat ni dulu...bila dapat cerita baru mengenai kawan2 yang lain, saya akan hubungi En Ali lagi ok ....

(Gambar: Berdiri baris tengah dari kiri: Zainab, Fauziah Ayub, Rohani (arwah), Rashidah, Jamilah, Faridah Ngah, Hasnah, Rohayah, Hayati, Saodah, Rosnani Yus, Sawiah, Lelee, Umi Kalsom, Norliah, Norlida dan Saripah Nuri).

GURU MUNSHI HAMPIR DIKESAN

Ada berita baik. Guru-guru Munshi semakin hampir dikesan. Kali ini Hj Rani menjadi agent James Bond pula.

Cikgu Hassan Jaalam tinggal di kawasan perumahan kat belakang Jaya Jusco. Isterinya Pengetua di Sekolah, dimana Norjan mengajar. Entah Norjan tahu entah tidak.

Cikgu Jaafar, Zakaria telah jumpa di masjid berhampiran MITC.

Cikgu Rashid berada di Muar. Beliau dah bersara dan membuat rumah di tapak tanah bapa mertuanya.

Cikgu Mohamad Daud sama taman dengan rumah Hidayah di Melaka.

Cikgu Tan Geografi kemungkinan sudah berhijrah ke Australia, mengikut suaminya.

Puas hati kau Mastura oiii. Wajib belanja aku sate tapi selepas 15hb Mac dan sebelum 22 Mac tau. Razak Husin dah terliur tuuu.

SAARI MAT JELAS 6 SASTERA 1.

Ingatkan nak berehat dah. Mokhtar Ahmad pula membawa berita gempar. Selepas keluar gambar sebelah, baru beliau teringat pemuda di kiri sekali itu ialah Saari Mat Jelas dari 6 Sastera 1.

Mengikut beliau, Saari pun geng masuk lewat ketika Tingkatan Enam dulu. Beliau dah bercakap dengan Shaari dan Saari mengaku geng Munshi 78. Ya juga, kalau tidak, masakan dia ada dalam gambar itu.

Saari bertugas di pejabat Bendahari, ITM Melaka, Kampus Bandar. Dia bekerja di ITM sejak 1981 lagi.

Rumahnya dekat Bukit Beruang. Isteri seorang dan anak 5 orang. Tel pejabat 06-285 7046

Ketika di asrama dulu, beliau sebilik dengan Mohd Nor "Tongkoi", pelajar 6 Sains. Ha, siapa pula Mohd Nor ini. Tak ingat langsung dah.

Kalau gambar tu tak dimasukkan dalam blog ini, semua orang sudah lupa sama lu lah Saari oi. Nasib Bashir mengemel kepada saya. Orang penyengap memang sukar diingatkan. Kalau Zakaria Osman, semua oang ingat; tinggi, kaki bising dan kaki nyakat. Ha ha.

Selepas tamat Munshi 78, beliau pernah bertugas di Bangsar dan terjumpa Zakaria Jaafar yang ketika itu belajar di UM. Antara geng Munshi lain yang beliau pernah terjumpa ialah Zaini Samani, Redzuan, Adam, Mat Jadi dan Aris. Mereka saja tak ingatkan aku, katanya. Baiklah lu orang call Saari tu...Ha ha. Malah Saari selalu bertanya di mana saya kepada seorang Pensyarah di UITM, Melaka tu, kebetulan sebelah kampong saya tetapi sama masjid solat jumaat. Wau, kira-kira Saari dalam diam-diam sentiasa ingatkan kawan-kawan Munshinya.

Apa pun seorang lagi geng Munshi 78 sudah terjumpa dan diingat kembali. Meriah reunion kita nanti. Bashir dan Zakaria Osman dah tak sabar menunggunya. Eloklah engkorang berbincang dengan Sham, Rani, Norsir dan YB Mat Sirat tu. Jangan lupa tarikhnya kena pastikan Haris Bahari dan Zainudin boleh hadir.

No HPnya 019-377 9899.

Dari kiri: Saari, Zakaria Jaafar, Mat Jadi, Mazlan, Bashir. Yang terlindung tak tahu.

TOLONG CARI NORLIAH OI

Harap kekawan Melaka carikan Norliah 6 Sastera 2 di TNB, Banda Kaba Melaka.

Esok saya punya agenda yang sibuk. Jam 2 petang akan berjumpa dengan Adam dan pasukan FRUnya di Masjid Negara dan berarak ke Istana Negara. Saja nak iringi Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said. Ha ha.

Malamnya saya naik bas ke Kelantan untuk melihat projek serai, timun dan padi berteknologi tinggi. Kononnya tanaman padi seluas 100 ekar dengan kos RM 150 ribu akan menghasilkan pendapatan sebanyak RM 350 ribu dalam tempoh 3 bulan 10 hari. Jika benar, saya nak pinjam duit Hj Shamsudin kita untuk buat projek ini. Ha ha. Mastura mesti meleleh mendengar projek ini.

Mungkin selepas itu terus ke Sg Terengganu Mati, Gua Musang, untuk menjala ikan kelah. Saja nak mengada-ngada.

Maka dalam beberapa hari akan datang, blog ini berpuasa. Eloklah masing-masing tuliskan nama-nama mereka yang ada di gambar dalam blog ini. Sambil itu carilah mereka yang belum dijejaki lagi.

Jumpa lagi minggu hadapan. Ku rindu padamu wahai sahabatku. Ketika dalam bas nanti kan kuzikir namamu. Ha ha. Mana yang tak ingat daku, tanda aku tak zikir namamu. Ha ha.ha. Ok jumpa lagi.

2 LAGI 6 SASTERA 2 DIKESAN


Walaupun Hanim sepenuh masa sebagai suri rumah, beliau dapat mengesan rakan sekelasnya. Kali ini Hanim memberitahu dengan jelas bahawa Hasnah Mahfiz dan Fauziah Ayub bertugas di Majlis Daerah dan Kerajaan Tempatan Tampin. Walaupun Suhdi bertugas di Tampin, tak pernah beliau mengkhabarkan kepada saya. Tak patut sungguh. Baik punya kawan.

No Hp Hasnah Mahfiz ialah 019-2711258.

Ketika ini Hasnah dikatakan menemankan anaknya di wad Hospital. Hospital mana tidak dimaklomkan. Siapa yang rapat dengannya eloklah menghubunginya.

No Tel Fauziah Ayub semak le ke Telekom. Ha ha.

Gambar: Berdiri baris tengah dari kiri: Zainab, Fauziah Ayub, Rohani (arwah), Rashidah, Jamilah, Faridah, Hasnah, Rohayah, Hayati, Saodah, Rosnani Yus, Sawiah, Lelee, Umi Kalsom, Norliah, Norlida dan Saripah Nuri .

Duduk dari kiri: Basir, Mastura Bachik, Hidayah Bahari, Hanim, Haris, Miss Tan, Noor Kamariah, Hasnah Mahfiz, Khatijah Kassim, Rohana Mat Dali dan Aziz Mat Yassin.

ARBAEYAH 6 SASTERA 1

Biduan Munshi 78, Arbaeyah 6 Sastera 1 telah dikesan oleh Rohana Hashim pada pagi ini. Walaupun saya telah berjumpa Arbaeyah pada akhir tahun lalu di rumah Samiah, tetapi saya telah kehilangan alamat rumahnya.

Yang kelakarnya Arbaeyah kini bertugas di SJK Tamil, Tampin, di mana sekolah ini juga Rohana pernah mengajar. Pusing-pusing kat situ sahaja kekawan Munshi kita ini agaknya. Selepas puas mereka berbual, baru Arbaeyah tahu yang menaliponnya ialah Rohana Hashim. Beliau sangkakan kawannya bernama Rohana Aziz yang pernah sekelas dengan mereka satu masa dulu. Sabar aja le.

Malangnya di sekolah Arbaeyah dan rumahnya tidak ada internet. Beliau akan ke rumah adiknya untuk melihat kita semua dalam blog ini. Jangan pengsan sudah le tengok Marhamah tu. Ha ha, gurau aja Marhamah oi.

Arbaeyah kini tinggal di Kg Taboh Naning berhampiran dengan tol Simpang Empat, Alaor Gajah. Puas beliau meronda dan berpindah tempat kerja kerana mengikut suaminya. Yang terakhir saya terdengar, beliau pernah bercuti tanpa gaji kerana mengikut suaminya bertugas di luar negara. Harap Arbaeyah bagilah gambar-gambar di luar negara yang bergambar dengan Mat-Mat Saleh pula, bukan macam Basir yang bergambar dengan mak we hitam tu. Ha ha.

Seingat saya, Cikgu Rashid spoting dengan Arbaeyah yang mengambil bahagian menyanyi di RTM Melaka pada 1978 dulu. Mengikut Sahara, Arbeyah pernah sampai ke tahap suku akhir pertandingan lagu klasik di RTM. Untunglah suami Arbeyah ye, akan didodoi oleh Arbaeyah setiap malam sebelum tidur. Ha ha. Suami Arbaeyah spoting orangnya ketika saya berjumpa di rumah Samiah dulu.

Jika majlis reunion nanti, harapnya Arbaeyah nyanyikan untuk kita sebuah lagu. Baru meleleh air mata Rohana, Mastura dan Hidayah kita. Woo.

No HPnya 012-658 3306

(Gambar: Duduk dari kiri no 3 ialah Arbaeyah)

MOHD RAZAK KANAPIAH 6 SAINS

Akhirnya Mohd Razak Kanapiah 6 Sains mengirim emel bercerita sedikit kesah perjalanannya selepas Munshi beserta gambar sekali. Tanpa gambar ini, jika bertembung pun, saya tak akan kenal. Wajah beliau ketika Tingkatan Enam dulu pun saya tak cam. Pelajar 6 Sains ini telah menambahkan tugas kemasyarakatan dengan menjadi imam di kawasan kediamannya. Baca emelnya:

Assalamualaikum Sheikh

Saya hantar gambar single je. Cemburu juga dgn Razak Husin tu. Sedikit tentang jalan hidup. Lepas Munshi, saya kerja Lab Asst di JSAS, UPM setahun. Lepas tu buat Dip Sains & Pend dan jadi guru di SMK Laksamana, Kota Tinggi. Aris tahu la tu. Ajar Fizik. 7 tahun di sana.

Kemudian tukar ke Selangor, SMK Taman Tasik, SMK Tinggi Kajang dan sekarang di SK Bandar Teknologi. 18 tahun ajar Fizik, sekarang ajar Sivik.

Masa di UPM sentiasa bersama dengan Razak Husin dan sekejap dengan Albaeyah. Jumpa juga Nor...? tak ingat, seorang dari hanya dua bunga di 6Sn2 dulu (sorang lagi Mulyati). Nor...ni dia buat Ijazah Sains & Pend..

Di UPM juga saya join ROTU sampat dapat sepaku. Lepas tauliah menyembunyi diri. Kalau dikerah besok jadi Hamas, boleh juga.

Kalau datang ke Taman Jasmin, Kajang, tanyakan orang rumah Imam 1, tu rumah sayalah tu. Saya nak seru kawan-kawan yang namanya Mansor Kassim, Rohaizan, Mokhtar Salleh, Yusof Tanjong Keling dan lain-lain dari 6Sn2 dapat timbulkan diri melalui blog Tuan Shaikh ni.

Terima kasih. Assalamualaikum WW. Jumpa lagi.
Mohd Razak b Kanapiah
012-6557362.

Siapakah Nor.. yang disebutkan oleh Razak ini. Dia lupa ke atau buat-buat lupa. Jelmakanlah diri anda ya Nor.. Terima kasih cikgu Razak. Ramai sungguh orang bernama Razak dalam Munshi 78; Razak Lajis, Razak Husin dan Mohamad Razak Kanapiah

Bila pula Mulyati dan lain-lain pelajar 6 Sains nak respon kepada blog ini? Nampak sangat pelajar 6 Sains lebih menyembunyikan diri walaupun Zolkaply sudah memaklomkan kepada mereka. Entahlah... Kita kan keluarga yang besar. Kalau tak kenal, marilah berlakon macam kenal juga. Ha ha. Saya bercakap dengan Razak Kanapiah ini macam kenal 30 tahun, walaupun haram jadah tak tak kenal mukanya. Ha ha. Sesekali guna ayat orang Melaka lak.

BERLAKON STUDI


Studi betul ke pura-pura studi? Siapa pelakonnya?

Macam konal yo. Klik di sini.

Klik gambar untuk lebih jelas.

3 TERUNA MUNSHI 78


Rampingnya pemuda ni. Tak cukup makan ke? Siapa dan di mana?

Klik lagu untuk mereka di sini.

Klik gambar untuk lebih jelas.

PELARIAN MANA NI

Pelarian Munshi 78. Siapa dan di mana aksi berlaku? Jawablah sendiri.

Susah nak cari makan. Klik di sini.

Klik gambar untuk lebih jelas.

SAHARA DAN RAZAK HUSIN BAU-BAU DURIAN

Kakaknya Sahara 6 Sastera 2 berkahwin dengan abangnya Razak Husin 6 Sastera 2.

Maka apa istilah hubungan persaudaraan Sahara dengan Razak?

Ipar tidak, biras pun tidak.

Tetapi Sahara ialah adik kepada kakak iparnya Razak dan Razak pula ialah adik iparnya kakak Sahara. Macam Keluarga 69 oiii.

Yang pasti anak buah atau anak saudara pasangan kakaknya Sahara dengan dengan abangnya Razak adalah orang yang sama. Maka Sahara adalah Mak Cik sebelah sana dan Razak Pak Cik sebelah sini. Ha ha.

Jenuh Hayati memahamkan saya pada tempohari. Ha ha. Maka Sahara dan Razak menerima nasib yang sama, kena siapkan duit hari raya untuk anak buah yang sama. Ha ha.

So, ini lebih dari sekadar bau-bau durian. Hantam sajalah labu.

Siapalah yang menyangka pada tahun 1978, Sahara dan Razak akan berkongsi anak saudara yang sama...kecilnya dunia, sekampong sepusat.

KHATIJAH KASSIM 6 SASTERA 2 DIJUMPAI

Saripah Nuri 6 Sastera 2 telah berjaya menjejak sahabat sekelasnya Khatijah Kassim. Khatijah suri rumah sepenuh masa. Kini beliau tinggal di Pantai Dalam berhampiran dengan bekas rakan sejawatnya Hidayah Bahari yang bertugas di Telekom, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur.

Ini lapuran Saripah Nuri bagaimana ia bercakap dengan Khatijah:

Salam

Ali, saya dah dapat bercakap dengan Jah. Dia masih ingat itu Pah ke yang rambut kerinting pakai cermin mata. Dan dia masih ingat saya.

Jah beritau dia tinggal di Pantai Dalam dan suri rumah tangga. Dia beritau juga Asah dah meninggal sakit macam Sawiah juga. Anak Jah ada 4 orang. Yang sulung di UNITEN, kedua di UPM dan dua lagi masih sekolah.

No HP Khatijah Kasim - 019 6035442

Dia tanya nak buat reunion untuk umur 50 tahun ke?

Saripah Nuri

Pandai-pandai le engkorang nak berdating dengan Jah kita tu.

(Gambar: Duduk dari kiri: Khatijah yang ke 9)

JUMPA GURU KETIKA MELONTAR DI JAMRAH

Rani berjumpa Cikgu Hassan Jaalam ketika melontar di Jamrah pada musim haji 2002/2003. Yang hebatnya cikgu tu yang menyapa Rani dahulu, maklomlah Rani kan famous dengan kegiatan puisinya.

Nak dijadikan cerita, pada lontaran pertama, cikgu Hasan begitu sukar memasuki lorong melontar kerana ramainya orang. Maka Rani pun membantu cikgu Hasan memasuki lorong untuk melontar dan dengan mudah dapat melontar.

Pada lontaran ketiga sekali lagi mereka bertemu. Cikgu Hasan sudah melontar tetapi Rani belum boleh melontar lagi kerana gagal masuk ke kawasan melontar. Kali ini cikgu Hasan pula yang membawa Rani melontar dan dengan mudah memasuki lorong melontar pula.

Sengaja Allah mentakdirkan begitu supaya cikgu dan muridnya berkasih sayang antara satu sama lain di tanah sucii. Rani akan mengesan cikgu Hassan Jaalam untuk di bawa ke majlis reunion kita nanti. Ha ha. Zakaria Osman akan membawa cikgu Jaafar pula. Baru terangkat bib. Siapa pula yang nak mengesan cikgu Mohamad Daud. Hidayah le. Ha ha.

7 BUDAK HITAM

7 budak hitam 6 Sastera 1. Berdiri dari kiri: Yaakob, Zakaria Osman, Anuar Mohamad, Ishak.

Duduk dari kiri: Yahya, Karim Harun dan Rani Embi.

7 budak hitam, akhirnya jadi "orang" juga dan semuanya tinggal di Melaka. Bila mereka nak minum tongkat Ali sekali bersama. Ha ha.

Klik lagu ini.

SIAPAKAH GERANGAN

Hj Rani juga menyimpan gambar ini. Sampai sekarang oi. Ada apa-apa ke. Dia pun dah lupa siapa gerangan gadis ini. Mengakulah yang empunya diri.

Milik siapakah gadis ini kini. Klik di sini. Ha ha. Jangan ada sesiapa yang mengalir air mata sudah le. Hmmmm

EMEL JUNIOR 6 RENDAH SAINS 78

Junior kita 6 Rendah Sains 78, Abdul Wahid menghantar emel sebentar tadi. Ini emelnnya:

Salam, Bang Ali,

Saya selalu dok baca blog tuan tu.. Tahniah, update selalu!
Kata nak buat majlis reunion yang ke 3 ya?

Cadangan: Untuk kembalikan kenangan lama dan 'real punya', buat je di SMK Munshi Abdullah. Atur program, tidoq sana ja.. (asrama la..). Tentu macam-macam nostalgia akan kembali. Caya la..

Saya rasa urusan akan lebih mudah kerana Pn. Pengetua Munshi tu junior bang Ali, classmate saya. Tahun 78 dia Lower Six Sc. Pn. Khadijah A. Rahman namanya. He.. He..

Sekadar beri pandangan... tumpang gembira...

OK, jumpa lagi.

wahid, penang(tempat keje je...).

BERLAGAK DENGAN MOTOR

Mengapa Hj Rani menyimpan gambar di sebelah. Inilah antara gambar yang Rani tunjukkan kepada saya ketika singgah di rumahnya dua hari lalu. Entah-entah orang berkenaan itu pun tak ada gambar ini. Sila beri komen anda.

MAJLIS KAHWIN CIKGU RASHID

Siapakah yang hadir ketika itu? Salah seorang dalam gambar ini ada bernama Fauzi dari 6 Sains. Dikatakan beliau pernah bertugas dalam Navy tetapi tak tahu dimana sekarang.

Benarkah cikgu Rashid sudah meninggal?

MAJLIS KAHWIN CIKGU JAAFAR 1978




Dimanakah cikgu Jaafar sekarang ya?

PERSATUAN SEJARAH SMMA 1978

Duduk dari kiri: Kamaludin Said, Cikgu tak tahu, Pengetua Husen Markom, Guru Sejarah, Cikgu Jamilah, Jamilah Hshim, Kamarudin Arshad.

Berdiri dari kiri: Yaakob Othman Basir Hj Amit, Saripah Nuri, Hayati Harun, Saudah, Mohamad Amin, Zainudin, tak tahu- junior

GURU-GURU KITA - INGATKAN NAMANYA










Dimanakah mereka sekarang? Klik lagu ini